BAB 12

Romance Completed 25825

“Encik Faaz nak apa?’ soal Isha dengan perasaan tak sedap hati.

Flight bosnya ini tentu baru touch down di Incheon International Airport. Apa yang penting sangat kena telefon? Tentu sekali bukan sebab tertinggal apa-apa sebab sebelum Faaz pergi ke KLIA, dia dah pastikan Faaz bawa semua dokumen yang diperlukan.

“Makcik Esah nak balik kampong. Kakak dia sakit.”

“So?”

“Jaga Fadl sampai saya balik.”

Arghh lelaki ini buat lagi! Tak kuasa dia nak jaga anak sesiapa. Dia dan Abang Qays dah atur rancangan mereka sendiri. Mengamuk Abang Qays kalau tak jadi lebih-lebih lagi setelah Kak Ifza akhirnya setuju untuk ikut mereka. Kak Ifza tu pun satu. Tak nak langsung layan Abang Qays.

“Tak boleh! Saya dah ada rancangan hujung minggu ni.”

“Batalkan.”

What? Ini dah melampau. Bagi secubit nak segenggam! Jaga sekali, nak kena jaga lagi? Memang taklah.

“Encik Faaz, dengar sini baik-baik. Saya tak kan batalkan rancangan saya. Titik.”

“Ini mesti nak dating dengan Qays.” Nada Faaz kedengaran marah.

“You’re right! Jadi awak cari saja orang lain jaga Fadl. Susah-susah suruh general driver awak tu jaga.”

“Mahat? Kahwin pun tak, nak suruh dia jaga Fadl. Tentulah tak boleh. Lagipun dia nak hantar Makcik Esah balik kampung.”

“Hantar saja Fadl ke rumah mama dia.”

“Saya dah agak awak mesti nak masukkan ex-wife saya dalam dialog awak. Kalau awak nak tahu, ex saya dah menetap kat Istanbul.”

“O.” Ishh, nak sambung ayat apa yer?

Ayat tanya memang banyak di kepala. Naluri seorang wanita yang memang suka ambil tahu hal orang. Bukan nak sibuk jaga tepi kain tapi, errr prihatin. Mana tahu, boleh tolong selesai masalah ataupun jadi pendengar terbaik. Taklah insan yang bermasalah tu duduk dalam kancah kemurungan. Hah begitu.

“Jangan tanya lagi pasal ex saya.” Faaz beri amaran.

Emmm tanya saja dekat Hana. Hana mesti tahu. Hana kan kahwin dengan partner Faaz, Masalahnya Cik Isha, Hana akan soal balik kenapa sibuk nak tahu. Memang perangai Hana sejak azali begitu. Mesti ada tindak balas. Cik Hati nak jawab apa bila Hana tanya sebab musabab? Tak kan nak jawab sebab dia dulu terhegeh-hegeh nak kat Faaz. Issh malu kot. Ah, tak payah!

“Kayla Farisha, saya nak awak jaga Fadl”

Mai ai demanding betul. Tak boleh jadi ni, kita nak buat apa Cik Akal?

“Isha!” Suara dah terjang ke atas.

“Awak dengar sini, saya tak boleh batalkan rancangan saya. Kalau awak nak saya jaga Fadl juga, saya akan bawa Fadl ikut saya.”

What! Cik Akal dah tendang. Awak nak beralah? Nak bagi ex awak menang? No way!

Ini bukan sebab Faaz, ini sebab Fadl. Kasihan budak tu. Cik Hati pujuk Cik Akal.

Fadl tu anak Faaz. Balah Cik Akal. Lelaki itu dah berkali-kali luka Cik Hati. Lupakah?

Tak lupa tapi Cik Hati dah sembuh.

Hah, Cik Akal tak caya! Cik Hati terbukti cepat cair. Macam kerak nasi. Lembik.

Mana ada. Cik Hati dah bina tembok batu, ok.

Cik Akal dan Cik Hati terus berbalah. Cik Jantung lihat skrin perbalahan. Tekan like yang mana dia like. Kalau tak, dia swipe.

“Ke mana?” Faaz tendang pertanyaan.

Tiada jawapan.

“Isha, ke mana?” Kali ini tendangan lebih kuat.

Gegendang telinga bergegar. Cik Jantung tarik tuan tanah. Suruh Cik Akal dan Cik Hati diam. Tuan tanah tolong jawab soalan.

“Penang. Kita orang bertolak awal pagi esok. Balik hari Isnin.”

“Kenapa Isnin? Awak tak kerja?”

“Awak, Isnin kan Hari Pekerja? Awak nak saya jaga atau tak?”

Isha dah mula bosan dan geram. Cik Jantung suruh tuan tanah relaks. Kita ambil jalan lurus. InsyaAllah selamat.

“Awak berdua dengan Qays saja? Tak takut dosa?”

Isha bertambah geram. Apa hal masuk bab dosa?

“Niat kita orang bukan nak buat dosa. Encik Faaz, awak nak saya jaga Fadl atau tak?”

“Nak. Ok awak kena ambil Fadl kat rumah saya. Nanti saya beritahu Makcik Esah dia boleh pergi setelah awak datang ambil Fadl.”

“Ok.”

Cakap ok tapi bagaimana nak beritahu Kak Ifza dan ibu? Cik Akal jentik salah satu urat. Kak Ifza tentu mengamuk. Silap-silap hari bulan, kakaknya akan batalkan percutian mereka. Kasihan Abang Qays. Issh, betullah Faaz ni menyusahkan.

“Faaz nak tidur dengan siapa kalau dia ikut awak?”

Eh mai ai, soalan mengarut ni dah kenapa? Tapi, betul juga. Faaz nak tidur mana? Hmm...

Psst bagi jawapan nakal. Cik Hati cuit tuan tanah. Cik Akal setuju.

“Tidur dengan kita oranglah satu katil. Abang Qays boleh tidur antara saya dan anak awak.”

“I’m gonna kill you Kayla Farisha!” Berdentum suara Faaz.

Isha pecah ketawa. Cik Hati dan Cik Akal high five.

“Relaks ok. Saya melawak jer. Anak awak boleh tidur dengan Abang Qays.”
Eh sekejap, Abang Qays ok kah? Mahunya Abang Qays tak nak, ah, masalah ni. Isha dah pening. Ini semua salah Faaz.

“Awak tidur mana?”

“Saya tidur bawa ketiak ibu saya.”

“Ibu awak ikut?” Faaz lepas nafas lega.

“Yap dengan kakak saya.”

“Betul ni.”

“Yap.”

“Awak ni bawa ibu dan kakak awak untuk kenal dengan Qays, kan? Damn it Isha. Awak betul-betul serius dengan lelaki playboy tu kah?”

Isha tepuk dahi. Ya Allah, boleh gila dia macam ni!

“Awak dengar sini, dengan siapa saya nak serius atau nak kahwin, bukan urusan awak. Sekarang, awak nak saya jaga Fadl atau tak? Make up your mind Encik Faaz.” Getus Ifza. Ini dah kali kedua dia bertanya. Kalau masuk kali ketiga, mahu dia sendiri yang reject.

“Jaga Fadl.” Faaz jawab lemah. “Isha, thanks. I really appreciate your help.”

Ya Salam, Cik Hati dah mula terbang bahagia. Nada Faaz sama seperti ketika mereka bercinta dulu. Loving...

Nope! Hanya awak yang bercinta. Bukan Faaz. Dia hanya berlakon cinta awak. Jadi, cepat matikan talian.

Jangan jadi bodoh lagi. Cik Akal tendang berkali-kali.

Faaz terus merenung tajam iPhonenya. Kecewa Isha boleh matikan talian begitu saja. Tunjuk sangat yang dia dah tak penting. Qays dah ambil alih. Bayangan Qays berjalan berdua-duaan dengan Isha di tepi pantai bawah bulan purnama, menyakitkan hati. Damn!

“Faaz.”

Aip, Ishakah yang panggil? Ajaib. Cepat-cepat Faaz toleh ke belakang dengan senyuman. Senyuman itu mati bila melihat Reeta. Issh, kenapa bukan Isha? Encik Hati bukan main kecewa.

“Reeta, you buat apa di sini? Bukan you kata you bercuti di Jepun?”

“Actually, I ubah rancangan bila I tahu you nak ke sini. I nak spent time with you.”

“Sorry I ke sini nak kerja, not sight seeing.” Faaz tidak selesa dengan kehadiran Reeta.

“Faaz, you bukan kena kerja 24 jam kan? When you’re free you teman I, ok? For a start, how about I’ll treat you dinner tonight?”

Faaz teragak-agak tapi bila difikirkan, kenapa nak tolak. Terima saja pelawaan Reeta. Bosan juga kalau duduk sorang-sorang dalam bilik hotel.

“Ok.”

Wah, Reeta dah senyum bahagia. Tidak sia-sia dia ubah rancangan. Kali ini akan pastikan Faaz jadi haknya.

So, Reeta nak buat apa?

Emm... Reeta sendiri belum tahu. Tunggu jer...

Another chapter. Happy reading guys. Wait, boleh rate tak atau komen? Nak juga tahu you guys punya brilliant komen. Yg follow saya, terima kasih yer. You guys are great. Ada yang nak follow lagi tak? (:

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience