BAB 26

Romance Completed 25825

Ifza toleh lihat Isha. Mata dah kuyu. Mengantuk sangatlah tu.

“Jom kita balik. Mungkin abah dah tak ada di rumah.”

“No.”

“Isha jangan mengarut boleh tak. Tak kan kita nak berkeliaran macam kucing jalanan sepanjang malam.”

“Kita boleh tidur kat hotel seperti Abang Qays cadang.” Isha menguap.

“No.” Issh memandai jer Qays ni.

Dia toleh lihat Qays. Qays sedang berdiri menghadap laut. Kenyamanan angin laut yang bertiup di pipinya mungkin terlebih dahulu sudah menyentuh pipi Qays. Emm alangkah baik jika tiupan angin itu berhenti di pipinya saja. Tidak boleh berkongsi dengan sesiapa pun.

Kenapa tak boleh Cik Ifza? Cuba buka mata. Qays tu lawa, berkerjaya dan datang daripada keluarga yang baik-baik. Ramai wanita yang nak.

Ooops lupa, awak tak nak tunang kertas awak tu. Jadi, Qays tu bukan hak awak dan tak akan jadi hak awak. Awak selamat daripada pancaran cinta dia. Ngomel Cik Akal.

Jahatnya Cik Akal ni. Cik Hati dah sebak. Kenapa tak nak ubah pendirian tuan tanah?

Cik Jantung tak faham dengan Cik Hati. Betul apa kata Cik Akal. Tuan tanah selamat. Tak perlu nak ubah apa-apa. Cinta tu penyakit.

“Kak ni dah kenapa? Kalau nak cakap dengan Abang Qays tu, pergi sajalah. Isha nak ke bilik air kejap.”

“Bilik air saja. Jangan berani ke tempat lain.”

Ifza menuding jari beri amaran. Lihat jam tangan. Huissh dah nak masuk pukul sepuluh. Tak boleh jadi ni. Tiga solat fardu dah singgah buat di masjid. Solat Isyak buat di surau restoran ni. Solat subuh nak buat mana? Masalahnya nak tidur mana? Ah, hantar mesej saja kepada abah. Iyalah mana tahu abah dah balik rumah isteri muda dengan anak lelaki yang abah paling sayang. Issh, kenapa bukan dia anak yang paling abah sayang! Sedih.

Isha angguk. Terasa kakak baru saja ketuk kepalanya. Arg mengaku diri macam budak-budak. Lantaklah. Hati dia masih sakit ingatkan cadangan abah. Dia bangun dan berjalan pergi.

Ifza berdiri dan berjalan mendekati Qays. Peluk kain tudung yang ditiup angin. Nasib baiklah dia pakai jubah biru gelap yang berat kainnya. Taklah nak melayang tak tentu hala.

Qays terus merenung bulan di dada langit. Biarkan kesejukan deruan angin laut bermain di rambutnya. Lepas keluhan kasar. Masih tidak temui jalan nak tawan hati Ifza. Masalahnya kalau ada jalan pun, jalan tu dah menebal dengan duri-duri penolakan. Kejam betul Ifza ni.

“Awak marah bulankah?”

Qays toleh dan melihat gadis yang ingin dimilikinya tiba-tiba muncul.

“Bukan bulan tapi awak.”

Kan dah kena! Itulah tanya lagi soalan bodoh. Cik Akal tampar. Cik Hati dah merajuk.

“Ok saya minta maaf. Awak tak sepatutnya habiskan masa berharga awak dengan layan perangai buruk saya. Awak baliklah. Tahulah saya handle Isha.”

Nama pun merajuk. Apa lagi angkat kaki sajalah. Jadi, Ifza undur setapak. Pusing dan mula ambil langkah tapi langkah terhenti. Qays lagi cepat. Dah berdiri di depannya.

“Awak sedar tak semakin sukar saya nak dapatkan awak jadi isteri saya? Tembok penolakan awak semakin tebal. Dahlah tebal, tinggi pula tu.”

Ifza tergamam. Renung muka Qays. Eh, tak boleh renung lama-lama. Dongak dan renung bulan. Dia lepas keluhan. Bukan marah bulan tapi marah diri sendiri. Qays betul. Tembok dia semakin tebal dan tinggi. Dia penjarakan diri sendiri. Dia takut tapi, lebih takut diri dikecewakan dan diperbodohkan. Ah, tak boleh runtuhkan tembok hanya kerana dan untuk Qays.

“High time awak give up.” Ujar Ifza perlahan.

“Masalahnya hati saya tak nak give up.”

“Hati awak tu kecil jer kot.”

“Look Ifza, masalahnya hati saya nak awak. Hanya awak.”

Melampaulah Encik Hati dia tu. Encik Akal dia tak boleh kawalkah?

“Dulu awak pernah kata kita jadi kawan, kan? So ajar hati awak untuk berhenti di situ saja. Sekadar kawan.”

“Masalahnya hati saya nak lebih daripada jadi kawan.”

“Jadi musuh?”

Cik Ifza, itu soalan bodoh. Tampar Cik Jantung. Tengok muka Qays tu dah merah. Lagi pun kita tak nak jadi musuh dia. Buat ayat lain.

“Encik Qays, orang kata ikut hati mati. So, tak payah ikut kata hati. Selesai masalah.”

“Itu bukan penyelesaian. Masalah hati tidak akan selesai dengan menidakkannya.”

“Hati awak tu banyak masalahlah.”

Ifza merungut namun sempat suruh Cik Hati sendiri diam. Cik Hati dah menjerit di dalam. Geram. Ikut hati mati? Habis tu nak ikut kata akal yang kadang tak ada logiknya?

Qays geleng. Hai, ternyata gadis ini memang bodoh dalam soal hati. Parah ni. Masalahnya dia yang parah, gadis ini tak.

Ifza melangkah apabila telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama bos. Hai kacau betullah bos ni. Tak berpeluang nak terus bercengkerama di bawah bulan purnama. Ha ha ha iyalah tu.

“Abang Qays kalah lagikah?” tanya Isha.
Dia masuk set dengan senyuman. Teleng lihat Ifza di bawah pohon kelapa tidak jauh daripada mereka. Emm kakaknya tu sedang bercakap dengan abahkah?

“Belum. Masih berjuang. Tak kan mengaku kalah.” Qays sepak ranting di hujung kakinya.

"Yeah, that's the spirit! Get her.” Sorak Isha. Matilah kalau kakak dengar.

Aip mana pi hidup tak perlu lelaki Cik Isha ooi. Lelaki yang hanya pentingkan diri sendiri. Lelaki yang tak mahu setia. Lelaki yang bahaya bagi ketenteraman awak dan kakak awak. Cik Isha dah tolak tepi sebab Encik Qays ni kah? Berbalas suara hati. Tuan tanah hanya ketawa.

“Once she’s mine, I will lock her in my room. She’s my prisoner for life.”

Wah, yakin benar Qays. Dia ikut Isha ketawa.

“Wah, happy betul Encik Qays.”

Suara perempuan? Qays dan Isha terkedu. Hantu laut tegurkah? Spontan mereka pusing.

Ya Salam, Faaz dengan Reeta rupanya. Siapa pula seru mereka masuk set.

“Yap. I always happy when I am with my dear Isha.”

Qays renung muka Isha. Aip seperti terdengar seseorang berdengus kasar. Faaz kah?

“Encik Qays ni sure know how to conquer any woman's heart, kan sayang?”

Reeta sentuh lengan Faaz untuk tarik perhatian Faaz. Tak faham kenapa Faaz tenguk Isha seperti nak makan. Masakan Faaz marah Isha dating dengan Qays.

Isha senyum. Itu luaran saja. Di dalam badan dah berlaga semua sel. Tak keruan. Kenapa Faaz dengan Reeta malam-malam di sini?

Datinglah. Tendang Cik Akal. Faaz bohong lagi dan dia hampir percaya yang cinta Faaz hanya miliknya. Bodoh betul. Cik Hati sebak. Tuan badan kena tipu lagi.

“Setahu saya, hati PA saya ni keras. Tak mudah ditakluki.”

“Tengok siapa yang cuba takluk. Kalau lelaki macam Abang Qays ni, tentu sekali mudah. Dia setia pada yang satu.” Isha balas renungan tajam Faaz.

Qays ketawa. Faaz ni belum kenal kakak Isha agaknya. Hati kakak lagi keras daripada hati adik. Iyalah kekerasan hati Ifza ibarat sebuah pulau yang tidak mungkin berganjak walau sebesar mana pun ombak memukulnya. Isha tak begitu. Masih boleh ditolak ke tepi ke tengah. Tapikan, Isha ni pernah bercintakah atau mungkin Isha juga seperti Ifza, takut nak cinta? Kenapa tak tanya? Ada peluang nanti dia kena tanya.

“Betul tu sayang. Jangan lupa beritahu seseorang tentang bab setia ni.” Qays kenyit.

"Sure Abang Qays" Isha balas. Seseorang yang Abang Qays maksudkan tu mestilah Kak Ifza.

Terbakar Faaz melihat. Mana awak tahu Qays tu setia, Isha? Tendang suara hati. Akui semakin sukar untuk dia miliki Isha. Apalagi Isha sah-sah dah ada perisai. Siapa lagi kalau bukan Qays yang senang-senang panggil Isha sayang. Arg...

“You guys selalu dating di sinikah?”

Reeta senyum. Terasa dia perlu tekankan kenyataan yang PA Faaz ni kekasih Qays demi dirinya untuk dapatkan Faaz.

“First time.” Ngomel Qays.

“Emm for sure you guys will come again. This place is good for loving couples.”

“Loving couple macam Cik Reeta dan Encik Faaz?”

Angin sepoi-sepoi bahasa bawa soalan Isha melintas Faaz. Berlabuh di telinga Reeta.

“Emm what do you thing?” Reeta senyum senang. Rangkul pinggang Faaz.

“Kita orang datang jumpa klient. Bukan dating.”

Keras suara Faaz. Mula menyesal setuju dengan cadangan Reeta nak bersia-siar di pantai ni sebelum mereka pulang.

Isha ketap bibir. Hah, alasan! Dia PA Faaz yang tak pernah atur meeting malam-malam. Mengaku sajalah memang dating. Ah, menyakitkkan!

“Kalau dating pun apa salahnya. Encik Faaz dan Cik Reeta ni sama padan. Ibarat helang terbang dengan helang. Pasangan bahagia.”

Isha senyum sinis. Cik Hati nak Faaz mengaku. Kedudukan Reeta sama seperti Nisreena dulu. Jangan
bohong.

“No we are not!” Tukas Faaz.

Kemarahan tidak dapat dikawal. Dia melangkah dan berdiri depan Isha. Cekak pinggang. Berlawan mata dengan Isha. Berani Isha nak padankan dia dengan Reeta sedangkan Isha tahu dia nak Isha saja. Bahagia dengan Isha.

“Sayang please relaks. Isha just joking.”

Reeta mencelah di antara mereka. Menghadap Faaz. Tak faham kenapa Faaz sensitif sangat.

Qays silang tangan di dada. Jadi penonton yang teruja nak lihat adegan seterusnya. Drama apa pula yang Isha ni sedang main dengan bos sendiri.

“She damn well know she’s not joking. She know I love her. Only her!” Faaz jerit.

Ok halilintar baru membelah bumi. Qays tegang. Reeta pucat. Isha? Isha seperti nak benam Faaz dalam bumi. Bukan pengakuan ini yang dia nak. Arg...

“Adik saya bukan mainan awak Encik Faaz. Sekali awak dah hancurkan hati dia, jangan harap nak ada kali kedua!” Dengus Isha yang sempat mendengar pengakuan Faaz.

Ifza tarik Isha. Geram. Kenapalah adiknya ini biarkan Faaz buli dia lagi. Depan Qays pula tu. Memalukan. Dia tarik Isha hingga ke parkir kereta.

“Kita balik rumah. Jangan berani kata tak nak! Masuk.” Arah Ifza bila mereka tiba di keretanya.

Setelah Isha masuk, dia terus pandu keretanya. Tak kesah pun nak toleh melihat Qays yang melambai tangan supaya dia berhenti.

Aissh jangan beranganlah Qays nak lepaskan. Ifza terpaksa jawab panggilan Qays yang berdering berkali-kali. Isha di sebelah dah seperti ahli silap mata yang ilusinya tak menjadi. Jadi dungu. Arg semakin geram Ifza dengan kaum Adam. Bukan semua kaum Adam, Cik Ifza. Faaz saja. Sempat Cik Akal ingatkan tuan tanah.

“What the heck happen Ifza?” Meluru pertanyaan Qays. Sakit hati ditinggalkan kekasih hati.

“Tak ada apa. Kita orang nak balik.”

“Faaz kata dia cinta Isha. Awak kata tak ada apa? Come on...”

“Cinta! Lelaki ego tu tak tahu makna cinta. Look he can shove his love to someone else. Leave my sister alone!” Ifza hentak stering.

“Whoa whoa relaks. Awak tu tengah bawa kereta. Slow down please.” Pinta Qays yang sedang ekori kereta Ifza dari belakang.

Hai, apalah yang Faaz tu buat hingga boleh efek emosi Ifza dan Isha. Agaknya kisah cinta Faaz dan Isha ni dari zaman sekolahkah?

Qays suruh dia perlahan. Qays ekori merekakah? Ifza lihat cermin sisi kereta. Hmm kereta Qays di belakang. Hai, lelaki ni lagi satu Kaum Adam yang tak tahu nak berputus asa. Prihatin ini peningkan kepala saja.

“Awak saya ok. Tolong balik.”

“Dan tinggalkan awak deal dengan abah dan mak tiri awak? No way.” Itu tak termasuk pemberontakan Isha. Qays geleng. Lega bila Ifza perlahankan keretanya.

“Fine!” Ifza matikan talian. Eeee... lelaki memang degil!

Beberapa minit kemudian mereka tiba di rumah. Ifza keluar. Isha ikut keluar tapi sekadar menyandar di pintu kereta. Peluk tubuh. Kalau ikutkan hati, nak tidur dalam kereta jer.

Ifza buka pintu gate luar. Lampu di luar terbuka. Sunyi. Kereta abah tak ada. Maksudnya abah dah balik ke rumah isteri muda. Lega. Dia ambil kunci rumah dalam begnya. Buka pintu. Dia masuk untuk buka lampu ruang tamu. Keluar semula. Ketap bibir. Issh Isha masih tak bergerak. Eee... penat layan perangai adik sendiri.

“Pergi masuk. Mandi. Tidur. Jangan nak degil dan jangan sama sekali fikir fasal Faaz tu.”

Isha lepas keluhan kasar namun dia ikut arahan kakaknya. Masalahnya, Faaz pasti melintas dalam fikiran. Ah, tak guna punya Faaz.

Ok selesai bab Isha, buat sementara. Sekarang nak menghadap Qays yang dah berjalan ke arahnya. Ifza letak tangan di pintu gate. Rasanya dia perlu berpaut pada sesuatu.

“Awak ok?”

Qays seluk kedua tangan di dalam kocek. Renung wajah yang semakin cantik di matanya. Ingin sekali dia bawa gadis ini dalam pelukan. Jaga dia. Lindungi dia.

Ifza raup wajahnya. Pejam seketika sebelum jawab. “Saya ok.”

“Kahwin dengan saya.” Ujar Qays perlahan. Ikhlas dengan apa yang dikatakannya.

Ah, mula dah. Ifza lepas keluhan. Urut dahinya.

“Awak, tolong balik. Saya dah tak kuasa nak layan awak. Seriously saya penat.”

“Ok.”

Qays senyum. Setuju sebab kasihan melihat Ifza. Iyalah Ifza tentu tertekan dengan masalah keluarga dan sekarang muncul masalah Faaz pula.

“Esok pagi saya datang. Saya bawa breakfast.”

“No. Saya kena travel ke Gopeng esok pagi. Bos saya tak dapat conduct sesinya di kem motivasi dengan pelajar politek di sana. So, saya kena ganti.”

“Tak ada orang lainkah?” Qays dah tak sedap hati.

Hai, selepas kahwin dia kena paksa Ifza berhenti. Tentu sekali dia nak isteri duduk di rumah. Kerja jaga dia saja.

Iyalah tu Encik Qays. Boleh terus berangan sajalah. Jentik Encik Akal.

“Tak ada. Agenda staff lain dah full. Mungkin saya bawa Isha sama kalau dia nak ikut. Saya balik hari. Sesi bos yang saya ambil alih tak lama. Jadi petang, mungkin saya dah boleh halik sini.”

“Saya ikut. Saya jaga awak kalau apa-apa berlaku.”

Ya Salam, lelaki ini tak tahu penatkah? Kecil besar Ifza lihat Qays. Eee boleh pula Qays buat muka blur.

“No. Amanah Allah untuk awak bukan saya. Umi awak. Dia syurga awak. Tolonglah pergi balik dan jaga umi awak. Assalammualaikum.”

Ifza tutup pintu gate dan masuk ke dalam. Tak kuasa dah nak layan Qays.

“Wa'alaikumussalam.”

Qays urut belakang leher. Aiish kalah lagi tapi betul pun kata Ifza. Jomlah Encik Kaki kita jaga amanah Allah. Umi dan abi harta paling berharga bagi seorang anak. Hai, rindu umi dan abi pula.

Apa kata kita beli sate? Ibu dan abi kan suka makan sate. Yap, cari sate...

Emm... kat mana?

Ooops Cik Akal nak create juga bab ni. Almaklum esok nak singgah pantai kejap. So Cik Akal masukkan adegan kat pantai just for fun. Emm... nak kena cari idea nak selesaikan masalah Isha dengan Faaz. Cik Akal dah ada idea tapi Cik Hati masih berbalah. So we wait and see. Anyway guys, good night dan jangan lupa selawat yer sebanyak mungkin. Bye.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience