BAB 24

Romance Completed 25825

Ini kali kelima dia telefon. Kemana saja suami ni? Kata balik hari ni. Kalau ikutkan, penerbangan suami dari Singapore dah mendarat dua jam yang lalu, tapi kenapa tak sampai rumah lagi? Masakan ke rumah Haziqah? Ah, kacau. Lebih kacau kalau Haziqah tu dah balik ke rumah. Cinta suami kepada Haziqah tu tak pernah luntur walau apa pun yang dia buat untuk menangi cinta suami hanya untuknya saja.

Ketukan daun pintu buat dia tersenyum. Hilang kegusaran hati. Itu mesti suami tersayang. Bergegas dia buka pintu. Ditampar kekecewaan. Bukan suami tapi sepupu sendiri.

“Hai, tak nak jemput aku masukkah?” Wani tersengih. Berbaris gigi putihnya.

“Aku tak jemput pun, kau akan masuk. Kau mana tahu malu. Nak apa?”

Nida lepas daun pintu. Berjalan masuk dan duduk di sofa. Lain yang diharap. Lain yang muncul.

“Makan.”

Wani terus berjalan ke dapur. Selongkar dapur Nida. Sejak Nida kahwin, stok makanan memang banyak. Setiap ruang dalam kabinet penuh dengan berbagai-bagai jenis makanan tin, makanan ringan dan yang paling best, dalam peti sejuk tiga pintu Nida sentiasa ada makanan kegemarannya. Yap, tentulah sekali ada aiskrim. Bertambah sedap sebab percuma.

Wani kembali semula ke ruang tamu dan duduk sebelah Nida yang sedang menonton televisyen. Apa hal pula layan cerita Hindustan. Ini mesti kes tengah tension dengan suami. Itulah, siapa suruh kahwin suami orang senyap-senyap.

“Mana suami kau? Dah bosan dengan kaukah?”

“Kau ke sini memang nak makan penampar aku.” Kecil besar Nida tengok Wani.

“Laa janganlah marah. Kuota suami kau kan ada dua lagi.”

Wani ketawa kecil. Jangan risau mulut dia tak masin tapi manis. Bak kata orang, mulut masin boleh menjadi apa yang dicakap masa tu. Eh, tak payahlah kau orang nak percaya sangat. Dia pun tak caya. Emm sedap betul aiskrim ni.

“Pergi balik.” Nahas juga sepupunya ini dikerjakannya.

“Relaks laa. Ni Nida, hari tu aku nampak madu kau.”

“Kat mana?” Silang tangan di dada. Issh masih hidup rupanya madu tua tu.

“Rumah Amal Al-Muhaymin. Aku rasa dia duduk situ.”

Nida tercenggang. Dah buang tabiatkah madu tu. Dah tua-tua duduk rumah amal. Kalau duduk di Hospital Tajung Rambutan lainlah juga. Iyalah, sakit jiwa sebab baru tahu suami curang. Tapi, boleh percayakah cakap Wani?

“Kau ni sengaja nak mainkan aku kan?”

Wani habiskan aiskrim di tangannya. Sekarang capai pula kuaci di atas meja.

“Mana ada. Aku nampak dia masa bos aku suruh aku hantar beras ke rumah amal tu. Bos aku memang rajin hantar beras ke situ. Selalunya budak pejabat hantar. Tapi hari tu budak tu cuti. Jadi, akulah jadi mangsa sebab rumah amal tu terletak dalam perjalanan aku balik ke rumah aku. Suami kau tak tahukah?”

“Tak tahulah kot. Dia cuma cakap isteri tua dia minta izin nak keluar rumah. Menghilang entah ke mana.”

“Wow, nak keluar rumah pun minta izin!” Wani ketawa. Mana nak cari isteri begitu.

“Aku tak caya. Kau ni mesti silap orang.”

“Tak ada silapnya. Macamlah aku tak kenal madu kau tu. Masa kau menyondol suami dia, bukankah aku yang kau ajak ke hulu ke hilir kejar suami dia? Nak buat lupa pula.”

Merah telinga Nida. Sepupu bukan main sedap jentik kata-kata pedas.

“Ok ok. Wani, kau bawa aku pi sana. Aku nak tengok sendiri.”

“Ah, tak kuasa aku. Kalau kau nak tengok madu kau tu, kau pergi saja masa Majlis Amal Lukisan yang dianjurkan Datin Jaseena, pengasas rumah amal tu nanti. Dengar kata, madu kau antara pelukis yang donate lukisannya.”

Emm sebab ini kot, madunya ada di rumah amal tu. Fikir Nida. Suami pernah kata isteri pertamanya suka melukis. Malah ada selebriti dan ahli politik yang dah beli lukisan-lukisan isterinya. Bukan main suami bangga dengan kejayaan isteri pertama. Sakit hatinya.

“Kalau kau nak pi, aku boleh dapatkan kad jemputan.”

“Amboi grant sangat sampai kena ada kad. Majlis amal jer pun.”

“Iyalah. Datin Jaseena dengan famili dia bukan calang-calang orang. Aku dengar, keluarga Datin tu kaya dan kalau buat sesuatu event mesti all out. Lebih-lebih bab amal. Entah-entah madu kau tu kawan rapat Datin. Sebab itulah agaknya, suami kau tak nak lepaskan dia. Isteri pertama, geng high class. Isteri kedua, geng low class.” Wani menyakat.

“Kurang ajar kau!” Desis tajam.

“Kau ni, aku melawak jer pun. Tapi bagi akulah, kau patut join geng madu kau. Macam orang putih kata, if you can't beat them, join them. Taklah kau jadi katak dalam istana. Bukan apa, takut suami kau nak terus bertenggek kat madu kau. Tak nak kat kau.”

Wani ketawa. Aip, mana ada pepatah katak dalam istana? Ngong betul kau Wani.

“Wani, baik kau keluar sekarang sebelum kaki aku naik muka kau.” Dengus Nida.

“Iyalah aku balik. Call aku kalau kau nak kad jemputan tu.”

Wani capai beg dan berjalan ke pintu. Belum sempat dia buka pintu, daun pintu dah ditolak Hafiy. Terpegun dia seketika. Issh, lawa pula suami Nida ni walaupun dah ada uban sana sini. Eh, uban tu yang buat dia nampak macho. Hahaha.

“Wani pergi balik.” Bentak Nida.

Sakit mata melihat Wani merenung suaminya. Tak kan Wani nak try kot. Nahas dia kerjakan.

“Iyalah. Saya balik dulu Abang Hafiy.” Wani sedekah senyuman semanis aiskrim tadi sebelum keluar.

“Kenapa lambat?” Muka Nida semakin tegang.

“Singgah rumah Iqah. Ingatkan nak ajak Isha dan Iqah keluar makan tapi mereka tak ada.”

“Baguslah, I yang berjam-jam tunggu you kat sini, you tak kesah. Anak-anak you yang besar kerbau tu yang you sebuk nak bagi makan. Mereka tu tak kan mati kebulurlah tanpa you.” Baling ayat tajam yang memang niat nak sakitkan hati suami.

Hai, Nida dah mula. Hafiy geleng. Lantaklah. Tak kuasa nak layan. Dia capai beg pakaiannya dan naik ke atas. Beg diletak ke tepi. Dia rebah atas katil. Renung ke atas. Ke mana saja Ifza dan Isha pergi. Keluar cari
ibu mereka lagikah? Kasihan mereka.

Semua salah dia. Dia yang mengecewakan dan menyakiti tiga orang insan yang sepatutnya dia sayang dan jaga. Dia, yang janji nak cinta Haziqah hingga ke akhir hayat. Tapi, dia tak mungkir janji, kan? Cintanya kepada Haziqah tak pernah padam cuma... dia nak cinta sampingan seperti bulan yang mahu ditemani bintang-bintang. Lebih cantik.

Awak akan kehilangan Haziqah sebab dia akan padam cintanya. Hiduplah awak dengan cinta-cinta sampingan awak. Tampar suara hati.

Tidak. Haziqah tak boleh padam cintanya. Haziqah kena setia.

Laa kenapa? Sebab Haziqah isterinya. Seorang isteri kena setia dengan suami.

Ah, ego seorang suami. Pentingkan diri sendiri. Tempik suara hati.

Nida masuk dan duduk di sebelah Hafiy. Renung wajah Hafiy. Tentu sekali Hafiy sedang ingatkan Haziqah. Air mata nak mengalir tapi ditahannya. Dia tak akan lemah kerana kelemahan ini hanya akan menunjukkan dia kalah kepada madunya di depan suami.

“Kak Iqah dah balik?”

Yap kena letak panggilan kak untuk kepuasan diri. Haziqah, isteri pertama yang dah tua. Yang seharusnya diceraikan suami. Tapi suami suruh pegang kepada janji semasa mereka menikah dulu. Jangan sesekali minta dia ceraikan isteri pertama. Ishh rugi.

Hafiy geleng. Lepas keluhan. Haziqah dah tak letak tanggungjawab seorang isteri lagi di depannya. Dah tak kesah suami. Tapi Haziqah tak salah. Dia yang salah. Dia reda dan ampunkan Haziqah seperti mana dia berdoa Haziqah juga reda dan ampunkan dosanya. Dia rindu Haziqah. Dia nak Haziqah sekarang. Ya Allah...

Air mata? Hafiy menangis kerana Haziqah? Tidak. Tidak. Tidak!

Mengecil Nida melihat. Ini dah melampau. Dia perlu buat sesuatu. Apa? Beritahu Hafiy dia tahu di mana Haziqah berada? Tapi, bukankah itu boleh menyebabkan Hafiy tidak mahu tinggalkan Haziqah? Lantas dia dan Ariq bagaimana? Tidak. Dia tak boleh ambil risiko. Masalahnya, Hafiy nak Haziqah. Ubat Hafiy sekarang ialah Haziqah, bukan dia.

Nida nak angkat kaki. Sakit mata melihat keadaan suami. Tapi suara hati laung, ini bukan caranya. Pujuk suami. Bukan tinggalkan. Tawan cinta suami. Ya tak ya, goda dan takluki.

Nida senyum. Dia baring dan rangkul pinggang suami. Tekap pipi di bahu suami.

“Sayang, I ada. I tak kan tinggalkan you walau apa pun terjadi. I love you.”

“I rindu Iqah.”

Tiga perkataan Hafiy ibarat menabur garam ke luka yang bernanah. Sakitnya.

“Dan I rindu you.” Bicara rindu Nida yang tidak diendahkan insan yang dia cinta.

Nida lepaskan rangkulannya. Dia lemas dalam lautan cinta suami. Kata orang, cinta pertama memang sukar dilepaskan. Bodohnya. Dia bangun dan berjalan keluar. Biarkan suami dengan kerinduan yang menyakitkan.
Sampai saja di ruang tamu, Nida lepas punggung di atas sofa. Sandar. Dia insan yang kalah. Dia bergelut dengan perasaan gelisah, takut, marah, sedih yang menyesak jiwa. Dia berdiri. Berjalan berulang alik. Tolak rambut ke belakang. Dia kena bertindak dengan segera kalau tak nak kehilangan suami. Argh...

Emm kenapa tidak Haziqah sendiri yang minta Hafiy ceraikan dia? Guna kekecewaan dan penderitaan yang Haziqah rasa sekarang untuk terus tolak Hafiy. Muslihat apa nak guna? Hadirkan diri dengan Hafiy depan Haziqah. Tunjukkan Hafiy miliknya. Benamkan terus pisau kecurangan Hafiy di hati Haziqah. Ya, tentu sekali Haziqah desak Hafiy bebaskannya.

Nida capai telefon pintarnya. Telefon Wani.

“Wani, dapatkan aku dua kad jemputan tu. Aku nak pi dengan suami aku.”

“Wah, dah ready nak support madu kau kah? Iyalah, sharing is caring, kan. Boleh kot aku pun masuk share. Nombor tiga.” Kalau boleh, apa salahnya. Encik Hafiy tu mampu.

“Kalau kau nak mati, cubalah.”

“Iyalah aku tahu kau sanggup jadi pembunuh untuk suami kau tu. Walaupun, aku rasa itulah tindakan yang paling bodoh. Apa pun nanti aku hantar kad tu. Bye sayang.” Wani matikan talian.

Nida merenung gambar suami dan anak mereka di skrin telefon bimbitnya. Dia sanggup buat apa saja demi mempertahankan rumah tangganya. Tindakan itu tak bodohkan bagi seorang isteri, kan?

“I minta maaf.” Hafiy muncul dan duduk di sebelah isterinya. Tak adil dia lukakan Nida.

“You tak salah. I yang salah kerana gila nak kan you.”

“Betul.”

Hafiy senyum sambil menarik Nida menyandar di dadanya. Teringat berbagai-bagai cara Nida buat untuk menangi hatinya. Akhirnya Nida berjaya. Dia jatuh cinta dengan Nida.

“Fiy, I personally akan minta maaf pada Kak Iqah dan anak-anak you kalau itu yang you nak. I sanggup buat apa saja asal you tak tinggalkan I.” Mengalir air mata Nida di dada suami.

“I tahu. Nantilah I fikir cara terbaik selesaikan masalah ni. I akan usaha mereka terima you dan Ariq.”

“Ok. Tapi walau apa pun terjadi, you jangan benarkan mereka pisahkan kita. Janji dengan I, Fiy.”

Hafiy angguk. Merangkul tubuh isteri kembali dalam pelukan. Dia kena usaha Ifza dan Isha terima Nida. Tapi bagaimana dengan Iqah?

Yap lagi satu bab. You guys jangan terlalu emosi yer. Cerita ini sekadar rekaan saja. Tak berniat nak menyentuh mana-mana realiti hidup sesiapa. So, you guys just relaks reading it and be happy, ok. Lepas ni ingat nak buat cerita lawak. Emm Cik Akal kena cari idea. Sat noooo....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience