BAB 39

Romance Completed 25825

Sudah dua hari ibu balik ke rumah. Abah masih tak muncul-muncul. Telefon pun tak. Senyap saja. Ifza tahu ibu kecewa tapi ibu tidak menunjukkannya.

“Awak ok?”

“Ok.” Ifza meneguk air kosong di dalam gelas.

“Awak tak ok.”

“So, now you are also a mind reader?” Ifza angkat kening sebelah.

“Only when you are concern.”

“Huh!”

“Ifza, please tell me.”

“Guna ayat yang sama, Encik Qays?”

“Ya, ayat keramat lembutkan hati awak yang saya pegang.” Qays senyum bengkok.

“Not this time.”

“Kak minum air kosong saja?”

Isha yang baru muncul, tarik kerusi dan duduk di sebelah Ifza.

“Kak Isha kenyang dengan hanya tengok abang.” Usik Qays.

“Iyalah tu. Saya nak chicken kabsa dan green tea. Terima kasih.” Ujar Isha kepada pelayan yang datang mengambil odernya.

“Sebab apa Abang Qays suruh Isha dan Kak Ifza datang...”

Ayat Isha tergantung apabila melihat Faaz sedang berjalan ke arah meja mereka. Sejak kedatangan Nisreena ke ofis hari tu, dia dan Faaz buat hal masing-masing. Cakap jika perlu saja. Itu pun fasal kerja. Tidak sentuh langsung bab kahwin. Bab tu dah dipadam terus dari radar. Jadi, kenapa mereka nak kena makan satu meja?

“Sorry lambat.” Faaz tarik kerusi dan duduk sebelah Qays.

“Girls, I ajak Faaz sama. Harap you girls ok.”

Tak ok! Isha nak jerit. Malah kaki dah nak berdiri. Tapi kakak di sebelah dah genggam pahanya dan beri isyarat jangan jadi lemah.

“Ok saja. Awak yang nak bayar. In fact awak boleh oder Shawarma dan Arabic Tea with Mint untuk saya. Lapar.” Ifza angkat kening sebelah.

Sekali lagi Qays senyum bengkok. Dia panggil pelayan. Oder apa yang Ifza nak. Faaz pula oder sama seperti Isha.

Apa hal oder sama? Isha semakin geram. Tapi tak kan nak tunjuk tantrum kat sini. Bodohlah nak jatuhkan maruah sendiri. Ah, makan jer. Bismillah. Makan. Eh, kenapa pula Faaz tengok dia. Cucuk mata baru tahu. Jadi Kassim Selamat. Cuma kali ini dia akan pastikan tidak ada yang rawat Faaz. Hahaha...

“So Faaz, Fadl apa khabar?” Qays teguk jus tembikainya.

“Ok.”

“Your ex.”

“Dah balik Istanbul. Husband dia suruh dia balik.”

Faaz ketawa kecil. Dulu dia tak ada kuasa veto itu. Tak mainlah Nisreena nak ikut arahannya walau berkali dia telefon suruh balik. Nisreena balik ikut suka dia. Kadang tak balik beberapa hari. Katanya, tidur di rumah keluarganya.

Dua orang pelayan letakkan makanan yang Ifza dan Faaz oder ke atas meja. Qays dan Faaz berbual kosong sambil makan. Ifza dan Isha hanya makan. Tak kesahpun nak menyampuk. Makan dah habis, boleh angkat kaki. Oh ya, jangan lupa ucap terima kasih dan berdoa semoga yang belanja Allah murahkan rezeki.

Qays kerling. Aip, bukan main sedap dua orang anak dara ni makan. Sedap sangatkah? Tak boleh jadi ni. Kacau sikit.

“Don’t you girls have any thing to talk about? Questions, maybe?”

“Tak tahu pula ada sesi soal jawab.”

Ifza letak sudu dan garpunya. Tengok Qays. Emm mesti bersebab Qays ajak mereka ke sini.

“Of course ada, Cik Ifza. Awak boleh tanya apa saja. Saya akan jawab.”

“Fine. So, let us make this session more interesting. Let’s play game. Three questions from girls to boys. One way. Saya kepada awak. Isha kepada Faaz. Ok, let the show begin.”
Ifza kuis paha Isha. Kenyit mata sebelah. Kedua-duanya pamerkan lesung pipit. Wah, Cik Akal dan Cik Hati masing-masing dah sorak. Jom buka pintu Joker dan tarik gerabak soalan-soalan bodoh keluar. Zaman sekolah dulu, mereka sering main permainan soal-menyoal ini untuk melepaskan tekanan terutama apabila ibu tak benarkan mereka keluar rumah.

“Kak, soalan kena serius. Tak boleh tanya soalan bodoh, ok?” Bisek Isha. Ifza angguk.

“Ok Encik Qays, bayangkan kalau awak boleh travel time, awak nak mengembara ke masa depan atau ke masa lalu? Kedua, apakah pengembaraan gila yang awak ingin cuba dalam hidup ini? Terakhir, jika awak boleh menjadi apa-apa jenis tumbuhan atau haiwan, awak pilih apa? Oh ya, kena beri sebab pada setiap jawapan awak tu.”

Ifza letak kedua-dua siku di atas meja. Pangku dagunya. Kali ini dia memakai tudung sarung chiffon tiga lapis berdagu dengan awning scuba berwarna lavender.

Isha dan Faaz jadi pemerhati yang teruja nak dengar jawapan.

“First, saya nak mengembara ke masa depan. Sebab, masa lalu saya tidak ada awak. Masa depan saya pasti ada awak. Kedua, saya ingin mengembara dengan tikar terbang seperti Aladdin. Awak boleh jadi Princess Jasmine saya. Kita boleh terbang sama-sama. Ketiga, saya nak jadi kucing jenis Ragdoll. Manja dan suka bermain. Awak boleh jadi tuannya. Purrr...”
Purr?

Terbeliak Ifza. Isha dah ketawa. Faaz tunduk tahan ketawa.

“Isha your turn.” Kemain Qays senyum sampai ke telinga.

Isha berhenti ketawa. Cik Akal dah siap tiga soalan. Dia pandang Faaz. Ayuh mula.

“Ready Encik Faaz?”

“Whao whao, Encik Faaz? Come on Isha, ni bukan ofis. Tolong guna ganti nama diri kedua. Both of you used to be friend, right?” Qays menyakat.

Isha dah tuding anak mata ke atas. Tapi dia turut juga demi permainan. Guna ganti nama awak. Tengok Faaz.

“Pertama, pembohongan yang awak pernah kata dan menyesal kemudian? Kedua, kalau bayang-bayang awak boleh bercakap, apa agaknya dia akan kata untuk rosakkan imej awak? Ketiga, hadiah yang paling istimewa yang awak pernah terima dan mengapa ia istimewa?”

Faaz senyum senget. Soalan apa ni? Sengaja nak mainkannya. Dia diam untu beberapa saat sebelum menyawab. Renung muka Isha.

“Saya bohong kata tak cinta awak. Saya menyesal hingga sekarang. Kedua, bayang-bayang akan kata saya seorang peguam yang lemah kerana tak boleh fight untuk anak sendiri. Ketiga...”
Faaz berhenti. Dia keluarkan dompet daripada poket seluarnya dan keluarkan syiling lama 1920 King George V Straits Settlements.

“Ketiga, ini hadiah yang paling istimewa. Hadiah birthday ke-17 tahun daripada awak, Isha.”
Isha terkebil-kebil. Faaz masih simpan syiling tu.

“Mana Isha dapat?” tanya Ifza. Setahunya hobi adiknya ini bukan kumpul syiling lama.

“Adalah...” Tak berani nak beritahu. Tentu kena bebel kalau Kak Ifza tahu dia terjumpa duit syiling tu semasa dia dan teman-teman sekolah pergi camping di Pantai Koningam. Pergi tanpa mengetahuan ibu.

“So... girls. Can I and Faaz shoot our questions?”

“Eh, apa pula. Kan saya dah specify tadi, one way game. Questions from girls to boys only.” Ifza angkat kening sebelah.

“You are a cunning villain, Miss Ifza.” Mengecil Qays lihat Ifza.

“But you like my sister, Mr Qays.” Isha ketawa. Ketawanya mendapat jelingan kakaknya.

“That I agreed, my dear.” Wah, pandailah Isha ni keluar dialog. Qays sengih lawa.

“Huh!” Getus Ifza.

Faaz urut dada. Terasa ada sengetan di situ. Dia geleng perlahan. Lihat Isha gembira begini, dengar ketawanya, ingatkan dia semasa mereka pada zaman sekolah dulu. Ketawa mereka riuhkan suasana terutama semasa mereka bermain teka teki dengan teman-teman sekolah.

“Isha, jom main teka teki.” Faaz terus lihat muka Isha.

Isha dah teruja. Teringat keseronokan main teka teki ni dulu dengan rakan-rakan sekolah termasuk Faaz. Faaz akan sentiasa bagi jawapan bodoh.

“Ok. Isha mula. Siapa yang dapat jawab, dia bagi teka teki selepas itu. Teka teki pertama, apakah yang sentiasa ada di depan tapi tidak dapat dilihat?”

“Sekejap, menang dapat apa?” Tanya Qays.

“Senyuman ikhlas daripada orang yang bagi teka teki.” Isha jawab. Yap itulah hadiah istimewa mereka di sekolah dulu.

“Ok. Biar abang cuba... angin?” Ujar Qays penuh yakin.

“Salah. Angin ada di mana-mana Abang Qays. Bukan di depan saja. Kak Ifza, turn kakak.”

“Err... udara.” Hentam saja. Nama pun teka teki.

“Salah. Udara sama saja macam angin, kak.”

“My turn jawab. The future.” Faaz jawab dan lihat Isha.

“Tak aci! Urg, awak yang bagi soalan ini dulukan?” Isha merungut. Membutang matanya.

“Yap. Lekas senyum dekat saya.”

“Fine. Saya beri senyuman kuda untuk awak.” Selepas senyum, Isha ketawa.

Faaz dah sengetkan bibir. Wah, mereka dah macam budak-budak sekolah. Mereka ketawa sambil melihat satu sama lain.

Ya Salam, masa masih bergerak kot. Tak payahlah Si Faaz nak statik renungan. Tengok senyuman Isha saja kot. Qays rasa dah kena lepas brek ni.

“Faaz, your turn.”

“Err ok. What gets broken without being held and you lose it the moment you share it?”

“Hati Ifza!” Sakat Qays. Ketawa apabila Ifza baling napkin meja ke arahnya.

“A promise.” Ujar Isha. Wah, pandainya dia!

Qays dan Ifza terkebil-kebil. Aip macam tak berpeluang mereka nak teka pun.

“Awak tahu jawapan saya betul, Encik Faaz. So, your smile please.” Isha kerling Faaz.

“Ini senyuman kambing lawan senyuman kuda awak tadi.”

Faaz buat riak senyuman kambing yang dulu sentiasa buat Isha ketawa. Ternyata sekarang pun senyuman itu masih buat Isha ketawa. Ok, untuk seketika mereka dah melangkah ke zaman mereka gembira bersama.

“Ok, next riddle. Tidak perlu mata untuk lihat. Tidak perlu telinga untuk dengar. Hidupnya cahaya. Matinya sebaliknya. Siapa dia?”

“Orang buta.” Dengan yakin Faaz menjawab.

Isha geleng. “Awak, orang buta boleh dengar.”

“Err..

Tiba-tiba telefon pintar Ifza berdering. Dilihat skrin. Ibu telefon. Terus dia jawab.

“Hah? Kita orang ke sana...”

Muka Ifza dah pucat. Tangan terketar-ketar capai beg tangannya di atas meja. Dia berdiri.

“Kak, kenapa ni?” Spontan Isha juga berdiri. Mula panik.

“Abah di hospital. Serangan jantung. Ibu ada kat sana. Kita kena...”

Ifza tak habiskan ayatnya. Dia melangkah secepat mungkin. Isha setia mengikut di sebelah.

Emmm masih menari-nari atas tali nak cari idea penamat... err... klimak apa yer?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience