BAB 41

Romance Completed 25825

Ifza menolak daun pintu. Arg tidak! Pagi-pagi dah ada drama memualkan. Whek!

“Kak ikat kaki. Isha ikat tangan. Kita buang ke laut.” Desis Isha di sebelahnya.

“You’re on. Let the shark have her.”

Isha lihat sekeliling. Mana tali? Adegan rangkul-rangkul pinggang dan cium cium pipi kena berhenti dengan serta-merta sebelum ibu masuk. Issh tak ada! Guna senjata lain. Lidah lebih bahaya daripada pedang. Jadi?

“Abah dah boleh main drama romantik gila ni kat rumah kot.” Tukas Isha.

Terkejut Hafiy. Bilakah pula Isha dan Ifza muncul? Mana Iqah?

“Issh apa cakap macam tu. Mana ibu Isha?”

Hafiy betulkan duduknya. Tidak lagi merangkul pinggang Nida.

“Tengah dating.”

“Isha!” Ifza geleng. Hai, kalau iya pun marah, janganlah melampau. Hormatlah sikit.

“Ibu dengan Qays. Lif tadi penuh. Ibu suruh kami naik dulu.”
Ifza letak bekas makanan di atas meja kecil sebelah katil sebelum menarik Isha salam abah mereka.

Nida cebik bibir. Qays lagi! Lelaki tu tak ada kehidupan sendirikah? Tiga hari Hafiy di sini, tiga hari itulah Qays tu muncul dan selalunya dengan Ifza. Nampak sangat kemaruk cinta.

Hafiy lepas nafas lega. Yakin Haziqah akan sentiasa setia dengannya.

Haziqah masuk dan salam suaminya. Muka suami dah tak pucat. Bercahaya. Sebab Nida teman suami semalam? Nida lilin suami. Terangi malam suami dan sanggup berkorban. Hah!

“Abang ok?”

Hafiy angguk. Renung wajah Haziqah. Bilakah agaknya dia dapat melihat wajah isteri kesayangannya ini ketika mentari melabuhkan tirainya?

“Doktor tak beritahu bila uncle boleh keluar?”

Qays sandar di dinding sebelah Isha setelah salam Hafiq. Ifza dah bertenggek di tempat letak tangan sofa yang ibunya sedang duduk.

“Tak. Kalau boleh hari ini juga uncle nak keluar.”

“Kalau dah boleh keluar, you balik rumah kita sayang. You tahukan I lebih perlukan you.”

Nida raih tangan Hafiy dan meletakkannya di dada. Lantaklah dengan pandangan orang lain. Hari ini hari dia. Dia sekarang mempunyai kelebihan yang Haziqah tidak ada.

“Kalau abah nak main drama bodoh kat sini, kita orang balik dulu. Jom bu.” Dengus Isha.

Ifza urut dahi. Abah dan Nida tak ada perasaankah? Ibu ni isteri abah kot. Kemesraan ini dulu milik ibu. Tak boleh jagakah perasaan dia?

“Laa tunggulah dulu. Sebenarnya kami ada berita gembira. Saya mengandung Kak Iqah. Dah masuk dua bulan. Harap anak kali ini juga lelaki. Anak lelaki penyambung zuriat Hafiy Bin Ahmad Haziq.”

Yap, riak muka Haziqah dah berubah! Dah pucat. Padan muka. Nida senyum gembira. Anak dia penyambung zuriat Hafiy. Dia menang.

Hafiy tunduk. Ah Nida, bukan ini caranya untuk sampaikan berita ini.

“Emm mungkin I saja yang boleh tambah bilangan anak you, kan sayang?” Nida sengaja melurut rambut Hafiy ke belakang.

“Abah tak rasakah abah dah tua untuk jaga baby?” Melintas soalan Isha. Sakit hati dengan sindiran Nida.

“Isha, ibu tak suka Isha cakap macam tu.” Tegur Haziqah perlahan.

“Maaf bu. Abang Qays teman Isha ke kantin kejap.”

Isha keluar. Tak kuasa dia nak hadap perangai buruk Nida dan abah sendiri. Sakit jiwa.

Qays terkebil-kebil Qays. Isha ni terlebih sensitif, dah kenapa? Relakslah.

“Ifza nak ikut?”

“Tak. Saya teman ibu.”

“Err... ok.” Ok yang tak ok. Kacau betullah Isha ni. Jomlah Encik Kaki. Cari Isha.
“Perangai anak you macam budak-budak. Bukan nak ucap tahniahkah.” Rungut Nida sebelum melangkah ke bilik air.

Haziqah menghela nafas lemah. Bukan senang insan seperti Isha itu nak terima tanpa memberontak. Isha tak seperti Ifza.

“Ibu ok?” Risau Ifza melihat riak wajah ibunya.

Haziqah hanya menepuk-nepuk lembut tangan Ifza sebelum melangkah mendekati Hafiy.

“Abang nak makan? Iqah masak sup ikan salmon dengan bayam.”

“Err... nantilah. Sayang, abang minta maaf dengan kata-kata Nida tadi.”

“Tapi dia betul. Saya tak boleh tambah zuriat abang. Apa pun tahniah.”

“Abang tetap sayang Iqah.” Hafiy raih tangan isterinya diletak di dada.

“Sayang, malam ni I teman you.” Terjah masuk suara Nida. Baru tinggal sekejap dah menggatal Kak Iqah ni. Tak padan tua.

“No. You balik jaga Ariq. Tak kan kakak you nak jaga dia lagi?”

“Tak apa. Kakak I faham. I kena ada dekat you sayang. I suka bau you. Pembawa budak agaknya, kan Kak Iqah?”

Ifza geleng. Nida terang-terang nak sakitkan hati ibu. Tak boleh biarkan. Ah, bawa saja ibu balik. Dia berdiri dan mendekati ibu tetapi belum sempat dia bersuara, seorang wanita meluru masuk dan terus memeluk abah.

“Honey kenapa tak beritahu I you sakit? You ok tak ni?” Jari-jemari putih lembut menyentuh pipi Hafiy.

“Bel...la...”

Hafiy dah pucat. Lurut dada berkali-kali. Sukar nak bernafas. Agaknya ada saluran jantung tersumbat lagi. Siapa beritahu Bella?

“Honey?” Jerkah Nida.

“You...err... Haziqah?”

Terkebil-kebil Bella melihat perempuan yang tuding jari ke mukanya. Kemarahan ini dia dah boleh agak, tapi kenapa perempuan ini nampak muda? Hafiy kata anak-anak dia dengan Haziqah berusia dalam dua puluhan. Masakan perempuan ni isteri pertama Hafiy? Awek muda? Tak logik.

“Bukan!” Nida semakin marah. Tak mainlah nak duduk sama level dengan isteri tua.

“So, you siapa?”

Bella semakin keliru. Emm mungkin ini salah seorang anak suami. Yang duduk tu, Haziqah. Dia nampak seusia Hafiy.

“You tu siapa? Datang sini senang-senang peluk suami I.” Dengus Nida.

“Suami you? Tapi... dia suami I...” Suara Bella mendayu sayu. Berapa isteri suami dia ada?

Spontan Nida pandang Hafiy. Dia geleng berkali-kali. Hati berdarah luka. Hafiy sayang dia. Setia dengan dia. Hafiy tak akan curang dengan perempuan lain, kan?

Hah! Hafiy juga kata dia sayang Haziqah tapi Hafiy tetap kahwin dengan kau. Bertahun-tahun tipu Haziqah. Jadi, tidak ada masalah untuk Hafiy curang dan tipu kau Nida. Lihat saja perempuan tu, muda dan cantik. Itu yang Hafiy suka. Terima kenyataan Nida. Ini balasan. Tampar suara hati yang menyakitkan.

“Damn you Hafiy! Damn you!” Nida mengepalkan tangannya hingga buku-buku jarinya memerah.

Suami yang dia sumpah hanya berdiam diri dengan muka sugul. Mata suami hanya kepada Haziqah. Menyesal curang? Tak. Lelaki ini tak kenal perkataan menyesal apa lagi rasa bersalah. Kesakitan dan kekecewaan semalam kembali meruntun hati yang pernah berdarah luka. Bukan pernah, tapi masih berdarah dan akan terus berdarah.

Haziqah raup wajah. Diri ditampar kasar dengan kecurangan suami lagi. Diri bagai dilambung dan dihempas ke laut gelora untuk kali kedua. Baru saja dia nak ubati diri sendiri. Belajar reda dengan ikhlas. Tapi sekarang... Ya Allah.

Argh abah bohong lagi! Cik Hati dah teriak. Cik Jantung suruh lepaskan kemarahan. Tapi Cik Akal tahan. Suruh sabar. Ingat ibu kamu Ifza. Dia lebih terseksa sekarang. Nasib baik Isha tak ada. Kalau ada, boleh meletup bilik ini.

“Iqah, abang minta maaf.” Melihat kelukaan isterinya lebih menyeksakan.

“Hah! Minta maaf lagi...” Tukas Nida kasar.

Dia masih nak puas hati. Kenapa minta maaf dengan Iqah saja? Dia ni apa? Isteri tunggul kayu?

Haziqah paling melihat Nida dan Bella. Dia senyum pahit. Usia madu-madunya tak jauh daripada usia Ifza dan Isha. Hairan kenapa dalam usia semuda ini dan cantik pula, terima Hafiy sebagai suami. Kerana cinta? Cinta tak kenal usia. Sedih...

“Kau orang berdua tahu dia dah ada isteri. Ada anak. Tapi, kau orang masih nak dia. Terima dia jadi suami tanpa paksaan pun. Sekarang belajar reda...”

“Kak boleh reda. Saya tak kan biar dia pijak maruah saya!” Melintas pekikan Nida.

Ledakan Nida semakin kuat. Madu tua ni nak ajar dia pula! Kurang ajar. Madu lagi satu, kenapa tunduk saja? Dah bersedia nak reda? Nak bagi Hafiy menang? Bodoh!

Isha dan Qays masuk. Qays letak beberapa botol air mineral di atas meja. Isha dekati Ifza. Aip, kenapa nampak semua tension? Emm perempuan berambut perang tu, siapa pula. Model mana pula lawat abah?

“Kak, siapa tu? Teman abah?”

“Teman? Itu ibu baru awak. Isteri abah awak!”

Nida tendang ayat sebelum sempat Ifza menjawab. Tengok sama ada gadis ini nak meroyan seperti dulu.

“Apa?”

Muka Isha dah merah. Model tu isteri abah? Abah ni dah kenapa? Nak ibu jadi gilakah?

“Ada lagikah isteri, anak abah di luar sana? Tak sangkakan betapa hebatnya abah Isha. Nampak baik tapi...”

“Stop Isha.” Ifza terpaksa tarik Isha melihatnya. Takut Isha keluarkan perkataan yang memalukan abah mereka yang Isha sendiri akan menyesal nanti.

“Sayang, kita balik dulu ok.”

Haziqah melurut lengan Isha. Sedar saat-saat begini, Isha tak kan ikut kata Ifza.

“Tapi bu...”

“Dia abah Isha. Hormat dia.”

Isha raut wajah. Kemarahan dan kekecewaan mengalirkan air mata. Dia mahu menjerit. Apa salah ibu? Ibu tak cukup setiakah? Kenapa abah perlu cari lain? Sakitkan hati ibu? Disaat begini, ibu masih nak jaga maruah abah? Ibu tak cukup baikkah untuk abah?

“Ibu ok? Ibu tak kan tinggalkan Isha dan kakak lagikan?”

“Tak. Anak-anak ibu lebih penting.”

Haziqah melihat suami. Suami dah ada orang jaga. Bukan seorang tapi dua. Tak perlu dia. Dia, yang dah tua di mata suami. Tak cantik. Kesetiaan dan cinta suami kepadanya dah ke laut. Tak guna nak bertahan lagi.

Emm idea dah datang. Terus sajalah. Hope you guys ok with it. Kalau tak ok, komen saja. Hai, rasa sunyi pulak tinggal sorang-sorang. Maybe boleh terus tulis... ????^_~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience