BAB 37 (ಠ_ಠ)

Romance Completed 25825

Nida mundar-mandir. Perkataan Ifza masih melekat di kepala walaupun dah dua hari peristiwa itu berlaku. Dia kena buat sesuatu. Apa? Ok dia tak boleh jauhkan Ifza dan Isha daripada abah mereka tapi, dia masih ada peluang. Jauhkan ibu, tentu anak akan ikut! Yap keluarkan Haziqah.

Dulu dia dah rancang nak tayang kebahagiaan dia dengan suami depan Haziqah. Haziqah tentu sakit hati, sedih dan kecewa bila melihat. Manalah tahu Haziqah akan terus minta cerai. Malangnya rancangan tak menjadi sebab Ariq demam pada hari amal tu.

Ah, jika hanya dia ada peluang kedua. Dia ambil telefon bimbitnya. Jari telunjuk naik turun di atas skrin. Siapa yang boleh tolong? Wani? Ya budak tu tentu boleh tolong. Dia hantar mesej kepada Wani. Tunggu sekejap. Pantas Wani memberi info yang dia boleh guna. Dia senyum. Peluang kedua dah ada. Kali ini pasti berjaya.

Dua hari selepas itu, Nida dah bersedia dengan rancangannya. Jenuh juga dia pujuk Hafiy bersetuju untuk ke pameran Arts Show yang Haziqah turut serta. Dia tidak memberitahu Hafiy yang Haziqah antara peserta di galeri tu. Awal-awal lagi dia dah minta tolong kakaknya jaga Ariq sementara dia dan Hafiy keluar.

Sementara itu, di galeri yang berlangsung pameran lukisan Arts Show mula dipenuhi dengan pengunjung-pengunjung terutamanya di kalangan para pencinta seni. Pameran itu dirasmikan oleh Menteri Pelancongan. Datuk Qabil dan Datin Jaseena bersama Qays turut hadir.

Haziqah yang pada mulanya gemuruh dan kurang berkeyakinan mula relaks apabila anak-anaknya memberi galakan dan motivasi untuknya berdepan dengan setiap pertanyaan yang diajukan kepadanya. Lukisan-lukisan Haziqah menarik perhatian pengunjung terutama di kalangan para pelajar seni kreatif.

Semua berjalan lancar sehinggalah Nida muncul dengan Hafiy. Nida yang nampak Haziqah sengaja merangkul mesra lengan Hafiy. Dia menarik Hafiy berjalan ke arah Haziqah yang sedang melayan pertanyaan seorang pengunjung. Hafiy terperanjat melihat Haziqah. Berdebar-debar jantungnya.

Debaran inilah yang dia rasa ketika pertama kali dia melihat Haziqah dulu. Masa tu, dia baru saja ditukarkan ke sekolah Haziqah dan ditempatkan sama kelas dengan Haziqah. Dia sengaja ambil tempat duduk sebelah Haziqah padahal dia memang tak suka duduk di barisan depan sekali. Masih ingat ayat pertamanya sambil menatap wajah ayu Haziqah.

“I lost my heart, I lost my mind just by looking at you.” Tak sedar dia telah menyuarakannya.

“You cakap apa?” Issh apa pula suami ni bebel sorang-sorang. Perlahan pula tu.

Hafiy masih menatap wajah isteri yang dirinduinya. Tidak kesah pun kepada isteri seorang lagi yang rakus merangkul lengannya minta perhatian. Malah dia tak kesah pun dengan orang-orang di sekeliling. Hanya ada dia dan Haziqah saja. Titik.

Haziqah berdiri kaku. Tatap wajah suami yang dia rindu namun rindu itu membunuh jiwanya. Sakit. Dia pejam seketika sebelum paling melihat anak-anaknya yang turut memandang abah mereka. Masing-masing dah ketap rahang. Tegang bukan saja di muka tapi agaknya dah sampai ke kaki.

“Perempuan licik tu sengaja bawa abah ke sini!” Desis Isha perlahan.

Dia dah genggam penumbuk. Mahu saja dia layang ke muka mak tiri. Sengaja bawa abah ke sini. Tentu nak sakiti hati ibu. Nak rosakkan hari yang bermakna bagi ibu.

“Kawan saya beritahu saya tentang art show ni. Tak tahu pula kak Iqah pun turut sama dalam pameran ni.”

Nida senyum. Pandainya berlakon. Puji diri sendiri.

“Betul tak tahu?” Sinis pertanyaan Isha. Memang perempuan ni minta penampar.

Nida hanya angguk. Tetap senyum. Target dia bukan Isha mahupun Ifza. Target dia Haziqah kerana Haziqah saja yang boleh buat Hafiy tinggalkan mereka.

“Ini lukisan Kak Iqah? Emm... macam tak betul jer.” Nida komen.

Dia melangkah ke dinding yang tergantung lukisan-lukisan Haziqah. Lukisan-lukisan Haziqah memang tak masuk akal seperti lukisan Menara KLCC ni. Kenapa bangunan kebanggaan negara dilingkari dengan ranting-ranting kayu dan berlatar belakang awan kelabu? Buruknya. Kanvas di sebelah pula, lukisan bunga-bunga mati dalam pasu-pasu retak dan kelopak-kelopak bunga bertaburan di sekeliling. Lukisan ini dilukis mengguna arang saja. Di sebelahnya, lukisan yang dihasilkan guna cat air. Nama lukisan yang tertera di bawahnya, Part of My Steps. Haziqah melukis sepasang kaki perempuan yang berjalan di dalam lopak-lopak air, ke pasir gurun dan kemudian menuruni anak-anak tangga dan berhenti di situ. Laa kenapa tak letak pintu? Bodohnya lukis kaki saja. Kenapa tak lukis satu badan yang sempurna?

“Ini dinamakan seni. Awak tu mana tahu? Realiti hidup awak hanya nak ambil hak orang lain. Sedih.” Bisik Isha betul-betul di telinga Nida. Kali ini dia senyum jahat.

Ifza tarik adiknya. Dia tahu Isha marah. Tindakan licit Nida memang mengundang kemarahan. Tapi, mereka tak boleh lepas kemarahan di sini demi ibu. Jaga maruah ibu di tempat terbuka ini lebih penting.

Haziqah kembali melihat Hafiy. Tak menyoal diri sendiri kenapa tiba-tiba Hafiy di depannya. Ini ketentuan Allah. Dah tiba masa dia berdepan dengan suami pada hari yang bermakna baginya. Hari yang membuktikan dia boleh berjaya bina kariernya sendiri. Dia tak bodoh. Dia tak lemah. Dia sepatutnya gembira tapi, lebih gembira jika Hafiy turut berada di sisi memberi sokongan. Bukan Hafiy yang muncul membawa kebahagiaan dengan perempuan lain. Hati bagai ditusuk sembilu ketika melihat Nida merangkul mesra lengan Hafiy tadi.

“Iqah apa khabar?” Tumpuan Haify masih kepada Haziqah. Rindu masih belum terubat.

“Baik....”

“Masih marah abang?”

Iqah terjeda. Tak tahu nak kata apa. Ifza dan Isha di kiri kanan tunggu jawapan ibu mereka.
Malangnya tiada jawapan sebab Nida dah berdehem kasar dan merangkul pinggang Hafiy. Dia bawa Hafiy bukan tujuan untuk Hafiy melepas rindu. Hafiy sepatutnya marah Haziqah malah benci Haziqah kerana tinggalkan rumah begitu lama dan tak kontek dia langsung. Berani pula sertai pameran ini tanpa persetujuan suami.

“Encik Hafiy, apa khabar?” Tegur Dato Qabil tiba-tiba.

Dato Qabil ikut isterinya yang bergegas dapatkan Haziqah apabila mereka ternampak kelibat Hafiy. Isteri di sebelah dah pamer muka serius. Qays berdiri di belakangnya.

“Err.. baik. Dato dan datin sihat?” Hafiy salam Dato Qabil dan Qays.

“Siapa ni sayang?”

Nida sengaja sandar pipi di lengan Hafiy. Biar semua yang ada di sini tahu Hafiy milik siapa. Milik dia, bukan milik Haziqah.

“Eer... ini Dato Qabil dan Datin Jaseena. Sebelah tu anak mereka, Qays.”

Hafiy rasa tak selesa. Terutama melihat ketajaman mata Datin Jaseena pada Nida. Datuk dan datin ini tentu dah tahu agaknya.

“Oh, saya Nida. Isteri Hafiy.” Nida senyum senang tapi tak berani nak hulurkan tangan salam datin.

Datin ini yang Wani maksudkan kawan Haziqah.

Hafiy terpaksa senyum. Geram dengan Nida yang sengaja nak letak dia di posisi yang tidak menyenangkan. Malu dengan Dato Qabil dan Datin Jaseena. Tentu mereka fikir dia teruk.

“Ibu, Ifza rasa seperti salah seorang penganjur tu gamit ibu. Mungkin mereka nak tanya sesuatu.” Ifza paut tangan ibunya. Sayu melihat ibu. Tidak ada kegembiraan di wajah ibu.

Haziqah angguk lemah. Keterujaannya dan kegembiraan sejak dipilih menjadi peserta dah hilang.

Dia dekati suaminya. Dia salam dan cium tangan suami sebelum mengarah kedua-dua anaknya ikut sama salam dan cium tangan abah. Walau apa pun Hafiy masih ketua keluarga. Harus dihormati.

Selepas itu mereka bertiga melangkah pergi.

Hafiy menangis di dalam. Terasa benar dia kehilangan Haziqah dan anak-anak mereka. Mereka tidak perlukannya. Mereka boleh menjalani hidup tanpanya terutama Haziqah. Haziqah sekarang bukan Haziqah yang bergantung kebahagiaan dengannya. Ya Allah...

“Oklah, Encik Hafiy kita orang bergerak dulu. Till we meet again.” Ujar Dato Qabil.

Dia terkebil-kebil melihat isteri dan anaknya ikut Haziqah. Oops isteri ikut Haziqah tapi anak terang-terang mengekori setiap langkah Ifza. Hai, betullah kata isteri, anak dan kemaruk cinta.

“Issh, Kak Iqah tu masih isteri you. Apa-apa dia nak buat, mesti dapat persetujuan you. Memandai nak tayang diri kat sini. Sengaja guna lukisan bodoh dia tu nak tarik perhatian. You nak terus jadi dayuskah?” Desis Nida. Mula jadi batu api.

“I akan sabar tunggu dia balik kat I. Sayang I macam dulu.”

Perhatian Hafiy masih kepada Haziqah. Gerakkan bibir berbentuk hati Haziqah ingin disentuhnya. Ingin sekali dia peluk Haziqah ketika ini. Ya Allah...

“Apa dia?” Melonjak gila kemarahan Nida. Ini dah terbalik. Arg, rancangan tak jadi!

“Terima kasih bawa I ke sini.”

Hafiy tersengih. Dia percaya Haziqah dah tak marah dengan dia. Haziqah salam dia tadi. Kalau marah, tentu tak nak sentuh langsung.

“Jom balik!” Nida tarik Hafiy. Sakit hati tengok perangai Hafiy seperti budak sekolah yang baru saja kenal cinta. Gila!

Terima kasih masih baca. Aim nak stop bab 40 saja untuk novel pertama saya di Novelplus ni. My friend bet saya takkan dapat 100 followers pun. Dush dush dush macam betul pun. So sad. Please help me guys. (⊃。•́‿•̀。)⊃

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience