“Lambat tuan balik.”
Cepat-cepat Makcik Esah tutup pintu dan kunci. Kalau ikut hati, mahu saja dia kunci dari tadi. Biar bosnya ini tidur luar. Menyusahkan betul. Masa bos nak ke Korea hari tu, dia dah nasihat bawa kunci rumah tapi bos ni degil tak nak bawa. Takut hilanglah konon. Sekarang siapa yang susah, dia juga yang terpaksa tunggu dan korbankan waktu tidurnya.
“Flight saya delay. Itu yang lambat.”
Penerbangan Faaz dari Korea dilewatkan beberapa jam berikutan cuaca buruk. Dah sampai KLIA, hujan pula turun dengan lebatnya. Banyak jalan raya tutup akibat banjir kilat.
Faaz tanggalkan blazer yang dipakainya dan sangkut di tempat pemegang beg pakaiannya. Penat betul. Hai, alangkah bagusnya jika ada isteri yang boleh urut badan yang lenguh-lenguh ni. Tak ada isteri, PA boleh juga. Usik hati. Berangan jer lah.
”Fadl mana?”
“Dah tidur.”
Makcik Esah tak gerak untuk ke dapur mahupun tanya sama ada bos nak makan atau tidak. Malah berdoa janganlah bos ni nak minta hidang makanan pula. Dia dah simpan lauk pauk dalam peti sejuk. Tak kuasa dia nak hangatkan dan hidang untuk bos.
“Pukul berapa PA saya hantar dia?”
“Pukul lapan. Dia datang dengan sorang lelaki. Entah manalah dia bawa Fadl tu. Belemoih gila.”
Dia merengus geram bila teringat penampilan Fadl. Dahlah rambut tidak disisir kemas, pakai t-shirt yang terpampang perkataan Monster dengan seluar jean lusuh. Entah baju secondhand manalah PA tu kutip bagi Fadl pakai.
Lelaki yang dimaksudkan Makcik Esah tu mesti Qays. Getus Faaz dalam hati. Kenapalah Isha tak hantar sendiri. Dia tahu Isha dah beli kereta baru. Argg tak habis dating dengan Qays lah tu.
“Err... makcik nak masuk tidur.”
Makcik Esah terus berlalu pergi. Tak kuasa nak cekang mata lagi. Tubuh yang dah melangkah usia enam puluh perlu rehat yang cukup.
Faaz garu tengkuk. Perhati saja Makcik Esah pergi. Tentu Makcik Esah akan tarik muka kalau diminta sediakan minuman panas untuknya. Ah, nantilah dia buat sendiri. Dia angkat beg pakaian dan menaiki anak-anak tangga. Dia tidak terus ke biliknya tapi ke bilik Fadl.
Faaz seluk poket seluar. Keluarkan iPhone. Duduk bertenggek di katil. Buka mesej yang Isha hantar. Lerek gambar Fadl dari satu ke satu. Dia suka kesemuanya melainkan gambar yang terdapat kelibat Qays menggeletek dan mengusik anaknya. Semak betul lelaki tu. Hai, akui saja yang semak itulah yang buat anaknya ketawa. Cuba ingat, pernah ada tak momen-momen Fadl ketawa atau gembira dengannya macam ni? Tak ada, kan. Jadi, tak payah nak benci sangat. Sepatutnya dia berterima kasih kepada Qays tu sebab baik dengan Fadl.
Ah, baik ada makna! Tak ikhlas. Mesti Qays tu nak tunjuk dekat Isha yang dia boleh jadi daddy yang baik. Hipokrit!
Mungkin, tapi kerana cinta, seseorang itu sanggup buat apa saja untuk dapatkannya. Bila dah dapat, lain pula ceritanya. Dia kan arif tentang itu. Dulu dia sanggup buat apa saja untuk dapatkan cinta Nisreena. Bila dah dapat, lain pula jadinya.
Faaz tutup mesej Isha. Renung lantai. Memori dengan Nisreena bagai pita filem lama dimainkan semula. Jalinan cerita pada mulanya begitu bahagia. Segala-galanya mengasyikkan. Sayangnya, garis-garis kecil mula muncul dari satu episod ke satu episod hingga merobek keindahan cinta itu sendiri. Dia ingin bertahan tapi Nisreena tidak mahu.
Faaz lepas keluhan. Sekarang dia merenung bayangan lampu tidur kecil di dinding. Nisreena menghilang tapi Fadl tetap ada. Fadl yang sentiasa mengingatkannya kepada kekejaman Nisreena yang tega hancurkan rumah tangga mereka. Akibatnya, walaupun dia sayang Fadl, dia tak izinkan Fadl terlalu dekat. Dia letak jarak demi hatinya.
Ya Allah, adilkah bagi Fadl?
Faaz meraup wajah. Senyum pahit. Dia menolak beberapa helaian rambut Fadl di dahi. Tatap wajah Fadl yang tidak ada cacat celanya. Cukup sempurna anugerah Allah.
Maafkan daddy, sayang...
Fadl naikkan kelopak matanya perlahan-lahan apabila terasa pipinya disentuh.
“Daddy dah balik?”
Fadl tolak selimut. Dia duduk. Menggosok-gosok kedua-dua mata.
“Ya. Fadl ok tak tinggal dengan Auntie Isha?”
Faaz angguk.
“Fadl suka bercuti dengan Auntie Isha?”
Wajah ceria Fadl yang diambil Isha bermain di kelopak mata. Kenapa dengan dia, Fadl tak begitu? Fadl tak ceria. Dengan dia, Fadl selalu jadi budak baik yang ikut arahan. Tidak pernah Fadl buat perangai nak merengek apalagi memberontak. Ah, untuk apa musykil sedangkan dia sendiri tahu jawapannya. Ya Allah...
“Ya. Auntie Isha bawa Fadl ke pantai.”
“Siapa lagi yang ada?”
“Errr... Auntie Ifza, Wan Iqah dan Uncle Qays. Auntie Isha dan Uncle Qays ajar Fadl main layang-layang. Layang-layang Fadl terbang tinggi. Uncle Qays very funny, dad.”
Bersinar mata Fadl. Teringat kegembiraannya. Dia bukan saja gembira bermain layang-layang tapi buat pertama kali dia dibenarkan makan sebanyak mana aiskrim yang dia nak. Tak terbatas sekadar makan semangkuk kecil saja. Bagusnya, tidak ada sesiapa marah bila bajunya kotor sebab terkena lelehan aiskrim. Kalau Mak Esah ada masa tu, tentu dah merah telinga dia kena marah.
Faaz urut leher. Dia duduk di sisi Fadl. Rasa tercalar ego kerana anak sendiri gembira dengan orang lain terutama dengan Qays. Qays ikut sama semestinya nak ambil hati keluarga Isha. Mungkin tak lama lagi Qays akan jadi isteri Isha.
Psst bukan setakat Isha, tapi ternyata Qays boleh ambil tempat awak di hati Fadl. Lihat riak gembira wajah anak awak. Tentu sedang putar waktu bermain layang-layang dengan Qasy. Fadl pernah adakah kenangan itu bersama awak? Tak adakan. Awak, tidak pernah ada masa untuk dia. Usik suara hati. Arg...
Faaz berdiri. Kalah dia begini. Ini soal anaknya. Tak boleh biarkan Fadl lebih suka Qays daripada dirinya. Masa untuk ambil tindakan. Masalahnya, di mana nak mula?
Fikir Faaz. Fikir baik-baik. Bisek hati. Fikir demi Fadl. Demi Isha. Aip, apa pula Isha? Fadl dulu. Suara hati berbalah sebab Isha dah bertatah dalam hati itu sendiri. Siapa yang lebih penting, Isha atau Fadl? Ah, kacau!
“Daddy ok?” Fadl tarik selimut hingga ke dada.
Muka daddy tegang. Kenapa daddy marah? Marah dia? Dia buat salah apa?
“Err... ok. Hujung minggu ni kita pergi bercuti.” Faaz senyum. Mula langkah pertama.
Terkebil-kebil Fadl mendengar. Wow, bercuti! Tapi, kenapa? Daddy tak sibuk kerjakah? Tak kesahlah. Janji, daddy nak bawa dia bercuti.
“Auntie Isha boleh ikut?” Ada Auntie Isha, mesti lebih gembira.
Terbeliak Faaz. Ajak Isha? Mana boleh. Eh, kenapa pula tak boleh? Isha kan PA dia. Tentu boleh.
“Saya rela berhenti kerja daripada ikut awak.”
Terjah ayat itu di cuping telinga. Faaz kuis telinganya. Ah, suara Isha. Kenapa pula suara tu masuk? Dah gilakah?
Fadl tunduk. Kalau daddy diam, bermakna daddy tak suka. Agaknya daddy tak suka Auntie Isha. Tapi dia suka Auntie Isha sebab Auntie Isha baik.
“Kita pergi berdua saja, ok.”
“Ok. Daddy, Fadl boleh suka Auntie Isha tak?”
Fadl tunggu jawapan dengan penuh harapan. Kalau daddy tak suka, alamat tak ada peluang lagi dia nak jumpa dan bermain dengan Auntie Isha.
“Boleh.”
Faaz senyum. Sebab daddy pun suka. Masalahnya Auntie Isha Fadl tu tak suka daddy. Menggada betul.
“Dahlah sekarang Fadl tidur. Good night son.”
“Good night dad.”
Fadl senyum. Daddy tentu suka Auntie Isha sebab itu daddy tidak larang dia suka Auntie Isha. Auntie Isha pun boleh suka daddy, kan?
Di bilik, Faaz rebahkan tubuh di atas katil. Sekejap lagilah bersihkan diri dan tukar baju. Dia merenung siling dalam kesuraman cahaya lampu kecil dari balkoni biliknya. Dia senyum. Di atas sana, muncul Isha merenungnya. Gila. Yap memang gila. Dia gabai tangannya nak sentuh. Dussh hilang. Arg...
Dia tarik bantal peluk dan tidur mengiring. Isha muncul dan baring di sebelahnya. Mereka saling berpandangan. Cantiknya mata Isha. Kali ini dia tak menggabai tangannya. Tidak mahu bayangan itu hilang.
“I miss you, stupid.” Bisek Isha.
Faaz ketawa. Sekarang bayangan dah ada suara. Yap, tahap gila bayangan ni dah kronik. Tidak dinafikan dia rindu Isha. Isha yang dulu. Isha yang sekarang. Isha yang nakal. Isha yang serius. Sama saja kerinduannya. Dia mengetuk dahi berkali-kali. Lepas keluhan. Kenapalah bodohkan diri lepaskan Isha dulu?
“Sebab awak cinta Nisreena.” Jawab bayangan Isha.
Arg... Faaz raup wajah. Betul. Masa itu dia cinta Nisreena. Malangnya cinta Nisreena tidak bertahan lama. Nisreena tega tinggalkan dia dan Fadl. Tak toleh belakang langsung.
“Tapi sekarang awak rindu saya. Awak cinta saya. Awak nak saya jadi ibu Fadl.”
Faaz ditampar dengan suara Isha. Sakitnya walaupun itu cuma suara hati sendiri sebab betul pun apa yang dikatakan.
“Tapi saya benci awak. Awak boleh mimpi miliki saya tapi realitinya, saya tak kan suka awak. Saya suka Qays.”
Pussh bayangan Isha lenyap selepas itu. Kejamnya. Faaz tumbuk bantal. Dia tak kan bodoh kali ini. Dia akan dapat Isha semula. Cinta Isha akan jadi miliknya saja. Qays boleh berputih mata. Ah, semua lelaki yang nak Isha boleh berputih mata. Dia tak kan menyerah. Dia akan lancar misi dapatkan Isha. Mula dengan mengurat Isha. Yap, mengurat.
Boleh mula dengan mimpi dulu. Emm... Isha... Isha... zzzzzzzzz...
Hai, nak mengurat macam mana sebab masa dia masuk pejabat keesokan harinya, Isha dah tayang muka tak puas hati. Apa hal pula? Masakan sebab dia suruh jaga Fadl atau sebab dia cuma meeting dengan Mr Anderson dan tidak hadiri mesyurat dengan Puan Hazel. Issh, kena cari penyebabnya.
“Masuk bilik saya.” Fadl beri arahan.
Isha ikut tanpa memberi apa-apa alasan kali ini. Tidak juga kedengaran rungutan seperti selalu. Memang dia tunggu Fadl untuk lepas kemarahannya.
“Ini, Cik Reeta pulangkan t-shirt awak.”
Isha lontar t-shirt atas meja Faaz sebelum sempat Faaz berkata apa-apa.
“Damn.” Dengus Faaz. Reeta memang melampau. Dia kan dah kata tak payah pulangkan.
“Awak dan Cik Reeta tak takut dosa.” Isha mula serangan.
“Saya dan Reeta macam awak dengan Qays. Bukan niat nak buat dosa.”
“Whatever!” Bentak Isha. Issh, bos ni pulang paku buah keras pula.
“Lagi satu, Cik Reeta kata dia tertinggal panties dia dalam bilik hotel awak. Awak tentu dah jumpa, kan? Dia kata awak boleh simpan dan pakai. Boleh bawa tidur.”
Bentakan kedua ditambah dengan ayat yang membuat diri sendiri bertambah marah dan sakit. Sakit seperti Cik Hati ditusuk keris. Kesakitan yang pernah bunuh jiwanya dulu.
Faaz ternganga. Huh, panties? Tak kan kot. Malam tu blouse Reeta saja yang basah. Reeta terlanggar pelayan yang membawa air semasa mereka makan malam. Memandang restoran hotel yang dia menginap paling dekat, maka dia bawa Reeta ke biliknya. Dia bagi t-shirtnya untuk Reeta tukar. Reeta masih pakai skirt sebab skirt Reeta tak basah pun. Jadi, tak masuk akal Reeta keluar tanpa pakai panties malam tu.
Sekejap, kalau iya pun, kenapa Isha marah bukan main?
“Are you jealous Kayla Farisha?” Faaz senyum. Wah, ini petanda baik! Dia masih ada efek.
Ya Salam, boleh pula lelaki egois keluarkan soalan yang menaikkan suhu kepanasan. Tampar baru tahu. Isha semakin panas.
“Dengan awak? Hah, tentu sekali tak! Saya cuma marah, kenapa ada juga kaum sejenis saya bodohkan diri tergila-gilakan awak!”
“Awak dulu pun tergila-gilakan saya. So?”
“Iya, dulu saya juga bodoh tapi tidak lagi. Thanks to your rejection.”
“Honey, you found my panties?” tanya Reeta yang masuk tanpa mengetuk pintu.
“Encik Faaz pakai.” Dengus Isha sebelum keluar. Eeee bertambah sakit hati bila mendengar Cik Reeta ketawa.
Sepanjang hari itu Isha mengelak diri daripada masuk ke bilik Faaz. Benci sungguh dengan lelaki itu. Benci hingga ke tahap hendak menangis. Perasaan ini sama saja semasa Faaz reject dia dulu sebab Nisreena.
Rejection Faaz yang hampir membunuh kewarasan dirinya.
Stop Isha. Please stop. Don’t let him kill your heart again.
Aip, Cik Akal tendang ayat orang putih? Kenapa?
“My love, let me be your hero? Let me kiss your pain away.”
“Haa?”
Terkejut Isha. Masakan Cik Akal tendang ayat tu. Dialog apa ke benda tu?
Bukan Cik Akal. Ayat tu datang daripada lelaki kacak yang masuk set dengan senyuman paling manis. Emmm bau perfume yang cukup manly dan luxurious. Dia suka.
“That smile means I can get my kiss as your hero for the day?”
Nakal Zafrul mengusik. Hai, bakal berdentumlah langit kalau dia dapat.
“Tentulah tak.” Isha senyum. Baru rasa nak senyum sejak masuk ofis pagi tadi.
“Ah, rugi. You don’t know what you missing girl.” Zafrul sentuh bibir sendiri.
“Iyelah tu. Datang sini nak jumpa Encik Zafri?”
“Tak. Nak bawa you lunch.”
“Hmm belum waktu lunch lagi. Kalau you nak, you kena tunggu lagi lima minit.”
“No problem love.” Zafrul duduk menempek di hujung meja Isha.
“Didn’t I said, she’s not your love?”
Tiba-tiba terjaan suara Faaz masuk set. Reeta di sebelahnya terkejut dengan nada suara Faaz. Kenapa nak marah? Cemburu? Ada apa-apakah antara Faaz dengan PA ni?
Zafrul sekadar mencebik bibir. Hai, akta mana pula peguam ni guna yang dia kena ikut. Isha bukan kepunyaan sesiapa. Ikut hukum alam, ikut suka dialah kalau dia nak cuba. Isha ni dah cukup sempurna untuk dijadikan seorang isteri.
“Betul, tapi I intend to have it. I’m gonna carve my name in your heart before Qays do.”
Zafrul ketawa bila melihat tangan Isha terus ke dada. Ketawa, ketawa juga tapi dia serius. Baginya, saingan untuk dapatkan Isha ialah Qays. Dia dengar Qays bawa Isha dan keluarga Isha pergi bercuti. Hai, cepat betul langkah lelaki tu.
“Hai matilah Isha. Tawan hati saja tak bolehkah? Tak payah nak ukir nama kot.”
Bayangkan nama Abang Qays terukir di hatinya padahal di hati Abang Qays hanya ada nama Ifza. Ya Salam, cinta tiga segi dengan kakak sendiri! Memang tak mainlah. Dia nak Kak Ifza bahagia dengan Abang Qays saja. Titik.
“Ok. I start tawan dengan lunch, boleh tak? Lagi pun I tengah lapar ni.” Zafrul tepuk-tepuk perutnya.
“Dua minit lagi. I kena simpan fail ni dulu. You go ahead tunggu kat kereta.”
“Ok love.”
“Tahniah Isha. Awak berjaya jinakkan playboy terkenal tu.” Sindir Reeta setelah Zafrul keluar.
Hairan, kenapa Zafrul tidak pernah nak tawan hatinya. Kalau dibandingkan dia dengan Isha ni, ternyata dia lebih cantik dan penampilan serta kerjayanya sangat bersesuaian benar dengan Zafrul. Apalah yang Zafrul tertarik sangat dengan gadis berjubah ni?
“Playboy tu tak mungkin boleh dijinakkan. Dia tidak akan setia dengan awak, Isha.”
Meletus komen Faaz. Hati masih meruap dengan adegan Zafrul dengan Isha. Terang-terang Zafrul nak Isha dan Isha mengedik nak hatinya ditawan.
“Saya tak kesah. Saya boleh handle Zafrul. Lagipun kesetiaan tak penting dalam perhubungan. You should now better, Encik Faaz.”
Isha tembak balik. Kenyataannya memang begitu. Pandangan yang dilembarkan mencabar Faaz untuk menafikannya. Namun Faaz hanya diam dan mereka berdua terperangkap dalam dunia yang hanya ada mereka berdua. Perang dalam diam dengan memanah panahan cinta yang menakutkan.
“Honey, let’s go for lunch too. I’m hungry.”
Reeta menarik Faaz. Mula merasa tidak selamat dengan kehadiran Isha. Isha tidak boleh menjadi batu penghalang untuk dia dapatkan Faaz.
Isha meraup wajah setelah Faaz mengikut langkah Reeta. Menggeletar Cik Hati. Takut bila diri mula membina keinginan mendapat cinta Faaz.
Tidak! Tidak! Tidak! Dia tidak boleh layan perasaan ini. Cinta Faaz dah mati.
Dia bangun. Capai begnya dan terus berjalan keluar. Mesti matikan perasaan ini. Mesti biarkan ia berkubur.
Zafrul boleh tolong. Zafzul boleh jadi teman untuk dia kuburkan terus cinta semalam. Mungkin Zafrul boleh tawan Cik Hati. Cik Hati kena kikis semua cinta Faaz.
Gosh, I need to get more followers. Macam mana ni? Hahaha you guys ada ideal tak? Saya tak pandai bab ni. Tahu tulis jer. Atau saya play safe. But blur saja... sabar...
Share this novel