Suasana di Rumah Amal Al-Muhaymin riuh rendah hari itu. Sukarelawan yang terdiri daripada pelajar-pelajar universiti berdekatan sibuk mengatur dan menjalankan pelbagai aktiviti. Qays dan adik-adiknya turut serta membantu. Datuk Qabil dan Datin Jaseena menaja semua makanan dan hadiah, termasuk pakaian sukan untuk para sukarelawan.
Haziqah dan Isha sekadar menjadi penonton, tersenyum gembira melihat anak-anak di bawah umur enam tahun melontar gelung ke dalam kon. Pemenang akan mendapat hadiah topi besbol. Yang bagusnya, semua peserta akan mendapat topi, cuma mereka tidak dapat memilih warna. Jadi, tiada yang menangis kerana tidak mendapat hadiah.
Ifza yang baru tiba dari lapangan terbang, terjenguk-jenguk mencari kelibat ibu dan adiknya. Walaupun kelibat mereka tidak kelihatan, matanya tertancap pada Qays. Qays sedang menarik sebatang upih dengan seorang budak lelaki duduk di atasnya. Qaid dan Qaisara antara peserta yang sedang berlumba. Amboi, bersungguh-sungguh lelaki idamannya berlari.
Aip, lelaki idaman Cik Ifza? Apa dah kena dengan tuan tanah? Sejak di Sabah lagi, dah terlebih emosi. Dah banyak sangat masukkan Qays. Cik Hati dah buka pintu diakah?
Ifza mengurut dahinya. Kepalanya masih sakit. Dia menuju ke gazebo. Di sana tiada orang, bolehlah dia berehat sekejap. Tiba saja di gazebo, dia duduk menyandar. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menerima mesej daripada abah, meminta dia menjaga ibu. Abah kata dia sibuk. Sibuk apalah sangat sampai tak boleh telefon ibu. Dia tahu ibu masih menunggu abah walaupun ibu berlakon seperti tidak kisah abah tidak menghubunginya. Abah dah tak sayang ibu. Ya Allah…
Air mata yang mengenang di tubir mata dikesat lembut. Ah, terasa diri tak berguna langsung. Dia tak boleh nak tolong ibu. Ini soal hati. Hati sendiri tak keruan. Sudah alun lagu sayu. Takut nak mengaku cintanya. Takut kepada kekecewaan. Takut hidup dalam kelukaan.
“Ifza, kenapa ni?”
Pantas Ifza berdiri dan tatap insan di depannya. Qays? Kenapa lelaki ini boleh muncul tiba-tiba di depannya? Siapa panggil? Cik Hati? Eh, Cik Hati boleh guna telepati?
“Saya rindu awak.” Cik Hati suruh Cik Bibir alunkan. Cik Hati tak nak simpan lagi.
Kelembutan ayunan angin menampar pipi Qays berkali-kali namun tidak ada reaksi. Qays terus terpaku. Ifza rindu dia? Siapa yang berani letak dialog rindu ini, atau mungkin saja rindu itu suara hati yang mainkan? Ah, seksa betul jiwa ini dengan cinta Cik Tunang Kertas. Masakan dia terdampar dalam dunia ilusi lagi?
Muka Ifza merah, malu dan marah. Mengapa Qays diam? Qays tak cinta dia sebenarnya. Sebab itu Qays tegang dengar pengakuan rindunya? Ah, kes ini lebih teruk daripada kes ibu. Hanya dia yang rindu Qays. Qays tak.
Cik Akal dah tampar Cik Hati berkali-kali. Ini kebodohan Cik Hati. Tembok penolakkan tuan tanah, Cik Hati sengaja robohkan. Sekarang lihat apa dah jadi. Air muka tuan tanah dah menyentuh bumi. Bodoh-bodoh-bodoh! Dah angkat kaki. Sempunyi diri di mana-mana. Tak perlu malu diri sendiri di depan Qays lagi.
Qays spontan menghalang langkah Ifza. Eh, nak ke mana? Kata rindu tadi.
“Ifza, saya tak salah dengar, kan? Awak cakap awak rindu saya?”
“Tak boleh rindu awakkah?” Soalan kedengaran bodoh.
“Tentu sekali boleh. So, rindu ini sebab cinta?”
“Ya.”
“Betul ni?”
“Ya. Saya... cinta... awak.”
Meletup-letup kegembiraan Encik Hati. Hello, Cik Hati. Terima kasih buka pintu tu.
“Kita kahwin, ok sayang?”
Alahai dia panggil kita, sayang. Cik Hati suka. Boleh kita pegang tangan dia? Cik Akal dah jentik Cik Hati. Jangan gatal! Cinta saja. Tak boleh sentuh apa-apa sebelum kahwin. Sentuh soal kahwin, tak awal sangatkah? Dia belum bersedia.
“Err...” Ifza meraup muka. Nak kata apa.
Issh, err... tu maksud apa? Qays seluk kedua-dua tangan ke dalam poket. Elak menyentuh gadis yang dah lama dia ingin miliki. Kena hormat. Tangan duduk diam. Haa gitu...
“Ifza, saya janji saya akan bahagiakan awak...”
“Tak. Jangan janji. Kerana memenuhi janji itu wajib. Kalau tak, jadi dosa. Awak dan saya tak payah tambah dosa sebab kita tak sempurna. Setiap rumah tangga pasti ada dugaan.”
Ifza bercakap berdasarkan apa yang dilihatnya. Perjalanan hidup tiada siapa yang tahu. Dugaan Allah pasti ada. Dugaan itu mengukur keimanan manusia kepada Maha Pencipta.
“Cuma satu saja. Kalau ditakdirkan awak suami saya, janji...”
Ifza gantung ayat. Sekejap nak fikir dulu. Eh, boleh tak jangan letak perkataan kalau? Padam saja. Ganti ayat, ditakdirkan awak suami saya. Bolehkah?
“Janji apa sayang?”
Soalan Qays kedengaran lebih lembut daripada angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.
“Kalau awak gatal nak kahwin satu lagi, beritahu saya dulu. Jangan curang.”
“Huh?” Biar betul Ifza ni. Mereka belum kahwin, otak dia dah ke arah itu?
“Have the guts to tell me, Qays!”
Ifza pandang tepat anak mata Qays. Qays tak boleh buat dia seperti abah buat umi. Dia tahu dia tak sekuat dan sesabar umi.
“Ok. Awak akan terima?”
Aip, Encik Qays belum apa-apa dah tanya! Sengaja cari nahas. Mahunya Ifza tarik balik cinta dia, mahu bergegar semula dunia awak.
Ifza bebel perlahan. Berkulum suara Ifza yang Qays tak dapat nak tangkap.
“Sayang?”
“Depend sama ada saya nak jadi isteri awakkah tak. Jadi saya tak akan jawab soalan awak. Mungkin saya tak payah jawap pun. Saya tak nak ambil risiko. Oh ya, jangan panggil saya sayang, Encik Qays.” Tukas Ifza.
Arg, baru nak mula, dah tamat! Cinta konon. Letak titik sajalah Cik Ifza.
Arg, well done Qays! Pertama kali Ifza kata dia cinta awak, awak dah benam cinta dia!
Arg... tidak... bakal tamat cinta ini.
Qays menarik backpack Ifza apabila Ifza dah ambil langkah nak turun dari kazebo.
“Whoa whoa Ifza, saya melawak saja. Saya cinta awak. Awak cinta saya. Let’s get marry.”
“Qays!”
“Ifza!”
Serentak Datin Jaseena dan Haziqah sebut nama anak masing-masing. Terkejut mendengar dialog yang masuk ke telinga. Pertunangan atas kertas akan jadi pernikahan sebenarkah?
Salam. Lagi satu bab. Menulis sambil ditemani suara drill tembok rumah jiran. Hahaha... Oh ya, readers tolong komen and vote. Arg... terasa otak bergegar... hahaha....
Share this novel