Eeeee bising! Bising! Bising!
Issh ini mesti kerja kakak. Sengaja tak bagi dia kenikmatan tidur lebih daripada pukul sembilan. Isha gabai jam loceng yang berdering kuat di hujung bantal tidurnya. Tap tekan. Diam. Lega. Dia tolak bantal. Tolak selimut. Buat rengangan badan. Ambil telefon bimbit dulu.
Aip, Abang Qays telefon tiga kali sejak pukul tujuh. Nak apa? Isha senyum. Ini mesti kes Kak Ifza tak jawab
panggilan telefon Abang Qays. Angau betullah Abang Qays tu.
Ok ada mesej. Berderet-deret dari Faaz. Dia mengeluh. Dari semalam Faaz hantar mesej. Satu pun dia tak layan. Buka pun tak. Lantaklah. Malas nak layan. Lagipun kakak dah beri amaran. No Faaz ever! Ha ha ha. Lawak apa kakak buat. Faaz tu kan bos dia. Lainlah kalau dia berhenti kerja. Ah, tentu kakak akan paksa dia berhenti.
Isha melangkah nak ke bilik air. Emm kakak tampal note di pintu bilik air.
Jangan lupa buat solat sunat dhuha dan solat sunat mutlak. Jangan pergi ke mana-mana. Duduk rumah.
Isha senyum. Iyalah kak. Dia tarik tuala yang tergantung di kuda-kuda. Mula agenda, mandi, solat dan sarapan. Lepas tu? Hai, nak buat apa sorang-sorang di rumah.
Ok, Isha tak duduk rumah sebab Qays. Qays ajak Isha keluar. Mulanya Isha keberatan. Tak mahu Qays tanya fasal Faaz. Tapi Qays bagai boleh baca keberatan Isha. Dia berjanji tak akan sentuh fasal pengakuan Faaz semalam melainkan Isha sendiri nak beritahunya.
Oh ya, Isha dah hantar mesej kepada Ifza. Dia keluar dengan Abang Qays. Nak telefon, takut kena marah.
Kakaknya balas dengan hanya menghantar emoji muka dengan wap dari hidung. Isha hanya ketawa. Ok lah tu daripada kakak personali telefon.
Qays dan Isha habiskan masa dengan keluarga Zafri. Mereka ke Petrosains, Aquaria, Berjaya Times Square Theme Park dan akhir sekali ke Blastacars Malaysia. Terpancar kegembiraan mereka terutama di Blastacars. Bukan main Zafri dan Qays drift di litar go-kart lebih-lebih lagi mereka berdua dah ada lesen black card.
“Abang Qays, kak Ifza hantar mesej. Suruh balik.”
“Wah, kedengaran seperti isteri suruh suami balik pula.” Seloroh Hana sebelah Isha.
“Ha ah betullah.” Ngomel Zafri sambil melayan anak bongsunya bermain yo-yo
“Tolong doa-doakan yer semua.”
Qay ketawa kecil. Kalau jadi, Ifza tak payah panggil balik sebab dia akan sentiasa ada di sisi isteri. Emm agak-agak berapa lama nak jadi belangkas, Encik Qays? Tolak Encik Akal.
“Tentu. Kena doa juga Isha ni tak berhenti kerja.”
Hana rangkul bahu Isha. Dia masih cuba pujuk Isha. Hai, tak adilnya suami terpaksa lepaskan PA yang baik hanya sebab Faaz. Issh, kenapa tidak Faaz saja yang berhenti.
“Abang Qays jom.”
“Ok tapi sebelum tu kita beli sate.”
Qays singgah di Restoran Sate Kajang Hj Samuri. Beli sate untuk Ifza. Mana tahu Ifza ajak masuk. Makan sate sama-sam. Rindu dekat Ifza sebenarnya. Almaklum insan sedang kemaruk bercinta, sesaat pun tak mahu berpisah.
Masalahnya awak saja kemaruk, Ifza tak pun. Bisek Encik Jantung. Issh jahatnya gadis pilihan Encik Hati.
“Abang Qays, boleh kuat sikit.” Ujar Isha. Lagu Someone you love nyanyian Lewis Capaldi sedang berkumandang.
“I’m going under and this time I fear there’s no one to save me.”
“I will save you my dear girl.” Ngomel Qays. Hai kenapa senikata itu yang Isha petik.
Isha senyum sedih. Renung jari jemari di atas riba. Marah Cik Akal kepada Cik Hati yang entah kenapa nak beremosi. Sebab teringatkan Faaz. Rintih Cik Hati. Dah rasa nak menangis. Cik Jantung dan toreh wajah Faaz. Cik Hati kena berhenti. I just kill my ex. Teriak Cik Hati. Hai, dah gila.
“So this emosi sebab Faaz.”
Zapp Isha lihat Qays. Eb, Abang Qays boleh dengar teriakan Cik Hati?
“Isha cinta dia?”
“Tak... err cinta tu dah mati.”
“Yeah, right dah mati. So dah letak batu nisankah?”
Qays ketawa. Dengan gadis ini dia tak boleh nak serius.
Isha angguk. Cik Akal tolak kesedihan Cik Hati. Cik Jantung dah bunuh Faaz. L:elaki itu tak perlu hadir.
“Jangan bohong. Cinta Mr Tiang Gol masih di hati tu kan?”
“Cinta yang tak ada maknanya.”
“Isha sama seperti kakak Isha.Tak percaya kepada cinta.”
“Betul. Abang Qays percayakah?”
“Errr... Abang Qays percaya abang cinta kakak Isha. Cinta pertama.“
“Kak Ifza pernah kata, bila seorang lelaki kata cinta pertama bermakna dia dah aim akan ada cinta selepas itu. Mungkin cinta berlapis-lapis seperti kek lapis.”
“Eh, apa pula!”
Qays tak boleh terima penilaian ni. Ifza cinta pertama dan terakhirnya.
Awak yakinkah Encik Qays? Tanya Encik Akal. Kita manusia yang tak tahu jangkaun hidup kita. Mungkin apa yang Ifza kata betul. Buktinya cinta abah mereka sendiri.
“Betullah tu.” Tak payah Abang Qays nak cuba tegakkan benang basah.
“Dahlah, sekarang kita cakap fasal Faaz. Kenapa dia tinggalkan Isha.”
“Sebab dia tak cinta Isha. Dia cinta Nisreena.” Itu kenyataan.
“Come on, dia kan kata dia cinta Isha malam tu.”
“Cinta kedua yang datang selepas cinta pertama. Cinta yang tak bertahan lama. Sekadar nak tegakkan egonya sebab Isha kata Isha tak nak dia. Dia ingat dia boleh conquer semula cinta Isha. Jadi hamba cintanya. Tak mainlah cinta begitu. Isha tak mahu.”
Wow! Boleh kalah Faaz ni kalau Faaz tu betul-betul cinta dan nak Isha sekarang ni.
“Dahlah, tak payah cakap fasal dia.” Isha urut dahi. Pening.
Sampai di rumah, kereta Qays parkir di belakang kereta Uncle Hafiy. Isha dah tegang. Muka dan merah. Abah tentu bawa isteri muda dan anak lelakinya. Issh tak kuasa dia nak berbalah. Lantaklah. Tunggu jer dalam kereta. Ifza sandar dan pejam mata. Letak sebelah tangan tutup matanya. Biar gelap.
“Isha, jom keluar.”
Qays buka pintu sebelah Isha. Geleng melihat tingkah kebudak-budakkan Isha. Ifza yang dah buka pintu gate, berdiri sebelah Qays.
“Isha tak nak tambah dosa. Abang Qays jer pergi. Isha tunggu sini.”
“Tahu pun takut dosa. Dah masuk.”
Ifza tarik lengan adiknya. Ifza memang dah agak adik akan buat perangai degilnya sebab itu dia bergegas dapatkan Isha bila nampak kereta Qays
“Hi sayang.” Bisek Qays. Renung Ifza. Rindu
“Pergi balik, sayang!”
Ifza smash. Ketap bibir. Sayanglah sangat. Tak tahu hatinya dah meletup di dalam.
“Qays masuklah.” Terpa ajakan Hafiy di muka pintu.
“Kata terima kasih saja. Awak balik.” Desis Ifza perlahan.
Ifza bersilang tangan di dada. Tak berkelip melihat Qays. Tidak mahu ada penonton ketika drama konflik keluarga tentu sekali akan meletup. Kali ini dia akan pastikan dia kunci pintu depan supaya Isha tak meluru keluar. Tak nak penatkan diri seperti hari itu.
“Terima kasih uncle. Nanti Qays ambil sate dulu.”
Wah, kernyeh macam hero Zizan Razak dalam filem Cicakman 3! Tak peduli dengan jelingan Ifza. Dia capai sate ayam dan daging seratus cucuk. Emm macam tak cukup jer.
Ifza ikut Qays ke dapur. Bengang dengan Qays. Qays sibuk nak hidangkan sate dan buat minuman untuk mereka. Suruh balik, tak nak baik. Eee boleh gila dia dengan lelaki degil ni.
Di ruang tamu, Isha duduk di sofa seperti patung cendana. Hafiy labuhkan punggung sebelah anaknya.
“Abah minta maaf. Abah tahu abah tak sepatutnya bawa Nida dan Ariq ke sini. Tapi sayang, niat abah baik. High time setiap keluarga abah kena buang perasaan benci. Demi abah, tolonglah bagi Nida peluang.”
“Tak.” Tukas Isha.
Abah ingat ini drama berseri. Dari satu konflik ke satu konflik, akhirnya tamat dengan semua watak berbaik. Tentulah tak dia nak main drama begitu.
Hafiy menolak rambut di dahi ke belakang. Buntu. Ah, tak boleh berhenti berusaha. Bukan sebab Nida tapi lebih untuk mendapatkan Haziqah kembali kepadanya. Ifza dan Isha boleh lembutkan hati ibu mereka.
“Isha, abah tahu sukar. Tapi sesukar mana pun pasti ada jalan penyelesaian. Abah nak mula dengan Isha dan Ifza.”
“Abah silap. Mula dengan ibu.” Isha sandar. Silang tangan di dada.
Hafiy renung cawan yang mengandungi kopi di atas meja. Hai, rasa lain kopi yang disediakan Ifza dengan kopi yang dibuat Haziqah dulu. Kopi Haziqah jauh lebih sedap. Dia mengeluh. Dia rindu Haziqah.
“Ah, jika hanya ibu kamu berhenti benci abah. Maafkan abah...”
Eh, abah ni. Senangnya hidup. Dah buat salah, nak suruh orang maafkan.
“Jadi abah tunggu sajalah. Kalau ibu maafkan abah, baru Isha maafkan abah.”
“Jangan begitu. Isha anak abah yang paling abah sayang. Sayang sangat.”
Hafiy paut bahu Isha dekat kepadanya. Jatuhkan satu cium mesra di atas kepala Isha.
Langkah Ifza terhenti. Cik Hati diulit perasaan luka mendengar pengakuan dan tingkah abah.
Langkah Qays juga terhenti di sebelah Ifza. Dia juga dengar apa yang dikatakan Uncle Hafiy. Hairan kenapa Ifza dah berubah riak muka. Tadi bukan main tayang muka macam nak makan orang. Sekarang dah pamer riak muka sedih. Air mata pula dah kelihatan berkolam di kelopak mata.
Ifza melangkah semula ke dapur. Dulang yang mengandungi sate diletak semula di atas meja makan. Dia duduk. Menekap tapak tangan kanan ke dada. Cuba tenangkan diri sendiri. Dia kena tolak bisikan syaitan. Isha adiknya. Tak perlu iri. Tak salah kalau abah lebih menyayangi Isha. Itu hak abah tapi... dia juga anak abah.
“Awak ok?”
Suara Qays meniti perlahan. Dia letak talam yang mengandungi teko teh hijau dan beberapa jug ke atas meja. Tarik kerusi depan Isha.
“Abah selalu tunjuk dia sayang Isha lebih daripada saya. Kadang saya rasa abah saya tak sayang saya.” Isha menyeka air mata.
“Tentu sekali dia sayang awak. Awak anak pertamanya. Anak pertama selalunya special.”
“Iya special...” Sayang sekali Cik Hati tidak rasa begitu. Isha lebih special di mata abah.
Ifza paksa senyuman. Dia merenung hujung meja. Hatinya berbolak balik. Dia iri dengan Isha tapi dalam masa yang sama dia sayang Isha. Ah, tak boleh begini. Teringat nasihat ibu. Hati manusia memang suka berbolak balik. Sebab itu Rasulullah berpesan supaya manusia sentiasa berdoa, mohon pertolongan Allah agar hati sentiasa terdorong untuk mencari redha Allah dan buat kebaikan.
“Hey, sometime people don’t express their feeling well. But that doesn’t mean they don’t love you. Care about you. I’m sure your dad love you.” Qays tarik hujung lengan jubah Ifza.
“Tak! Jangan harap Isha nak ikut rancangan gila abah!” Berdentum kuat suara Isha tiba-tiba.
Laa kenapa pula tu? Ifza dan Qays bergegas ke ruang tamu. Isha dan abah sedang berdiri bertentangan. Merah wajah kedua-duanya.
“Isha jangan kurang ajar. Ini arahan abah.”
“Baik! Tapi jangan salahkan Isha kalau muka isteri muda abah tu Isha sirim dengan air panas. Kalau tak pun, Isha bakar rumah tu!”
“Isha!” Hafiy jerit. Marah dengan kelancangan Isha.
Isha pekakkan telinga dengan panggilan abahnya. Dia meluru naik atas. Sakit hatinya.
“Kan Ifza dah kata, Isha tak kan setuju.”
Ifza picit dahi. Tadi dia dah kata dekat abah. Isha tak kan pergi ke rumah isteri muda abah apalagi nak duduk makan semeja.
“Ya Allah, susah sangatkah kau orang berdua nak berubah. Benda dah jadi. Terima jer lah.” Hafiy tempias kemarahan kepada Ifza.
“Abah nak kami berubah sebab senang abah pujuk ibu. Abah hanya nak gunakan kita orang.” Letus Ifza.
“Kalau iya pun, tak salahkan. Sepatutnya Ifza yang sulung, Ifza yang tolong abah betulkan keadaan!” Letusan Hafiy lebih kuat.
“Nak betulkan apa abah kalau ibu sendiri tak bersedia nak jumpa abah? Apa lagi nak balik ke rumah ni.” Kecewa dengan permintaan abahnya.
“Jadi betullah sangkaan abah, Ifza tahu di mana ibu berada. Ifza dah pandai bohong kat abah. Bodohkan abah! Ifza nak ibu tinggalkan abah. Berpisah dengan abah, kan? Memang dari dulu abah dapat rasakan Ifza tak sayang abah.” Hafiy tuding jari ke muka Ifza. Sakit hatinya dipermainkan anak sendiri.
Ifza terduduk. Tuduhan abah membunuh jiwanya. Sakit. Perit.
“Uncle Hafiy tak boleh buat tuduhan begitu.” Qays mula bersuara. Pertahankan kekasih hati.
“Kenapa tidak! Qays pun ikut sama. Bodohkan uncle.” Terja Hafiy.
Dia semakin marah. Berani lelaki ini pertahankan anaknya.
Ifza berdiri dan tarik lengan baju Qays. Dia tidak akan biarkan abah jadikan Qays target kemarahan. Qays orang luar.
“Awak tolong balik. Ini urusan keluarga saya. Saya minta maaf libatkan awak.”
“Ifza...”
“Tolonglah...” Ifza merayu.
“Ok saya balik. Take care ok. Any thing call me.”
Berat hati Qays tapi dia terpaksa ikut. Tidak mahu Ifza terus tertekan.
Ifza angguk. Dia pusing menghadap abahnya setelah Qays keluar.
“Abah nak jumpa ibu? Ifza boleh bawa. Abah boleh perintah ibu balik sini. Layan abah macam dulu. Sebab ibu, isteri yang baik. Takut dosa ingkar kata suami. Tapi ingat, tubuh dia abah boleh kawal tapi bagaimana hati dia, mental dia? Abah boleh bunuh kewarasan isteri yang abah pernah janji hanya dia yang abah cinta hingga ke akhir hayat abah.”
Ifza sindir tajam. Arg, bukan sindir sebab itu kenyataan. Banyak kali abah janji. Romantiklah sangat masa tu!
Hafiy mencengkam kedua-dua lengan anaknya. Anak ini dah melampau namun berketar hati kerana setiap kata Ifza itu betul. Setidak-tidaknya dia dah bunuh kepercayaan Haziqah.
“Kata pada ibu Ifza, dia boleh balik sini bila-bila masa. Abah tak kan paksa.”
Hafiy lepas lengan Ifza. Akui dari sudut mana pun dia kalah. Akui juga Ifza dan Isha tidak akan menolongnya. Dia lepas keluhan kasar. Anak dengan ibu sama saja. Degil.
“Dalam kata lain, abah dah tak kesah tentang ibu.”
Issh perempuan suka putar maksud ayat! Tendang suara hati. Hafiy semakin pening. Telefon bimbitnya tiba-tiba berdering. Siapa pula? Nida? Bukan, sebab nama yang tertera bukan Nida. Dia lepas keluhan. Arg, satu lagi masalah. Dia ambil panggilan sambil berjalan keluar.
“Ifza, abah terpaksa ke Singapore esok.”
Jerit Hafiy dari muka pintu. Beberapa minit kemudian terdengar keretanya berlalu pergi.
Ifza termangu. Setidak-tidaknya tidak ada episod yang menyakitkan hati. Namun kata-kata abah masih melekat di hati. Abah tak kan paksa ibu balik sini. Dari satu sudut, ok. Taklah ibu rasa bersalah tinggalkan abah. Tapi dari sudut lain, ibu dah tak penting bagi abah. Ada atau tak, tak kan efek hidup abah. Masalahnya sekarang tak kan dia nak beritahu ibu Setidak-tidaknya begitu, kan?
Salam. Hope you guys out there ok. Hari ini, saya mula semula. A bit slow but intend nak habiskan novel ni secepat mungkin dan mula yang baru. Dah dapat idea nak create yg baru. Oh ya, kalau minat boleh baca novel saya di Wattpad. Ada tiga novel. Hahaha satu dah habis. Dua masih tergantung. So spt biasa keep reading and stay sate. Oh ya, dah selawat belum. Kalau belum, selawat dulu yer.
Share this novel