BAB 13

Romance Completed 25825

“Kak, dah 77 kali tau Isha minta maaf. Tak kan nak marah lagi. Kesian kat Isha.” Renget Isha. Melurut lengan kakaknya.

“Hah, kesian kat Isha? Isha tu yang tak kesian diri sendiri. Kenapa biarkan Si Faaz tu take advantage? Isha hanya PA bukannya nanny yang nak kena jaga anak dia.”

Ifza menampar tangan Isha. Lepas geram. Sengaja cari penyakit. Qays pun satu, bukan nak halang tindakan bodoh Isha.

“Betul, tapi Isha buat bukan sebab Faaz tu bos Isha tapi sebab Fadl. Tak kan Isha nak biarkan Fadl sorang-sorang kat rumah dia.”

“Itu masalah Faaz bukan masalah Isha! Kalau Isha tolak, tentu Faaz tu tahu macam mana nak handle. Sebelum Isha ada, budak tu dia tinggal kat siapa kalau pembantu dia tak ada? Lelaki tu sengaja nak bodohkan Isha.” Dengus Ifza.

“Dahlah Ifza, benda dah jadi.” Kali ini Haziqah pula cuba pujuk Ifza.

“Ibu, Ifza tak nak sejarah berulang. Dulu Faaz pancing Isha ni dengan ayat-ayat cinta, sekarang Faaz guna anak dia pula sebagai umpan.”

“Kak, Isha bukan ikan!” Mula geram. Kakak ni dah over.

“Isha memang ikan yang akan Faaz salai lagi kalau Isha ikut saja kata dia!”

Isha bangun. Berjalan ke jendela. Membuang pandangan dari bilik deluxe di Hard Rock Hotel ke bawah. Mula lemas dengan bentakan kakak yang keterlaluan. Sepanjang perjalanan dari rumah, kakak terus masam mencuka. Nasib baik ibu dan Abang Qays, ok walaupun pada awalnya mereka juga mempersoalkan tindakannya bawa Fadl bersama mereka. Issh ini semua salah Faaz! Spoilt cutinya.

“Ok, ikan salai ni nak pi jaga anak ikan piranha.” Isha keluar dengan muka moyot.

“Hai, kalau ibu tahu dua-dua nak buat perangai, dah tentu ibu tak nak ikut.”

“Ifza minta maaf, bu.”

Ifza raih tangan ibunya. Menyesal membiarkan diri terus melayan perasaan marah.

“Iyelah tapi jangan terus marah macam ni. Ibu percaya, Isha hanya buat apa yang dia fikir betul. Lagipun
kasihan Si Fadl tu. Ibu dapat rasakan dia pun tak selesa dengan kita.”

“Mungkin dia ikut perangai daddy dia. Berlagak. Ingat kita ni low class.”

“Ifza, ibu tak suka Ifza macam ni. Jangan benci Fadl sebab Faaz. Tak adil. Lagipun adik Ifza nak kutip pahala cara ni, apa salahnya. Dia nak ambil jalan lurus. Jalan orang yang Allah kurnia nikmat, bukan jalan orang yang Allah murkai. Bukan juga jalan orang yang sesat.”

Ifza ternganga. Ibu ni biar betul. Maksud Surah Al-Fatihah?

Itulah salah satu kebijaksanaan ibu awak, Cik Ifza. Cik Akal bersuara. Cik Hati setuju.

Haziqah senyum. Emm dah jentik sedikit hati anak perempuannya ini. Kita lihat apa jadi.

“Ok. Jom kita cari Isha. Entah pantai manalah ikan salai tu berjemur.”

“Jom.” Haziqah raih tangan anaknya. Alhamdullilah dah sejuk.

Ifza tidak payah cari jauh-jauh. Isha, Qays dan Fadl sedang melepak di tepi kolam renang. Mata kecil Fadl terus menangkap wajahnya. Entah apalah yang bermain di kepala budak tu. Eh, apa hal Qays juga ikut?

Cik Hati, nak tahu apa yang bermain di kepala lelaki tu tak? Soal Cik Jantung.

Ah, tak payah! Sengihan lelaki itu saja dah macam minta penampar. Tumpu saja kepada adik sendiri yang asyik merenung air kolam. Agaknya semalam ada bintang jatuh ke dalam kolam renang tu.

Ifza melangkah dekati adiknya. Dia berhenti betul-betul depan Isha. Pangku wajah adiknya.

“Isha, kakak minta maaf.”

“Wow, I can’t believe it! She can really says sorry.” Usik Qays. Ketawa bila Ifza memanah jelingan tajam.

“Boleh Fadl balik ke bilik?” ujar Fadl. Terasa tidak perlu dia berada di situ.

“Nope. Selepas makan baru boleh balik bilik. Kita pergi makan pizza, ok?”

“Tak apalah Uncle Qays. Fadl tak nak susahkan sesiapa.”

Fadl kembali melihat Ifza.

”Cik Ifza, Fadl minta maaf buat Cik Ifza marah. Spoilt cuti Cik Ifza. Tapi Fadl janji Fadl akan duduk dalam bilik saja sepanjang Fadl ada di sini. Cik Ifza anggap saja Fadl tak ada. Fadl harap Cik Ifza boleh terus cuti ini dengan gembira. Lagi sekali Fadl minta maaf.”

Isha pecah ketawa. Haziqah senyum sambil menggeleng.

Qays pula sudah parkir kedua-dua kening di atas. Get real! Is this really Faaz’s son? Dulu dia pernah juga jumpa Fadl dengan Faaz. Budak ni tak banyak bercakap. Sekadar salam dan berdiri tepi. Agaknya dah dilatih Faaz begitu. Faaz pun seperti tidak mahu sesiapa dekat dengan anaknya.

Reaksi Cik Ifza macam mana? Well, Cik Ifza seperti tak percaya. Wheoi, ini bicara budak lima tahunkah? Formalnya bahasa.

“Cik Ifza nak buat apa sekarang?” Isha menepuk-nepuk bahu kakaknya.

“Melampau betul budak ni. Boleh pulak buat kakak rasa bersalah. Faaz buat apa kat anak dia?” Bisek Ifza.

“Faaz brainwash anak dia supaya berhati-hati dengan kita.” Bisek Isha.

Hah brainwash! Tengok siapa brainwash siapa. Bentak Ifza dalam hati.

“Fadl tak perlu nak duduk dalam bilik. Fadl ikut kita orang. Lagi satu, jangan panggil Cik Ifza. Panggil Auntie Ifza dan ibu auntie ni… hmm… “

“Wan Iqah.” Sambung Haziqah bila Ifza masih terkial-kial.

“So, let’s go and eat, smart boy.”

Qays meraih tangan Fadl. Fadl ikut langkah Qays. Biarkan tapak tangannya dalam genggaman Qays buat seketika sebelum menariknya. Dia berjalan di sebelah Qays dengan tangan di dalam kocek seluar. Haziqah yang berjalan di belakang mereka merasa sayu. Ternyata Fadl tidak mudah didekati.

“Isha, mana mama Fadl?”

“Faaz kata kat Istanbul, bu.”

“Kenapa mama dia tak bawa Fadl tinggal dengan dia?”

“Entah. Faaz tu bukannya nak cakap sangat pasal ex dia. Siap warning Isha jangan tanya. Dia tak suka.”

“Bagus. Tak payah sibuk nak tanya dah apa-apa. Kita kat sini bukan nak cakap pasal ex Isha tu.” Ujar Ifza. Baginya tidak perlu langsung adiknya campur hal peribadi Faaz.

“Baik cikgu.” Isha tarik hujung tudung kakaknya. Mempercepatkan langkah mendapatkan Qays. Perut dah menjerit lapar.

Selepas makan, mereka menghabiskan masa bersiar-siar di tepi pantai. Isha tabik cara Qays layan Fadl. Tembok kecil yang dibina Fadl sedikit demi sedikit berjaya diruntuhkan Qays. Dah boleh relaks. Haa sekarang baru nampak macam perangai budak 5 tahun. Rajin bertanya pula tu. Tukang jawab, mestilah Sifu Qays. Jangan tak percaya, Kak Ifza juga rajin layan Fadl tapi cara Kak Ifza lebih kepada motivasi. Kak Ifza suruh Fadl bina robot daripada pasir pantai setelah Fadl melukisnya di atas kertas. Berbakat rupanya Fadl dalam seni lukis. Sama macam ibu.

“Awak jangan sibuk nak tolong dia!”

Kedengaran amaran Ifza bila Qays meletakkan gumpalan pasir untuk membentuk tangan robot yang sedang Fadl buat.

“Sayang, abang tolong sikit saja.”

Wah, bukan main hero balas.

Zapp darah dah pancut ke muka! Sayang? Abang? Memang melampau. Dia melihat sekeliling. Hah, adapun ranting kayu. Diambilnya.

“Kalau berani, tolonglah!” Tukas Ifza.

“Hai semakin sayang marah, semakin cantik. Macam nak peluk pula.” Semakin sakan Qays mengusik.

“Awak!” Meletup kemarahan Ifza. Ayun ranting ke atas. Lancar perang peribadi.

Malangnya Qays sudah membuka langkah. Ketawakan Ifza dari jauh. Boleh pula Ifza mengejarnya.

“Apa dah kena dengan kakak Isha tu? Tak pernah dibuatnya kejar lelaki macam tu.”

Tergamam Haziqah. Dia yang sedang melukis, berhenti melihat telatah anak daranya.

“Go, Abang Qays go!” Isha sorak gembira.

Wah, Abang Qays hero pemecah tembok hari ni! Mula-mula Fadl, sekarang Kak Ifza.

“Cute kan Abang Qays dan Kak Ifza macam tu, bu?”

“Cute? Hambat lelaki macam tu cute? Hai, dah tak fahamlah ibu dengan perangai kau orang ni.”

Haziqah geleng. Entah apa dah kena dengan Ifza. Sejak ada Qays, buat perangai pelik-pelik.

“Tak payah faham, bu. Terima saja seadanya.” Seloroh Isha. Kalih melihat Fadl.

“Fadl, nak auntie tolong? Sekarang Auntie Ifza dah tak ada, bolehlah auntie tolong.” Isha duduk bersila di tepi Fadl.

“Tak apa auntie. Fadl nak buat sendiri.” Balas Fadl ceria. Dia menambahkan segumpal pasir untuk buat kaki robotnya.

“Ok sayang.”

sha keluarkan telefon pintarnya dari kocek seluar baggy yang dipakainya dan mula mengambil gambar Fadl. Simpan untuk kenangan. Tak boleh hantar kepada Faaz. Nanti banyak songeh pula lelaki tu.

“Nanti kita lukis sama-sama yer Fadl. Fadl boleh guna cat warna wan. Kita boleh lukis suasana matahari terbenam dari balkoni bilik hotel wan.” ujar Haziqah. Gembira ada teman kecil yang juga minat melukis.

“Tak apakah wan? Nanti kotor. Makcik Esah tak bagi Fadl buat kotor. Dia marah.” Fadl bicara perlahan.

Berdesing Isha mendengar. Mak Esah tu dah gila kot. Biasalah budak-budak buat kotor. Nama pun budak. Bukannya robot. Issh sebab itulah agaknya Fadl jadi macam ni.

Isha mendekati Fadl. Memangku wajah Fadl agar melihatnya.

“Fadl, tak ada sesiapa kat sini pun yang akan marah Fadl. Biar kotor. Kita boleh bersihkan. Yang penting Fadl gembira.”

“Hari ini Fadl gembira. Terima kasih auntie.”

“Sama-sama sayang.”

Ifza dan Qays kembali. Qays tersengih seperti budak nakal yang menang pertarungan. Ranting kayu sudah bertukar tangan. Sekarang di tangan Qays. Riak Ifza juga tidak seperti tadi. Lebih…emmm... apa yer? Muka merah sebab masih marah atau malu? Hairan, apa dah jadi?

“Abang Qays buat apa kat Kak Ifza? Buli dia?” Isha tak sabar nak tahu.

Qays pecah ketawa. Buli? Tentu sekali tidak. Semasa Ifza kejarnya tadi, Ifza tersandung batu dan jatuh. Dia dah nak tolong angkat tapi dengan pantas Ifza jerit jangan. Siap angkat jari beri amaran. Hati lelakinya desak suruh tolong juga. Setidak-tidaknya paut bahu Ifza supaya Ifza boleh berdiri. Dia ikut kata hati. Tangan dah sentimeter nak sentuh. Malangnya, ayunan kayu yang masih dipegang Ifza sampai dulu. Aduh. Bukan sebab sakit kena kayu tapi sakit tak tercapai niat nak sentuh Ifza. Padan muka. Jentik Encik Akal. Jahat lagi.

“Isha tengok kakak Isha tu macam boleh dibuli sesiapa?”

Qays naikkan kening sebelah. Cekak pinggang. Tayang senyuman kucing. Tengok Ifza.

Isha ikut gaya Qays. “Emm tak.”

“Tahu pun. Jadi awak, Si Burung Helang, jangan berani nak dekat!” Ifza tuding jari kepada Qays sebelum berjalan mendekati Fadl.

“Fadl dah habis?”

“Dah.” Fadl angguk. Harap-harap Auntie Ifza suka dengan robot pasirnya.

Ifza dan Qays terpegun melihat robot pasir yang Fadl buat. Robot itu sama seperti yang dilukis. Pandai rupanya budak ni. Isha dan Haziqah awal-awal dah terpegun dan memuji Fadl.

“Fadl baring di sebelah robot Fadl. Isha, tangkap gambar.” Arah Ifza.

Fadl tidak teragak-agak ikut arahan Ifza. Tak kesah kalau bajunya kotor. Biarlah. Bukan ada daddy dan Mak Esah di sini yang nak marah.

“Nanti hantar kat Faaz. Katakan kita dah berjaya brainwash anak dia. Fadl dah masuk geng kita.” Bisek Ifza setelah Isha tunjukkan gambar yang diambilnya.

“Isha, ambil gambar Abang Qays sama.”

Qays baring sebelah Fadl. Fadl ketawa bila Qays menggeleteknya. Isha tidak berhenti mengambil gambar mereka. Sukanya melihat telatah Qays dan Fadl.

“Bu, Isha yakin Abang Qays tu boleh jadi abah yang baik.” Bisek Isha.

“Bukan setakat jadi abah tapi jadi seorang suami yang baik.”

“Dengar tu kak. Ibu dah approve. So, Abang Qays tu baik untuk kakak.” Isha merangkul pinggang kakaknya.

“Tak ada lelaki yang baik.”

Ifza tidak mahu terperangkap. Tak mungkin dia terima Qays walaupun Qays mungkin serius dengan pertunangan ini semua.

“Dahlah.” Qays berdiri dan menarik Fadl berdiri. “Fadl, jom mandi laut.”

Fadl sapu-sapu pasir di seluarnya. Dia geleng. “Fadl tak tahu berenang.”

“Uncle ajar.”

“Tak apa uncle. Fadl tunggu sini.” Disepak-sepak pasir pantai.

Ifza geleng. Hai, budak ni nak masuk balik dalam kepompong. Tak boleh biarkan.

“Kalau Fadl tak tahu. Fadl kena belajar.”

“Tapi...”

Ayat Fadl tergantung kerana dia tidak tahu bagaimana lagi nak menolak. Alasan apa nak di beri. Hati kecilnya mula gusar. Takut. Ketakutan yang terpapar di wajah. Dia lihat Isha. Satu-satunya insan yang dia harap dapat menolongnya.

“Fadl takutkah?” Tanya Isha perlahan.

Fadl angguk. “Fadl tak pernah masuk sana.” Fadl tunjuk ke arah laut.

Sebenarnya, inilah pertama kali Fadl ke tepi pantai. Dia hanya lihat pantai di kaca tv. Apa yang dia tahu kebanyakannya daripada menonton rancangan di tv, buku dan apa yang diajar oleh Madam Anne. Madam Anne, cikgu pesara yang akan ke rumahnya dua kali seminggu untuk mengajarnya.

“Daddy Fadl tak pernah bawa Fadl? Err... bercuti kat mana-manakah?”

“Daddy sibuk. Fadl tak boleh ganggu daddy.”

Isha duduk melutut depan Fadl. Renung wajah Fadl. Anak ini kesunyian. Menyusup perasaan kasihan dan kecewa. Faaz tu dah kenapa? Dia bela anak atau bela anak patung? Tak kan tak ada masa nak bawa anak ke tepi pantai pun? Kerja peguam jer pun. Bukannya ambil alih kerja semut. Rajin memanjang.

“Ok, Fadl tak payah ikut uncle. Kita main tepi pantai jer, ok sayang?”

Isha senyum. Berdoa Fadl buka ruang untuk dia. Sejujurnya dia dah mula sayang Fadl.

“Ok.” Fadl angguk gembira. Pertama kali dia dibenarkan menang dan bebas. Selalunya dia terpaksa ikut arahan orang dewasa.

“Laa tak best mandi sorang-sorang. Awak, jom teman saya.”

Qays tala mata kepada Ifza. Kalau Ifza tak tahu berenang, dia sanggup ajar. Tentu sekali tidak ada sentuhan. Ha ha ha...

“Ifza, Qays melawak jer tu.”

Haziqah genggam lengan Ifza. Halang Ifza. Ifza dah kutip seketul batu kecil dan tuju ke arah Qays. Hai, tak faham dengan perangai Qays. Nak melawak pun tengoklah keadaan dan dengan siapa yang dia nak buat lawak.

Qays senyum. Hai, nasib baik ada yang halang kalau tidak, agaknya, dah benjol kepala. Jarak dia dengan Ifza bukannya jauh sangat.

“Betul. Melawak jer. Tapi... “ Qays undur beberapa buah tapak. Ambil jarak selamat sebelum habiskan ayat.

“Kalau awak tak tahu berenang, saya boleh ajar. Ingat, tak tahu kena belajar.” Qays pecah ketawa. Ambil balik ayat Isha dekat Fadl tadi.

“Saya tahu berenanglah.”

Wah, Ifza laung dengan bangga. Tak sia-sia Nisah, kawannya ajar dia berenang walaupun pada mulanya dia menolak.

“Ok, bila kita dah kahwin, awak kena buktikan.”

Sakan Qays mengusik lagi sebelum berlari menuju ke laut. Takut juga benjol kepala.

Haziqah tepuk dahi. Isha pecah ketawa. Ifza? Ifza terbeliak.

Ya Allah, lelaki tu memang gila! Gila. Gila. Gila!

Emm... satu lagi bab you guys. Ingat nak pergi bercuti tapi tak cukup sekupang. Ha ha ha... Barang semua dah naik harga sekarang. Harga garam jer maintain }: Boleh angan ke bintang sajalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience