BAB 5

Romance Completed 25825

Rumah Datin Jaseena, eh bukan rumah biasa tetapi banglo mewah yang terletak di County Heights Resort. Banglo yang berkonsep moden tropikal ini, memang cantik. Ia mempunyai reka bentuk fasad tinggi rendah yang menarik dengan menjadikan tingkat atas sebagai mercu tanda banglonya. Laluan menuju ke ruang tamu dihiasi dengan candelier yang cukup eksklusif. Ruang tamu pertama dipisahkan dengan ruang makan oleh dinding dekoratif. Ruang makan luas dihiasi dengan jambangan bunga-bunga segar dan bunga-bunga kristal. Ruang makan berdekatan dengan dapur kering dan basah. Daripada ruang tamu dan ruang makan boleh keluar ke teres melalui pintu sorong yang diukir cantik. Terdapat juga sebuah kolam renang bersebelahan dengan ruang tamu kedua. Kedudukan kolam renang terlindung daripada pandangan luar. Di sebelah ruang tamu disediakan bilik untuk tetamu dan bilik untuk solat. Tingkat atas banglo dihubungkan dengan tangga berbentuk ‘U’. Terdapat enam buah bilik tidur yang masing-masing mempunyai bilik air dan balkoni.

“Masuk sayang. Selamat datang ke teratak buruk Seena.”

Pelawa Datin Jaseena dengan senyuman mesra. Dia merangkul lengan Haziqah selepas menyambut salam Ifza dan Isha.

“Teratak buruk? Inilah rumah yang paling cantik yang pernah Iqah masuk. Pandai Seena design.”

“Dia dan Qays design tapi saya banker dia orang. Hai, boleh tahan jugalah saya menahan mereka daripada go over budget. Kalau ikutkan mereka, boleh botak kepala saya.” Ujar Datuk Qabil di sebelah isteri. Seperti isteri, dia juga menyambut tetamu dengan senyuman.

“Iyalah tu. Abang, anak-anak mana?”

“Sini umi.” Ujar Qaid. Dia dekati uminya bersama adiknya.

“Saya Qaid dan ini adik saya, Qaisara.”

Qaisara hulur tangan dengan senyuman. Salam dengan ketiga-tiga tetamu umi.

“Panggil saja saya Sara. Auntie nak tahu, kita orang bagai dah kenal auntie. Umi tak habis-habis cakap pasal auntie. Boleh saya tahu yang mana Ifza?” tanya Qaisara. Melirik melihat antara Ifza dan Isha.

“Kakak saya ni Ifza. Saya Isha.” Jawab Isha. Semakin selesa dengan penerimaan keluarga Auntie Seena. Mesra dan ceria.

“Cantik. Patutlah abang long dah berada di langit yang ketujuh.”

Ifza senyum ketat. Cik Jantung mula ketuk dram perang. Perisytiharan apa ni?

“Sara, you make her blush beautifully.” Ngomel Qays yang sedang menuruni anak tangga. Dia berjalan dan berdiri di sebelah adik perempuannya.

Dia dah buat dah! Mati juga lelaki tu kali ini. Isha! Ifza jerit nama adik dalam hati.

“Kesiannya, Isha tak cantikkah?”

Isha terpaksa tarik perhatian semua. Kalau tidak, kakak bukan setakat blush, kakak akan meletup. Eh sekejap, Kak Ifza bukan blush tapi tengah tahan marah, betulkan?

“Dua-dua cantik. Eh, jomlah kita makan dulu. Iqah, hari ni saya yang masak. Dengar sini anak-anak, sesiapa pun tak boleh kompelin. Makan saja.”

Datin yang masih merangkul lengan kawannya, berjalan ke ruang makan. Yang lain ikut cuma Ifza dan Isha masih tidak bergerak.

“Kak, relaks ok.” Bisik Isha sambil meraih tangan Ifza. Hai, mata kakak asyik tengok pintu. Bimbang juga kakak buat perangai budak-budak. Mana tahu sanggup lari balik rumah.

“Masih ingat janji Isha? Bawa Qays tu jauh daripada kakak!”

“Ok.” Hai, macam mana. Inikan rumah Abang Qays.

“Sara suka corak tudung dan cara kamu berdua gayakan. Nampak lain.” Qaisara berhenti seketika untuk berjalan sebelah Isha. Hmmm, apa agaknya dua beradik tu berbisek? Mereka ada masalahkah?

“Biasa-biasa saja.” Isha senyum. Lega bila Ifza turut senyum walaupun nampak terpaksa.

“Sara tengah desain fesyen tudung untuk jubah-jubah rekaan Sara dan umi. InsyaAllah bulan depan kita orang nak buat event khas untuk bakal-bakal pengantin. Bolehlah Isha dan Ifza ikut. Mana tahu boleh jadi model kita orang. Kamu berdua ada potongan untuk jadi model. Minat tak? Umi tentu suka.”

Huh? Gilakah apa? Nak jadi model pula? Famili ni memang dah aim nak kacau jiwanya, kah? Belum habis gila Si Qays tu, timbul pula gila si adik. Cik Hati dah meracau.

Cik Ifza, bawa bersabar. Pujuk Cik Jantung. Cik Akal sedang fikir cara nak tepis.

“Err... saya kerja mungkin Isha ni minat. Dia pun belum kerja lagi.” Yap, baling bola kepada adik sendiri. Dah baling, cepat-cepat berjalan pergi.

“Isha belum kerja? Bolehlah jadi model full-time kita orang. We can groom you to be perfect model.” Sara dah teruja. Dia memang suka perkenalkan muka baru.

“Tak kot. Maaflah saya tak minat.”

Isha menolak dengan baik. Cepat-cepat melangkah ikut kakaknya. Dia mengambil tempat di sebelah ibu sementara kakak duduk di sebelahnya. Hai, kebetulan kakak duduk berdepan dengan Abang Qays. Bukan kebetulan, sebab Abang Qays kuis tangan Qaid yang mahu mengambil tempat duduk itu ke tepi. Yap, memang Abang Qays sengaja nak duduk menghadap kakak.

“Long, pujuklah Isha ni jadi model Sara.” Qaisara masih nak cuba. Dia duduk di sebelah Qays.

“Sara, abang long dah book Isha untuk jadi PA Zafri.”

“A’laa suruh Zafri cari lainlah, long.” Rungut Qaisara.

“Promise is a promise Sara.” Ngomel Qays.

“Abang long kata Isha baru balik dari New Zealand. Isha, buat apa kat sana?” soal Qaid.

“Isha kerja dengan syarikat property. Bahagian marketing.”

“Bagus tu. Kenapa berhenti?”

“Dah tak tahan hidup berjauhan daripada keluarga. Buat masa ni, ingat nak kerja office hours dulu. Harap-harap kerja PA ni bolehlah relaks sikit.”

“Dah ada mat salleh tunggu kat sana atau tengah mencari?”

“Tengah mencari, Abang Qays.” Isha ketawa. Melirik melihat ibunya.

“Samalah kita.” Qaisara ketawa. Mata melirik melihat uminya.

“Happy hunting girls.” Qaid beri semangat.

“Ifza macam mana, tengah mencari juga?”

Sekarang Qaid menumpu perhatiannya kepada Ifza. Ifza ni mungkin sama umur dengannya.

“Tak.”

“Bagus, awak tak payah cari.” Qays mencelah. Ahli keluarga Datuk Qabil yang lain spontan melihat Ifza.

Wajah Ifza bertukar rona. Eee Encik Psiko ni buat lagi! Isha! Cik Hati dah menjerit.

“Abang Qays, bila boleh Isha mula kerja? Sebenarnya Isha tak sabar nak mula kerja.”
Qays ketawa. Sebenarnya dia tidak dapat menahan diri daripada mengusik Ifza walaupun Isha dah pesan semalam, jangan usik kakaknya hari ini.

“Abang Qays bawa Isha hari Isnin ni.”

“Ifza kerja apa?” tanya Dato Qabil.

“Perunding latihan. Kerja Ifza lebih kepada memberi perkhidmatan perundingan dan mengendali program latihan profesional dan motivasi.” Wah, kalau cakap fasal kerja memang Ifza suka.

“Oh, jadi Ifza selalu travel?”

Izfa angguk. Saya suka kerja saya datuk. Jawab Cik Hati. Tak boleh luahkan nanti ada pula yang bagi komen negatif.

“Dia dengan suami saya sama saja Datuk. Kerap kerja luar.” Ngomel Haziqah.

“Suami Iqah, perunding juga?”

“Dia jurutera perisian dengan syarikat luar negara. Itu yang selalu travel.” Haziqah senyum tawar. Rindu pada suami.

“Ibu jangan risau, sekarang Isha akan sentiasa teman ibu.” Isha memaut bahu ibunya. Sayu dengar ngomel ibu. Dia tahu ibu sunyi.

“Iqah kalau boring, telefon Seena. Kita boleh borak ataupun kita boleh lepak kat mana-mana macam zaman sekolah dulu. Seena boleh datang ambil Iqah.”

“Boleh. Nanti Iqah minta izin suami Iqah.”

Seronoknya Haziqah. Inilah yang diimpikan. Ada kawan baik dalam hidupnya. Berdoa agar suami mengizinkan dia keluar dengan kawannya ini.

“Umi bolehlah bawa Auntie Iqah ke fesyen show kita nanti.” Ujar Qaisara.

“Emm betul. Iqah dan anak-anak Iqah kena datang.”

“Qays boleh ambil dan hantar auntie dan anak-anak auntie.”

Qays volunteer. Ada Cik Tunang Kertas sama tentu suasana fesyen show tak membosankan seperti selalu. Yap, dah rasa hidup semakin ceria bila bersama gadis yang tajam melihatnya. Ah, kenapa lesung pipit tak timbul?

Hah! Tak ada pasal aku nak ikut! Fesyen show ke atau apa-apa show yang ada burung helang ni, jangan harap aku nak muncul!
Bentak Ifza tanpa suara. Mula menyesal datang ke sini. Bagai dah masuk dalam perangkap Qays. Masalahnya, tak kan nak diam jer?

“Maaf auntie, Ifza tak boleh ikut. Ifza sibuk. Selalunya pertengahan bulan-bulan begini, syarikat pack dengan kem motivasi. Tapi ibu dan Isha tentu boleh ikut.”

Ifza senyum manis. Tayang lesung pipit. Tengok apa Qays nak kata. Berani kerat jarilah mesti ada kata balas.

“Tapi saya nak bawa awak, Kayla Farifza. Jangan bagi alasan. Kalau perlu, saya akan cakap dengan boss awak. Release you on that day. You’re going. ”

Qays juga senyum. Senyuman yang buat Ifza nak curah air gula yang mendidih. Biar melecur dalam kemanisan.

“It will be my pleasure to escort you personally.” Sengaja Qays tambah ayat.

Cik Hati Ifza dah terbakar. Arggh memang lelaki ini boleh buat dia sakit jiwa. Sakit jiwa yang boleh bawa maut.

“Thanks but no thanks, Mr Qays. I’m not going!” ... with you. Sedapat mungkin Ifza kawal kemarahannya. Kalau ikutkan Cik Hati, dia mahu bangkit dan terus keluar.

“Wow interesting! Ini pertama kali Sara lihat seorang gadis berani kata no kat abang long. Kak Ifza ni berani, kan umi? Bagus untuk runtuhkan sikap bossy abang long.”

“Once again you made her blush, sis.” Qays tidak merasa tersinggung pun.

Yap, sekali lagi semua mata tala dekat Ifza. Ifza dah bengang. Ini bukan blush tapi marah. Beza warna. Tak reti bezakah?

“Ramaikah teman wanita Abang Qays, Sara? Ada yang special?”

Isha tembak soalan. Niat hanya satu. Nak alih perhatian. Issh Abang Qays ni macam dah lupa janji. Ego lelaki yang dia faham sangat.

“No need to answer her questions, my dear sister.” Qays ketawa kecil.

Yap, adik perempuan ikut cakap abang. Tak berjawab soalan Isha. Tapi Ifza dah ada jawapan sendiri. Teman wanita lelaki ego ni mesti ramai. Bukan setakat spesial tapi yang ekstra spesial mesti berlambak. Letaklah alasan, sebab lelaki ini ada kedudukan, ada syarikat sendiri, bos sendiri, kaya dan err... tampan. Akui saja Cik Hati. Qays ini tampan.

Ok, Qays tampan. Setakat itu saja. Letak titik. Dia tak akan masuk dalam senarai Kaum Hawa yang nak Qays jadi kekasih. Bukan saja Qays, tapi Kaum Adam yang lain. Dia tidak akan biarkan dirinya diperbodohkan dan jadi permainan mereka.

Qaisara senyum. Pada pandangan Qaisara, Ifza seorang gadis yang berpendirian tegas. Memang susahlah abang long nak dapat. Teringat, semalam abang long tunjukkan kertas perjanjian pertunangan umi dengan Auntie Iqah. Abang long siap lamina kertas perjanjian tu. Takut koyak. Kata long, kalau betul-betul Kayla Farifza ini jodoh dia, dia akan bingkaikan dan gantung di bilik mereka. Kertas tu akan jadi lambang yang mereka direstui sebelum mereka ujud lagi. Terlebih drama pula abang long ni. Apa pun, umi dah setuju sebab nak berbesan dengan Auntie Iqah. Cuma abi tak seratus peratus setuju. Abi nak abang long dan Ifza saling kenal mengenali dulu. Mungkin abi risau dengan perangai long. Abang long ni pemilih. Dah ramai wanita long kawan, tapi tak ada satu pun yang lekat. Abi juga tidak mahu long ganggu Ifza kalau Ifza dah ada kekasih. Mana boleh long langgar begitu saja. Abi juga dah keluar amaran, agar pertunangan budak-budak sekolah ini jangan dibawa dalam tajuk perbualan hari ini. Dia tidak mahu Ifza rasa tidak selesa. Perasaan tetamu kena hormat.

“Cantik kan dia long?” bisik Qaid.

“Hmmm...” Qays setuju sangat. Renung Ifza.

Renungan yang buat Ifza balas dengan tajam. Apa hal lelaki ni nak renung dengan senyuman kucing begitu? Ingat lawa. Cucuk mata tu baru tahu.

“Qays, tolong ambil handphone abah kat bilik abah. Lupa nak bawa turun.” Datuk Qabil sebenarnya tidak setuju dengan lagak Qays yang asyik merenung anak dara orang.

“Baik abi.” Qays tahu helah abi. Renung jer pun, bukan sentuh.

Wah, dengan sekelip mata ruang makan dah bersinar dengan melangkahnya Qays keluar. Yap, ibarat awan mendung dah berlalu. Ifza bernafas lega.

“Kak, ok tak ni? Kenapa mengeluh? Abang Qays pergi kejap sajalah.” Usik Isha perlahan dekat dengan telinga kakaknya.

Hah mengeluh? Mana pula. Dia lepas nafas legalah. Eee ada sajalah adik ni.

“Jangan macam-macam! Nanti kakak balik terus.” Bisik Ifza. Jari dah cubit paha adiknya.

“Ok, sorry.” Isha sapu paha yang dicubit.

Qays kembali dengan telefon dan diletak depan abinya. Dia mengambil tempat duduknya semula. Kali ini dia tidak begitu tumpu kepada Ifza. Bukan apa, tak nak bagi abi cari alasan lain pula. Dia buka tajuk lain. Tajuk umum. Semua boleh turut serta cuma Ifza tahu angguk, geleng dan senyum. Hai, geram pula tengok. Nak usik tak boleh. Tak mengapa, esok masih ada. Yap, esok pasti dia ketuk pintu hati gadis ini. Oops bukan pintu hati tapi pintu rumah dulu.

Smile you on candid camera! Hahaha. Just joking. Yang baca ni, sihat tak? Oh ya, maaf jika ada ejaan atau ayat tak betul. Saya main tulis saja sementara Cik Akal ada idea.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience