“Kak buat apa?” Tanya Isha perlahan sambil melurut belakang Ifza.
“Kak cuma kata kak cinta Qays. Qays tu pula terus ajak kahwin. Auntie Seena dan ibu dengar, mereka dah teruja. Ahhhh kakak belum bersedia nak libatkan keluarga.”
Ifza mengeluh. Melirik melihat Qays yang sedang bicara dengan ibu dan Auntie Seena di hujung kanebo.
“Habislah kak. Ibu dan Auntie Seena dah berpeluk-peluk tu. Entah-entah minggu depan kakak dan Abang Qays kahwin.” Usik Isha.
“Isha jangan nak suka sangat. Faaz dah dapat restu ibu, tahu tak?”
Ifza tampar lengan Isha. Kalau dia kena, Isha pun kena. Mana tahu, majlis bersanding pihak perempuan, buat dua sekali. Kakak dan adik satu pelamin. Jimat tu.
Hah? Mata Isha terus melirik kepada ibu. Kalau ibu restu bermakna ibu dah doa. Ibu selalu begitu. Ya Allah... doa ibu antara doa yang mustajab kot. Mula resah.
Haziqah dan Datin Jaseena dekati Ifza dan Isha. Apalah yang dibisik dua anak dara tu?
“Ifza, Qays tu kalau boleh nak merisek, bertunang dan akad nikah pada hari yang sama. Kalau boleh dia nak buat hujung bulan ni. Majlis perkahwinan boleh buat kemudian. Yang penting akad nikah. Ifza, macam mana?”
Ifza terngangga. Dia hanya cakap cinta saja, dah kenapa nak kena kahwin cepat-cepat? Dia urut dahi. Tunduk. Sejujurnya dia dah mula takut dengan cinta ini.
“Ibu, Abang Qays tentu tak nak ambil risiko Kak Ifza berubah hati.” Isha senyum.
“Bu, Ifza belum bersedia. Ifza takut...”
“Ifza, tak perlu takut. InsyaAllah Qays akan jadi suami yang baik.”
Datin Jaseena melintas ayat Ifza. Dia merangkul mesra bahu bakal menantu. Bersyukur akhirnya Ifza terima cinta Qays.
“Wah, tahniah long.” Qaid jabat tangan abangnya yang dah berada di langit ketujuh agaknya.
Pipi Ifza dah merah. Arg malunya. Bila pula semua ahli keluarga Qays muncul di sekelilingnya? Tersengeh semua seperti Qays baru saja hulurkan piala kemenangan kepada mereka.
“Err... kita kena bincang dengan abah dulu, ok bu?”
Ifza meraih tapak tangan ibunya. Penting dapat persetujuan abah.
“Tentu sekali sayang.” Masalahnya suami di mana?
“Bu, Ifza penat. Boleh Ifza balik dulu?”
Ya, dia penat. Jatuh cinta penat macam inikah?
“Saya hantar.” Ujar Qays. Kalau boleh tak nak langsung berjauhan dari Ifza.
“Eh, tak apa Qays. Auntie pun dah nak balik.”
Haziqah tahu Ifza perlu ruang. Genggaman anak dah terlebih erat.
Haziqah dan anak-anaknya tiba di rumah hampir lima puluh minit kemudian. Jalan tidak berapa sibuk. Mungkin sebab cuti sekolah dah bermula. Ramai penghuni kota dah pergi bercuti.
“Kak, kereta siapa pula ni?” tanya Isha yang keluar daripada perut keretanya. Terpegun melihat kereta baru mini cooper tiga pintu berwarna merah parkir depan rumah.
“Abah agaknya.”
Aip, abah tukar kereta baru? Kereta untuk isteri mudakah? Banyak duit abah.
“Iqah ke mana? Dah tak tahu hukum keluar tanpa minta izin suami. Tak bolehkah nak tunggu abang kat rumah ni seperti dulu.” Dengus Hafiy sebaik saja Haziqah dan anak-anak mereka masuk.
Meremang Isha mendengar letusan abahnya. Bukan dulu abah dah beri izin?
“Abah dah kenapa nak marah ibu? Abah yang tak kesah nak jawab call kita orang, mesej kita orang, sekarang muncul nak marah-marah pula!”
Haziqah menarik tangan Isha. “Ifza bawa Isha naik.”
“Tak, abah tak boleh buat ibu begini. Ikut suka abah nak cakap fasal hukum...”
“Isha pergi naik atas!”
Haziqah terpaksa bertegas. Dia tidak akan benarkan anak-anaknya kurang ajar kepada abah mereka sendiri di depannya.
Ifza tarik lengan Isha. Paksa Isha ikut dia naik ke atas.
“Iqah minta maaf.” Iqah duduk di sofa. Sesabar mungkin menghadap kemarahan suami.
“Iqah tahu tak dah berjam abang tunggu Iqah. Iqah dah tak sayang abangkah?”
“Perlukah abang tanya soalan tu? Sejak keluar hospital abang tak balik ke rumah ni. Kenapa tak call?”
“Handphone rosak. Nida baling handphone abang.”
Hafiy lepas punggung di sebelah isterinya. Dia menyandar. Lurut dada. Cuba tenangkan diri. Doktor dah nasihat dia tak boleh stres.
“Abang tak sangka Nida boleh mengamuk sampai barang-barang rumah habis rosak. Boleh gila abang begini. Kenapa dia tak boleh macam Iqah? Relaks sajalah.” Hafiy merungut.
“Sebab abang tak duduk di tempat kita orang.”
Iqah ujar perlahan sebelum berdiri dan berjalan ke dapur. Beberapa minit kemudian dia kembali dengan membawa jug mengandungi kopi. Diletaknya depan suami yang masih dengan riak muka berseraput. Dia pun seraput juga namun memaksa diri untuk sabar.
“Abang dah makan?”
“Dah, dengan Bella. Hari ini dia terbang ke Australia.”
Bella bekerja sebagai pramugari. Untungnya suami. Dia pun untung, kan? Tak payah nak jaga makan minum suami kerana layanan dia dah tak relevan lagi. Sedihnya...
“Abang tentu sayang dia.” Nada suara berlalu sayu.
“Abang juga sayang Iqah. Abang minta maaf tak balik sini. Abang terpaksa pujuk Bella. Bella nak tinggalkan abang. Abang tak nak kehilangan dia.”
Hati Haziqah hancur mendengar, seperti kaca yang pecah dan tak mungkin kembali ke bentuk asalnya. Dia pejamkan mata, membiarkan dirinya tenggelam dalam kegelapan, menangis dalam diam.
Hafiy menampar pipi sendiri, menyesal. Dia meraih tangan Haziqah, tidak berniat melukakan hati Haziqah dengan kata-katanya tadi.
“Maafkan abang sayang.”
Haziqah keluh lemah. Dah penat nak maafkan suami. Dah penat nak ubati hati sendiri.
“Iqah tahu abang dah tak seperti dulu. Abang ada tanggungjawab lain. Keinginan lain. Tapi, jangan abaikan Ifza dan Isha. Mungkin bagi abang perasaan mereka tak penting. Mereka dah dewasa, boleh terima. Masalahnya penerimaan itu. Abang sendiri nampak, mereka dah mula kurang ajar dengan abang.”
Hafiy tunduk, menyedari perubahan anak-anaknya terutama Isha. Isha sudah tidak menghormatinya lagi.
“Kita orang tua mereka. Jangan kita yang menjadikan mereka anak derhaka kerana kesalahan mereka berpunca daripada tindakan kita. Kita maafkan kesalahan mereka seperti kita berharap mereka juga akan memaafkan kita. Sebagai seorang ibu, Iqah selalu doa mereka masuk syurga. Abang fahamkan maksud Iqah?” Nada ayat terakhirnya disertai dengan tangisan yang serak.
Hafiy angguk. Dia faham. Terlebih faham. Dia ayah yang gagal di mata Isha dan Ifza. Ya Allah...
“Bu...” Ifza muncul. Kening berkerut melihat kesedihan ibu. Abah masih marah ibu?
“Sini sayang. Ifza sendiri beritahu abah yer.”
Haziqah senyum dan berdiri. Dia melangkah menaiki anak-anak tangga. Dia perlu bercakap dengan Isha. Kelantangan Isha tidak boleh dibiarkan terutama terhadap abah sendiri. Dosa.
“Beritahu apa?”
“Ifza... err... Qays...”
“Nak kahwin?”
“Abah ok?”
“Tentulah ok. Qays dah pernah beritahu abah yang dia ikhlas nak Ifza jadi isteri dia.”
“Huh? Bila?”
“Tak payahlah abah beritahu bila. Dia cuma tunggu Ifza terima dia. Abah tahu sebab abah, Ifza takut nak percaya dia. Tapi, bukan semua lelaki seperti abah. Ramai yang setia.”
Ifza merenung wajah abahnya. Abah menyesal? Mungkin, tetapi abah tetap abah. Tak mungkin abah akan tinggalkan Nida dan Bella untuk ibu. Itulah realiti hidup abah. Ibu bukan lagi keutamaan abah.
“Abah, tolong jangan sakiti hati ibu lagi.” Rayu Ifza.
“Abah cuba. Tapi percayalah abah sayang dia.”
“Kalau abah sayang ibu, tolong beri ibu ruang. Abah bina kehidupan abah dengan wanita-wanita lain, tetapi masih mahu mengikat ibu dengan kehidupan dalam rumah ini. Tak adil.”
Hafiy lepas keluhan. Adil? Sedar sukar baginya nak adil dengan isteri-isterinya. Nida dan Bella nak diri mereka diutamakan. Mereka tak nak mengalah. Tidak seperti Haziqah.
“Abah tak nak kehilangan ibu kamu Ifza.”
“Abah dah pun kehilangan dia.” Meniti ayat Isha. Muncul dengan muka tegang.
“Isha!” Ifza dekati Isha. Terpaksa halang Isha daripada lepas kemarahannya.
Isha tolak tangan Ifza. Dia juga berhak bersuara. Abah tak boleh layan ibu sesuka hati.
“Abah masih selfish nak ibu macam dulu. Nak jadi penunggu abah dalam rumah ini. Abah tahu abah sendiri tak boleh berlaku adil. Ibu dah duduk di tangga terakhir dalam senarai isteri-isteri kesayangan abah, kan?” Isha tampar ayat demi ibu yang melahirkannya.
“Ok, abah tak boleh berlaku adil. Puas hati! Isha boleh terus benci abah.” Desis Hafiy
Wajah Hafiy merah padam, hatinya sakit ditampar kenyataan oleh anak sendiri, anak yang paling dia sayang. Isha juga ditampar perasaan bersalah kerana melukakan hati abah sendiri. Dia melutut di depan abahnya, merenung sayu wajah abah sendiri.
“Isha tak benci abah. Isha sayang abah. Isha juga sayang ibu. Isha nak dia bahagia.”
“Isha nak kata abah tak boleh bahagia ibu Isha lagi, kan?”
“Cuba abah jawab soalan abah sendiri dengan jujur.”
Isha menggenggam erat kedua-dua tangan abahnya. Abah tak boleh bohongi diri sendiri.
Hafiy mengeluh lemah. Arg kenapa anak ini tega menabur garam diatas luka dihatinya?
“Abah tak kan berpisah dengan ibu Isha kalau itu yang Isha nak.”
“Bukan itu yang Isha nak. Cuma, jangan buat ibu terasa seperti dia dah tak penting bagi abah. Abah, sekarang ini yang Isha nampak, ibu bahagia bila dia berada dengan anak-anak di rumah amal tu. Dulu Isha terasa jauh hati dengan perubahan ibu. Tapi, siapa kita nak halang kebahagiaan insan yang kita kata kita sayang. Tak adil bagi dia.” Menitis air mata Isha.
Hafiy tunduk. Haziqah tidak lagi bahagia bersamanya. Suara hati mengulang ayat itu berkali-kali. Sakitnya. Dia tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir. Ya Allah...
Ifza duduk di sebelah, memaut lengan dan menyandar kepala di bahu abahnya. Hatinya disayat pilu. Betul, siapa mereka untuk menghalang? Realitinya, ibu perlu orang lain untuk bahagia. Ibu tak buang mereka, cuma…
“Ifza, Qays telefon...”
Haziqah terdiam, terkesima melihat ketiga-tiga insan yang dia sayang. Dia menyandar di dinding, memerhati dengan penuh rasa kagum. Ingin sekali dia melukis apa yang dilihatnya, biar jadi lukisan yang paling berharga baginya.
Pertama kali dia melihat Ifza menyandar di bahu Hafiy. Ifza, anak yang sering menjauhkan diri daripada abahnya. Dia beralih melihat Isha. Isha, yang disangkanya masih marah kepada Hafiy, kini duduk melutut di depan abahnya, menggenggam mesra tangan abahnya. Agaknya, hati anak-anak dah sejuk dek pujukan suami. Air mata kesyukuran mengalir. Terima kasih Ya Allah.
Eh, kedengaran suara memanggilnya. Oops lupa Qays masih ditalian.
“Qays nanti auntie suruh Ifza call.” Haziqah terus matikan talian. Berjalan mendapatkan insan-insan kesayangannya.
Huh? Terkebil-kebil Qays melihat telefon sendiri. Ada masalahkah? Ifza buat hal tak nak kahwin? Nak tunggu? Mahunya ditarik bertahun-tahun, boleh merana badan. Nak buat apa sekarang? Cari umi. Umi kena tolong dapatkan Cik Tunang Kertas jadi isterinya.
Umi...
Macam mana readers? Ok tak? Saya nak tamatkan novel ini. Bunyi bising drill sebelah rumah dah ketuk Cik Akal dan timbulkan idea untuk tulis cerita baru. Hahaha hopefully tak ambil bertahun. Emm depend dengan masalah yang mengalir masuk seperti aliran air banjir ke dalam kaca hidup ini. Eh, hujan lagikah? Oh ya, jangan marah yer kalau ada bahasa atau ejaan ada yang salah. Malas nak edit sekarang. Tapi, boleh terus komen. Bye
Share this novel