Ifza letak buku Understanding Training Needs Analysis karya Ahmad Fauzan Othman yang telah habis dibacanya ke atas meja. Dia mengambil pula buku Glow Inside & Out tulisan Auni Baharin. Emm aim nak habiskan buku ini pula. Nantilah. Badan terasa lenguh. Dia rengangkan kedua-dua belah tangan sambil berjalan ke cermin panjang yang tergantung di dinding.
Ditatap wajahnya di cermin. Dilurut bulu-bulu kening. Alahamdullilah cantik. Wah, puji diri sendiri. Ditolak rambut beralunnya yang melepasi bahu ke belakang. Disentuh tahi lalat kecil di hujung kening kanan. Nasib baiklah tahi lalat kecil saja saiznya. Tidak jelas kelihatan. Isha juga ada tahi lalat yang terletak di tengah-tengah pipi kanan. Saiznya besar sedikit. Masa zaman kanak-kanak dulu, dia akan cubit tahi lalat tu bila Isha sedang sedap tidur terutama bila ibu suruh gerak Isha untuk solat subuh. Ha ha ha bukan dulu, sekarang pun dia akan buat.
Oh ya semalam dia baru balik dari Terengganu. Kursus High Impact Presentation Skills kali ini di kendali oleh Encik Idrus, trainer yang baru sertai syarikat. Orangnya lawa, peramah dan single. Kalau dipadankan dengan Isha, memang sesuai.
Emm mana Isha ni? Masih tidurkah? Subuh tadi, Isha tak kerjakan solat subuh. Cuti solat katanya. Jadi mungkin Isha masih sedap tidur. Jom, cubit tahi lalat dia. Gerutu Cik Hati. Dah lama tak buat kot. Dengar jeritan tetap sama atau tak. Hahaha.
Ah, seperti tahu saja, menonong Isha masuk. Terus ke sofa panjang di tepi tingkap. Sofa itu Ifza baru beli khas untuk Isha. Iyalah, setiap kali masuk mesti Isha landing atas katilnya. Dah landing, tak tahu nak kemas. Dia pantang tengok kain cadar berkedut sana sini.
“Abang Qays ajak kita ke Cameron Highlands hujung minggu ni. Tidur sana semalam.”
Isha duduk menyandar. Pagi-pagi lagi Abang Qays menelefonnya. Kacau betul. Dahlah semalam dia tak dapat nak tidur ingatkan Fadl.
“Kakak jangan kata tak nak pergi. Isha dah tak larat nak layan perangai kakak dan Abang Qays. Macam budak-budak. Hari tu kak tak nak pi Krabi pun, Isha yang kena. Abang Qays tu kuat bebel. Kalau kakak di takdirkan jadi isteri dia, pastikan kakak letak timer. Rimas.”
Isha picit dahi. Pening. Dia sandar. Pejam mata. Whoish terus muncul wajah sedih Fadl. Ingin sekali dia peluk Fadl. Katakan semuanya ok. Fadl berhak gembira.
“Ok.”
Setuju setakat di bibir. Memang taklah dia nak ikut rancangan Qays. Kali ini dia sendiri yang akan beritahu Qays. Tak adil Isha yang kena. Nahas kalau lelaki tu berani nak bebel dan yang pasti dia tidak perlu timer.
Ditatap wajah Isha. Riak kelukaan wajah Isha ini yang dia berdoa agar tidak akan berulang lagi, sekarang muncul semula. Riak wajah ini mesti sebab Faaz. Hanya lelaki itu saja yang boleh efek emosi Isha begini.
“Faaz buat apa kat Isha?”
Ifza duduk bersila menghadap adiknya di sofa.
“Apa?”
“Jangan nak apa-apa dengan kakak!” Di tuding dahi adiknya.
Isha lepas keluhan. Rasanya tak guna nak pendam.
“Kak, Isha makin tak faham dengan perangai Faaz. Fadl tu anak dia tapi dia... bagai letak jarak antara mereka. Macam tak nak Fadl tu gembira.”
Ifza geleng. Laa sekarang Fadl pula. Isha ni tak pernah serik.
“Fadl tu budak kak. Kena main, kena ada kawan, kena gembira. Fadl perlu attention. Faaz tu tak perlulah nak disiplinkan budak tu macam askar. Even Abang Qays yang tak ada anak tu lebih pandai layan dan sayang Fadl daripada Faaz.” Isha ketap bibir bawah. Kecewa dan geram dengan sikap Faaz.
“Isha, setiap orang berbeza cara pendekatannya. Faaz dengan Qays, dua orang yang berbeza. Fadl tu saja anak Faaz. Tentulah Faaz sayang.”
“Masalahnya Isha tak nampak pun dia sayang Fadl.”
“Isha, inilah yang kakak takut bila Isha dekat dengan Fadl. Isha tu kalau sayang seseorang tak tahu nak letak sempadan. Dulu Faaz, sekarang Fadl. Berhenti boleh tak. Tolonglah Isha, tak payah nak menonong sua kepala masuk dunia Faaz tu lagi.”
“Isha hanya kasihan kat Fadl. Isha nak dia gembira seperti budak-budak lain.”
“Doa dia gembira dari jauh, boleh tak? Fadl tu amanah Allah kepada mak bapa dia. Biar mereka uruskan. Bukan tanggungjawab Isha.”
“Laa kak ni, tak kan Isha nak biarkan Fadl sedih. Isha sayang dia.”
“Hah inilah masalahnya. Kalau sayang, biar bertempat. Ada batasnya. Dia anak orang Isha. Anak orang. Bukan anak Isha. Kalau nak sayang, beranak sendiri. Tapi, nikah dulu.”
Ifza senyum. Wah, pandai dia beri nasihat. Kena nikah baru boleh buat anak. Jangan buat dosa banyak-banyak. Takut tak sempat nak bertaubat sebelum mati.
Jadi, Cik Ifza bila nak nikah? Nak ada anak? Kalau boleh biar ada suami, ada anak sebelum mati. InsyaAllah adalah juga orang nak doakan.
Spontan senyuman Ifza jadi statik. Eh, apa pula Cik Hati buat ayat macam tu!
“Tan Sri Hamzi tu lagi satu, dengan cucu sendiri pun nak tunjuk lagak.” Merungut Isha.
“Tan Sri? Isha jumpa dia?”
Ifza tepuk dahi. Ah, Tan Sri dah muncul! Masalah bertambah besar ni.
“Ini semua salah dia! Yang tiba-tiba muncul tanpa beri salam tu, buat apa? Eee perangai orang tua tu dari dulu macam tak pijak di bumi nyata.”
“Apa yang berlaku?”
Isha cerita apa yang berlaku. Nada marah dan sedih berselang-seli. Rugi dapat orang tua yang pentingkan diri sendiri. Fikir mereka yang sempurna seratus peratus. Bodoh betul.
“Isha, kali ini kakak setuju dengan Faaz. Isha kena stay out. Biar dia handle. Isha jangan nak lupa apa yang
Tan Sri tu pernah buat dekat Isha. Watak antagonis Tan Sri tu, kita tak perlu dalam hidup kita.”
Isha kerling ke atas. Watak antagonis! Laa kakak ni rajin baca novel kah? Watak antagonis itu sepatutnya diberikan kepada Faaz. Jahat dari awal. Eh, mana pula! Faaz pernah baik. Pernah sayang dia. Pernah ambil berat tentangnya. Pernah... buat dia menangis. Pernah... hancurkan hatinya. Pernah... buat dia benci lelaki.
Ah, soalnya semua pernah!
“Isha dengar tak?” Issh adiknya ni buat diam pula.
“Dengar.” Isha keluh perlahan.
“So, tolong jauhkan diri. Lebih baik Isha berhenti dan kerja tempat lain. Susah-susah kerja tempat kakak. Boleh kenal dengan Encik Idrus. Dia single. Isha single. Dia handsome. Isha cantik. Perwatakan sama pula tu. Kakak dah nampak kebahagiaan Isha dengan dia.”
Isha tarik rambut kakaknya. Ke laut dah kakak ni.
“Adoi, sakitlah.” Spontan Ifza tampar lengan adiknya.
“Tahu pun. Buat cadangan entah apa-apa.”
“Iyalah kakak salah.”
Memang salah pun. Bawa masuk lelaki lain dalam hidup adiknya, bukan cadangan yang baik. Logiklah sikit. Silap-silap hari bulan semakin bertambah masalah Isha.
“Jom joging.” Tiba-tiba rasa nak joging. Al maklum dah lama tak joging. Asyik kerja jer.
“Kak, kat luar tu hujan.” Isha geleng. Kakak mimpi apa agaknya semalam?
Ifza jenguk ke luar tingkap. Eh betullah. Hujan.
Jadi, tak payah joging. Awak datang rumah saya saja. Kita boleh main catur. Kalau saya menang, awak tidur rumah saya. Kalau awak menang, saya tidur rumah awak. Ok sayang?
Laa mana mai suara Qays ni? Ifza tepuk dahi. Inilah padahnya mimpi pergi joging dengan Qays semalam. Atas awan pula tu. Gila betul.
“Kak, handphone kak tu berbunyi.”
Hai, kak ni dah masuk langit ke berapa? Sat tarik muka. Sat senyum. Yang dalam dilema sekarang, dia. Bukan kakak. Betulkan?
Ifza bergegas ambil telefon. Hai, macam diseru pula burung helang tu masuk. Nak jawabkah? Ah, tak payah.
Tekan reject call. Dia senyum. Yakin lelaki itu tak kan berputus asa.
Yap, kali ini masuk mesej. Ifza senyum.
Qays – Jahat! Kenapa reject call saya?
Ifza – Saya tak nak dengar suara awak! Tak sedap.
Qays – Funny. Jom keluar.
Ifza – No.
Qays – Saya dah agak jawapan awak. Jumpa saya di bawah.
What! Ifza panik. Dia berdiri. Tegang semua urat. Masakan Qays ada di bawah? Tak ada.
Ifza lurut dada. Lega. Membulat lihat skrin telefon. Berani Qays mainkannya.
Qays – Got you!
Ifza – Bravo!
Qays – I’m laughing really hard.
Ketawa? Grrr Ifza semakin geram.
Ifza - Bye
Qays – Eh, don’t hang up. Saya nak cakap fasal trip kita ke Cameron Highlands.
Ifza – Kita? I’m not going.
Qays – Are you sure?
Ifza – Yes.
Ifza matikan talian. Takut kena bebelkah? Tanya Cik Hati. Mana ada. Malas layan jer.
“Nasib baik abah kita tak macam Faaz. Walaupun abah tak selalu dengan kita, tapi Isha tahu dia sayang kita. Dia selalu bersama Isha di sini.” Isha letak tapak tangan di dada.
“Kita beruntung ada abah yang bertanggungjawab. Ibu pula, beruntung dapat suami yang baik, yang setia.” Isha mula mengukir senyuman. Abahnya memang terbaik.
“Betulkan kak?”
Ifza angguk lemah. Jika hanya kenyataannya begitu.
“Kak nak ke bilik ibu.” Ifza keluar.
Isha terus duduk. Masih teringat Fadl. Fadl tengah buat apa agaknya sekarang? Faaz masih hukum Fadl duduk dalam bilik jer kah? Tak adil. Ingin sekali dia cakap dengan Fadl. Masalahnya dia terpaksa menelefon Faaz untuk cakap dengan Fadl. Ah, tentulah tak dia nak buat begitu! Apa kata pergi saja ke rumah Faaz. Lihat dengan mata sendiri keadaan Fadl.
Isha stop! Urusan Faaz bukan urusan Isha.
Argh… melampau pula Cik Akal keluarkan dialog lagak Kak Ifza.
Telefonnya tiba-tiba berdering. Faaz? Nak apa pula Mr Ego ni? Nak marah atau nak suruh minta maaf kepada Tan Sri. Ugh, jangan haraplah!
“Awak nak suruh saya bunuh awak?” Isha smash dulu.
“Berani awak!”
“Emm, masih tak puas hati! Good. Sebab saya memang suka awak marah!” Isha sengaja lepas ketawa jahat.
“Awak ni kenapa? Kalau awak nak balas dendam sebab saya tolak cinta awak dulu, awak marah saya tapi jangan kurang ajar dengan papa saya.”
Mai ai dia masuk bab cinta! Naik suhu kemarahan.
“Kurang ajar? Awak masih ingat tak, papa awak pernah tuduh saya curi duit awak? Pada hal duit tu awak dah beli gitar. Bukan main sedap dia maki hamun saya macam saya tak ada mak bapa. Dah tahu cerita sebenar, tak pulak dia minta maaf dekat saya. Sepatutnya masa tu saya dah boleh kurang ajar dengan dia. Nasib baik saya tak tampar muka dia masa tu!”
“Isha!”
Faaz dengus marah. Lurut dada. Isha memang melampau. Issh kenapa Isha masih ingat peristiwa yang dah lama berlalu? Masih marah pada papa? Tapi bukan salah papa. Salah dia. Masalahnya sampai sekarang dia tak faham kenapa papa melulu tuduh Isha yang curi duit papa.
“Apa Isha Isha! Dengar sini Faaz. Saya tak dendam dekat awak mahupun dekat papa awak. Saya dah move on.”
“Really?”
Eh, boleh pula tanya! Tak percaya? Ok, fine!
“Really, I’m out! Esok saya hantar surat berhenti 24 jam saya.”
Isha matikan talian. Tak guna nak seksa diri. Keluar saja daripada dunia kehidupan Faaz. Itu lebih baik.
Macam mana dengan Fadl? Doa. Iya kena doa untuk Fadl. Dia segera ke bilik. Terdengar Kak Ifza baca Al-Quran dengan ibu. Baik ikut baca. Tapi sebelum itu, ambil wudhuk yang sempurna dulu. Dari Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari Kiamat dengan dahi, tangan dan kaki yang berseri-seri disebabkan daripada kesan-kesan wudhuk. Barangsiapa yang mampu daripada kalangan kamu untuk melebihkan dahinya maka lakukanlah ia.” [Riwayat al-Bukhari (136)][Riwayat Muslim (246)]
Jadi lebihkan. Usai wudhuk Isha ambil Al-Quran dan duduk sebelah kakaknya. Cari ketenangan dengan membaca Al-Quran.
Dia terus membaca walaupun terdengar deringan mesej masuk ke telefon. Setelah habis baru dia membacanya.
Mesej dari Faaz – Awak tak boleh berhenti. Zafri perlukan awak.
Isha mengeluh panjang. Iya lah, tak adil bagi Encik Zafri. Ok, dia akan terus kerja sehingga Encik Zafri dapat PA baru. Ayuh berdoa PA baru cepat-cepat muncul. Lepas tu bolehlah dia pergi bercuti ke Antarctica. Salam dengan penguin di sana. Nak tahu tak, itulah antara cita-citanya. Harap-harap tidak ada seekor pun muka penguin tu macam Faaz.
Hahaha... gila.
Dah makan malam guys? Thanks to all that baiknya drop comments. Love it. At least someone out there notice my writing. Feel good. Not lonely anymore. Please do continue give your feedback. I really appreciate it. Emm lepas ni nak kemana pula arah cerita agar tidak timbul soal cliche...?
Share this novel