BAB 43

Romance Completed 25825

Qays mengeluh sambil mengurut leher. Kaki menguis-guis air kolam. Ah, muncul wajah Ifza dalam kocakkan air di bawah sinaran bulan. Issh boleh gila begini!

“Dah rindu, kenapa tak call?”

“Saja umi. Biar dia tahu Qays merajuk dengan dia.”

Datin Jaseena yang duduk di bangku taman berdekatan, geleng. Mak ai, ini cinta budak-budak sekolahkah?

“Kalau dia juga merajuk, macam mana? Melepas Qays nanti.”

“Qays tak tahu nak buat apa lagi umi. Semakin Qays dekat, semakin jauh dia lari. Dia tak nak Qays.”

Qays merungut. Dongak melihat dada malam. Ah, nampak lagi wajah Ifza. Boleh bye-bye pula. Ah semakin gila!

“Jadi Qays nak give up?”

“Entahlah. Apa kata umi tolong Qays. Umi brainwash dia terima Qays.”

“Mana boleh. Be a man, get her yourself.”

Qays mengeluh. Balik asal. Kembali rindu Ifza. Ah, tak boleh jadi. Ubah tajuk.

“Isha kata dia bawa Auntie Iqah ke rumah amal pagi tadi. Nak spent weekend mereka kat sana. Umi tahu tak?”

“Tahu. Umi jumpa mereka kat sana. Kasihan umi lihat Iqah. Tapi itulah, dia tak cakap pun fasal Hafiy ada seorang lagi isteri. Umi diamkan saja.”

“Dia masih sedih kot umi. Uncle Hafiy pun satu, keluar hospital terus ke rumah isteri muda. Isteri nombor dua dah tak nak layan dia. Masih marah.”

“Issh kenapa tak balik ke rumah Iqah?”

“Entahlah. Tapi Isha, prefer isteri-isteri abah yang lain jaga abah dia.”

“Itu Isha, Iqah tu mesti terasa hati. Hafiy tu suami dia juga. Bertahun hidup bersama.”

Datin Jaseena meraup wajah. Tak dapat bayangkan kelukaan hati seorang isteri yang diperlakukan seperti kain buruk. Kasihan Iqah. Tapi nasib baiklah, Ifza dan Isha ada. Itulah harta Iqah yang paling berharga.

“Ifza macam mana?”

“Ifza suruh Isha jaga ibu mereka sementara dia kat Sabah. Isha kata kakak dia sibuk. Dari tiga hari dah kena stay lima hari. Silap hari bulan mahu Si Tunang Kertas Qays tu kerja terus kat sana.” Rungut Qays.

Issh, boleh merungut sorang-sorang sajalah. Cik Tunang Kertas tak kesahpun. Diam saja kat sana. Tak kontek pun. Tak ada perasaan langsung. Kejam.

“Kenapa tak terbang saja ke sana kalau rindu sangat? Go get her.”

“Tak payahlah umi. Biarlah dia. Mana tahu dia juga sedang menggila rindu Qays kat sana. Padan muka dia.”

“Pandai Qays lah. Jangan lupa Ahad ni, kita nak sambut harijadi kanak-kanak yang lahir bulan lepas dan bulan ni. Qays jangan buat pelan lain pula. Iqah dan Isha confirm datang. Manalah tahu Si Tunang Kertas Qays tu ada sama.”

“Umi, doa untuk Qays. Manalah tahu berkat doa umi, hari tu juga dia kata dia nak kahwin dengan Qays.”

Qays ketawa dengan ayat sendiri.

Datin Jaseena ikut ketawa. Yap, betullah kaum Hawa boleh gegar hati kaum Adam.

“Ialah umi doa. Umi masuk dulu. Qays jangan lama-lama berendam kaki tu.”

Qays mendongak setelah uminya pergi. Apa agaknya Ifza sedang buat sekarang. Dah makankah tak? Iyalah kekasih hati tu kalau sibuk kerja mesti tak ingat nak makan. Kalau dia ada di sebelah, sah-sah dia akan suap budak tu.

Pakai tangankah? Usik Encik Hati. Hahaha mestilah. Hai... rindu bertatah kembali.

Ifza di Sabah juga rindu. Inilah padah duduk sorang-sorang dalam bilik hotel. Kawan-kawan sekerja ajak keluar makan, tak nak ikut. Kenyanglah konon. Makan apa? Bila? Ah, tak payah fikir makan.
Dia tak lapar.

Dia kuakkan sedikit pintu di balkoni. Menderu angin masuk. Sejuk. Ditutup kembali. Berjalan ke katil.
Diambil telefon pintarnya. Sedihnya tak ada mesej. Laa... kenapa?

Cik Jantung tarik urat Cik Hati. Nak tanya. Tuan tanah ni tunggu mesej dari siapa sebenarnya? Umi dan Isha, kan baru saja telefon. Jadi siapa?

Tunggu Encik Tunang Kertas. Bisek Cik Hati. Tuan tanah rindu tapi tak nak mengaku. Cik Hati tahulah.

Cik Jantung ketawa dengar tuan tanah mengeluh panjang. Ini mestii kes, tak nak tapi nak. Tak cinta tapi cinta. Benci tapi sayang. Sayang tapi benci. Habislah kita. Bentak Cik Akal. Tuan tanah dah kena penyakit rindu. Penyakit tuan tanah hanya ada satu ubat saja. Encik Qays, tunang kertas tuan tanah.

Ifza tolak rambut ke belakang. Qays marahkah? Sebab dia tak benarkan Qays hantar dia kelapangan terbang hari itukah? Tak logik, kan? Qays tu bukan budak-budak. Nak marah apa.

Issh, kalau iya pun marah, janganlah lama-lama. Bosan. Nanti bila kahwin, kena buat syarat tak boleh merajuk atau marah lama-lama. Err... dua hari paling lama.

Whooish, kenapa dah masuk bab kahwin ni? Cik Tangan dan ketuk Cik Akal. Aip siapa yang suruh Cik Tangan? Cik Akal tak suruhpun. Cik Hati yang suruh, Cika Hati nak kahwin. Cik Akal kena tolak ke arah itu.

Mak ai, biar betul Cik Hati!

Dahlah, tidur lagi bagus daripada layan cik cik kat dalam, Esok lagi satu seminar. Lusa dah boleh kemas barang, balik KL. Leganya. Berdoa bos tak kan buat kerja gila suruh dia buat event di sini lagi.

Tapi, bukankah dia dah nak berhenti. Dah tekad nak hantar surat tu sebaik saja balik pejabat. Walau apa pun bos kata, dia tetap nak berhenti. Alasan, nak jaga ibu. Sebab itu sajakah? Emm sebab nak relaks kejap. Sejak berhenti belajar di universiti terus kerja. Penat kot. Sebab lain?

Issh mesti ada sebab lainkah? Cik Jantung tanya kepada sesiapa yang dengar. Guys?

Mesti ada. Sebab Qays. Jawab Cik Hati. Cik Hati dah kena sakit rindu. Parah ni

Emm...

Selamat pagi. Jangan lupa senyum ya???? Saya aim nak habiskan novel ni hari ni. Wish me luck ????????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience