BAB 16

Romance Completed 25825

Fadl sorak gembira bila akhirnya Isha muncul. Berlari anak mendapat Isha. Tidak kesah dengan jelingan tajam Makcik Esah yang tidak membenarkan dia berlari di dalam rumah. Jelingan Makcik Esah bagai diasah jadi lebih tajam bila mendengar kata-kata Isha.

“Hai sayang.” Isha mencuit hidung Fadl. Dia juga gembira dapat jumpa Fadl.

“Cik Isha tak tahu beri salam?” tegur Makcik Esah yang dah berdiri di sebelah mereka.

“Assalammualaikum Makcik Esah.”

Isha beri salam dengan senyuman. Hairan, tak sibuk pula Makcik Esah nak jawab. Setidak-tidaknya balaslah senyumannya. Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Senyum saja boleh kutip pahala. Sedikit-sedikit boleh jadi bukit. Mana tahu, boleh tambah masuk syurga.

“Makcik Esah jawab salam dalam hati.”

Bisek Fadl setelah Makcik Esah tinggalkan mereka. Ketawa kecil bila Isha sengetkan bibir ke tepi.

“Ok sayang, sekarang kita nak buat apa?” Isha masih menggenggam tangan Fadl.

“Sarapan.” Ujar Faaz tiba-tiba dari tangga.

Dia tersenyum melihat Fadl membenarkan Isha menggenggam tangannya. Tidak pernah Fadl memberi ruang kepada sesiapapun mendekati dirinya begitu. Ternyata Isha memang baik untuk Fadl. Baik untuk dirinya juga. Ya Allah ingin sekali dia memiliki cinta gadis ini semula.

Faaz menolak rambut yang bertandang di dahi ke belakang. Mengeluh resah. Semalaman dia tidak dapat tidur. Rindunya kepada gadis ini semakin menebal.

“You look horrible.”

Tegur Isha. Mesti belum mandi. Kusut masai saja. Agaknya, semalam tak boleh tidur mimpi bekas isteri atau Reeta? Issh lelaki ego!

“You look so sweet. Sweet enough for me to eat.”

“You wish!” getus Isha.

Dulu hatinya akan melonjak gembira bila mendengar ayat-ayat seperti itu dari Faaz. Hati akan ukir bayangan jadi isteri Faaz tetapi sekarang dah seperti rekod lama yang menyakitkan telinga saja.

“Saya bawa Fadl sarapan. Awak pergi mandi. Saya tak nak lalat hurung makanan sebab bau awak.”

Fadl ketawa. Wah, berani betul Auntie Isha arah daddy.

Dunia Faaz terhenti seketika. Ketawa Fadl, renungan Isha dengan senyuman nakalnya, menerbitkan perasaan istimewa yang dia mahu simpan sampai bila-bila. Dua orang insan ini amat istimewa. Dia tidak mahu kehilangan kedua-duanya. Mahu mereka bahagia bersamanya.

“Jom Fadl, tunjukkan kat auntie mana kita nak sarapan.”

Dengan senang hati Fadl tarik Isha. Ruang makan yang dibawa Fadl, kemas dan bersih. Isha agak semua ruang dalam rumah itu begitu. Ibarat rumah pameran yang cantik di balik kaca. Sayangnya tak berjiwa. Kosong dan statik.

Isha lihat Fadl. Penampilan Fadl juga begitu. Seperti budak pameran. Agaknya situasi dalam rumah ini yang membuatkan Fadl terpaksa bekukan keceriaan kanak-kanaknya.

“Auntie nak roti dengan butter atau keju?” tanya Fadl.

Mereka duduk di meja makan. Makcik Esah dah sediakan sarapan. Ada roti, sosej, telur goreng, jem strawberi, butter, kepingan keju dan bihun goreng di atas meja. Cara hidang pun macam dalam hotel. Tersusun.

“Terima kasih saja. Sebenarnya auntie dah makan kat rumah tadi. Fadl saja makan.”

“Wah, Auntie mesti makan roti canai dan nasi lemak macam di Pulau Pinang dulu. Emm sedap. Fadl suka roti canai.”

“Seingat auntie, dulu daddy Fadl pun suka roti canai. Daddy Fadl boleh makan tiga keping sekali gus.”

“Betulkah? Tapi kenapa Fadl tak pernah lihat pun?”

Sebab daddy Fadl mengada. Roti canai diganti dengan American pancakes seperti mana dia lupa diri apabila nampak yang cantik. Daddy Fadl hanya nak duduk dengan golongan atasan. Tak mainlah dengan kelas bawahan lagi. Pada hal, mati sama saja. Ditanam juga. Jenis tanah dan tempat pun tak boleh pilih. Allah Maha Adil. Jadi tak perlu nak sombong sangat.

“Kenapa?” tanya Faaz bila menapak ke ruang makan dan melihat riak muka Isha. Serius? Tadi ok jer. Fadl kata apa-apa yang buat Isha marahkah?

“Auntie Isha kata dulu daddy suka makan roti canai. Betulkah daddy?”

“Iya.”

Akui Faaz. Terpancar kembali memori semalam. Waktu itu dia gembira bersama Isha. Boleh berkongsi makan roti canai satu pinggan di kedai mamak.

Mahat masuk. Tidak senang melihat Isha. Tidak faham kenapa bos mesti suruh Isha jaga Fadl. Bos seperti sengaja hendak Fadl dekat dengan Isha. Bos boleh saja larang Kak Esah balik kampung tapi tidak, malah bos yang begitu beria-ia suruh Kak Esah balik kampung. Bos ini sengaja nak cari nahas. Kalau Tan Sri Hamzi tahu gadis ini kembali semula dalam hidup bos, tentu mengamuk orang tua tu. Kalau Tan Sri Hamzi mengamuk, memang buruk. Mana tidaknya dia juga akan jadi mangsa kemarahan Tan Sri. Hai, nampaknya lebih baik dia cuba jauhkan bos daripada gadis ini.

“Encik Faaz nak sarapan dulu atau nak terus pergi. Flight Tan Sri dah nak touch down. Tan Sri suruh ambil dia di airport dan terus pergi jumpa Datuk Raimi.”

Mereka akan hantar Kak Esah ke TBS dulu. Kak Esah nak balik dengan kawan dia.

“Saya nak sarapan dulu. Awak dan Kak Esah boleh tunggu kat kereta.” Arah Faaz.

Dia mula menyapu jam ke atas roti. Senyum kepada Isha yang telah meletak secawan kopi Ala Kazim di depannya. Hai, mereka ibarat keluarga bahagia sedang menikmati sarapan pagi.

“Boleh saya tahu awak nak ke mana?” Tanya Isha sebaik saja Mahat keluar dengan jelingan tajam.

Hairan kenapa Mahat dengan Makcik Esah seperti tak suka dirinya. Apa masalah mereka?

“Port Dickson. Datuk Raimi, kawan papa nak ajak papa buat projek baru. Lepas tu dia nak bawa kita orang lawat resort dia kat sana.”

Projek datuk-datuk ni mesti besar terutama projek papa Faaz ni. Al maklum, Tan Sri Hamzi seorang usahawan yang berjaya dan juga seorang ahli politik.

“Kenapa awak tak libatkan diri dalam politik? Awak kan pernah kata, papa awak nak awak masuk politik.”

“Saya pernah cuba tapi jiwa saya tak boleh terima. Terlalu ramai ahli politik yang rosakkan perjuangan parti untuk kepentingan sendiri.”

“Papa awak tentu kecewa. Awak kan selalu dengar cakap dia.”

Oh ya, dia memang kenal dengan Tan Sri. Masa sekolah dulu, Tan Sri sering datang ambil Faaz di sekolah. Peliknya, setiap kali Tan Sri ambil Faaz, dia ada dengan Faaz. Tan Sri akan renung tajam mukanya. Dia tahu Tan Sri tak suka. Malah pernah satu hari, Tan Sri beri amaran supaya dia jauhkan diri dari Faaz. Suruh dia sedar diri. Anak orang kaya hanya berkawan dan berkahwin dengan anak orang kaya. Siap kata, pipit jangan perasan nak terbang dengan helang. Suruh Isha jangan berangan. Malangnya, waktu itu Isha tetap berangan nak jadi isteri Faaz. Bodoh betul.

Dia pernah dengar yang Tan Sri sendiri perkenalkan Nisreena kepada Faaz. Keluarga Nisreena kaya. Bapa Nisreena, Fahad Al Jawhar saudagar minyak dari Qatar. Mama Nisreena, Fatima Ghazi, salah seorang usahawan Melayu yang berjaya. Kata orang anak campuran selalunya cantik dan ternyata Nisreena memang cantik. Kecantikan yang buat Faaz tergila-gila nak kan dia.

Isha, kakak tampar kalau Isha masih merasa rendah diri! Isha lebih cantik daripada Nisreena.

Urg, mana mai suara kakak ni. Isha tepis-tepis kain tudung di cuping telinga. Kacau betul.

Ish, jangan nak tepis-tepis sangat! Ingat kecantikan bukan segala-galanya bagi seorang wanita. Iman kepada
Allah itu yang penting.

Isha senyum. Betullah efek kakak dalam diri ini kuat betul.

Terpegun Faaz melihat senyuman Isha. Hai, bahagia hidup kalau senyuman itu sentiasa menyambut sinar paginya.

“Daddy, auntie, Fadl dah habis sarapan. Boleh Fadl be bilik Fadl?”

“Tak boleh sayang.” Jawapan Isha lebih pantas. Faaz hanya senyum.

“Fadl kena teman auntie. Ingat Makcik Esah tak ada. Kita boleh selongkar dapur dia.”

“Makcik Esah marah nanti. Dia dah pesan Fadl tak boleh usik apa-apa.”

“Fadl, auntie akan handle Makcik Esah. Ini rumah Fadl. Bukan rumah Makcik Esah. Sekarang Fadl ambil cawan ni, letak dalam sinki, ok?”

Fadl ambil cawannya dan berjalan ke sinki.

“Kalau Fadl rasa nak bagi pecah pun ok juga.”

Aip itu bukan usikkan ok. Budak tu tentu belum pernah pecah apa-apa sepanjang hidupnya.

“Awak...” Faaz mula nak bantah. Bad influence PA ni.

“Apa? Awak pun nak pecah sama?” Isha potong ayat Faaz. Siap angkat kening.

“Auntie Isha, Fadl tak bagi pecah. Mak Esah marah nanti. Fadl naik atas ambil buku Fadl kejap.” Fadl berlari anak ke biliknya.

“Makcik Esah awak tu terlalu banyak peraturan. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Tolonglah Fadl perlu selesa di rumah sendiri. Bukan terikat dengan undang-undang dewasa yang bodoh.” Ngomel Isha.

“Ok Big Mama. Nanti saya cakap dengan Makcik Esah. Sekarang saya kena pergi. Terima kasih lagi sekali Isha. Awak memang baik.”

Faaz bangun. Fadl kembali semula dan salam tangan Faaz. Isha rasa ada kekurangan dalam ikatan ini. Kenapa Faaz tidak peluk Fadl? Ish, Abang Qays pun peluk Fadl semasa hantar Fadl pulang hari tu.
Setelah Faaz dan yang lain bertolak, Isha terus mengemas meja makan. Buat apa yang patut di dapur. Selongkar dapur? Tentulah tak. Isha bawa Fadl ke rumah Hana. Semalam dia telah memberitahu Hana yang dia akan bawa Fadl ke rumah Hana. Dia mahu Fadl belajar bercampur dengan kanak-kanak seusianya. Anak-anak Hana boleh jadi kawan Fadl.

Malangnya di rumah Hana, Fadl jadi bayang-bayang Isha. Kekok untuk bergaul dengan anak-anak Hana. Kasihan Isha melihat tingkah Fadl. Lantas Isha terpaksa turut bermain untuk menggalakkan Fadl selesa dengan anak-anak Hana. Syukur Alhamdullillah lama kelamaan Fadl mula mesra dengan mereka lebih-lebih lagi bila Qays turut bertandang ke rumah Hana. Qays memang rajin melayan mereka. Isha batalkan rancangannya nak membeli belah.

Setelah solat Asar, Isha bawa Fadl pulang. Faaz tidak ada. Isha ajar Fadl melukis di taman mini yang terletak di depan ruang tamu rumah. Sebelum dia ke rumah Faaz, ibunya telah berikan satu beg plastik yang berisi alatan melukis untuk Fadl.

Isha cuba melukis beberapa ekor burung merpati. Ah, tak jadi! Lukisannya memang teruk. Nak kata burung tapi nampak macam ayam. Bila dah warna, lukisannya jadi lebih teruk.

“Auntie, kenapa burung ni patah leher? Kaki dia panjang sebelah. Kesiannya. Burung ni pula terbang dengan sayap sebelah. Ini burung apa?”

“Merpati.”

Huh? Merpati. Fadl pecah ketawa. Auntie Isha buta warna.

“Mana ada merpati bercampur warna pink, purple dengan biru?”

“Sayang, burung-burung ni semua burung OKU. Sebab itu lain.”
Isha pertahan lukisan yang tak masuk akal. Dilihat lukisan Fadl. Wow, Optimus Prime! Memang cantik. Tak boleh jadi ni. Kena buat sesuatu. Dia mengambil berus lukisan dan mula nak mengusik lukisan Fadl.

“Sayang, warna kat sini kena merahkan lagi. Baru nampak real.”

“Auntie tak boleh kacau!”

Fadl larikan lukisannya. Ketawa bila Isha mengejarnya. Sekarang Isha jadikan Fadl sebagai target. Bercalit-calit warna merah di muka dan baju Fadl. Fadl balas. Kedua-dua tapak tangan dilumuri dengan warna. Berbelang-belang. Dia kejar Isha. Dia berjaya balas. Bertompok-tompok tudung, t-shirt lengan panjang dan muka Isha. Berkejar-kejaran mereka sambil ketawa.

Malangnya Fadl terlanggar Tan Sri Hamzi yang tiba-tiba muncul di depannya. Fadl spontan memegang seluar Tan Sri untuk mengelak dirinya daripada terjatuh. Membulat Tan Sri melihat seluar yang dah bertompok-tompok dengan cat.

“What the hell!” Teriak Tan Sri Hamzi.

Faaz yang masuk selepas papanya, terkejut. Fadl pula dah pucat. Takut.

“High time you send this boy to boarding school, Faaz!” Dengus Tan Sri. Kemarahannya diajukan kepada Faaz. Faaz ni tak tahu disiplin anak sendirikah?

“Fadl naik atas. You are grounded” Tukas Faaz cekak pinggang. Renung tajam muka anaknya.

Fadl angguk. Menahan air mata daripada mengalir. Kasihan Isha melihatnya. Bukan salah Fadl pun. Salah dia. Kalau nak marah, marah dia. Tentu sekali dia akan marah balik sebabnya Tan Sri dan Faaz dah melampau. Perkara kecil jer pun

Jadi, tunggu apa lagi? Marahlah. Tendang Cik Hati.

Betul! Cik Jantung setuju. Kasihan Fadl. Tidak ada yang membelanya. Ada daddy pun tak boleh pakai. Bukan nak pertahanlah anak sendiri.

“Tolonglah cat warna yer pun. Basuhkan boleh keluar. Tak payahlah nak marah macam orang gila. Fadl bukan sengaja pun. Takkanlah sebab ini nak hantar dia ke boarding school. Kenapa nak kejam sangat kat dia?”
Isha luah kemarahan. Tengok muka Tan Sri. Lantaklah Tan Sri nak fikir apa pun. Dia tak perlu nak hipokrit.

“Isha, stay out!”

Faaz menarik lengan Isha. Tak sangka Isha nak cakap begitu kepada papanya.

“Tak. Kalau awak nak marah, marah saya. Saya yang ajar Fadl main.”

“Saya suruh awak jaga dia bukan ajak main macam ni!” Dengus Faaz

“Encik Faaz, lain kali suruh orang lain jaga Fadl! Atau lebih baik, suruh orang lain sayang Fadl sebab awak tak tahu macam mana nak sayang anak sendiri. Awak memang selfish dari dulu!”

“How dare you!” Faaz melantun kasar. Panas hati. Tajam sungguh kata-kata Isha.

“Cause I’m right! Awak sepatutnya defend Fadl. Susah sangatkah nak terima yang dia tu masih budak-budak? Budak lima tahun, Encik Faaz! Saya tak faham kenapa awak nak penjara jiwa dia. Awak, tak layak dapat Fadl!” Jerit Isha.

“Who the hell do you think you are!” Kali ini Tan Sri Hamzi yang meletup.

“Saya. Isha. Tentu sekali Tan Sri masih ingatkan?”

Isha berani kerat jarilah, Tan Sri ini mesti ingat. Dulu pernah buat jahat dekat orang, masakan boleh lupa! Tan Sri ini pernah tuduh dia ambil duit Faaz.

“Faaz, apa ni? Your ex girl friend jaga Fadl.”

Membutang Tan Sri tengok muka anak. Besar punya butang warna merah.

“Papa…”

Faaz tak tahu ayat apa nak keluarkan. Berbalas pukulan ombak dalam dada. Boleh mati lemas dia begini. Ini salah Isha. Gila!

“Isha please leave.” Ujar Faaz serius.

“Gladly. Both of you make me sick anyway!”

Isha ambil begnya dan terus keluar walaupun dia ingin dapatkan Fadl. Tenangkan Fadl tapi dia tidak berdaya. Fadl bukan anaknya. Fadl milik Faaz dengan Nisreena. Titik!

Ok dah mula nak marah. Ha ha ha...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience