BAB 34

Romance Completed 25825

Tinggal lima hari saja lagi. Haziqah dah tak sabar. Inilah penglibatan pertama dia dalam pameran Arts Show di sebuah galeri KL. Para pelukis terlibat terdiri daripada pelbagai genre dan tidak ada sebarang tema ditetapkan bagi karya seni yang dipamerkan. Haziqah menghasilkan lukisan-lukisan abstrak dan pemandangan alam semula jadi. Dia sandar lukisan abstrak terakhir yang dihasilkannya di dinding bilik.

“Assalammualaikum.”

“Wa'alaikumussalam.”

Haziqah toleh. Terkesima melihat Isha di depan pintu biliknya. Aip kenapa tiba-tiba muncul. Tak kerjakah?

Isha salam sebelum memeluk ibunya erat.

“Kenapa ni tak kerjakah?”

“Isha ambil cuti. Isha rindu ibu.”

“Ibu pun rindu Isha. Tapi, ibu rasa ada sebab lain Isha ke sinikan? Bergaduh dengan kakak?”

“Isha penatlah dengan kakak tu. Dia janji tak marah tapi dia buat perangai dingin dia. Dah berhari kot ibu. Cakap dengan Isha bila perlu saja. Bukan salah Isha pun.” Isha merungut. Dia duduk di birai katil.

Haziqah senyum. Hai, macam budak-budak.

“Dah makan?”

“Makan kat warung Pak Derus tadi. Ifza beli goreng pisang dan kuih denderam. Masih panas lagi. Bila Pak Derus tahu Isha nak ke sini, dia sedekahkan tiga balang besar kuih kapit. Cukuplah untuk semua. Isha tinggalkan kat Mak Yam di dapur tadi. Ibu nakkah? Isha boleh ambilkan.”

“Tak apalah. Biar jer budak-budak makan selepas mereka dah habis mengaji. Sekarang beritahu ibu apa yang berlaku. Kenapa kakak kamu marah?”

“Salah Faaz.”

Isha main jari jemari di riba. Dia masik belum temui jalan keluar. Mungkin ibu boleh tolong.

“Apa pula kali ni?”

“Dia ajak Isha kahwin. Bukan sebab dia sayang Isha tapi sebab Fadl.” Mendayu suara Isha

“O... ini kes nak dapatkan penganti untuk anaklah.”

“Bukan tu bu. Nisreena bekas isteri Faaz tu nak tuntut hak penjagaan Fadl.”

“Baru sekarang?” Pelik. Fadl tu kan dah nak masuk enam tahun.

“Itulah. Dulu masa berpisah tak sibuk pun nak tuntut. Entah angin gila mana tampar dia, tiba-tiba nak tuntut. Masalahnya bu, Nisreena tu kata dia tak akan tuntut kalau Faaz kahwin dengan Isha.”

Haziqah tepuk dahi. Apahal nak libatkan Isha?

“Kenapa pula?”

“Sebab Fadl kata dia sayang Isha. Jadi, Nisreena tu pun letak syarat gila suruh Faaz kahwin dengan Isha. Dia bagi tempoh sebulan. Takkah gila tu.”

Isha merengus kasar. Siapa yang dia lebih marah, Faaz atau Nisreena? Dua-dua sebab dua-dua gila. Argh... dia pun boleh gila.

“Kakak Isha kata apa?”

“Kakak tu, macamlah ibu tak tahu. Marah bukan main. Sebuk nak berdepan dengan Faaz. Nasib baiklah sebelum Isha beritahu dia, Isha suruh dia janji jangan nak mengamuk tak tentu fasal. Jangan jumpa Faaz. Itulah yang dia boikot Isha.”

Haziqah lepas keluhan. Itulah perangai buruk Ifza. Alamat dia kena terus berdoa kalau Ifza jadi isteri nanti, perangai ni akan berubah.

“Mungkin Faaz tu sengaja adakan cerita. Tak masuk akal kot.”

“Isha pun fikir begitu. Tapi Faaz iya-iya kata itu yang Nisreena nak. Kalau tak percaya, suruh Isha jumpa dan tanya Nisreena sendiri. Tak mainlah Isha nak jumpa ex dia.”

“Betul tu. Kalau dibuat cerita tu hanya rekaan Faaz, nanti anak ibu ni yang malu.”

Isha angguk. Sebenarnya arah logik bukan ke situ. Lebih kepada kekecewaan. Faaz nak dia jadi isteri sebab Fadl. Bukan sebab Faaz mahu memperisteri dia sebab cinta. Kalah lagi dia.

Eh sekejap, bukan dulu Faaz pernah cakap dia cintakah?

Cakap... tapi tak nampak serius pun. Lebih kepada ego sebab dia tolak. Faaz kan nak menang saja. Arhg... apa pun dia kecewa. Kenapa Faaz tak boleh nak ikhlas cinta dia saja? Cik Akal ni pula entah kenapa bawa balik detik-detik percintaan sebelah pihak. Arg... arg... arg...

“Isha. Isha. Isha...”

Aip budak ni dah singgah dunia mana pula? Haziqah tarik hujung jari telunjuk Isha. Bawa Isha ke dunia kembali.

“Dia tak ikhlas cinta Isha. Dulu Nisreena, sekarang dia letak Fadl.”

Mendayu ayat Isha. Air mata dikelopak mata mengalir juga.

“Isha masih cinta Faaz.” Ujar Haziqah perlahan. Itu kenyataan yang menyakitkan.

Dia menyentuh pipi anaknya. Air mata Isha diusapnya. Isha seperti dia, masih berpaut di hujung ranting cinta. Dia, walaupun dikhianati dan dikecewakan, tetap cinta suaminya. Itu kenyataan. Dia rindu suaminya. Ya Allah...

Setelah Isha balik, Haziqah telefon Qays. Harap-harap Qays boleh tolong sebab Qays kenal Faaz. Dia tak boleh biar Isha tension begitu. Perlu cari jalan penyelesaian.

“Ada apa-apa Qays boleh tolongkah auntie?” Tanya Qays sebaik saja menjawab salam Haziqah. Hairan kenapa Auntie Iqah tiba-tiba telefon.

“Maaflah auntie ganggu. Auntie nak jumpa Qays boleh?”

“Boleh. Err nanti Qays jumpa auntie. Qays pun memang nak ke sana. Abi suruh Qays hantar buku-buku cerita dan latihan. Katanya bolehlah juga isi masa kanak-kanak kat sana.”

“Iyalah. Auntie tunggu Qays yer.” Haziqah matikan talian setelah memberi salam.

Qays tiba semasa Haziqah sedang membalut kanvas terakhir lukisannya. Setelah selesai, diletak dengan kanvas-kanvas lukisan yang lain di tepi dinding.

“Auntie nak bawa semua ini ke galerikah?”

Qays duduk di kerusi buloh berdekatan jendela. Haziqah dah pun duduk di sofa panjang.

“Ya. Sepuluh semuanya. Harap pihak pengurusan galeri tu terima. Dapat pamer satu dua pun jadilah.”

“Mestilah ada. Lukisan-lukisan auntie semasa majlis amal hari tu pun habis dijual. Malah ada yang minat nak auntie buat lukisan untuk mereka.”

Haziqah senyum senang. Alhamdullillah hasil jualan lukisannya hari itu dapat sedikit sebanyak membiayai pelbagai kos penyelenggaraan rumah-rumah amal yang terlibat.

“Kenapa auntie nak jumpa Qays?”

“Pasal Isha. Dia datang sini tadi. Faaz nak Isha jadi isteri dia sebab Fadl. Qays tahu tak?”
Qays garu belakang telinga. Nak kata apa? Terus terang sajalah.

“Ya. Faaz jumpa Qays. Minta tolong Qays pujuk Isha. Qays serba salahlah auntie. Faaz tu nampak betul-betul cinta Isha.”

“Cinta? Teruk betul cara dia tunjuk dia cinta Isha. Dulu reject cinta Isha sampai anak auntie tu lari ke luar negara. Bertahun. Sekarang Faaz tu muncul semula. Sebut cinta lagi. Auntie rasa biarlah Isha tu belajar cinta lelaki lain. Faaz tu kena cari cara lain nak selesaikan masalah dia.”

“Faaz tu Qays tak kesah sangat, tapi Fadl. Kalau betullah Nisreen tu nak tuntut hak penjagaan, Qays rasa dia boleh menang. Yang jadi mangsa sekarang Fadl. Dia tak nak ikut mama dia. Qays dengar Nisreena dan suami dia tinggal di Istanbul. Tentu Fadl akan dibawa tinggal di sana. Kasihan dia. Tak dapatlah nak jumpa papa dia.”

“Nisreena tu ada anak dengan suami dia sekarang?”

“Faaz kata tak ada.”

“Mungkin sebab itulah dia nak Fadl.”

Anak kot. Ibu mana yang tak nak anak yang dilahirkan hidup bersamanya.

“Mungkin juga. Masalahnya kenapa buat syarat suruh Faaz kahwin dengan Isha, kalau iya pun Fadl sayang Isha?”

“Qays yakinkah itu syarat yang Nisreena letak?”

“Iya. Tapi, apa pun nak dapat kepastian kena tanya Nisreena sendiri.”

“Auntie tidak mahu Isha jumpa Nisreena. Takut bertambah tension anak auntie tu.”

Ok... kalau bukan Nisreena, siapa? Qays urut dagu. Dia? Memang taklah dia nak jumpa.

“Nantilah auntie tanya Ifza. Mungkin dia boleh beri cadangan. Tapi, kena tengok mood dia juga. Sekarang ni Ifza tu tengah boikot adik dia. Hai, dari dulu itulah perangai dia. Kalau dia tak boleh bebel, dia akan diam seribu bahasa. Tunggu sajalah sampai dia sendiri ok. Selalunya tiga hari dah ok.”

Issh tiga hari! Lama tu. Qays merungut sendiri. Satu hari pun rindu dia dah mengunung. Ini tiga hari? Teruk ni.

Haziqah senyum lihat riak muka Qays. Tentu dah ke lain otak lelaki ni.

“Kalau di takdirkan Qays jadi suami dia, auntie nasihatkan Qays ambil tiga langkah ni. Satu, Qays tunggu sampai marah dia reda. Itu memang perlukan kesabaran. Kalau dia bebel, ok lagi. Tapi kalau dia diam, membisu buat tak tahu, itu lagi memerlukan kesabaran. Dua, Qays petik saja mana-mana ayat Al-Quran atau hadis yang bersangkutan dengan kemarahan masa tu pada dia dan ketiga, tutup mulut dia dan renung mata dia. Suruh dia selawat. Lebih mujarab, kalau Qays pun turut selawat. Dulu masa dia kecik-kecik, auntie selalu buat begitu. Ifza tu ok kalau pandai handle.”

Wheoi bakal mak mertua perturunkan petua. Yang ketiga tu kena tambah, lepas selawat, kasi kiss sekali. Dua kali. Tiga kali. Hahaha...

“Baik auntie.” Qays angkat ibu jari. Ok sangat.

Eh, dah ke lain pula. Dia sepatutnya selesaikan masalah Isha.

“Tentang Isha...” Ayat Haziqah tergantung bila tiba-tiba iPhone Qays berbunyi.

Qays ambil iPhone dan tatap mesej di skrin. Dia senyum. Insan tersayang nak jumpa.

“Maaf auntie, Qays kena bergerak sekarang. Auntie relaks ok. Nanti bila auntie dah cakap dengan Ifza, auntie beritahu Qays. InsyaAllah sama-sama kita cari jalan.”

Qays bergegas keluar menuju ke keretanya. Dilihat jam di tangan. Tak pasti dia boleh sampai dalam masa setengah jam terutama dalam kesibukan trafik waktu ini. Setidak-tidaknya dia perlu sejam. Nak buat apa sekarang? Hantar mesej? Ah, telefon saja. Dia menelefon beberapa kali. Aip, tak jawab. Kenapa? Dia hantar mesej pula. Tak balas. Dia panik.

Tiba-tiba telefon berdering. Pantas dijawabnya.

“Ifza, awak ok?”

“Ok. Saya dengan Raisya. Dia kata dia rindu awak. Nak jumpa awak. Kita orang tunggu awak.”

“What!” Qays dah pucat. Raisya ada dengan Ifza? Kenapa Raisya tiba-tiba muncul?

Tercengang Qays merenung telefon sendiri. Ifza dah matikan talian. Arg... kenapa?

Salam. Hahaha create watak sampingan baru, Raisya. I don't intend tak buat jalan cerita klise. Tak ada rebutan. Jadi kita lihat saja nanti apa yang Cik Akal nak buat? So guys keep reading and support. See you in next episode. Oops hari ini 22 Nov saya buat pembetulan sedikit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience