Haziqah dan anak-anaknya tiba di rumah lewat petang. Terkejut melihat suami tersayang sedang membaca surat khabar di sofa panjang. Walaupun dah bertahun kahwin, dada masih boleh berdebar bila melihat suami. Cinta tak pernah lekang di hati. Sekarang baru terubat rindunya.
“Abang dah lama tunggu? Kenapa tak phone? Iqah tentu balik awal kalau Iqah tahu abang di rumah. Maaf yer bang.” Ujar Haziqah sambil mencium tangan Hafiy. Rasa bersalah tidak ada di rumah menyambut suami pulang seperti selalu.
“Tak apa. Iqah kan dah beritahu nak ke rumah kawan Iqah. Lagi pun Iqah pergi dengan anak-anak. Taklah abang risau.”
“Betullah bu. Abah ni ok saja.” Ngomel Isha.
“Hmm rindu kat abah. Masih kacak abah Isha ni. Hai, patutlah cinta ibu tak lari ke mana.” gurau Isha.
Abahnya sering juga melawatnya masa dia di New Zealand. Sayangnya, abah tak pernah bawa ibu mahupun Kak Ifza bersama. Abah datang sorang-sorang.
Ifza tidak seperti adiknya yang gembira menyambut abah mereka. Tidak hairan pun dengan kepulangan abahnya. Dia sekadar salam dan kemudian duduk di sofa. Ambil remote control dan buka tv. Pertandingan bola sepak JDT dengan Pahang sedang berlangsung. Tengok saja. Tak kesah nak tukar siaran lain mahupun kuatkan suara.
“Mestilah. Kami dah janji, cinta kami hingga ke jannah. So, anak abah ni betul-betul nak tinggal terus di sini?”
“Iya. Isha nak duduk bawa ketiak ibu. Mulai sekarang, Isha nak abah berikan ibu kebebasan untuk Isha dan Ifza bawa ibu keluar. Ibu ni, nak ke mana pun asyik nak dapatkan keizinan abah dulu. Abah pula, kadang-kadang tu sengaja tak jawab panggilan ibu. Kasihan ibu. Tertunggu-tunggu panggilan abah. Tak patut seorang suami buat isteri begitu. Berdosa tahu tak. Seorang suami mesti menghormati perasaan isteri begitulah sebaliknya.”
“Hai, baru balik dah kena lecture dengan anak sendiri.” Hafiy cuit hujung hidung Isha. Gembira dengan kepulangan anaknya ini.
“Isha, tak baik cakap macam tu. Ibu kan isteri. Seorang isteri kena taat dengan suami. Berdosa keluar rumah tanpa izin suami.”
“Dengar tu.” Hafiy ketawa. Meraih isteri dalam pelukan.
“Iya Isha tahu sebab tu sekarang abah kena beritahu ibu yang ibu boleh ikut kita orang ke mana saja dan pada bila-bila masa pun. Tak payah nak dapatkan keizinan abah dulu. Masakan abah tak percaya dengan anak-anak abah?”
“Percaya.” Hafiy senyum dengan kenakalan Isha.
“So?”
“Apa?”
“Abah, cakaplah sekarang yang abah izinkan ibu keluar tanpa terlebih dahulu tanya abah. Rimas tau tak, ibu tu asyik-asyik nak tanya abah. Tak akan keluar selagi abah tak kata ‘Big YES!” Isha merungut.
Hai, tadi bukan dia dah katakah walaupun dengan ayat yang lain tapi maksudnya tetap sama? Abah buat-buat tak fahamkah?
“Ok, dengar sini. Saya, Hafiy Bin Ahmad Haziq dengan ini membenarkan isteri saya, Haziqah Binti Hirzi keluar dengan kedua-dua anak saya tanpa perlu meminta izin daripada saya.”
“Tolong masukkan nama Datin Jaseena juga.” Pinta Isha.
“Aik, siapa tu?”
“Seena, kawan Iqah yang Iqah beritahu abang semalam. Dia sebenarnya datin, isteri Dato Qabil. Keluarga dia memang baik. Iqah suka mereka.”
Bersinar mata Haziqah. Bersyukur dia dapat berjumpa semula dengan kawannya itu.
“Emm nampaknya saham abang dah jatuh. Iqah dah mula suka orang lain.”
“Taklah, abang tetap nombor satu dalam hati Iqah. Sentiasa nombor satu.” Haziqah merangkul wajah suami. Merenung suami dengan penuh kasih dan sayang.
“Hmm seperti Iqah yang tetap nombor satu di hati abang. Ok, abang izinkan sayang keluar dengan Datin Jaseena.”
Ifza bangun. Tutup tv. Letak remote dan menuju ke tangga. Riak wajah sudah bertukar rona. Hati jadi sayu. Marah. Jelik. Hanya Allah saja yang tahu kocakkan gelombang ini. Betulkah kata-kata abah? Ibu tetap nombor satu? Pintasan hati tidak dapat menahan lintasan dosa marah abah sendiri. Ya Allah, dia abah aku.
“Ifza, malam nanti kita semua keluar makan. Abah belanja.” Suara abah meniti masuk.
Ifza tidak berhenti mahupun berpaling melihat abahnya. Dia terus naik.
Hariqah geleng. Kecewa dengan sikap Ifza. Dulu dia pernah tegur tapi Ifza buat tak tahu saja. Kata Ifza, setiap anak tunjuk kasih sayang dengan cara berlainan. Kalau dia bersikap dingin, tak bermakna dia tak sayang abahnya. Lantas Hariqah terima saja penjelasan anaknya itu. Lagipun dia tahu Ifza tak suka dipaksa-paksa.
“Ok, Isha pun nak naik. Bagi peluang ibu dan abah bermadu kasih.”
Isha tersengih. Bahu abah ditepuk-tepuk mesra sebelum melangkah pergi. Nak dapatkan kakaknya. Tidak suka sikap dingin kakak terhadap abah.
“Lega abang lihat Isha dah ada kat rumah ni. Ingat sayang, nak ke mana-mana pun, suruh anak-anak kita bawa. Tak perlu minta izin abang. Lagipun kadang-kadang abang tak boleh nak jawab panggilan Iqah.”
“Ok. Abang nak minum?” Haziqah berdiri. Bersedia untuk melangkah ke dapur.
“Tak, sini duduk dekat abang.”
Hafiy menarik lembut tubuh dan mencium dahi Haziqah mesra. Haziqah tetap cantik walaupun sudah berusia. Haziqah seorang isteri dan ibu yang baik. Walaupun sering ditinggalkan, Haziqah tidak pernah merungut dan dia sendiri tidak pernah meragui kesetiaan isterinya ini.
Haziqah melabuh kepala di dada suami setelah membuka tudungnya. Rambut yang masih hitam terurai lembut ke bahu. Jika di hujung rindu, inilah kebahagiaan, maka rindu bukan satu penyeksaan tetapi satu kenikmatan. Syukur kepada Allah, cinta suami masih miliknya seperti mana cintanya.
“Kenapa senyum sorang-sorang? Ingat hero mana pula?”
“Mana ada hero lain. Abang saja hero Iqah sampai bila-bila.”
“Iyalah tu.” Hafiy ketawa.
“Macam mana dengan kerja abang, ok?”
“Hmm mestilah ok berkat doa isteri manis abang ni.. Sekarang abang nak tahu tentang Seena dan keluarga Seena ni. Macam mana sayang jumpa dia?”
Haziqah buka bercerita. Mula dari saat Isha jumpa kertas perjanjian dia dengan Seena.
“Bagus juga kalau Qays ni dapat menembusi hati Ifza yang keras tu. Abang tak pernah dengar Ifza tu ada boyfriend. Dia tak teringin nak kahwinkah?” Tanya Hafiy sebaik saja isterinya habis bicara.
“Kalau ikut dia, memang dia tak nak kahwin pun. Kita kena usaha pujuk dia.”
“Dengan Qays?” usik Hafiy
“Iya. Qays tu baik. Iqah suka dia.”
Enmm kalau isteri dah suka, dia ikut saja. Lagipun dah tiba masa, anak sulungnya tu kahwin Mana tahu, selepas kahwin nanti, perangai dia akan berubah.
“Kalau sayang dah suka, abang doakan Qays tu jodoh Ifza.”
Haziqah senyum senang. Perbetulkan duduknya agar lebih selesa dalam pelukan suami. Setiap detik amat berharga. Berdoa agar kali ini suami akan tinggal lebih lama. Bukan setakat empat lima hari.
Ifza menyandar di jendela. Memandang jauh ke dada langit yang dah mendung. Sayu. Ah, kenapalah kem motivasi yang sepatutnya berlangsung hari Sabtu ni, dibatalkan. Kalau berlangsung kem tu, dah tentu dia dah bergerak ke Pulau Pinang. Lebih baik habiskan masa dengan penuntut-penuntut perguruan daripada terpaksa berdepan dengan abah pula.
“Apa masalah kakak dengan abah?” Meluru pertanyaan Isha.
“Tak ada masalah.”
“Jangan tipu. Tadi tu apa? Abah ajak pi makan pun, kakak tak jawab. Isha tak akan percaya kalau kakak nak kata kakak tak dengar.”
“Dengar. Kakak jawab dalam hati, ok.” Jawab jugalah namanya.
Isha geleng. Duduk sebelah kakaknya.
“Hah, lawak sangat. Sejak kita balik, ada kakak cakap dengan abah? Tak ada kan. Kak, kita jarang jumpa abah. Apa salah kakak duduk sembang dengan dia. Ini tak, kak buat tak tahu saja.”
“Isha kan ada. Isha sajalah sembang.”
Isha lepas nafas naga. Geram macam nak pulas telinga kakak sendiri. Ok, sabar. Tarik nafas. Selawat dulu. Mesti bersebab kakak jadi begini.
“Isha boleh sembang tapi bukan Isha saja anak dia. Agaknya kakak dingin begini sebab abah selalu tinggalkan kita. Kakak rasa abah tak sayang...”
“Drop it, Isha.” Dengus Ifza. Dia berdiri dan berjalan ke meja solek. Mula buka lilitan tudungnya.
“No. Isha tak faham kenapa sejak kakak duduk asrama, sikap kakak lain. Sebelum tu, ok jer. Malah seingat Isha, antara kita berdua, kakaklah yang paling sayang abah. Kenapa kakak berubah? Kenapa dah tak sayang abah? Kakak benci dia.” Getus Isha. Kecewa dengan kakak sendiri.
Ifza tak jawab. Tak perlu jawab. Jawapan hanya akan memburukkan keadaan. Biarkan dia sendiri yang tanggung. Isha tak perlu tahu.
Ifza capai tuala dan melangkah ke bilik air. Kunci pintu bilik air. Di dalam bilik air, dia buka air pancuran sederas mungkin. Berdiri di bawah air tanpa menanggalkan bajunya. Biarkan saja dirinya basah. Biarkan saja air di muka mengalir bersama air matanya. Kata-kata Isha ibarat pisau yang melorekkan kembali luka di hatinya. Dia tidak benci abah. Sama sekali tidak. Dia sayang abah. Terlalu sayang... Tapi abah... Ya Allah...
Isha yang geram dengan tindakan kakaknya, turun ke bawah. Dia ke dapur. Tuangkan air kosong ke dalam gelas. Tarik kerusi dan duduk.
“Ni dah kenapa? Termenung sorang-sorang.” tanya Haziqah. Dia ke dapur untuk buatkan air kopi untuk suami.
“Kakak tu, Isha tak fahamlah. Dia tu macam tak sayang abah.”
“Dia sayang.”
“Kalau sayang, kenapa layan abah macam tak kesah pun. Abah cakap tadi pun dia buat tak tahu. Mereka bergaduhkah bu masa Isha tak ada?”
“Tak adalah.”
“Habis tu kenapa?”
Haziqah duduk di kerusi sebelah Isha. Dia perlu tenangkan anaknya ini. Tidak mahu ambil risiko suaminya dengar perbalahan anak.
“Dengar sini sayang, Ifza tak macam Isha. Ada benda yang dia akan pendam. Dia tak kan luahkan kepada sesiapa pun. Dia ada sebab dia sendiri. Kita kena faham. Kita hormat perasaan dia.”
“Tapi ini soal abah...”
“Abah Isha tak kesah. Dia tu faham sangat dengan perangai anak-anak dia.”
“Sebab abah tak selalu ada dalam rumah ni.”
“Betul.”
“Mungkin kakak marah abah sebab tu. Tapi diakan faham kerja abah. Dia pun macam tu.”
“Entahlah. Apa pun ibu tak mahu Isha terus desak kakak Isha tu. Buat biasa saja ok. Takut nanti dia pula lari dari rumah ni.”
Laa ibu sindir diakah? Tapi ibu kan kata Kak Isha tak macam dia. Kakak tu hatinya keras sedangkan hati anak ibu ni lembik. Dengan satu sebab saja, cabut lari. Issh...
Hi guys. Ok, bab ni pendek. Masih fikir nak alih dan cari jalan cerita. Hopefully you guys still with me. Esok cuti Maulidur Rasul. So saya cuba reka lagi satu bab. Emm... let see...
Share this novel