BAB 11

Romance Completed 25825

“A penny for your thought.” Suara Qays merayap tiba-tiba dari belakang. Tanpa perlu dijemput, Qays duduk di sebelah Ifza.

Kedamaian malam Ifza mula bertukar. Dia lepas keluhan. Sampai ke sini lelaki ini mencarinya. Kem motivasi sambil bercuti di Langkawi ini untuk pekerja-pekerja syarikat Qaid. Qays sama sekali tidak termasuk dalam senarai pekerja syarikat. Jadi, lelaki ini tidak perlu sibuk nak hadir pun.

Apa sebenarnya lelaki ini mahu? Secara logik, tidak ada mana-mana lelaki yang waras akan mengambil serius perjanjian yang dibuat oleh dua orang budak sekolah sekadar main-main walaupun perjanjian itu ada hitam putih dan ditandatangan. Tak logik, betulkan? Masakan lelaki edisi terhad ini sengaja mahu membuang masa dengannya?

“Kenapa?”

Soalan Ifza terkeluar daripada landasan fikiran. Terdedah luas minta lelaki ini jawab. Dia perlu jawapan sebelum dia benar-benar gila.

Qays renung Ifza. Serius. Daripada duduk bersila di sebelah, dia beralih dan bersila di depan Ifza. Siku berlabuh di atas paha. Tapak tangan dah memangku wajah.

Pandangan tajam Qays membuat Ifza berdebar. Apa hal ini? Berdoa tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa akan jadi ganas dan heret Qays hanyut ke tengah lautan.

“Kenapa, apa Cik Ifza?”

“Jangan berlakon macam awak tak tahu maksud soalan kenapa saya, Encik Qays.”

Mahu saja Ifza tampar muka Qays kalau menyentuh bukan mahram itu dihalalkan.

Qays senyum. Tentu sekali dia faham.

“Cause you’re fascinating, you got personal charm that attrack me. Exquisite but strange at times and too stubborn for your own good. You don’t possess beauty like most women that I encounter before, but that doesn’t matter. The beauty you possess will do for me. To tell you the truth, I’m very interested to know you. The real you. That’s why I want to be close to you. To know you in and out.”

Cik Hati blur sekejap. Ok... boleh ulang balik? Cik Akal tolong ulang dalam bahasa kita. Err... dia kata, dia tertarik dengan keperibadian awak. Indah tapi kadang-kadang pelik dan awak terlalu degil walaupun untuk kebaikan awak sendiri. Awak tidak memiliki kecantikan seperti kebanyakan wanita yang dia pernah kenal. Kecantikan awak ok-ok jer tapi ok bagi dia. Dia tak kesah. Dia nak kenal awak luar dalam. Err... itu saja kot.
Issh lain kali suruh dia cakap Melayu! Cik Jantung merungut.

Wheoi maksud dia, kita tak cantik? Sekadar ok-ok di mata dia. Eeee jahatnya. Hah lantaklah! Bukannya kita tergila-gila kat dia. Masalahnya, tak kan nak bagi dia menang. Balas balik dengan bahasa dia tadi. Hah, gitu!

“Beauty is in the eye of the beholder. You know what mister, I don’t care at all what your reason is. Just stop pestering me. I don’t like you.”

“Masalahnya, saya suka awak. Pertama kali, Isha beritahu saya tentang rancangannya, saya rasa dialah gadis yang paling berani dan gila yang pernah saya jumpa. Dengan sekeping kertas, dia mahu saya jadi tunang awak sebagai hadiah. Dia yakinkan saya yang saya tidak akan menyesal. Dia betul. Saya tidak menyesal. Kehadiran awak, menceriakan hidup saya.”

Qays senyum. Cantik sekali wajah Ifza di bawah sinaran bulan. Ok... Jadi Cik Ifza ni dah masuk dalam kategori cantik dalam sekelip mata. Ha ha ha...

“Isha tak sepatutnya heret awak dalam hidup saya. Awak macam gorila, penuh dan gelapkan dunia saya. Bising pula tu!”

Qays pecah ketawa. Wow, dah jadi gorila!

“So can I give you, gorilla hugs.”

“Kalau awak tak nak tengok matahari esok, silakan.”

Ifza dah genggam pasir pantai. Tercari-cari kalau ada kayu panjang berdekatan. Nak buat apa? Issh, Cik Hati ni buat tak tahu pula! Nak pukul dialah.

“Relaks ok Red Fox.”

“Eh, apa pula Red Fox?”

Ifza berdentum. Tak puas hati digelar Red Fox. Tadi panggil orang gorila boleh pula! Tendang Cik Akal.

“Yap, Red Fox that looks adorable but vicious.”

Jahatnya. Dia kata kita ganas. Ifza lepaskan pasir pantai yang digenggamnya. Inilah padah suka label orang.
Dah kena batang hidung sendiri, nak marah pula.

“Kalau saya vicious Red Fox, awak sepatut jauhkan diri awak daripada saya.”

“Cik Ifza, sayakan gorila awak?” Qays ketawa.

Mai ai dia ada gorila. Ifza nak ikut ketawa tapi Cik Akal kata tak boleh. Dia bukan gorila kita. Dia lelaki yang harus dijauhi.

“Serius, awak ni anti saya atau anti kaum lelaki keseluruhannya?”

“Cuba awak teka?” Ifza tak boleh biarkan diri terperangkap dengan soalan sebegitu.

“Anti semua lelaki disebabkan oleh seorang lelaki.”

Ifza terdiam. Tidak menyangka Qays akan beri jawapan begitu. Dia memeluk tubuh sendiri dan melihat ke laut lepas. Laut kelihatan indah hanya pada permukaan yang disentuh cahaya bulan sedangkan yang lain gelap gelita. Kalau nak diletakkan kedudukan, dia berada di ruang yang gelap itu.

“Awak boleh berhenti anti saya, sebab saya akan terus hadir dalam hidup awak.”

Suara Qays dibawa angin laut. Namun angin itu kembali melabuhkan cinta. Cinta? Ya, cinta. Cinta Ifza. Dia senyum. Kenapa Ifza? Kenapa perlu bahayakan perasaan sendiri? Gadis ini tak nak cinta. Itu kenyataan. Kenyataan yang mencabar dia, kan?

“Tentu sekali tidak. Tolong berhenti permainan gila awak ni, Encik Qays.”

Ifza bangun. Sapu pasir-pasir pantai di jubah seluarnya. Suara laut masih menyanyikan lagunya. Sayu dan sedih bagi pendengaran insan sepertinya. Mungkin pada insan lain, kedengaran tenang dan aman. Dahlah, jauhkan diri saja demi ketenangan diri sendiri.

Qays juga berdiri. Mahu saja dia meluahkan cintanya. Betulkah cinta atau mainan perasaan suka saja? Tanya Encik Akal. Apa pun, kalau dia beritahu sekarang, dah pasti Ifza akan menolaknya. Ah, tak adil dia dihukum begini. .

“Ifza, siapa yang buat awak tak percaya dengan lelaki?”

“Siapa pun dia, tidak penting bagi awak.”

Ifza melangkah. Cik Hati tak perlu bergolak dek lelaki ini. Namun langkahnya terhenti bila Qays juga melangkah di depannya. Dia dengus kasar. Lelaki ini memang degil.

“Encik Qays, tolong jangan ganggu saya.”

“Bukan saya yang ganggu awak. Awak yang ganggu saya sejak pertemuan pertama kita.”

Terbeliak Ifza. Bila pula dia buat begitu? Lelaki ini benar-benar dah gila. Ya Allah...

Ifza tarik nafas dalam-dalam. Lepas perlahan-lahan. Dia kena selesaikan masalah lelaki ini.

“Ok, awak ke selatan, saya ke utara. Tidak akan ada titik pertemuan kita sampai bila-bila. Jadi, saya tidak akan ganggu awak.”

"Cik Ifza, dunia ni bulat. Pasti ada titik pertemuannya.”

Betullah, Cik Bodoh! Tengok Encik Logik bukan main kerenyeh. Perli kitalah tu. Jahatnya.

“Saya akan ambil lencongan. Kita tak akan bertembung.”

“Saya juga akan ambil lencongan. Tapi, ke arah awak sebab saya selalu ingat awak dalam setiap nafas saya.”

Apa? Ini dialog mana mai? Tak boleh hadam. Ifza picit dahi. Selawat ke atas Nabi sebelum bicara.

“Allah yang mengizinkan awak bernafas, Encik Qays. Jadi, jangan alpa siapa yang perlu awak ingat dalam setiap nafas awak. Jangan libatkan saya.”

Adoi hai dah kena sebiji! Betullah apa yang Ifza cakap! Setiap nafasnya adalah dengan keizinan Allah. Cintanya pada Ifza juga kerana Allah. Semoga Allah tetapkan ada cinta itu hingga ke Jannah. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Wah, siap berdoa. Betulkah apa yang dirasa itu cinta? Soal Encik Akal lagi.

Eh, mana pergi insan yang dia cinta? Aip dah bergerak. Tak boleh jadi.

Qays ambil iPhone dari poket seluar. Hantar mesej sambil berjalan di belakang Ifza.

Ifza buka telefon pintarnya. Mesej diterima Ifza – Pusing belakang.

Nombor siapa ni? Pusing belakang? Kenapa? Ifza pusing. Qays berdiri betul-betul di belakangnya. Wajah serius. Sinaran mata berjaya menangkap pandangannya. Hairan, pandangan ini lebih indah daripada kerdipan bintang di langit sana.

“Kayla Farifza, maybe we start off on the wrong foot. Let’s start again as friend.”

Get real! Dia tak salah dengarkan? Sang Angin yang bertiup, tolong ulang balik bicara lelaki ini. Sang Angin tak ulang. Buat tak kesah. Terus berlalu. Biarkan Ifza bermain dengan soalan lelaki yang nak jadi kawan.

“Selamatkah nak jadi kawan awak?”

Qays ketawa. Ya Salam, boleh aku cium budak ni?

“Eeeeeee…” Geramnya. Ifza dah tak tahan. Bodoh betul dipermainkan oleh lelaki gila ni.

“Ok-ok saya minta maaf. Tapi cara awak soal dengan muka innocent awak seperti awak minta dipeluk dan dicium.” Ujar Qays masih dengan sisa ketawanya.

“Hah! Kalau dihalalkan, for sure saya tampar muka awak.” Dengus Ifza kasar.

“Bila kita dah kahwin, saya bagi awak tampar saya. Kita main tampar-tampar sayang.”

“Awak!” Ifza jerit. Tak kuasa nak kawal suara. Biar semua di pantai ni dengar.

“Ok-ok saya minta maaf lagi sekali. Saya gerenti awak selamat jadi kawan saya.”

“Fine! Sebagai kawan, saya nak awak jauhkan diri awak daripada saya sampai bila-bila.”
Wah, tersenyum sekarang. Ifza dah mula rasa dia menang buat pertama kali malam ini.

“No way girl!”

“Tentu ada way. You can take The Pan-American Highway. Just stay away from me, friend.”

Ifza ketawa sambil melangkah tinggalkan Qays yang bercekak pinggang. Yeh, dia menang kali ni dan The Mighty Qays kalah. Rasakan.

Cik Kaki, jom kita balik bilik. Tidur. Cik Kaki ikut kata. Balik hotel.

“Saya tak kan jauhkan diri. We are meant to be together!” Teriak Qays.

“Not in a million years!” Ifza teriak balik.

Suara Ifza melepasi Qays. Beberapa orang remaja yang sedang lepak di tepi pantai senyum melihat tingkah mereka berdua.

“Sorry guys. Konflik cinta.” Qays urut leher. Dah rasa macam main drama pula.

Hai, Ifza dan Isha sama saja. Berani dan gila tapi menceriakan. Bersyukur mereka hadir dalam hidupnya. Itulah ketentuan Allah. Setiap ketentuan yang ditakdirkan Allah SWT itu di luar kemampuan untuk menolaknya dan ia juga tidak boleh diubah kerana sudah tertulis sejak di Luh Mahfuz lagi. Ketika ujian terhadap diri semakin memuncak, ingatlah doa seorang hamba sangat mustajab di sisi Allah SWT. Ujiannya kini, bagaimana nak dapatkan orang yang disayang. Doa dan usaha. Yap minta kepada Allah. Semuanya milik Yang Maha Esa.

Yap, kalau you guys dah sampai ke bab ini, bermakna cerita ni ok kan dan saya boleh continue writing. Hmm... apa nak tulis selepas ini yer...? Oh ya kalau you guys minat dengan tulisan karya saya, ada satu novel saya dalam Wattpad bertajuk Prisoner of Tariq Zayyan. Bahasa Melayu walaupun tajuknya Bahasa Inggeris. Please check it out. Novel tu juga tak diedit. (:

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience