Pagi itu Ifza bangun dengan rungutan. Semalaman dia tidak dapat tidur. Wajah Qays akan merayap masuk dan bermastautin setiap kali dia pejam. Ah, kacau! Lelaki itu memang pengacau terbesarnya sekarang.
Setelah solat, Ifza terus bersiap. Hari ini dia dan Encik Bahar harus ke Melaka, kendalikan training di sana. Hujung minggu pula ke Perlis untuk kendalikan team building. Terpaksa bermalam di Perlis.
“Hai, kak.” Tegur Isha sebaik saja melihat kakaknya melangkah masuk ke ruang makan.
“Assalammualaikum.” ujar Ifza. Meletakkan komputer riba di atas kerusi dan mencium pipi ibunya.
“Wa'alaikumussalam, kakak tersayang. Kenapa pagi-pagi muka dah tampal simen jalan? Abang Qays muncul dalam mimpi?” usik Isha.
“Macam mana Isha tahu? Isha jemput dia masuk dalam tidur kakak?” Ditampar lengan Isha. Pagi-pagi dah bagi dia geram.
“Yap!” Isha ketawa. Ibunya turut ketawa.
“Ibu pun sama kenakan Ifza? Patutlah semalam beria-ia suruh Ifza ikut Isha. Ibu tahu tak Qays tu Papa Bear yang menyakitkan hati? Bukan main berlagak. Ego. Kepala batu...”
“Tapi bu, dia kacak macam Omar Borkan al-Gala, lelaki yang pernah dibuang dari negara asal kerana terlalu kacak.” Isha melintas masuk. Kakak tak payah nak buat dosa mengata Abang Qays.
“Ni tolong sikit! Muka Qays Qabil dengan Omar Borkana al-Gala ibarat bumi dengan langit.”
Hah, Qays tu kacak konon! Sah-sah mata Isha juling seribu.
“Itu yang kakak suka, kan? Tahniah kak, love at first sight.” Isha terus menyakat.
“Isha!” Telinga dah berapi. Bakal terbakar juga adiknya ni.
“Isha, dah jangan usik kakak. Makan lekas. Kemarin Isha kata kat ibu, nak cari kerja hari ni. Dah rancang mana nak pergi dulu?”
“Tak payah cari bu. Abang Qays nak rekomen Isha kerja kat syarikat kawan dia, jadi setiausaha. Kalau semua ok, mungkin minggu depan Isha boleh start.”
“Kenapa setiausaha? Rugikan. Isha kan pandai buat marketing. Cari sajalah bahagian tu.”
“Isha ok jer dengan kerja tu kak. Buat masa ni, kerja pejabat dulu. Cukup time, dah boleh balik. Tak payah nak peningkan kepala travel mana-mana.”
“Ok juga tu. Boleh teman ibu.” Haziqah senyum. Selalunya dia sorang-sorang saja di rumah bila suami dan Ifza kerja out-station.
“Qays tu kerja apa?” Teringin juga Haziqah nak tahu.
“Managing Partner. Famili dia pemilik Syarikat D’World International Investment. Ibu tahu setiap ahli keluarga Abang Qays ada bisnes mereka sendiri. Pandai ibu pilih bakal menantu. Hai, kenapalah tidak Isha saja yang lahir dulu daripada kakak.”
“You can have him, my dear sister.”
Ifza tembak ayat dengan jelingan tajam. Tapi target yang dia aim, tak rasa apa-apa malah boleh ketawa. Gila betul.
“If only I can, my dear big sister. But you’re the lucky girl to have him.“
“Hah!” Getus Ifza. Lucky apa benda. Nasib malang adalah.
“Dahlah kakak dah lambat. Tak kuasa nak layan Isha. Ifza pergi dulu bu.”
“Eh, Ifza tak nak makan?”
“Ifza makan kat ofis jer. Kemungkinan besar Ifza balik lewat malam. Ibu jangan tunggu Ifza, ok. Bawa budak nakal ni tidur awal. Aman sikit bila Ifza balik nanti.”
“Iyalah. Bawa kereta baik-baik.”
Haziqah ikut Ifza hingga ke pintu. Doakan Ifza selamat di perjalanan. Dia masih menyandar di daun pintu walaupun kereta Ifza tidak lagi kelihatan.
“Hai, dah kenapa sedih pula ni. Isha kan ada.” Isha merangkul bahu ibunya.
“Isha, ibu tahu anak-anak ibu, suami ibu, sayang ibu tapi kadang-kadang ibu rasa seperti ibu ini tidak diperlukan. Kamu bertiga boleh hidup tanpa ibu.”
Robek hati Isha mendengar. Selama ini dia memandang enteng perasaan ibu. Setidak-tidaknya Ifza dan abah ada dengan ibu walaupun mereka sering kerja outstation terutama abah. Sedangkan dia, terus tinggalkan ibu. Dia hanya pentingkan diri sendiri.
“Ibu, kami sentiasa perlukan ibu. Ibu, kurniaan Allah yang paling istimewa. Ibu, kekuatan keluarga ini. Isha minta maaf. Isha tinggalkan ibu. Hidup bertahun-tahun di luar negara hanya sebab nak larikan diri. Isha tidak akan buat perkara bodoh tu lagi. Isha janji.”
“Isha tak salah. Ibu faham keadaan Isha ketika itu. Tapi ibu tidak mahu Isha terus tutup pintu hati Isha. Sekali gagal tidak semestinya akan gagal lagi. Ibu nak Isha dan Ifza kahwin. Ada suami. Ada anak. Ibu nak ramai cucu, bolehkan?”
“Hmm... boleh! Nanti Isha suruh kakak beranak sepuluh. Isha, dua yer kot. Apa pun kakak kena kahwin dulu.”
Ok, itu soal anak, bagaimanakah pula soal suami? Siapa agaknya suami mereka? Qays boleh jadi suami kakak tapi dia? Issh kena mula serius cari calon suami. Kat mana nak cari? Pasar? Mall?
“Itu yang ibu risau. Kakak Isha tu seperti dah bina tembok yang tak ada lelaki boleh runtuh. Tak pernah pun ibu dengar dia bercinta. Hairan kenapa dia takut sangat?”
“Isha tak tahu. Tapi ibu jangan risau. Sekarang kita ada Abang Qays. Isha yakin hanya dia saja boleh runtuhkan tembok Kak Ifza tu.”
“Issh, kakak kamu kan kata dia tak suka. Sah-sah dia tak akan jumpa lagi dengan Qays tu. Jadi, mana pula nak datang cinta?”
“Ibu, kita yang kena usaha dekatkan mereka. Macam ni, ibu mesti teringin nak jumpa mama Qays, kan? Isha boleh atur. Ibu jumpa kawan ibu. Kakak Isha jumpa Abang Qays. Ok, tak?”
Haziqah ketawa. Hai, otak anaknya ini memang pakar kalau soal nak pekena Ifza.
“Bagus juga kalau ibu dapat jumpa Jaseena.”
“Haa kan.” Isha naik-naikkan kening. Rancangan ni mesti menjadi.
“So, settle. Isha boleh arrange.”
“Kakak kamu mesti marah. Dia kalau marah, berhari-hari tau dia jauhkan diri.”
“Itu ibu jangan risau. Tahulah Isha handle kakak. Yang penting, rancangan kita berjaya.”
“Yalah. Nanti ibu telefon abah kamu, minta izin dia.”
Hai, perangai ibu tetap macam dulu. Nak ke mana atau nak jumpa sesiapa pun, mesti nak minta izin abah. Padahal abah tak kesah pun. Abah percaya dengan isteri kesayangannya ni. Yang penting, mereka bahagia.
"Ibu kena doa Kak Ifza bahagia dengan tunang kertas dia macam ibu dan abah."
Haziqah tercengang. "Tunang kertas? Sapa tu?"
"Qays laa. Ibu dan umi dia kan yang tunangkan mereka. Tunang atas kertas."
“Emm betullah tu. Ibu harap menjadi betul tunang atas kertas ni.” Haziqah ketawa.
Tak boleh mengharap saja, kena usaha. Kena cepat dan atur pada hari yang Kak Ifza tak boleh tolak. Oh ya, dia perlu ibu. dan tentu sekali dia perlu watak utama, Abang Qays.
Akhirnya hari yang dirancang tiba. Bukan senang nak aturkan terutama dengan jadual padat kakak dan Abang Qays. Kali ini mesti jadi.
“Kak Ifza, kita orang tunggu kat kereta.” Isha jerit dari bilik ibu.
"Ok..." Keluh Ifza lemah.
Hai, tak berpeluanglah dia nak relaks saja kat rumah hari ni. Penat kelola kem motivasi tiga hari di Muar pun masih belum habis. Pagi-pagi buta Isha dah kejutkan dengan rancangannya nak keluar makan tengah hari. m motivasi tiga hari di Muar Kata Isha, ibu dah beriya-iya nak mereka bertiga keluar makan. Tak sampai hati pula nak mengecewakan ibu. Iyalah ibu asyik terperuk dalam rumah. Jadi, Ifza terpaksa ikut.
"Kak, tak kan pakai baju tu?" Isha tepuk dahi apabila kakak dia muncul di depan mata.
"Nak pergi makan jer kan. Kenapa nak kena melawa?"
Ok apa dia pakai. Blouse labuh, seluar longgar, instant shawl dan sarung kaki. Semuanya warna hitam. Tapi, kenapa ibu dan Isha bergaya macam nak pergi majlis keramaian.
"Memang nak pergi makan. Tapi kakak pakai macam nak pergi makan kat rumah hantu. Dengan muka pucat lesi pulak tu."
"Baguslah! Kakak akan syorkan mereka ambil darah Isha kalau mereka tak cukup darah nak masak.” Urat mata dah cengkang dek geram dengan komen adik. Issh macam tak sayang mulut.
Haziqah geleng. Dua anaknya dah mula nak berperang mulut. Kalau dibiarkan alamat malam nantilah mereka bergerak. Dia dekati anak sulungnya.
“Ifza, pergilah tukar baju tu. Pakai jubah yang Isha beli untuk Ifza hari tu. Jubah tu tak payah gosok. Siap dengan tudung lagi.”
“Malaslah bu.”
Ini semua salah Si Kancil yang siap tayang senyuman kemenangan yang menyakitkan hati. Emm hairan juga kenapa tiba-tiba Isha belikan jubah untuknya? Budak tu belum dapat gaji pun.
“Tukar jerlah dah ibu suruh. Cepatlah.” Isha lihat jam di dinding. Hai, lambat dah ni.
“Tak payah. Jom.” Ifza ambil kunci kereta. Tak kuasa dia nak salin baju segala.
“Ifza jangan degil boleh tak. Pergi salin.”
Iyalah ibu pegang kuasa veto. Terpaksa ikut. Dia melangkah naik. Bibir dah muncung. Bertambah tinggi muncung bila dengar Isha suruh dia tampal bedak dan letak lip gloss.
Hampir sejam setengah baru mereka sampai ke Restoran Nor Selasih. Sebaik saja masuk, Isha mula mencari kelibat Abang Qays. Emm bukan main lelaki itu melambai ke arah mereka.
Langkah Ifza terhenti sebaik saja nampak Qays. Arg, Isha buat lagi. Kata nak makan bertiga saja. Dah kenapa pula ada Qays? Bukan Qays saja, ada seorang wanita bersamanya. Bukan main wanita yang sebaya ibu itu senyum lebar.
Sekejap, itu Jaseena, mama Qays? Tendang pertanyaan Cik Akal. Ah, tak boleh jadi! Cik Hati dah rasa tergugat. Permainan ini tak boleh diteruskan. Kena berhenti sebelum ada hati yang terluka. Dia nak balik.
“Ini bukan untuk kakak. Ini untuk ibu. So, kakak relaks ok,” Isha paut erat bahu Ifza. Dah agak tindakan kakaknya.
“Really?” Ifza tak percaya. Kalau bukan untuk dia, kenapa paksa dia ikut? Bawa ibu sajalah.
“Really.” Ujar Isha perlahan sambil menarik tangan Ifza. Jangan nak tegak berdiri seperti dalam barisan kawat pula.
“Isha sengaja kan? Boleh saja Isha bawa ibu. Tak perlu bawa kakak.” Ifza mencebik perlahan. Tidak mahu ibunya dengar.
“Apa salah kalau kakak ada sama? Kalau kakak dengan kita orang, tentu ibu tak risau kakak tinggal sorang-sorang.”
“Ya Allah, Isha bagi alasan tak masuk akal! Kakak ni consultant trainee, ok. Selama ini ibu tak pernah risau pun ke mana saja kakak pergi. Kakak boleh jaga diri kakak.”
“Ifza kenapa?” Haziqah meraih tangan Ifza. Ini tentu kes, Ifza marah diheret ke sini.
“Kakak kata dia sayang ibu.“
Isha tolak ayat. Tengok muka Ifza. Pancaran mata cabar kakaknya. Berani baliklah. Biar ibu rasa malu depan kawannya sendiri dek tingkah anak sendiri.
“Tak ada apa, bu.”
Ifza dijentik perasaan bersalah. Mungkin kata Isah betul. Pertemuan ini untuk ibu dan Qays ikut sebab uminya. Bukan sebab dia nak jumpa Ifza. Jadi, Ifza tak perlu nak perasan.
“Jom, bu.” Isha raih lengan ibunya. Tentu sekali kakak akan ikut.
“Alhamdulillah dapat juga jumpa Iqah. Iqah tak banyak berubah. Lesung pipit mahal ni masih melekat.” Datin Jaseena memeluk mesra kawan baik yang dah lama terpisah.
“Seena pun sama. Tahi lalat kecil di hujung bibir ni tetap melekat.”
“Mesti. Masih ingat tak, dulu Iqah kata inilah tahi lalat pancing kumbang. Banyak kumbang tertarik tapi tak menjadi. Satu saja yang dapat, abi Si Qays ni.”
“Jadi abi beruntung dapat umi.” Komen Qays.
Datin Jaseena ketawa. Betul pun. Suami memang beruntung. Dipaut lengan anak.
“Iqah, ini anak lelaki saya Qays. Dia kata nak bawa saya jumpa girl friend dia. Tup tup bila sampai sini, dia kata nak saya jumpa Iqah. Terperanjat saya. Mulanya tak percaya tapi dia tunjukkan gambar sekolah kita. Nakal betul budak ni.” Datin Seena cuit hidung anaknya.
Jantung Ifza rasa nak meletup. Bawa jumpa girl friend? Qays sindir dia? Tunjuk gambar sekolah? Kertas perjanjian? Eh, mana yer kertas tu? Ada pada Qays? Qays tunjuk kepada Datin? Dia dah jadi bahan ketawa keluarga Qays? Argh... seksa jiwa begini.
“Eh, ini anak Iqah?” Datin Seena melihat dua orang gadis berdiri rapat di belakang Haziqah.
“Iya. Kenalkan ini Kayla Farifza dan Kayla Farisha. Panggil Ifza dan Isha saja.” Ujar Haziqah. Di dalam hati memuji kekacakan Qays. Memang sesuai dengan Ifza.
“Datin, apa khabar?” tanya Isha. Mengukir senyuman sementara kakaknya buat muka terpaksa mesra.
“Datin?” Terkejut Haziqah. Kenapa Isha tak beritahu dia?
“Maaflah tak tahu pula yang Seena ni dah jadi datin. Jadi Iqah kena panggil Datin Seena?”
“Eh, tak payah. Iqah panggil Seena saja dan anak-anak Iqah yang cantik ni, boleh panggil Auntie Seena. Lebih mesra.”
“Hai, tak kan nak berdiri. Duduklah semua.”
Ifza urut dahi. Pandang pintu keluar. Dia tak nak duduk. Dia nak balik. Boleh tak dia terus hilang daripada episode ini atau Qays saja yang lenyap terus daripada muka bumi? Mana penulis cerita karut ni?
“Ifza, duduklah.” Ujar Haziqah yang telah pun duduk sebelah Isha. Berdoa Ifza tak kan buat perangai degilnya.
Kak, jangan bagi ibu malu. Bagai terdengar amaran Isha. Iyalah terpaksa ikut demi ibu. Ifza tarik kerusi dan duduk sebelah Isha.
“Boleh Qays oder untuk semua atau ada yang tak nak makan?”
Qays sengaja lihat Ifza yang duduk bertentangan dengannya. Kening dinaikkan.
Spontan Ifza jelir lidah. Mengecil mata membalas renungan Qays. Hah, lelaki ini sengaja nak cari pasal!
“Ifza!” tegur Haziqah. Terkejut dengan perangai anak.
“Tak mengapa auntie. Anak auntie ni dari mula tak suka saya.” Qays hanya senyum. Tetap renung Ifza.
“Qays buat apa kat Ifza?” Datin tarik lengan anak. Dah kenapa dengan Qays ini?
“Bukan Qays, tapi umi. Umi dan Auntie Iqah ni yang tunangkan kami.” Qays tersengih. Adegan ini yang paling ditunggu-tunggunya.
“Haaa?” Datin terkapa-kapa. Dia baru jumpa Iqah hari ni. Bila masa dia hantar rombongan pinangan. Ya Salam, Qays ni buat lawak apa?
“Seena, ingat...”
“Maaf ibu, auntie, Ifza lapar. Boleh kita oder sekarang.”
Ifza mencelah masuk. Terpaksa potong ayat ibu walaupun dia tahu tidak sopan. Tak sanggup dia nak dengar sejarah dulu yang dicipta sebelum dia ujud lagi. Cik Hati dah merah. Boleh dia bunuh Qays?
Ah, spoilt betul Cik Tunang Kertas ni! Tak kan nak biarkan? Nak sangat lihat reaksi umi. Qays dah buka mulut nak tarik balik topik tadi masuk tapi lagi sekali Ifza melintas.
“Encik Qays boleh minta menu?” Sengaja Ifza tala anak mata tajamnya ke arah Qays. Alangkah baik kalau dia ada keris kecil ketika ini.
“Kak, ingat ibu! Jangan malukan dia.” Bisek Ifza betul-betul di telinga Ifza. Issh Abang Qays ni pun satu. Nak kakak bunuh diakah?
“Tak perlu menu. Saya dah buat tempahan. Harap semua ok dengan set makanan yang saya pilih terutama awak, Kayla Farifza. Kalau awak nak kompelin, kompelin dalam hati. Nanti saya baca.” Sakan Qays mengusik. Ketawa bila melihat jelingan Ifza semakin tajam.
“Qays, stop it.”
Datin geleng. Tak pernah dia lihat Qays usik anak dara orang begini. Dah kenapa?
“Ok umi.”
Makanan yang dihidangkan memang menyelerakan. Haziqah, Isha, Datin Seena dan Qays suka. Cuma Ifza saja tak suka. Ada yang rasa tawar. Ada yang terlebih masin. Ada yang saja-saja dia tak suka. Hahaha. Cik Hati nak kompelin? Ada lelaki psiko yang kata dia boleh baca Nak cuba? Cik Hati kompelin udang goreng butter ni terlebih masin. Hantar kompelin. Tunggu.
Qays masukkan udang goreng butter ke dalam mulut. Emm sedap jer. Kenapa Ifza buat muka macam tak sedap. Tala pula reaksi tu kepadanya. Sengajalah. Tunggu.
Qays ambil udang goreng butter dan letak dalam pinggan umi.
“Sedap tak umi?”
“Sedap. Umi suka.”
Qays tala senyuman kepada Ifza. Angkat sebelah kening. Hantar telepati. Jangan nak kompelin lagi, Cik Hati. Udang ni tak masin.
Wow, psiko betul lelaki ni! Ifza tak dapat nak tahan diri. Dia senyum.
Tergamam Qays. Ya Allah, cantiknya senyuman dengan lesung pipit ni!
“Pandai Abang Qays pilih makanan. Mesti Abang Qays selalu ke sini.”
Isha tarik perhatian Qays. Takut cara Abang Qays renung wajah Kak Ifza. Renungan tu boleh buat kakak tu nak cepat-cepat balik.
“Terima kasih. Sebenarnya famili Abang Qays kerap buat gathering di sini. Malam Sabtu restoran ni selalunya ada persembahan tarian kebudayaan.”
“Iqah, nanti famili Iqah boleh join kita orang. Lagi ramai lagi meriah. Betul tak, sayang?” Datin tepuk-tepuk lengan Qays.
“Eh, tak apa Datin. Terima kasih jer. Kami orang luar, tak patut join.”
Ifza cepat-cepat tolak sebelum Qays buka mulut. Bahaya. Ini pun dah separuh nyawa nak kena berlakon depan Datin. Kalau depan semua ahli keluarga Datin, alamat seluruh nyawa nak kena berlakon demi ibu. Ahhhh... tolong letak titik pada lakonan ini.
“We will see about that.” Qays ujar perlahan. Tak kan dia mengalah.
“Err... Isha dengar auntie ada butik sendiri, betul?” Isha masuk dialog selamat. Kalau ikut dialog Abang Qays dan Kak Ifza, boleh panaskan keadaan.
“Betul. Butik Qasrina Weddings & Events. Auntie usaha dengan Qaisara, adik Qays ni. Qaisara dengan team dia handle events. Auntie lebih minat reka pakaian pengantin. Kalau Ifza dan Isha nak kahwin nanti, beritahu auntie. Auntie boleh buatkan.”
“Umi boleh mula reka satu untuk Ifza.” Usik Qays.
Zapp Isha lontar anak panah dengan jelingan. Dia boleh jadi pembunuh hari ini. Lelaki ini memang nak mati!
Isha berdeham sambil cuit peha kakaknya untuk tarik perhatiannya. Tak payahlah nak renung tajam anak lelaki orang. Umi dia tengah perhati kot.
“Ifza dah nak kahwin?”
“Taklah auntie. Ifza tunggu kucing bertanduk lima baru Ifza kahwin.”
“Rugi.” Ngomel Qays. Amboi sampai lima.
“Abah dan ibu beri kita orang buat pilihan sendiri sampai umur 30 tahun, auntie. Atas pada itu, terpaksalah terima pilihan mereka.”
Isha keluarkan info yang buat Ifza membuntang melihatnya. Tapi bagi Qays, info ini buat dia ketawa. Hai time dia pun kena buat pilihan. Siapa yer?
“Anak-anak Iqah ni kalau tak diletakkan titik, akan banyaklah komanya.” Ngomel Haziqah.
“Hmm dengar tu Qays, umi pun ingat nak letak titik. Qays tu dah 30 tahun, bila lagi nak kahwin?”
“InsyaAllah tak lama lagi.”
Qays senyum. Lihat Ifza. Semakin suka lihat dan usik Ifza. Ifza? Merah padam mukanya. Cis, ingin saja dia hitamkan wajah Qays ni! Cantas lirikan senyuman yang sentiasa berjaya memerahkan hatinya! Arrgh!
“Aamiin. Tapi ingat, Qays kena bawa jumpa umi. Umi approve, baru on.”
Datin Seena menepuk-nepuk tangan anaknya. Wah, dah ada perubahan. Selalu tajuk kahwin ini cukup sensitif kepada anaknya ni.
“No problem. Umi tak nak jemput Auntie Iqah dan dua Kayla ni ke rumah kita?”
Sengaja Qays bertanya dengan maksud yang tersendiri. Ukir senyuman kambing melihat riak Isha. Sekali lagi Isha jelirkan lidah. Pandai anak gadis ini baca fikirannya. Maksud tersendiri apa tu?
“Tentu sekali. Iqah dan anak-anak Iqah mesti datang rumah Seena esok. Kita makan tengah hari sama-sama. Bolehkan?”
“Kalau suami Iqah izinkan, tentu sekali boleh.”
Haziqah senyum lebar. Teringin benar nak lihat rumah kawannya. Balik nanti dia mesti minta izin suami. Suami di mana yer? Kata semalam di Johor. Lepas tu, kemungkinan nak ke Singapura.
Ifza urut dahi. Kenapa? Mengapa? Sebab apa? Boleh dia beri alasan untuk tolak pelawaan ini? Masalahnya, ibu dah tersenyum lebar. Senyuman tu tanda keterujaan ibu. Ibu tentu kecewa kalau tak jadi. Biar ibu dengan Isha saja pergi. Dia boleh kata dia kerja. Namun suara-suara di dalam mula berbalah.
Cik Akal ingatkan yang esok hari kelepasan umum. Rakyat Malaysia sambut Merdeka. Mana mai kerja? Betul. Ah, beri saja alasan awak tak sihat. Cadang Cik Hati. Ya Salam, sakit betul-betul baru tahu. Lagi satu, kenapa nak mula tipu ibu sendiri? Dosa tu. Arghhh ini semua salah Qays.
Dalam perjalanan pulang, Ifza hanya berdiam diri. Nasib baik Isha yang pandu kereta. Dia pejam mata, pantas wajah Qays muncul. Ah, kacau! Dia mengeluh. Dah gilakah dia dengan lelaki ini? Tak boleh jadi. Dia harus letakkan titik dengan kemunculan lelaki ini dalam hidupnya.
“Ifza, ibu minta maaf. Ibu tahu Ifza tak suka Qays. Macam ni lah, ibu batalkan saja rancangan nak ke sana esok. Nanti ibu telefon Seena. Kegembiaan Ifza lebih penting.” Ujar Haziqah bila terdengar keluhan anaknya.
Ifza tak kata apa. Dia tetap diamkan diri. Buat tak kesah bila melihat jelingan adiknya. Ibu yang buat keputusan. Bukan dia yang minta. Jadi, bukan salah dia. Salah Qays, ok.
Haziqah terus keluar dan menuju ke bilik sebaik saja mereka tiba di rumah. Isha menarik lengan Ifza sebelum sempat Ifza masuk ke dalam rumah.
“Kak tak patut biar ibu batalkan. Kak tahukan ibu nak sangat ke rumah Auntie Seena.”
“Ok. So Isha saja teman ibu.”
“Masalahnya ibu tak kan pergi kerana dia tahu kakak tak suka. Kak Ifza, be reasonable boleh tak? Kak, inilah pertama kali Isha lihat ibu gembira dengan kawan dia. Sedar tak kak, selama ini dunia ibu hanya dengan kita. Pernah kakak tengok ibu ada kawannya sendiri? Tak kan?”
Isha semakin geram bila Ifza hanya berdiam diri. Demi ibu, dia tidak boleh mengalah.
“Kak, setahu Isha, dulu abah hanya bawa ibu jumpa kawan-kawan dia. Kakak sendiri tahu betapa janggalnya ibu dengan mereka. Kawan-kawan abah selalu buat ibu rasa macamlah ibu tu katak bawa tempurung yang tak tahu apa-apa. Akhirnya, ibu sendiri tak nak ikut abah.”
“So, Isha nak suruh kakak buat apa? Isha tak boleh paksa kakak suka Qays tu! Kakak rasa nak tampar dia setiap kali dia buka mulut!” bentak Ifza.
“Ok, kakak tak payah suka dia. Isha janji Isha akan sedaya upaya bawa Qays tu jauh daripada kakak. Biar Isha layan Abang Qays. Yang penting ibu gembira. Tolonglah kak, kita buat ini untuk ibu.”
“Baik kakak buat untuk ibu. Tapi Isha pastikan Qays behave himself!”
“Tak ada masalah. Sayang kakak. Sekarang kita kena beritahu ibu. Ibu tentu hargai pengorbanan kakak. ” Isha peluk Ifza sebelum dia melangkah mendapatkan ibunya.
Isha tampar dahi. Pengorbanan ini bukan untuk orang bercinta sajakah? Eh, cinta! Cik Hati dah takut. Lagi-lagi Cik Jantung dah bawa bayangan Qays masuk. Argh...
Salam guys. Ini idea baru. Belum pasti nak melintas jalan cerita ni ke mana lagi. Masih fikir. Anyway hope you guys ok with it. Hahaha harga beras masih naik hari ni. Kita orang makan bihun sup kosong jer ni. Ummph sedap juga. Makan dulu....
Share this novel