Haziqah senyum. Rasa kasihan pula hendak terus tension dengan Fera. Anak yatim piatu ini hanya aju soalan yang akal kecilnya tidak faham.
“Fera, lukisan adalah gambaran hati kita. Salah atau tidak bukan soalannya. Lukisan wan ini adalah apa yang wan rasa sekarang.” Haziqah sedekah lagi senyuman sambil memperbetulkan cekak rambut Fera.
“Wan pilih merah sebab wan tengah marah.”
Feroz, abangnya mencelah. Memaut bahu adiknya. Fera berumur lima tahun dan Feroz, enam tahun. Mereka jadi yatim piatu tiga tahun yang lalu. Ibu bapa mereka meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.
“Wan marah Fera?” Fera tarik hujung lengan baju kurung Haziqah.
“Taklah. Wan sayang Fera.” Dilurut pipi Fera.
“Fera juga sayang wan.”
“Ok kalau sayang wan, pergi main dengan abang kat dalam. Feroz jaga adik, ok.”
Feroz angguk. Dengan senang hati bawa adiknya masuk. Sayu Haziqah melihat mereka. Anak suaminya mungkin seusia Fera. Anak yang buktikan suami yang bertahun bohong kepadanya. Ya Allah, hatinya masih sakit. Jiwa masih meruntun di mana silapnya. Apakah menjadi isteri yang setia menyebabkan suami mengambil peluang? Tak. Tentu sekali bukan itu sebabnya. Habis apa? Dia tak cinta kamu, Haziqah. Agaknya, tak pernah mencintai kamu. Titik. Ujar suara hati.
“Iqah ok?” Menyusup pertanyaan Datin Jaseena. Dia letak beberapa beg plastik di atas meja.
Haziqah raup wajah sebelum pusing melihat kawannya. Dia paksa senyuman. Angguk.
Datin tahu, Iqah tak ok. Masih terikat dengan kesedihan, kekecewaan dan kelukaan. Sayangnya dia tak boleh nak buat apa-apa. Ini soal hati.
Matanya melirik melihat lukisan abstrak Iqah. Sebahagian besar kanvas dipenuhi dengan goresan kuas warna merah yang kasar. Terdapat lengkungan halus berwarna hijau dan biru langit. Lengkungan ini bagai tersembunyi di sebalik warna merah. Uniknya lukisan ini ialah, terdapat sekerat saja kapal layar dilukis terbalik ke bawah di bahagian tengah-tengah kanvas. Emm kenapa tak dilukis keseluruhan kapal dan kenapa terbalik?
“Seena bawa apa tu?” Mata Haziqah tala ke arah beg-beg yang kawannya bawa tadi.
“Qays kirim donut dan goodies untuk semua. Sara pula suruh bawa pakaian untuk budak-budak yang nak ikut ke pameran.”
“Bermakna majlis lukisan rumah amal ni jadilah?”
“InsyaAllah jadi. Bukan saja lukisan rumah amal ni tapi kita buka juga untuk rumah-rumah kebajikan lain untuk turut serta. Tak payah bayar apa-apa pun. Kita orang dah siap dapat tajaan makanan untuk majlis tu. Ramai ahli NGO dah janji nak datang. Malah, Sara dah berjaya dapatkan beberapa orang artis terkenal untuk turut hadir. Glamorlah sikit. Harap-harap semua lukisan yang dipamerkan habis dijual.”
“Kalau macam tu, Iqah ingat nak tambah lagi lukisan Iqah ni. Emm kena pujuk Feroz sama. Seena tahu, Feroz itu ada bakat melukis. Hari tu, dia lukis gambar pemandangan kampung. Katanya kampung arwah ibunya. Memang cantik.”
Berkelipan sinaran mata Haziqah. Nak kena minta Seena frame lukisan Feroz nanti.
“Oh ya, Qays kirim salam. Dia... err... minta kalau boleh, Iqah jumpa anak-anak Iqah. Dia risau tengok mereka. Isha dah tak seceria dulu. Ifza pula dah tak mahu bertengkar dengannya.”
Datin Jaseena ketawa kecil. Hai, ayat anaknya dah melekat dalam kepala. Inilah akibat kalau dok ulang-ulang dengar rungutan Qays. Qays kata dia nak Ifza yang tendang hatinya. Bukan lurut hatinya dengan anggukkan dan tunjukkan muka blur. Gila betul cara anaknya ini bercinta.
“Iqah, mereka rindu ibu mereka.” Ujar Datin perlahan bila Haziqah hanya diam.
Haziqah tunduk. Anak rindu. Suami tak. Suami ada isteri muda. Untuk apa rindu yang tua?
“Iqah belum bersedia nak balik ke rumah tu.”
“Ok. Apa kata bawa mereka jumpa Iqah di sini?”
“Bolehkah?”
“Tentu boleh. Yang penting, tiga hati tak boleh di biar berduka.”
Haziqah senyum sebaris. Tiga hati? Kenapa tidak empat?
“Nanti Seena suruh Qays bawa mereka.” Datin lurut dada. Lega.
Bukan saja Datin Jaseena tapi Qays juga lega. Rupa-rupanya umi sembunyi Auntie Iqah kat rumah amal tu. Patutlah beria-ia tak benarkan dia ke sana. Issh, tak sabar nak bawa Ifza dan Isha jumpa ibu mereka.
Keesokan hari, pagi-pagi lagi Qays dah bertandang ke rumah Ifza. Dia terpaksa tunggu di luar. Abi dah beri amaran. Tak boleh masuk kalau ada Ifza dan Isha saja. Abi ni macam tak percaya anak sendiri. Bukan abi tak percaya, tapi kena jaga maruah anak dara orang. Iyalah tu.
Issh anak-anak dara ni masih tidurkah? Mentang-mentang hari Sabtu. Semalam dia dah beritahu Isha dia nak datang. Dia telefon Ifza, tapi tak jawab. Sengajalah tu. Mula-mula Isha tolak pelawaannya. Tapi dia ugut nak tunggu depan rumah sampai mereka keluar. Laa naya kalau mereka betul-betul tak keluar. Issh...
“Abang Qays, bawa ayam tak?” tanya Isha dari pintu pagar.
Aip, bila masa budak tu bertenggek kat situ?
“Ayam?” Kenapa nak bawa ayam? Tiba-tiba jer. Mengigau kot budak ni.
“Ayam yang gerakkan Abang Qays bangun. Pagi lagi kot Abang Qays. Nak ke mana?”
“Sarapan. Lepas tu Abang Qays nak bawa Isha dan Ifza ke tempat spesial.”
“Tak dak mood lah Abang Qays. Lagipun Kak Ifza baru tidur. Semalam dia tak boleh tidur.”
“Kenapa? Ingat Abang Qays kah?” Qays kernyeh. Tolonglah jawab, ya.
“Tak. Masa Isha terjaga pukul empat pagi, dia tengah solat. Mungkin dia terjaga pukul tiga. Isha ikut solat.
Lepas buat solat tahajud, Isha tidur balik tapi kakak terus solat hingga solat subuh. Jadi, Isha rasa baik kita jangan ganggu dia. Mengamuk karang.”
Qays garu pipi. Ok, dia faham. Masalahnya tak kan dia nak batalkan. Dia tahu inilah momen yang Isha dan Ifza tunggu-tunggu. Ah, kena berterus terang saja. Qays dekati Isha.
“Tak boleh, Abang Qays nak bawa Isha dan Ifza jumpa Auntie Iqah.”
“Jumpa ibu? Abang Qays tak main-mainkan?” Serak suara Isha. Nak nangis.
“Tak.” Dia ketawa. Muka Isha ibarat baru disentuh cahaya mentari pagi.
“Ok-ok. Abang Qays tunggu sini kejap.” Bergegas Isha lari masuk ke dalam.
Beberapa minit kemudian, Isha muncul dengan Ifza dan masuk ke dalam kereta Qays. Ifza duduk sebelah Qays. Isha duduk belakang. Qays lerek perhati Ifza dan senyum. Mengambil tempat duduk di sebelahnya sudah jadi kebiasaan Ifza kah?
“Wow, can’t believe I’m dating with two beautiful girls early in the morning.”
Ifza tuding mata ke atas. Ada saja dialog lelaki ini. “Yah-yah let’s go.”
“Kita pergi sarapan dulu.” Qays tepuk-tepuk perut. Dah berbunyi.
“Tak nak. Jumpa ibu dulu.” Ujar Ifza dan Isha serentak.
“Tapi saya lapar.” Semakin lapar bila kekasih hati ada di sebelah.
“Err... awak pergi makan. Berikan saya alamat ibu. Kita orang pergi sendiri.”
Ifza siap nak buka pintu kereta. Cadang nak masuk dalam ambil kunci kereta.
“Ok-ok saya berkorban demi awak.”
Masakan nak terlepas momen peluk memeluk nanti. Mana tahu Ifza terlebih emosi, peluk dia sama. Ha ha ha.
Qays mula memandu tap tidak terus ke Rumah Amal Al-Muhaymin. Dia nak ke gerai Pak Derus dulu yang terletak di tepi jalan saja. Sampai saja, dia keluar. Qays salam Pak Derus sambil melihat empat beg plastik besar yang dah diletak Pak Derus di atas meja. Qays berikan empat ratus ringgit kepada Pak Derus. Dia menolak wang baki yang nak dipulangkan Pak Derus. Halalkan. Pak Derus tolong Qays mengangkat beg-beg plastik dan diletak di sebelah Isha.
“Saya beli semua makanan ni yer Pak Derus.” Ujar Qays selepas menutup pintu kereta.
“Saya jual. Terima kasih Qays.” Ujar Pak Derus, yang dah berusia tujuh puluh senyum.
“Bakal isteri yang mana satu?” Perlahan pertanyaan Pak Derus. Dua-dua perempuan di dalam kereta cantik-cantik belaka. Tak kan kedua-kedua kot?
“Mestilah yang duduk di depan tu. Tapi dia tak bagi green light. Susah saya nak dapat. Pak Derus doa untuk saya yer.”
“InsyaAllah. Kalau dah dapat, jangan lupa jemput kenduri.”
“Mestilah Pak Derus. Pak Derus sekeluarga dalam senarai jemputan yang paling atas.”
Pak Derus ketawa kecil dan tepuk-tepuk bahu Qays. Dia berjalan semula ke gerainya. Wah, bersyukur dengan rezeki yang telah ditetapkan Allah. Hari ni bolehlah dia balik awal.
“Abang Qays nak makan ni semua? Boleh habis?”
Tergamam Isha melihat berbungkus nasi lemak daun pisang dan berbagai-bagai jenis kuih muih di sebelahnya. Amboi lapar betul Abang Qays ni.
“Kalau makan semua, meletuplah perut Abang Qays. Nanti kita makan sama-sama dengan mereka yang sedang menunggu Abang Qays.”
Qays mula perjalanan. Kena laju sikit. Dah lapar sungguh ni.
Isha dan Ifza memandang satu sama lain. Kenapa nak makan ramai-ramai? Mereka nak jumpa ibu, bukan nak pergi keramaian. Ibu di mana sebetulnya? Isha angkat bahu. Biarlah.
Kereta Qays masuk lebuh raya. Isha terjenguk-jenguk jalan yang Qays ambil. Masuk Seremban? Hati dah mula rasa tak sedap. Takut kalau Qays sengaja nak main-mainkan mereka.
Hampir sejam kemudian, Qays masuk ke lorong yang menuju ke Rumah Amal Al-Muhaymin. Pokok-pokok pinang ditanam sepanjang jalan masuk ke bangunan dua tingkat yang dijaga rapi. Di sebelah kanan tepi bangunan didirikan sebuah surau kecil dan di depannya terdapat dua buah gazebo. Kawasan persekitaran dicantikkan lagi dengan berbagai-bagai jenis pokok hiasan dan beberapa buah kerusi dan meja kayu. Di sebelah kiri terdapat sebuah taman mini dan gelanggang badminton. Qays parkir kereta di tempat parkir kereta.
“Selamat datang ke Rumah Amal Al-Muhaymin.” Qays tersengih setelah ketiga-tiga mereka keluar dari kereta.
“Ibu ada kat sini?” Ifza lihat sekeliling. Nyamannya di sini.
“Ifza, Isha.”
Panggilan ibu membuatkan mereka serentak mengalih ke arah surau. Berlari anak mereka mendapatkan dan memeluk ibu mereka.
Qays pun rasa nak ikut lari. Nak peluk juga tapi boleh dia peluk Ifza saja?
Keep dreaming Mr r.
Aip, suara siapa tu?
Dahlah baik dia bawa makanan ke dapur. Biar tiga beranak tu lepas rindu. Tapi dia juga rindu. Rindu Ifza walaupun Ifza berada di depan mata. Gila. Laa siapa yang komen tu? Qays geleng. Jom masuk dapur. Oh ya, jangan lupa bungkusan makanan.
“Jom kita duduk di gazebo tu.”
Menyerlah wajah Haziqah. Dari subuh tadi dia dah menunggu anak-anaknya. Semalam Qays telefon beritahu dia nak bawa mereka. Baiknya Qays hadiahkan dia telefon bimbit yang disampaikan melalui uminya. Haip, baik ada maknakah? Tak baik buruk sangka. Qays ikhlas. Awal-awal dah kata senang Ifza dan Isha telefon dan vice versa. Betullah tu. Ikhlas.
Ifza dan Isha ikut. Duduk sebelah menyebelah ibu mereka.
“Maafkan ibu.”
“Ifza yang patut minta maaf. Semua ni salah Ifza.” Ifza genggam tangan ibunya.
Haziqah merangkul pipi Ifza. “Berkali ibu cakap, bukan salah Ifza.”
“Ibu ok kat sini?” Isha renung wajah ibunya. Rindu belum habis lagi.
“Iya. Setidak-tidaknya anak-anak di rumah amal ini mengisi masa ibu.”
“Ibu dah tak perlu kita orang.” Isha tunduk. Ibu dah bina hidup di sini. Bahagia di sini.
“Sayang, seorang ibu sentiasa perlukan anaknya.”
Haziqah menarik Isha dalam pelukan. Dia sedar tindakan dia telah menyebabkan anak-anaknya jauh hati.
“Kami juga perlukan ibu. Ibu tak nak balik?”
Deruan angin bagai berhenti seketika di sekeliling mereka. Teruja nak dengar jawapan. Haziqah tunduk. Dia tidak mahu kecewakan anak-anaknya tapi dia belum bersedia nak berdepan dengan suami.
“Abah selalu balik tak ke rumah tu?”
“Abah... er...” Ifza teragak-agak kerana cuba cari ayat sesuai untuk tidak menggores hati ibu.
“Kadang-kadang. Abah kata dia di Singapura sekarang. Suruh kita orang call dia kalau ibu dah balik rumah.”
Isha yang jawab. Tak faham kenapa kakaknya tergagap-gagap. Tak kan nak jaga hati ibu lagi dengan sembunyi perkara sebenar?
Haziqah lepas keluhan kecil. Tetap sama. Sang suami akan menghilang juga.
“Ibu harap Ifza dan Isha faham. Ibu belum bersedia nak balik ke rumah tu. Buat masa ini, ibu nak tinggal di sini.”
Haziqah raih tangan anak-anaknya. Digenggam erat. Berdoa mereka faham.
“Ok tapi bagaimana dengan abah? Ibu tak nak beritahu dia?” Ifza renung mata sayu ibu.
“Abah kamu pedulikah? Bukan dia kata kat Auntie Seena kamu yang ibu boleh ambil masa berapa lama pun, dia faham dan izinkan? Kalau ibu ambil masa sepuluh tahun pun, abah kamu tak kan kesah. Mungkin, dia akan lebih bahagia. Bukan ibu saja isteri dia.”
Haziqah senyum dalam duka. Hati dah bernanah luka. Luka yang mengalir air mata.
“Dan bukan kami saja anak dia.” Bisek Isha perlahan.
Ifza paut bahu ibunya dari kanan. Isha dari kiri. Tiga jiwa merana hanya dek seorang insan yang mereka sayang. Kerana sayang inilah hati mereka semakin luka.
“Biarlah. Tak perlu beritahu abah kamu. Biar dia bahagia...” Mendayu sayu bicara Haziqah.
Qays menyandar dari muka pintu dapur. Sayu melihat tingkah ketiga-tiga beranak. Dia lepas keluhan. Dia tidak akan berpeluang dapatkan Ifza kalau keadaan terus begini. Ifza akan terus membina temboknya. Semakin tinggi. Semakin lebar. Arg masakan nak bertunang hanya atas kertas saja. Jika hanya dia dapat buat sesuatu. Apa?
Dia mendongak ke atas. Melintas seekor burung terkukur jawa. Dia senyum. Langit pemberian Al-Khaliq amat luas. Kalau dia burung, dia akan cari pasangan. Tak nak terbang sendirian.
“Awak dah kenapa senyum sorang-sorang?”
Ifza turut mendongak. Ada joker atas sanakah? Bukan joker tapi Miss World sedang lambai tangan kepada Qays. Awak tak nampakkah? Issh memang tak ada Miss World. Cik Hati merapu apa? Tapi kalau ada, dia akan tiup jauh. Qays tak boleh ada Miss World. Kenapa? Cemburu?
Cik Akal tarik salah satu urat. Hai Cik Ifza ni dah ke laut.
“Saya nampak awak terbang dengan burung terkukur tadi. Cantik.”
Ya Salam, Encik Qays pun sama. Merapu?
“Kenapa tak ikut terbang?” Ifza angkat kening. Dua orang boleh main permainan gila ni.
“Sebab saya nak tangkap dan bawa awak ke bumi. Pijak di bumi nyata bersama saya. Saya nak tua dengan awak, Ifza. Saya nak nyanyi lagu I Wanna Grow Old With You setiap malam untuk awak.”
Qays ketawa kecil. Kena mula berlatih menyanyi malam ini. Ikut rentak nyanyian Westlife.
“Wow, romantiknya bicara seorang lelaki yang belum dapat cintanya. Dah dapat bukan saja ke laut tapi ke dasar lautan. Tanam terus. Tak timbul-timbul.”
“Issh tak baik pandangan begitu! Ramai saja lelaki yang setia. Contohnya abi saya,”
“Whatever. Janji jangan libatkan saya. Saya tak nak. Cari saja gadis lain. Lagi pun suara awak tak sedap.” Ifza senyum sinis.
Aip, belum dengar dah kata tak sedap!
“Jomlah makan. Kata lapar tadi. Saya pun lapar.” Ngomel Ifza. Cik Hati dah rasa tak selamat.
“Ok. Tapi masa makan nanti, awak lihat muka saya. Setiap suapan awak akan jadi doa saya untuk dapatkan awak.”
“Encik Qays stop! Permainan awak dah tak lawak.”
“Saya serius.”
“Tak perlu. Apa pun terima kasih bawa saya dan Isha jumpa ibu.”
“Sama-sama kasih sayang.”
Ifza dah tepuk dahi. Tolonglah bukan salah dia buat lelaki ini gila nakkan dia. Dia tak bersalah dalam soal ini. Ibu dan umi yang bersalah.
Dahlah Cik Kaki jom kita cari nasi lemak tadi. Lapar.
Salam. Selamat pagi. Tadi baru makan nasi lemak beli kat gerai tepi jalan. Kasihan kakak tu jual dengan anak kecil dia tidur di buai. Bayangkan kakak tu bangkit pukul dua tiga pagi nak siapkan juadah untuk jualan. So you guys, sekali sekala belilah makanan dekat peniaga kecil orang kita. Tak payahlah selalu makan kat mall atau restoran besar-besar dengan harga yang tinggi. Semoga Allah sentiasa berkati hidup kita walau segunung wang yang kita fikir kita ada. Balik kita kepadaNya hanya dengan kain putih saja. Sekadar ingatan. Emosi pula pagi ni...
Share this novel