Bab 10

Romance Completed 33336

Bab 10

"ADIK bangun."

Kepala berat. Badan sakit. Aku dengar macam ada orang panggil. Samar-samar pandangan aku. Kelopak mata dipisat-pisat. Saif terpacul wajahnya di sisi aku yang sedang baring memeluk lutut. Dia mengelus lembut ubun-ubunku. Selesa. Mata aku ditutup kembali. Enggan bangkit dari tidur dan berubah posisi.

"Adik bangunlah dah pagi ni. Adik kerja tak hari ni?"

Serta-merta aku bangun tegak menghadap Saif. Kepala aku digosok-gosok. Apabila baju terasa bergesel dengan kulit, aku pantas mengaduh.

"Aduh. Ssttt."

Desitan dari bibirku buat Saif berkerut. Aku tahu dia tertanya-tanya. Ligat tangan Saif menilik seluruh tubuh aku. Lengan baju yang panjang, disentengnya. Tersembul biji mata Saif melihat kulit aku yang jelas merah menyala. Kain labuh aku diselak pula sehingga paras lutut. Begitu banyak kesan sebatan. Berbirat. Merah. Lebam. Riak wajah Saif berubah khuatir. Aku nampak perubahan air mukanya. Namun aku diam. Saif ketap gigi. Rahangnya bergerak. Aku lihat tangannya mengepal buku lima. Perlahan-lahan aku raih tangan Saif. Buku limanya, aku leraikan. Seraya itu, aku menggenggam celah jemari dia. Aku geleng kepala. Cukup buat Saif faham bahawa aku tak mahu dia marahkan ayah. Dia mengeluh berat. Aku cuba ukir senyum. Gagal. Terlalu pahit rasanya untuk aku menguntum senyum.

"Adik nak abang tahan sampai bila? Abang dah lama sabar dengan ayah. Abang sayang adik. Adik tolonglah, abang merayu, tolonglah defend diri adik. Abang tak selalu ada dengan adik."

Sayu aku dengar Saif berkata begitu. Aku terkelu. Bukannya aku tak pertahankan diri. Tapi aku tak mampu. Aku terlalu lemah. Aku tak sanggup. Dia ayah aku. Keluarga aku. Darah daging aku. Aku bukan sekejam itu untuk membalas segala perbuatan ayah. Aku masih waras. Aku hormat ayah. Saif kulihat membisu. Tahu dia bebal dengan sikap ayah. Mungkin dia kecewa dengan diri dia? Dia tak ada semasa aku perlukan dia. Dia sibuk ketika ayah membedil aku. Barangkali kerana itu, Saif diam. Aku tak marah Saif. Aku tak salahkan dia. Aku tahu dia sibuk.

"Can I take an emergency leave today? I feel bad, abang."

Aku terus peluk Saif. Pedih badan aku. Tapi aku biarkan. Pelukan aku dibalas. Belakang badanku diusap lembut. Penuh kasih sayang. Mata aku dipejam rapat. Butiran mutiara mulai turun. Entah kenapa aku rasa sebak. Nasib aku memang malang ke? Aku rasa macam aku patut mati. Biar tak ada orang yang perlu fikir pasal aku. Sebab aku cuma beban.

"Abang." Pelukan dileraikan. Aku pandang mata Saif.

"Can we spend time together today? Just the two of us?" Aku tanya dia.

"Adik ajak abang date ke ni? Hehehe."

Seraya itu hidungku dicuit. Ketawa halus kami berdua meletus juga akhirnya. Lapang sedikit dada aku selepas bercakap dengan Saif. Lelaki yang paling aku sayang di dunia ini. Datanglah sejuta manusia yang berwajah kacak, Saiflah jejaka yang paling aku sayang. Di hati aku, dia yang pertama. Ayah? Err. Hm.

"Bersiap okey? Kita keluar hari ni."

Saif menguntum senyum paling manis buat aku. Senyuman yang mampu menyejukkan hati aku. Senyuman yang berjaya mendorong bibir aku melakar senyum juga. Senyuman yang paling menenangkan pernah aku lihat. Lelaki itu berlalu keluar dari kamar aku. Bersiap mungkin? Aku kena bagitahu Fazira yang aku ambil cuti hari ni. Aku bangun menuju ke meja solek. Tapi, mana telefon aku? Mata aku liar mencari telefon. Aku rasa macam aku letak sini semalam? Monologku sendiri.

"Abang! Call telefon adik jap!"

Laungku ke kamar sebelah, kamar Saif. Beberapa ketika kemudian, aku dengar getaran telefon di atas lantai. Lagu tema kartun animasi BoboiBoy menyapa gegendang telinga.

"Alien datang menakluki bumi, demi koko yang dicari-cari."

Ada cahaya kecil dari bawah almari baju aku. Telefon aku ada bawah almari? Spontan aku tunduk ke lantai. Gaya seperti mahu sujud. Mata aku dihalakan ke arah cahaya itu. Macam mana pula kau boleh terlempar sampai sini hah? Rungutku dalam hati. Tangan aku dipanjangkan. Mencapai gajet itu yang tersembunyi di bawah almari baju. Susah juga. Ruangnya muat-muat dengan saiz tangan aku saja. Aku meraba-raba permukaan mozek putih itu. Tiba-tiba aku terpegang sesuatu. Bukan telefon. Aku yakin. Macam kertas? Atau duit? Aku ambil saja benda itu. Setelah dikeluarkan dari bawah almari, aku amati objek di tangan aku. Sehelai foto lama. Hitam putih. Kertas yang setebal dua helai kertas A4 itu sudah kekuningan dek usang. Aku pegang dengan hujung jari. Kemudian ditiup-tiup foto itu sampai aku yakin habuknya berkurangan. Aku teliti wajah yang terpapar dalam foto itu. Gambar seseorang sedang senyum ke arah seorang bayi di atas sofa. Malang. Kedua-dua wajah itu tidak jelas. Ada bekas lipatan pada foto itu. Permukaanya juga kelihatan mengelupas dan terkoyak sedikit.

Gambar siapa?

Aku tertanya-tanya. Foto itu diterbalikkan. Belakangnya ada abjad yang aku tak berjaya fahami. Abjad tersebut tertulis di bahagian sisi dan bucu. Satu per empat saja kelihatan abjadnya. Kalau dilihat sekilas, nampak macam garisan biasa. Selepas diteliti betul-betul, ia adalah abjad yang tak lengkap. Dipusing-pusing foto itu ke kiri dan ke kanan, ke atas dan ke bawah. Tapi aku tetap tak faham huruf apa yang ada di situ. Aku tak tahu siapa punya? Gambar siapa? Sejak bila ada di bawah almari? Macam mana boleh ada di situ?

Setelah dibelek-belek foto itu, hm takda yang menarik. Biarlah. Bukan penting pun Mel. Aku bangun dan lempar foto itu ke dalam laci. Permukaan lantai diraba lagi. Gotcha! Aku dapat telefon aku. Kondisinya teruk juga. Retak habis pelindung skrin yang diperbuat daripada kaca itu. Lantak ah. Kisah apa aku?

*

ALAMANDA Putrajaya. Itu destinasi kami pada hari ini. Macam biasa. Aku pakai baju T berlengan panjang dan sehelai jeans longgar. Sweater? Tidak lagi. Rambut panjangku ditocang satu. Usai memarkir kereta, kami berjalan beriringan. Sengaja aku pautkan tangan aku pada lengan Saif. Kalau orang pandang kami, confirm dia orang kata kami adalah kekasih. Hakikatnya kami mempunyai pertalian darah yang begitu rapat. Aku rasa selamat setiap kali Saif di sisi aku. Dia bagaikan hero aku. Aku sayang dia. Aku sayang kau Saif. Adik sayang abang. Bisikku dalam hati.

"Adik mandi ke tak tadi?"

Saif tiba-tiba bertanya.

"Mandi ah. Kenapa?"

"Abang ingat nak humban adik dalam kolam tu."

Bibir Saif dimuncungkan ke arah sebuah kolam yang ada di luar bangunan Alamanda itu. Cis! Aku terus kejar ah si Saif tu. Bahu dia aku pegang kuat! Lepas tu aku panjat belakang badan dia! Biar dia gendong aku! Muehehe.

"Beratlah sayang oi! Adik usung hantu raya ke apa hah? Berat bukan main lagi!" Usiknya lagi.

"Hesy mulut! Adik sumbat cili kang."

Aku memicit-micit pipi Saif sampai mulutnya muncung. Terkekek aku gelakkan dia yang tercungap-cungap nafasnya. Hahaha muka dia macam orang tak cukup oksigen. Aku mendapati semakin banyak mata yang melirik ke arah kami. Eleh jealous ah tu. Aku sweet dengan Saif. Kau orang hado? Siblings date hari ini, Saif ajak tengok wayang. Cerita kegemaran aku. Transformers : Dark Of The Moon

Teruja!

Macam tahu-tahu saja aku tengah kempunan nak tengok cerita tu. Rindunya kat Optimus Prime dan Bumblee Bee. Comel! Tiket yang Saif beli bertukar tangan. Aku belek. Dua setengah petang. Sekarang baru pukul satu lima puluh minit. Empat puluh minit kena tunggu. Pergh lama sia! Huh bosan. Tanpa sedar aku melepaskan keluhan.

"Aik? Tak seronok ke abang ajak date hari ni?"

"Eh mana ada. Adik happy sangat bang."

Aku melakar senyum paling manis buat Saif. Dia tergelak kecil sebelum menggelengkan kepalanya. Leher aku ditarik ke dalam pelukannya. Kepala aku dia sembamkan ke dadanya. Nafas panjang aku hela. Tenang. Betapa aku inginkan ketenangan seperti ini setiap masa. Aku mengeluh lagi di luar kesedaran.

"Abang dengar adik mengeluh. Kenapa? I bring you here to make you happy. Just don't think about useless things dik. Now fikir how to make yourself happy."

Aku mengeluh ke tadi? Tak perasan pun? Tapi, wow. Dia dengar. Aku merangkul pinggang Saif. Peluk dia serapat mungkin. Ya Allah aku sayang abang aku. Di kala ayah benci aku, Kau anugerahkan Saif yang begitu sayangkan aku. Alhamdulillah. Saif mengelus kepala aku.

"Adik kenal tak orang tu?"

Saif tunjuk ke arah seseorang. Tubuh aku spontan ditegakkan. Aku mencari kelibat 'seseorang' itu. Siapa Saif oi? Aku tak nampak sesiapa pun?

"Mana?"

"Ala dah pergi dah. Abang nampak dia usyar adik tadi. Ingatkan dia kawan adik ke apa."

"Fuzzy ke?"

Saif terus toleh pandang aku. Pandangan kami bertaut. Dia geleng. Aku jongket bahu tanda tak tahu.

"Lelaki."

"Adik mana ada kawan lelaki. Hah! Abang hutang dengan adik!"

Aku tuding jari telunjukku ke muka Saif. Bercantum alisnya seketika. Terkejut kut? Haha. Dia dongak kepala tanda bertanya 'apa?' kat aku.

"Story sikit apa cerita abang and Fuzzy? Since when hah?"

Saif tersengih-sengih sambil menggosok belakang kepalanya. Aku sumbat converse aku dalam mulut kang, langsung tak boleh sengih.

*

SEMPAT Saif belanja aku beli baju kelmarin. Beria-ia dia gelakkan aku sebab beli baju yang feminin. Wey aku pakai untuk kerja saja okey! Kat luar memang tak ah nak pakai kain dengan blaus bagai. Rimas. Rasa lapang dada dan hati aku tidur semalam. Aku bebas dari pukulan ayah. Semua sebab Saif. Kalau dia ada, ayah tak pukul aku. Tak tahu kenapa. Ayah benci aku. Tapi tak pula pada Saif? Pelik. Tapi itulah hakikatnya. Lama aku tunggu Haikal panggil aku masuk ke biliknya. Tapi takda tanda-tanda begitu. Langsung. Dia marah aku lagi ke? Ish takkanlah? Aku dah pujuk bagai nak rak! Merelakan jasad aku pakai kain dan blaus, itu satu pengorbanan tau! Coklat lagi. Kad lagi. Geli pula bila teringatkan idea gila si Fazira. Dia belajar dari mana pun tak tahulah. Minum Dugro kut boleh jadi cerdik macam tu.

"Hesy tak boleh jadi ni! Baru dua hari lepas aku berbaik dengan dia. Takkan marah lagi?"

Aku bercakap dengan diri sendiri. Tak puas hati. Selalunya pagi-pagi lagi dah sibuk nak interkom aku suruh buatkan nescafe untuk dia. Lepas tu pesan macam-macam! Jangan letak garamlah, jangan sampai tawarlah, itulah, inilah. Aku pasang tekad. Aku kena juga masuk bilik dia. Kaki aku dihayun ke bilik Haikal.

Knock! Knock!

Aku dengar suara dia memberi kebenaran untuk masuk. Aku berdiri tepat di hadapan mejanya. Dia angkat wajah pandang aku. Tak lama, dia menumpu ke arah kerjanya semula. Ceh! Dia buat aku macam tak wujud.

"Anything you want to say miss Camelia?"

Soalnya mendatar. Mata dia tak pandang aku. Kertas tu lagi lawa dari aku ke? Huh. Sabar Mel. Kau buat macam biasa k.

"Bos nak nescafe tak? Saya boleh buatkan."

Ya. Itu panggilan aku dengan dia sekarang. Tiada lagi istilah aku-kau. Ada ciri-ciri pekerja mithali tak? Hahaha.

"Saya ada suruh ke? So that means no."

Wah berlagak nak mati! Ringan betul tangan aku nak debik dia. Tapi memandangkan dia bos aku, tak jadi ah. Kang kena pecat, buta-buta aku menganggur. Sakit pula hati aku dia balas begitu. Muka dia nampak marah.

"Bos ni period ke dingin saja dengan saya. Hari tu baru baik. Siap senyum lagi. Ni ajak perang ke apa?"

Zush!

Macam air kata-kata itu meluncur keluar dari mulut aku. Pap! Pen terletak ke atas meja. Dia pandang aku. Mencerlung. Aku pandang mata dia.

"Am I the one yang ajak perang ke awak sendiri yang cari pasal dengan saya?"

Tajam kata-kata Haikal sedikit sebanyak buat aku tersinggung. Sumpah aku tak faham. Aku cari pasal? Cari pasal dengan dia? Apa benda ni? Aku blur. Serius aku blur! Apa salah aku? Kini aku yakin. Haikal memang tengah marah.

Tapi apa yang aku dah buat?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience