BAB 1 (●'◡'●) Ifza ༼ つ ◕_◕ ༽つ

Romance Completed 25825

Kereta Myvi berhenti betul-betul di depan pintu pagar. Terus matikan enjin. Cari kunci rumah dalam beg galasnya. Tak ada. Ah, mana pula? Masakan dia tak bawa. Tertinggal? Di mana? Dalam bilik atau di pejabat? Arghhhh… Diketuk-ketuk dahi berkali-kali. Cuba ingat. Eee tak boleh ingat dengan otak berserabut begini. Dia kumat kamit selawat ke atas Nabi. Tawakal. Selongkar dalam beg sekali lagi. Tak ada. Selawat lagi. Kali ini dibuka glove kompartmen. Wah, di sini rupanya! Lega. Terima kasih Ya Allah.

Ok tunggu apa lagi? Cepat cari ibu. Dia bergegas masuk. Jantung berdentum kencang bagai nak pecah. Hanya tinggal ibu saja di rumah ini. Kalau jadi apa-apa dekat ibu, memang dia akan menyesal seumur hidup. Langkahnya terhenti. Bingung. Arah mana dulu? Ibu dekat mana? Atas? Mesti kat atas. Melangkah dia secepat mungkin. Tercungap-cungap. Tidak tunggu lagi terus tolak pintu bilik ibunya.

Aik, kenapa ibu nampak ok? Tak nampak sakit pun?

“Ifza, kenapa? Ada yang tak kena?” Haziqah jadi resah. Digenggam lengan anak.

“Ibu tak sakit? Ibu kan hantar mesej kat Ifza kata ibu sakit?”

Ifza sentuh pipi ibu. Hairan. Kalau bukan ibu, siapa yang hantar? Masakan penghantar tu silap orang? Tapi dia yakin, mesej itu daripada nombor telefon pintar ibu. Eh, masakan dia silap tengok?

Ifza keluarkan telefon pintarnya. Cari SMS tadi. Betullah SMS dari telefon ibu.

“Ini.” Ifza tunjukkan kepada ibunya.

Hah? Bila dia hantar? Haziqah jadi hairan. Terdiam seminit sebelum ketawa. Geleng. Hai. ini mesti kerja anak gadis seorang lagi. Baru balik dah buat hal.

Ifza semakin bingung. Kenapa pula dengan ibu ni?

“Itu mesti kerja adik kamu. Dia baru sampai tadi.”

“Isha! Isha! Isha, ibu? Ifza akan bunuh dia! Mana dia?” Jerit Ifza. Geram betul dengan mainan satu-satunya adik yang dia ada. Issh perangai tak ubah!

“Kat bilik Ifza, agaknya.”

Ifza meluru keluar. Melangkah pantas ke biliknya yang terletak di sebelah bilik ibunya. Pulas knob. Kunci. Eeee budak ni memang nak kena. Diketuk berkali-kali.

“Kayla Farisha, baik buka pintu ni!” Bentak Ifza. Ibarat rekod lama dimainkan semula, hentakkan ini sudah lama tidak kedengaran dalam rumah ini.

“Wah, kakak rindu sangat kat Ishakah?” Pertanyaan menyusul dengan ketawa sebaik saja pintu dibuka. Tubuh Ifza dipeluk erat.

“You Kayla Farisha, need a good spanking!” Desiran bunyi menyelit keluar di balik pelukan.

“Maaf kak. Maaf. Isha tahu Isha salah.” Ujar si adik masih dengan riak ketawa.

“Maaf? Hah!” Getus Ifza namun suhu kemarahan sudah menurun dengan satu pelukan saja. Dah tukar jadi kesyukuran.

“Isha, tak baik buat kakak macam tu.” Haziqah yang masuk dan menghampiri anak-anaknya. Menampar perlahan belakang Isha.

“Tapi muka kakak semakin cantikkan bila dia marah? Merah macam strawberry.”

Isha meregangkan jarak sedikit. Masih merangkul pinggang Ifza. Meliar mata mahu menangkap wajah kakak masuk ke dalam kotak rindu di hatinya.

“Jangan nak ubah tajuk. Isha tahu tak kakak terpaksa tinggalkan training tu gara-gara mesej Isha? Kalau bos kakak tahu, bakal meletup dewan tu! Nasib baik ada Kak Lylis, sanggup ganti tempat kakak.”

“A’laa silap bos kakak juga. Siapa suruh buat hari Sabtu? Hari ni sepatutnya kakak duduk rumah. Rehat. Tak pun pergi dating. Enjoy life.” Ngomel Isha tanpa rasa bersalah.
Dia merayap naik atas katil. Baring. Ibunya duduk di birai katil.

“Banyaklah punya dating! Ni, yang Isha tiba-tiba muncul hari ni kenapa? Bukan flight minggu depankah?”

“Saja. Malas nak tunggu. Ibu, jom kita keluar. Isha nak shopping. Nak beli baju. Sambil tu bolehlah kita cari boyfriend kat kakak ni. Isha dengar kat Suria KLCC ada jual. Beli satu dapat dua. Bolehlah kakak buat pilihan nanti.”

“Amboi sedapnya mulut!” Ifza tampar-tampar lengan adiknya. Geram.

“Hai, pandai kata orang. Mana lelaki mata biru rambut perang yang Isha kata nak bawa? Ibu dah lama tunggu ni.” Haziqah cuit peha bongsu anaknya.

Isha ketawa. Ada. Cuma hak mutlak bukan di tangannya. Allah yang tentukan.

“Dah lari dengan kawan baik Isha . Selamat Isha.”

“Laa kekasih hati lari boleh gelak lagi!”

Ifza geleng. Dia leraikan lilitan shawl berbunganya. Sangkut di kerusi dan terus rebah di sisi Isha. Dahulu sebelum Isha ke New Zealand, mereka selalu lepak begini.

“Kak, situasi kehilangan ni dah biasa. Dah lali. Tak kuasa nak menangis. Tapi kali ini Isha suka sebab Ted Shawn ni memang baik untuk Pernilla Grande. Lagipun Isha dah buat misi baru nak cari lelaki kacukan. Rambut hitam. Mata cokelat. Tinggi. Badan sasa dan berjambang tanda dia matang. Masa kat airport tadi, Isha sempat tengok dalam majalah, pelakon kacak Malaysia terkini, Zul Ariffin. Dia kacukan Melayu dan Belanda. Boleh tahan lawa. Padan sungguh dengan Isha.”

Tersengeh Isha. Mata nakal melihat ibu dan kakaknya.

“Issh, tak habis perasan.” Ifza menuding dahi Isha.
“Ibu tak kesah macam mana pun wajah menantu ibu. Yang penting peluang terbuka hanya sampai umur 30 tahun saja. Atas pada tu, ibu akan cari sendiri. Suka atau tak, kena terima. Ingat tu.” Tekan Haziqah.

Mana nak cari, Puan Haziqah? Ingat senang. Lainlah kalau ada lelaki baik dan beriman tumbuh atas pokok.

Haa! Masih relevankah syarat ni? Isha melekap tapak tangan ke kedua-dua pipi. Besarkan saiz mata. Tak percaya.

“Laa ibu masih nak Isha dan kakak terima?”

“Tentu sekali sayang.” Haziqah ketawa kecil. Amaran ini perlu selagi anak-anaknya belum kahwin.

“Dah, ibu nak turun bawah, nak masak. O ya, Isha kena kemas bilik Isha tu dulu sebelum Isha boleh guna bilik Isha tu.”

Haziqah bangun. Menu hari ini kena tambah sambal tumis sotong kegemaran Isha. Nasib baik semalam dia dah beli sotong.

“Tak patut sungguh ibu jadikan bilik Isha tu store room.”

“Padan muka.” Ifza ketawa. Dah lama tak tengok muka cekodok Isha.

“Bu, tak nak shopping ke?” Renget Isha.

“Malaslah. Ajak kakak Isha saja.” Haziqah terus berjalan keluar.

“Ah, tak kuasa kakak nak meredah mana-mana shopping kompleks.”

Ifza tidur mengiring. Pejam mata. Alang-alang dah sampai rumah, boleh rehat sekejap. Penat bergegas ke rumah tadi masih belum habis.

“Kak, lagi dua minggu umur kakak masuk dua puluh enam tahun. Bermakna kakak cuma ada empat tahun lagi. Isha ada lima tahun. Baik kakak cari kekasih hati. Jangan sampai Isha langkah bendul.”

Isha tepuk-tepuk lengan Ifza. Menatap wajah bujur sirih, hidung mancung, alis panjang yang naik melengkung ke atas dan bibir nipis kakaknya.

“Isha langkahlah apa Isha nak langkah. Bendul. Busut. Menara KLCC pun langkahlah. No way, kakak nak seksa diri melekat kat mana-mana lelaki. Rimas.”

“Hairan yer kenapa kakak anti lelaki? Sejak sekolah, Isha tak pernah dengar kakak ada boy friend. Kakak ni baik sangatlah. Bagus juga kalau ibu cari imam muda untuk kakak.”

“Mungkin semua imam muda reject kakak. Sebabnya, adik kakak ni akan buat screening test mentally, physically, emotionally and spiritually ke atas mereka.”

“Tentu sekali Isha akan buat. Isha kan adik kakak? I want the best for you. Ok, Isha cari untuk kakak. Lelaki macam mana yang kakak nak?”

Isha dah teruja. Bagus ni. Sudah ada misi baru. Dia memang suka misi-misi seperti ini.

“Surprise me, my dear.”

Ifza mengelamun bayangan wajah suami hinggalah buih-buih lamunan itu pecah di muka sendiri. Issh, tak boleh buat pasal dengan adik sendiri. Sah-sah perangai adik masih tak berubah.

“Eh-eh kakak tarik balik. Tak payah cari. Dahlah kakak nak pi kerja balik.”

Ifza pantas bangun. Pakai balik tudung dan terus keluar. Tidak boleh layan sangat Isha ini. Lagipun mana boleh kawannya buat kerja dia. Tak boleh makan gaji buta. Berdosa.

Isha geleng. Tak main nak tarik balik. Ok, kena mula atur strategik. Misi mencari jodoh ni dah masuk dalam senarai. Pertama, kenal pasti ciri-ciri lelaki idaman kakak. Kedua, mesti single. Ketiga, keluarga lelaki tu mesti terima kakak dengan baik. Dia percaya kakak yang akan angkat kaki dulu kalau ada sekelumit pun penolakan daripada pihak lelaki. Keempat, lelaki itu mesti benarkan kakak jaga ibu walaupun setelah kahwin. Bab ini tak ada kompromi. Kelima, ishh banyak pula dalam senarai. Otak tak boleh nak hadam. Apa kata tidur dulu.

Isha tarik bantal peluk. Perbetulkan bantal di kepala. Emm... mengantuk.... zzzzz…

Hi guys. Ini ciptaan pertama saya di Novelplus. Harap sangat you guys out there suka. Sebelum di teruskan. Ciptaan novel saya ini tidak boleh di copy paste ke mana-mana platform sosial media yer. Semua watak hanya ciptaan saja dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah tiada. Terima kasih kerana sudi membaca. Oh ya, saya tak sempat nak edit lagi. Tulis dulu, Maaf yer.

Share this novel

nurizzni98
2024-09-12 17:44:24 

at last dah ada update ?✌️


NovelPlus Premium

The best ads free experience