Isha senyum. Dah boleh mula ni. Kak Ifza dah usai solat sunat Dhuha dan sekarang sedang relaks di ruang tamu dengan buku tulisan Dato Ismail Kamus bertajuk Indahnya Hidup Bersyariat. Dia duduk di sebelah. Hai, tak faham kenapa Kak Ifza terlebih marah dari semalam. Bukannya dia suka-suka ikut Faaz. Dah Fadl sakit. Tapi Kak Ifza kata, tak perlu ikut. Boleh saja Isha balik rumah naik Grab. Nak tahu fasal Fadl, boleh telefon jer. Nasib baik Tan Sri tak ada masa tu. Kalau ada, meletup lagi orang tua tu. Siapa yang malu? Tentu sekali adiknya.
Betullah tu! Setuju Cik Jantung. Issh sibuklah. Tukas Cik Hati. Sekarang yang penting, dia nak lawat Fadl. Sudah dua hari Faaz tak datang kerja. Jaga Fadl. Fazz kata Fadl errr... ok. Ah, dia tak percaya. Pertama, kalau Fadl ok, kenapa ada selingan errr... dalam ayat Faaz? Kedua, kenapa Faaz tak datang kerja? Makcik Esah kan boleh jaga Fadl. Ketiga, emmm perasaan dia sendiri resah gelisa. Dia kena lihat Fadl untuk ketenangan diri sendiri. Masalahnya, Kak Ifza tak benarkan dia ke rumah Faaz. Issh, tak faham dengan perangai Kak Ifza sejak konflik mereka dengan abah tempoh hari. Moody saja kakak tu.
“Nak apa?” tanya Ifza. Kerling sekejap melihat adiknya.
Isha senyum. Swipe skrin telefon pintarnya. Berhenti di skrin yang dia nak. Ok mula. Eh, baca Bismillah dulu.
“Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda ayat ni.” Isha baca sabda Rasulullah daripada telefon bimbitnya.
“Hak seorang muslim terhadap seorang muslim ada enam perkara. Lalu beliau ditanya; ‘Apa yang enam perkara itu, ya Rasulullah? Jawab beliau: (1) Bila engkau bertemu dengannya, ucapkankanlah salam kepadanya. (2) Bila dia mengundangmu, penuhilah undangannya. (3) Bila dia minta nasihat, berilah dia nasihat. (4) Bila dia bersin lalu dia membaca tahmid, doakanlah semoga dia beroleh rahmat. (5) Bila dia sakit, kunjungilah dia. (6) Dan bila dia meninggalkan, ikutlah mengantar jenazahnya ke kubur.' (HR Muslim No: 4023)
Ifza tak kata apa walaupun dia dah dapat tangkap apa yang adiknya nak.
“So daripada hadis ini, diantara hak yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim itu ialah menziarahi saudaranya yang sakit.” Isha sambung.
“Ok.” Ujar Ifza.
Ifza tutup buku yang dibacanya. Tumpu kepada Isha. Teringat nasihat ibu subuh tadi, jangan terlalu berkeras dengan Isha. Ibu takut Isha buat perangai larikan diri lagi.
Hah? Terbeliak Isha. Apa yang ok? Kak Ifza bagi dia pergi lawat Fadl? Aip, kenapa kali ini mudah sangat kakak setuju? Sebab petikan hadis Rasulullah tadi? Alhamdulillah.
“Allah SWT menjanjikan ganjaran yang besar bagi mereka yang menziarahi orang yang sakit iaitu didoakan kebaikan oleh Malaikat. So, Kak Ifza akan ikut.”
Ifza senyum. Tak mainlah dia nak bagi Isha sorang-sorang ke rumah duda anak sorang tu. Lebih-lebih lagi Faaz yang kata dia cinta Isha. Dia tak percaya Faaz.
“Oh ya satu lagi, Isha kena ajak Qays sama. Tak manis rasanya kita berdua saja pergi.”
Ifza buka semula bukunya. Whoois muncul muka Qays! Argh... mula menyesal masukkan Qays tadi. Bukan dia yang nak ajak Qays. Dia ikut arahan ibu. Tapikan, kita rindu Qays. Ngomel Cik Hati. Cis, dah mula penyakit gila ni! Cik Akal pusing urat Cik Hati suruh berhenti.
Isha terus hantar mesej kepada Qays. Tanya bila nak balik. Tunggu balasan. Qays tanya kenapa. Emm Isha nak balas apa? Isha senyum nakal. Kak Ifza rindu Abang Qays. Isha balas. Wah, Qays hantar emoji hati berderet-deret dan di akhirnya ada emoji berdoa. InsyaAllah penerbangan balik Abang Qays malam ni 23:55 HND. Touch down KL 06:10.
“Dah kenapa senyum? Isha mesej Faaz?” Soal Ifza kasar. Saja cari penyakit Isha ni.
“Taklah. Mesej Abang Qays. Flight dia malam ni. Esok pagi sampailah.”
Yes, esok boleh ke rumah Faaz! Cik Hati milik Isha sorak. Tak sabar nak lihat Fadl. Fadl saja? Faaz?
Ifza letak tangan di dada. Berdebar-debar. Issh kenapa? Sebab Qays dah nak balik. Debaran tu, debaran cinta. Usik Cik Jantung. Ah, jangan memandai! Debaran itu bukan cinta. Tukas Cik Akal. Sedar dia yang kena pertahankan kewarasan tuan tanah. Cinta tu penyakit yang tuan tanah tak perlu.
“Kak, jom keluar makan?” Ajak Isha. Sekarang baru terasa lapar.
“Malas. Makan rumah jer. Isha, pergi goreng bihun. Kak dah rendam bihun kat dapur tu.”
“Tak pandailah kak. Nanti tak sedap.”
“Bihun goreng Qays sedap.” Uuish teringin wheoi...
Bertabur deretan ketawa Isha keluar. Abang Qays dah berjaya tawan perut Kak Ifza. Whooish dah tawan perut, boleh tawan hati. Habislah Kak Ifza. Ha ha ha...
“Cakap jer kak rindu dia.”
“Mana ada! Dah pergi masak.”
Ifza tolak lengan Isha. Geram diketawakan. Cik Hati, jangan cakap apa-apa! Kita tak rindu dia. Titik.
“Iyalah tapi bihun goreng putih jer. Kalau tak sedap jangan komplain.” Ujar Isha sambil berjalan ke dapur. Hari ini, giliran dia masak.
Ifza senyum. Sedap tak sedap, dia kena makan. Hai, mula rindu masakan ibu. Minggu ini mereka tak ke Rumah Amal Al-Muhaymin jumpa ibu. Auntie Seena bawa ibu ke dewan yang mereka nak adakan pameran amal nanti.
Ifza tatap buku di atas riba. Dimana yer dia baca tadi? Cik Ifza, awak mana baca. Awak letak bayangan Qays atas mukasurat tu dan terus melayang. Tak baca satu perkataan pun. Jadi, mula baca dari atas. Arah Cik Akal. Ok. Tapi, baru jer nak mula, kedengaran mesej masuk. Diambil telefon. Mesej daripada Qays.
Qays - Salam. Esok saya masak bihun special untuk awak. Saya pun rindu awak. Take care.
Terbeliak Ifza. Suhu naik sepantas suara yang menjerit nama adiknya.
“Isha!” Dia meluruh mendapatkan adiknya.
Adik di dapur ketawa berdekah-dekah. Seronok main drama usik-usik sayang ni.
“Ok ok Isha minta maaf.”
Isha angkat tangan suruh kakaknya sabar. Masih ketawa. Dia berundur ke belakang meja apabila melihat kakaknya ambil garpu dan tala kepadanya.
“Kak, Isha tak nak jadi Kasim Selamat.”
“Tahu pun. Sengajakan nak malukan kakak. Ok, cancel. Tak payah lawat Fadl.”
Ifza letak garpu. Silang tangan di dada. Angkat sebelah kening. Ukir senyuman nakal.
“Laaa mana boleh!” Inilah padahnya. Tak fikir panjang.
“Boleh. Kita dah tak perlu Qays.” Wah, kali ini Ifza ketawa. Kemenangan di tanganya.
Isha tarik muka. “Ah, Isha tak kesah! Esok Isha nak pergi juga. Tanpa...”
Ayat Isha tergantung bila telefonnya berbunyi. Dicapainya. Faaz telefon. Kenapa?
“Encik Faaz...”
“Fadl nak cakap dengan awak.” Suara Faaz kedengaran keletihan.
“Auntie, Fadl nak auntie...” Fadl batuk.
Kasihan Isha mendengar. Dia lihat Ifza. Tentu Ifza tak benarkan kalau dia pergi hari ini. Ah, tak kuasa nak bertegang leher dengan kakak. Lagi pun abah hantar mesej kepada Kak Ifza pagi tadi. Kemungkinan besar abah nak datang hari ini. Kak Ifza dah warning dia tak nak berdepan dengan abah sorang-sorang.
“Err... esok auntie ke rumah Fadl. Hari ni auntie ada hal sikit.”
“Auntie janji?”
“Ya sayang. Fadl dah makan ubat.”
“Dah...”
“Bagus. Boleh auntie cakap dengan daddy Fadl?”
“Ok.” Fadl berikan telefon kepada Faaz.
“Encik Faaz ok tak ni?”
“Ok.”
“Tak dengar macam ok pun.”
“Kenapa? Kalau tak ok, awak nak datang sini jaga Fadl?” Sekadar menembak soalan bodoh.
“Errr...” Nak jawap apa? Lagipun Kak Ifza dah lancar panahan tajam kepadanya.
“Dahlah Isha. Bye...” Faaz picit dahi. Kepalanya sakit dari semalam.
“Eh kejap. Esok boleh saya lawat Fadl? Kak Ifza dan Abang Qays ikut sama.”
Faaz menghela nafas panjang. Tak habis-habis dengan Abang Qays! Dah tu Isha nak datang dengan kakak dia yang garang macam singa pula tu. Issh tak bolehkah datang sorang. Isha tak tahukah dia lebih sakit daripada Fadl. Sakit rindu yang perlu belaian Isha. Arggh..
“Encik Faaz boleh tak?”
Faaz meraup rambutnya yang kusut. Lepas keluhan. Bilalah rindu ini nak berakhir?
“Ya.” Faaz matikan talian. Terima saja kerana dia tak boleh paksa Isha jadi ubat dia. Gila!
Wheoi, jahatnya Faaz matikan talian begitu saja. Kalau tak nak dia datang, cakap jer.
“Faaz tak bagi Isha lawat Fadl?” tanya Ifza. Lelaki tu dah kenapa?
“Dia macam keberatan tapi Isha dah janji dengan Fadl nak ke sana esok.”
Issh kalau bukan sebab janji dengan Fadl dah tentu dia tak akan pergi. Lagipun kak Ifza pun dah tak nak pergi. Ah, serah saja kepada ketentuan Allah. Cik Akal malas nak fikir.
Isha ambil bihun dan tapis ke dalam bekas. Semua bahan dah ada. Ok, sekarang main tauk tauk saja semua dalam kuali. Kacau-kacau. Dah masak, letak dalam mangkuk dan tabur hirisan cili merah dan daun sup. Ok siap. Letak di atas meja depan kakaknya. Sekarang nak sediakan minuman. Minuman apa? Ah, teh O saja.
“Kak, baca doa. Cepat makan.” Isha hanya duduk mendagu di tepi meja.
“Iyalah makcik.” Sakat Ifza.
Ifza cuit sedikit saja bihun dalam mangkuk. Rasa dulu. Takut adiknya pekena letak garam sekilo. Emm bolehlah sedap juga tapi tak lawan kesedapan bihun goreng Qays. Dia kemudian cedok bihun dalam pinggan. Tuang teh O dalam cawan. Mula makan. Pandang muka cemberut adik. Merajuklah tu.
“Isha dah janji dengan Si Fadl tu kan? So, esok kita pergi lawat dia.”
“Ok...” Menurun jer nada.
“Isha ni dah kenapa? Tak nak pergi?”
“Nak tapi... entahlah kak. Faaz tu...”
“Tak payah fikir fasal Faaz. Niat kita nak lawat Fadl. Cepat kita pergi. Cepat kita balik.”
“Abang Qays macam mana?”
Ya tak ya, Qays macam mana? Ifza letak sudu. Fikir seminit. Ok dah dapat.
“Macam ni jer, tak perlu Qays. Kita tak payah masuk rumah Faaz. Err.. kita jumpa Fadl di laman rumah ke atau, kalau nak masuk pun sekadar di depan pintu.”
Aip, bagaimana kalau Fadl tu sakit hingga tak ada tenaga nak keluar bilik? Ah, itu tak payah fikir Cik Isha. Yang penting dapat jumpa Faaz. Eh, apa hal ke situ pula, Cik Hati? Cik Akal tendang. Kita ke sana sebab Fadl. Titik. Iyalah...
“Ok jer...”
Isha bangun dan berjalan ke ruang tamu. Ambil telefon pintarnya dan mula hantar mesej. Siapa lagi kalau bukan kepada Abang Qays. Mesej dihantar.
Isha - Kak Ifza kata Abang Qays tak perlu ikut esok. Apa pun terima kasih.
Haish tak mainlah Qays tak ikut sama. Sebaik saja pesawat yang dinaikinya mendarat di KLIA, dia terus bergegas ke rumahnya. Solat, mandi dan ke dapur. Apa lagi, nak sediakan bihun goreng untuk kekasih hati yang amat dirindui. Ha ha ha...
Terbeliak Ifza. Muncul juga lelaki itu di rumahnya. Sekarang tercegat di depan pintu pagar.
“Ini untuk awak.” Qays menyerah sebuah beg kertas kepada Ifza.
Ifza intai dalam beg. Ada dua bekas bihun goreng. Wah, rezeki pagi hari.
“Lekas, kita makan sama-sama.” Qays dah nak tolak pintu pagar.
“Eh, awak tak boleh masuk!” Ifza halang. Dia dan Isha saja dalam rumah kot.
“Itulah saya ajak awak kahwin, awak jual mahal. Sekarang siapa yang rugi? Saya juga...” Qays ketawa dengan ayat sendiri.
“Very funny Mr Qays.”
Tukas Cik Bibir tapi Cik Hati asyik renung muka Qays. Issh rindu betul kita dengan dia. Semakin lawalah dia...
“Bak sini balik beg tu. Kita boleh makan di kedai makan Pak Derus hari tu. Saya pun dah lama tak makan nasi lemak dan teh tarik dia.”
“Jauh tu...”
“Mana ada. Lagi pun kita kan nak ke rumah Faaz. Kita ke kedai Pak Derus dan kemudian buat U-turn ke rumah Faaz. Let’s go.”
“Sekejap, siapa kata saya nak awak ikut?”
Ifza angkat kening sebelah. Semalam dia dah beritahu Isha yang mereka tak perlu Qays, kan? Jadi...
“Saya yang kata. Cik Ifza, akui saja awak seperti saya, tak sabar sabar nak spent time together.”
“Hah mana ada?” Cik Akal blur sekejap.
Tapi betul pun. Kita rindu dia. Kita nak habiskan masa kita dengan dia. Akui Cik Jantung. Cik Hati lagi teruk. Dah angkat sepanduk. Bukan setakat masa tapi kita nak ikut dia hingga ke hujung dunia. Ifza geleng dan senyum. Hai, memang dah gila Cik Jantung dan Cik Hati ni. Terlebih dialog pula kali ini.
“Ah, senyuman awak menarik matahari ke hati saya. Saya suka.”
Cik Jantung dan Cik Hati terkesima. Nampak lambang cinta Qays terbakar dek panas senyuman tuan tanah saja. Kali in Ifza ketawa. Qays turut ketawa. Bahagianya.
“Awak semakin gila Encik Qays.” Berbekas riak ketawa.
“Salah awak. Lekaslah saya lapar ni. Saya tunggu dalam kereta.”
Qays masuk semula ke dalam kereta setelah meletakkan beg kertasnya di tempat duduk belakang. Dia ke tempat duduk driver. Tolak kerusi ke belakang dan sandar dengan selesa. Hidupkan enjin. Buka penyaman udara. Buka lagu dan pejam mata. Rehat dulu. Tahu sajalah perempuan akan ambil masa lama nak berhias. Eh, apa kata kita lena kejap.
“Abang Qays. Abang Qays.” Isha ketuk cermin kereta.
“Err...” Qays terjaga. Sapu matanya. Turunkan cermin kereta.
“Oops bidadari dah turun.” Ujarnya melihat Ifza.
Isha ketawa. Ada saja Abang Qays ni. Ifza sengitkan bibir.
“Very funny Mr Qays. Awak boleh drive tak ni? Macam mengantuk jer.” Ngomel Ifza.
“Emm ngantuk. Awak drive.” Qays keluar. Berjalan ke tempat duduk sebelah pemandu.
Ya Salam, pandu kereta Porsche yang harganya sama seperti sebuah rumah? Memang taklah. Ifza pandang Isha. Biar Isha saja pandu. Malangnya, Isha dah geleng. Dia juga tak berani. Macam mana ni?
Laa apa lagi kekasih hati ni tunggu kat luar. “Masuk Cik Ifza. Drive.” Ujar Qays
“Err... saya tak berani. Isha jer drive.” Cadang Ifza.
“No. Abang Qays suruh kak. Dia percaya kak.”
Isha buka pintu kereta dan duduk di belakang. Lega Abang Qays suruh Kak Ifza. Lagi pun dia masih mengantuk. Semalaman tak dapat tidur. Entah kenapa asyik ingatkan Faaz. Rindu? Taklah. Habis tu? Ah, tak payah nak buat analisa. Mak ai, sejuknya penyaman udara kereta ni. Sekarang baru rasa mengantuk. Emmm... zzzz...
“Betul tu. Ok, let’s move.” Qays tarik tali kaledar.
Tapi Isha tak bergerak. Masih berdiri di luar.
“Sayang masuklah. Kereta ini tak makan orang macam tuan dia. Malah tuan dia akan sayang orang yang bawa dia.” Sakan Qays mengusik.
Issh sedap mulut jer tuan kereta! Ifza masuk. Muka merah hadap Qays. Sah lelaki ini tak nampak seperti orang mengantuk yang tak boleh pandu kereta sendiri. Lelaki ini sengaja nak mainkan dia.
“Fine. Saya drive tapi kalau saya langgar apa-apa, jangan berani awak nak salahkan saya!”
Qays buat thumbs up. Dia set lokasi ke kedai makan Pak Derus di telefon pintarnya untuk Ifza ikut. Senang.
Tak ganggu dia nak tidur.
“Err sebelum tu, awak kena beritahu function apa benda semua ni.”
Jari telunjuk Ifza dah menunjuk-nunjuk bahagian dalaman di depannya. Iyalah ini bukan kereta dia. Tersalah beri signal, naya punya kes.
Tiga minit berlalu. Sedikit sebanyak Ifza dah dapat hadam. Kereta mula bergerak. Dia senyum. Wow, best betul kereta orang kaya! Really smooth.
Ifza toleh sekejap kepada tuan kereta. Aip, belum pun masuk lima minit, dah pejam mata. Betulkah dah lena atau main-main? Ah tak kesah. Lihat pula Isha di belakang. Eh-eh, Isha pun tidur. Emm semalam mesti adiknya ni tak tidur. Kenapa? Ingat Fadl atau Faaz? Kalau ingat Faaz, memang cari nahas. Ah, biarlah.
Sekarang dia kapten dalam kereta ini. Dia suka. Mula tekan minyak. Laju sikit. Wow, steady. Laju lagilah. Jalan di depan pun tak banyak kereta. Ifza senyum. Dah semakin berani. Zup zapp zup zapp dah sampai. Oh ya tentu sekali ikut arahan dari telefon pintar Qays. Ifza parkir betul-betul di tepi kedai makan Pak Derus. Emm sekarang tak rasa jauh pun kedai makan ni dari rumahnya.
“Awak bawa lebih daripada speed limit.” Ngomel Qays tiba-tiba.
“Aip tak tidur! Kata percaya?” Ifza angkat kening sebelah.
Qays ketawa. “Percaya. Tapi...”
“Ah, semestinya ada perkataan tapi.”
Ifza merungut. Jaranglah kaum lelaki nak percaya kaum wanita bawa kereta. Wanita teror kot. Pesawat pun boleh bawa.
“Demi keselamatan awak mestilah ada perkataan tapi. Awak tadi langgar lampu merah, kan?”
Riak muka Isha dah lain. Issh tertangkap sudah. Seumur hidupnya, ini pertama kali. Selalunya dia pemandu yang berhemah.
“Lampu isyarat tu belum tukar merah. Masih kuning.”
“Yea right.” Qays kenyit mata.
“Lain kali jangan suruh saya bawa kereta awak.” Tukas Ifza geram. Issh, dah selamat sampai pun, masih nak komen. Komen membina tak apalah juga.
“Dah sampaikah?” Isha renggangkan tangannya. Sedapnya lena tadi.
“Dah. Jom keluar. Makan.”
Ifza keluar. Tak tunggu adiknya. Menonong masuk kedai makan Pak Derus.
Qays capai beg yang mengandungi bihun goreng. Geleng melihat tingkah Ifza.
“Abang Qays buat apa?”
Alahai kakak ni. Sejak Abang Qays hadir dalam hidup mereka, kakak terlebih sensitif. Tak faham kenapa nak terus tolak Abang Qays. Abang Qays baik kot. Bukan macam Faaz. Cepat bad mood. Eh eh, ke situ pula!
“Abang Qays cuma sayang dia.” Qays ketawa.
Isha geleng. Hai, sayang pun kena marah. Peliklah kak ni. Samalah kita. Kita pun suka marah Faaz walaupun dia kata dia sayang kita. Ngomel Cik Hati. Ah, itu kes lain. Tendang Cik Akal. Kategori sayang Abang Qays dan Faaz lain.
“Isha cepat jalan. Takut kesayangan abang meletup kat sana.”
Mereka duduk di meja yang Ifza dah duduk. Qays berborak dengan Pak Derus sebelum dia dan Isha oder nasi lemak dan teh tarik. Ifza sekadar oder minuman. Dia makan mihun yang dibawa Qays. Qays senyum. Hai dalam marah-marah pun, Ifza habiskan bihunnya.
Mereka tiba di rumah Faaz hampir sejam selepas selesai makan. Makcik Esah sambut mereka dan bawa mereka ke ruang tamu. Dia menyuruh mereka menunggu di situ. Katanya, Encik Faaz ada tetamu di atas.
Siapa? Tertanya-tanya Cik Hati Isha. Entah kenapa Isha rasa berdebar-debar sejak melangkah masuk. Lebih-lebih lagi apabila melihat sebuah kereta Honda CR-V parkir di tempat parkir. Kereta siapa? Kereta Tan Sri? Ah kacau kalau Tan Sri ada. Berdoa kali ini tidak ada konflik baru muncul setiap kali dia bertemu dengan Tan Sri Hamzi. Ish tak payah nak risau sebab Kak Ifza dan Abang Qays ada. Mereka tentu lindungi dirinya.
Malang sungguh bagi Isha, mereka tak boleh lindungi kesakitan yang mencengkam dadanya. Pandangannya terpenjara di atas anak tangga teratas. Di situ berdiri Faaz, Fadl dan Nisreena. Ya, Nisreena Fahad Al Jawhar dah kembali kepada Faaz. Ya Allah...
Hi guys. Sorry, mungkin bab ni agak mendatar. Cik Akal slow sebab mungkin masih penat travel. But you guys pls keep reading, ok. Hmm saya bawa watak Nisreena masuk. Nantilah kita fikir perjalanan watak ini. Good night guys.
Share this novel