“Ok, get it out from your system.” Desak Ifza. Dia menarik beberapa helaian rambut adiknya.
“Tak ada apa nak trash out.” Isha menolak tangan kakaknya.
Ifza tidak percaya. Dia merangkul wajah adiknya. Lihat dalam-dalam ke mata Isha. Kesayuan mata ini pernah ada dulu. Arhg...
“Faaz? Riak wajah confuse ini tentu sebab Faaz. Isha, please walk out now. He will never accept you, Isha.
Faaz akan buang Isha sama seperti dulu.”
Ifza tampar lengan adiknya. Kalau boleh bukan setakat tampar, dia nak basuh kebodohan otak adiknya. Tak pernah belajarkah daripada kesilapan?
“Isha tahu. Kak, Isha benci dia. Lelaki egois tu boleh buat Isha gila. Sekejap dia ok, sekejap tak. Lebih-lebih lagi bila Zafrul atau Abang Qays datang kat pejabat. Dia tunjuk kebencian bagaikan dia ada hak nak treat Isha macam tu.”
Ah, lega. Ini bukan soal Isha cinta Faaz. Ini soal perangai buruk Faaz. Betulkan?
“Kak, Isha cuma nak kerja. Nak cari pengalaman. Banyak yang Isha belajar kat situ walaupun baru beberapa bulan Isha kerja. Lagipun Encik Zafri tu bos yang baik. Dia tunjuk cara buat kerja tapi dalam masa yang sama dia beri Isha peluang selesaikan masalah. Itu cabaran yang Isha suka. Dia percaya pada Isha.”
”Faaz tak?”
“Tak langsung. Asyik cari salah Isha. Semua appointment yang Isha atur untuk dia, ada saja yang tak kena. Isha macam nak give up.” Isha lepas keluhan lemah.
“No! Tak boleh berundur sebab orang lain nak kita berundur. Dalam soal kerja, Isha kena fight dia. Isha tak bodoh. Isha, adik kakak yang paling smart.”
Ifza melurut-lurut lengan adiknya. Bakal bernanah telinga Faaz kalau terus berani sakiti hati adiknya. Dia tak takut untuk berdepan dengan lelaki gila tu.
“Isha saja adik kak.”
Isha senyum. Dia saja adik yang pandai dan yang bodoh. Kakak Ifza tak ada pilihan. Terima jer.
“Satu-satu adik kesayangan kakak.” Dipaut bahu adiknya. Syukur dengan pemberian Allah.
“Kalau tadi Isha kata Isha masih ada hati dekat Faaz, kak akan desak Isha berhenti, kan?”
“Yap, cause you my dear sister have this thing, you get older but you just never get wiser.”
“Huh! Itu kata orang yang tidak pernah bercinta.”
“See, prove that I’m smart.” Ifza naik-naikkan kening. Wah, tahniah kepada diri sendiri!
“Yelah. Masalahnya apa Isha nak buat dengan perangai buruk Faaz tu? Lagi satu, tak kan Isha nak halang Abang Qays dan Zafrul datang ofis. Itu bukan ofis bapa Isha. Logiklah sikit.”
“Faaz jealous?”
“Itu yang Zafrul kata. Tapi Isha tak rasa Faaz jealous. Dia ego sebenarnya. Dia fikir dia masih ada hak terhadap Isha. Dia ingat Isha nak envy dengan sikap concern dia dengan siapa Isha kawan. Tolonglah, zaman envy tu dah lama mati. Mata Isha ni sudah terbuka untuk lelaki lain.”
“Bagus. Tunjukkan kepada Faaz tu yang Isha boleh dapat lelaki yang lebih baik daripada dia. Zafrul tu, ok juga dengan Isha.”
“Zafrul? Emm kenapa tidak Abang Qays?” sempat Isha mengusik.
“Kalau Isha desperate sangat, Isha boleh try dapatkan Qays tu. Tapi, tolong jauhkan dia daripada hidup kakak. Kahwin dengan dia, lepas tu tolong pindah ke bumi lain. Kita boleh jalin persaudaraan jarak jauh. Dari satu dunia ke satu dunia.”
Ifza ketuk ayat tak masuk akal seperti tak masuk akalnya Cik Hati memberontak tak setuju. Isha dengan Qays? Kenapa? Cik Hati tak suka. Nak nangis. Cik Hati tunduk. Cik Hati nak Qays.
Cik Jantung tercengang. Apa dah jadi? Tuan tanah dah buat laluan untuk Qays tu lalu dan singgah? Cik Hati nak Qays masuk? Bahaya ni. Cik Akal kata apa?
Cik Akal kata jangan layan. Cik Hati, tolong tutup pintu. Cik Jantung, tak payah nak panik. Tuan tanah tak kan buat laluan untuk mana-mana lelaki. Titik.
Iyalah tu. Isha ketawa. Tahu sangat Cik Hati kakak tu tak setuju dengan bicara yang bibir kakak keluarkan. Tengoklah perubahan riak muka kakak. Tengah bergelut. Benci tapi suka. Suka tapi tak nak mengaku.
“Sayang sekali Abang Qays tak nak Isha dan vice versa. Abang Qays sejak awal lagi nak kat kakak.
Semalam, dia dah merungut nak jumpa kakak. Dia kata rindu gila. Dah berkali dia suruh Isha aturkan pertemuan dengan kakak. Kakak pun satu, kenapa tolak bila Abang Qays ajak ke luar?”
“Tak senang kakak nak layan dia. Biar Encik Helang tu terbang sendiri.”
“Kejamnya.”
“Only when your Qays is concern!”
Biar kejam, janji selamat. Ifza keluar untuk mendapatkan ibunya di dapur. Laparlah pula. Dengar kata tadi, ibu nak buat karipap. Sedap tu.
My Qays? Isha senyum. Mati terduduk Abang Qays nanti. Kempunan tak dapat Kak Ifza. Haish, tak boleh jadi. Kena pelan sesuatu. Apa yer?
Apa kata, kurung kedua-duanya dalam rumah api setelah berikan mereka ubat tidur? Emm kena sediakan makanan. Tak boleh biarkan mereka mati kebuluran, kan? Tapi, tak perlu kot berikan ubat tidur dekat Abang Qays, Sebabnya, Abang Qays tentu rela dikurung dengan Kak Ifza kalau dia tahu. Wah, silap-silap hari bulan Abang Qays yang sediakan makanan. Siap dengan tempat tidur lagi. Ha ha ha...
Bukan main Isha bermain dengan bayangan sambil ketawa. Namun, ketawanya mati bila melihat mesej yang baru masuk di telefon pintarnya.
Mesej - Jaga Fadl esok. Datang rumah jaga dia. Kak Esah nak balik kampong. Saya ada hal penting nak attend.
Ya Allah, lelaki tu buat lagi! Hal penting ini mesti dengan Reeta. Hari lahir Reeta esok. Mesti Faaz tu nak sambut hari lahir Reeta.
Arg, melampau! Cik Hati dah menyala.
Ditekan nombor Faaz. Tak kuasa nak hantar mesej. Cakap terus.
“Tak boleh!” Isha laungkan sebaik saja Faaz jawap.
“Look, Fadl nak awak. Dia insist nak awak.”
“Jangan nak guna anak awak! I won’t fall for your tricks anymore Faaz. Kalau awak nak spend your precious times dengan Reeta, awak bawa Fadl sama. Maybe this time she won’t leave her panties around.”
“Ya Allah, awak dah gila. Saya dan Reeta bukan lover, ok.”
“As if I care. My answer still NO.”
Isha matikan talian. Kena keraskan hati walaupun dia tahu Fadl tentu kecewa. Dia suka Fadl tapi…ah, dia tidak boleh biarkan Faaz ambil peluang ke atas dirinya.
“Kenapa muncung? Marah siapa pula?”
Haziqah melangkah masuk. Ifza di dapur. Biarkan anak sulungnya tu sambung goreng karipap. Kalau dia masih di situ, alamat dia yang goreng. Anak daranya akan duduk makan saja. Malas.
“Faaz suruh Isha jaga Fadl esok. Kali ni kat rumah dia pula. Pembantu dia nak balik kampung. Melampau betul lelaki tu! Ingat Isha ni babu dia.”
Haziqah senyum. Laa kasihan anak cantik-cantik begini jadi babu? Tapi hairan pula, kenapa nak Isha jaga? Isha PA jer kot.
“Kenapa dia sendiri tak boleh jaga Fadl?”
“Itulah pasal. Dia nak seronok dengan girl friend dia, Isha pula disuruh jaga anak dia. Memang taklah!”
Oh, Faaz dah ada kekasih. Selamat Isha. Haziqah lurut dada. Betulkah selamat? Kekasih bukan isteri. Isha belum tentu selamat kalau Faaz tu masih dalam kategori mencari. Jadi? Haziqah garu dahi. Takut juga Faaz tu nak Isha. Buat Isha macam dulu.
Ah, tak payah tala aliran ke situ. Sekarang yang penting ialah Fadl. Dia dah sayang Fadl sejak pertama kali dia jumpa Fadl. Kali ini letak Fadl dulu.
“Apa kata Isha ikut saja. Kasihan Fadl tu. Ibu rasa Fadl tu sunyi. Lagipun esok tinggal Isha sorang-sorang kat rumah ni. Ibu nak ikut Auntie Sheena ke rumah anak-anak yatim tajaannya. Dia minta ibu ajar budak-budak kat situ melukis. Abah Isha dah izinkan. Kakak Isha pula awal-awal pagi dah nak ke Batu Pahat. Ada event kat sana. Jadi tinggal Isha saja.”
“Ibu, esok Isha dah plan nak tidur sampai petang. Bangkit untuk solat saja.”
“Issh, tak baik anak dara tidur lama-lama. Kalau Isha tolong jaga Fadl tu, dapat juga kutip pahala.”
“Jaga Fadl tu Isha tak kesah tapi masalah besar ialah perangai daddy dia. Semakin demanding nanti.”
“Demanding Faaz akan berhenti bila Isha kahwin atau berhenti kerja.”
“Kahwin? Betul juga. Isha boleh tayang suami hansem Isha dekat dia. Biar terbeliak biji mata dia.”
Isha ketawa. Kena mula gear cari jodoh ni. Mata biru satu!
Ketawa Isha mati bila telefon berbunyi. Haziqah keluar meninggalkan Isha bila terdengar Ifza memanggilnya. Hai, kenapa pula? Masakan dah hangit karipap tu.
“Wa'alaikumussalam Abang Qays.” Isha jawap salam Qays.
“Isha, Sabtu depan kita ke Krabi. Abang dah book hotel.”
“Ok. Kita berdua saja. Ibu dan Kak Ifza tak boleh ikut.”
Seloroh Isha. Ketawa besar mendengar bunyi tindak balas tidak puas hati Qays.
“Wheoi mana boleh! Yang penting kakak Isha tu mesti ada.”
“Dalam satu bilik?” Seloroh Isha menjadi-jadi.
“Nakal yerrrr. Tapi ok juga.”
“Gatal yerrr.” Naik turun kening Isha.
“Laa Abang Qays bukan nak buat apa-apa pun. Tapi seriously trip ke Krabi ni mesti jadi. Isha kena make sure Ifza ikut.”
“Ok, bakal abang ipar.”
Hai, bukan main suka Qays. Berdoa Allah izinkan dia jadi abang ipar Isha.
“Terima kasih bakal adik ipar. Bye for now.”
Bakal adik ipar masih senyum hinggalah telefonnya berbunyi lagi. Faaz. Lelaki ini tentu nak terus desak dia jaga Fadl. Issh, tak reti bahasa!
Malangnya bukan suara Faaz yang melantun apabila Isha jawap tapi suara Fadl.
“Auntie Isha, daddy kata Fadl kena ikut daddy. Fadl tak nak. Fadl nak auntie Isha. Tolonglah Auntie Isha. Fadl janji Fadl akan tak kan ganggu auntie Isha. Fadl akan duduk diam-diam saja. Fadl akan jadi budak baik. Fadl… ”
Tersentuh hati Isha mendengar. Suara Fadl seperti nak menangis.
“Ok-ok. Fadl sayang, auntie akan jaga Fadl. Esok auntie ke sana. Sekarang auntie nak cakap dengan daddy Fadl. Daddy Fadl ada kat situ kan?”
Telefon bertukar tangan.
“Thanks Isha.” Pantas bicara Faaz.
“Awak memang jahat. Sengaja guna Fadl untuk suit agenda awak.” Desis Isha.
“Look, bukan saya ok. Fadl yang desak nak cakap dengan awak. Dia tak nak ikut saya. Dia prefer awak.”
“Hah!” Dia tahu Fadl tak akan berani merengek jika tidak dengan kebenaran Faaz.
Faaz hanya ketawa. Lega akhirnya Isha setuju.
“Thanks again Isha.”
“Jangan nak thanks sangat. Saya ada syarat.”
Beralah tidak semestinya dia akan lepaskan Faaz. Masa untuk letak syarat.
“Ah, dah agak.”
“Mulai sekarang, semua appointment saya buat untuk awak, awak kena ikut. Tak boleh change last minute, apa lagi cancel any meeting yang saya arrange.”
“No fun in doing that my PA.”
Jadi betullah Faaz sengaja nak huru hara kerjanya. Fun konon! Dia yang merana nak atur balik semua urusan dengan klien. Itu pun setelah merah telinga mendengar leteran klien. Lelaki ini sengaja nak menyusahkan hidupnya.
“Deal?”
“Fine. You win.” Faaz senyum. Setuju asalkan Isha ada di rumahnya esok.
“Lagi satu, saya akan ke rumah awak tapi saya akan bawa Fadl keluar shopping. Is that ok with you, Mr Bully?”
“Ok Miss Perfect. Awak ada bodyguard ikut awak shopping?”
“Of course. My Abang Qays will be my perfect bodyguard.”
Sengaja nak tambah perisa. Tapi bagus juga kalau ajak Abang Qays shopping esok. Abang Qays boleh dapatkan diskaun kalau mereka ke butik yang Abang Qays bawa dia dulu. Yang bestnya, Abang Qays rajin belanja. Tak lokek.
“Awak tak rasakah yang Qays tu too old for you.” Berdetik suara cemburu.
“Tentu sekali tak. Taste saya dah berubah. Abang Qays tu mature. Yang penting dia tak menyakitkan hati saya. Saya bahagia bila bersama dia. Dahlah saya ada kerja nak buat. Bye.”
Isha terus matikan talian. Tak boleh layan lebih-lebih. Bahaya bagi hati sendiri. Emm keluar dengan Abang Qays, boleh ajak Kak Ifza sekali kot. Abang Qays tentu suka.
Sementara itu, Faaz merenung tajam telefon pintar sendiri. Seperti nak lempar saja. Sakit hati dengar pengakuan Isha. Isha bahagia bersama Qays! Arghhhhhhhh. No way Qays akan dapatkan Isha! No way!
Selamat pagi guys. Bab ni pendek sebab Cik Akal baru buka pintu dia. Cik Hati yang teruja nak mula. Emm dah ucap salam sayang dekat insan tersayangkah? Hehehe... jangan lupa doa dia bahagia you guys dulu. Say it aloud - I'm going to make a very beautiful life for myself everyday. Ok guys. See you in next chapter.
Share this novel