Bab 22

Romance Completed 33336

Bab 22

LIBASAN kasar mencium kulitku. Tali itu terus menerus dihayun ke udara lalu ditibai ke seluruh tubuh. Aku mengerang sakit. Namun suara aku bagai tenggelam. Langsung tidak diendahkan. Sakit. Pedih. Meraung aku kesakitan di ruang itu sendirian. Sebatang tangan asing merentap kasar rambutku lalu dilempar ke dinding. Berdebup kepala aku mencium dinding.

"Argh!"

Kelopak mataku tercelik. Roh dan jasad lantas bercantum. Nafas aku tidak sekata. Kepala aku jadi bengang. Mimpi ngeri itu kembali terbayang dalam ruang kepala. Setiap tibaian yang dihayun masih aku rasa ngilunya. Sangat memeritkan. Aku hanya mampu menangis saja. Tidak berupaya melakukan apa-apa. Mujur semua itu sekadar mimpi. Mujur. Nafas berat dihela. Ruang sekeliling dipandang sepi. Aku.. kat mana? Aku lantas bangun. Rambutku yang separas leher dikemaskan dengan lima batang jemari. Wajahku diraup beberapa kali sebelum aku bangun dan menyarung kasut sukan yang dibuka oleh entah siapa. Lama aku duduk di atas katil itu. Dindingnya serba putih. Macam pernah aku tengok. Tapi.. kat mana?

Tiba-tiba daun pintu dikuak dari luar.

Terpacul wajah seorang lelaki memakai kot putih dan ada stetoskop tergantung di lehernya. Mata aku memerhati penuh minat wajah itu. Dari hujung rambutnya sampai ke hidung dan jatuh ke bibir merahnya. Spontan lidahku menjilat bibir bawah. Gatal! Bagai dirasuk, aku jadi khayal dek melihat bibir merah itu melakar senyum manis. Anak mata aku tidak berhenti di situ. Pandangan aku terus jatuh ke dada bidangnya kemudian meleret sampai ke tangan. Tiba-tiba aku berhenti mengimbas. Mataku tertancap pada sesuatu. Di jari manisnya tersarung kemas sebentuk cincin. Dia.. dah berkahwin?

"Camelia? Awak dah sedar?"

Tersengguk kepala aku ke belakang. Terkejut.

"Belum. Eh, dah dah." Mula dah penyakit gelabah tak tentu hala. Sejak bilalah aku ada penyakit ni. Lelaki itu tergelak kecil. Kepala aku sakit tiba-tiba. Bayang pelik muncul lagi. Bunyi ketawa itu berulang kali kedengaran. Tapi kenapa aku rasa.. macam.. bencikan bunyi tu? Suara itu jadi sumbang. Saraf telinga aku jadi sakit. Aku tak suka bunyi itu. Sumbang!

Spontan telapak tanganku bertemu telinga. Dipekap serapat mungkin agar bunyi sumbang itu hilang.

"Awak! Awak okey tak?"

Sekali lagi aku terpiuh ibarat tersedar dari racauan. Aku jadi pening. Kepala aku digenggam kejap. Tidak lama, sakitnya terus reda. Rayyan yang sudah ada di sebelah, aku imbas dari atas sampai bawah. Risau dua tiga macam dah kenapa?

"Saya kat mana ni?"

Soalan itu saja yang mampu keluar dari mulutku. Rambut pendekku dikuak manja ke belakang. Aku menginjak sedikit ke sisi, menjarakkan diri daripada Rayyan. Dia pula memerhati sejak tadi. Bibirnya menjadi perhatian aku dari tadi. Comel. Macam minta dicium. Erk istighfar Lia! Suami orang.

"Kat klinik saya. Awak pitam tadi. Makan tak sarapan tadi?"

Aku angguk. Memang aku jamah pun roti bakar yang mummy sediakan. Cuma aku makan sikit saja sebab tak lalu. Lagipun, aku kan nak kurangkan berat sikit. Setengah kilo jadilah.

"Makan sikit ke banyak?"

Seolah-olah dapat mentafsir pemikiran aku, dia bertanya lagi. Aku pelik juga. Dia ni memang boleh baca fikiran aku ke apa?

"Sikit." Sepatah aku jawab.

"See? Awak tak jaga pemakanan pun. Awak gastrik kan? Makan kena tepat waktu kalau tak, nanti ulu hati awak sakit. Makan pula janganlah sikit saja. Nak jaga badan ke apa? Awak tu bukan gemuk pun. Nanti if you're too hungry tapi awak still tahan memang pitamlah jadinya. Dah tu jangan blablabla.. blablabla.."

Panjang lebar lelaki itu membebel. Persis daddy. Macam semalam, dia berleter pasal cara aku memandu. Ingatkan dah habis, rupanya lepas makan malam, ada lagi sesi kedua. Cis. Leteran Rayyan langsung aku tak endah. Buat tak dengar saja. Fikiran aku juga tidak mentafsir kata-kata dia. Tapi pelik juga. Dia tahu aku gastrik? Mana dia korek info pasal kesihatan aku ni? Soalan itu cuma ditanya dalam hati saja dan tidak pula berjawab. Mata aku terlalu asyik memandang bibir dia. Merah dan.. sedap? Eh apa kau fikir ni Lia? Hesy merapu! Kata hati aku mula membentak. Tapi seulas bibir merah di wajah itu sangat mongel. Seperti ada magnet yang menarik mata aku agar terus merenungnya. Bagai ada tarikan graviti di bibir itu, wajah aku tanpa sedar semakin lama semakin mendekati wajah Rayyan. Dekat.. dekat.. dan dekat.. tiba-tiba telinga aku tidak lagi menangkap omelan Rayyan. Decitan halus kedengaran menyapa di gegendang telinga.

Apa dah jadi?

Aku menginjak posisi ke belakang. Lelaki itu membeku tanpa sebarang pergerakan. Cuma dada dia kelihatan naik turun. Aku buat apa tadi? Pantas fikiran aku kembali memutarkan roda memori ke belakang. Adegan yang berlaku di luar kesedaran aku tadi kembali tertayang di ruang fikiran.

Astaghfirullah!

Apa aku dah buat? Muka aku terasa membahang. Aku jadi tidak keruan dan tak senang duduk. Persis cacing kepanasan. Sungguh aku menyesal. Apa aku dah buat? Apa kau buat ni Lia? Soalan yang sama mengetuk benakku berkali-kali. Aku jadi gelabah. Bodohlah kau Lia! Apa hal dengan kau ni! Tindakan bodoh apa yang kau buat hah? Berkali-kali suara hati aku memarahi. Bertambah 'panas' aku jadinya. Aku kena keluar. Anggap benda tu tak pernah jadi. Ah buang jauh-jauh dari otak. Jangan ingat! Lantas aku bangun lalu meluru ke arah pintu yang tertutup sejak tadi. Aku kena blah dari sini. Ah menyesal aku keluar rumah. Sepatutnya aku tak perlu keluar pun. Ugh.

Tatkala itu memang aku menyesal sebab keluar rumah. Kalau aku tahu begini yang akan terjadi, memang aku rela terperap kat rumah. Ugh sial ah. Tanganku memegang tombol pintu lalu memulasnya.

Tapi tiba-tiba tangan kiri aku digenggam. Siapa lagi kalau bukan Rayyan. Ah kau nak apa lagi bongok. Aku nak keluar! Namun kata-kata itu bergema dalam hati saja. Tak sanggup aku nak bercakap. Lidah aku bagai terpintal. Mati kata-kata. Terbantut niatku mahu membuka pintu itu. Jasad aku dipaksa agar menghadap dia. Bersungguh-sungguh aku cuba lepaskan diri tapi gagal. Tubuh aku ditoleh ke arahnya dan tiba-tiba dia.. peluk aku erat. Dagu aku mendarat di bahunya. Pelukannya begitu.. hangat dan.. selesa. Namun tidak pula aku membalas dakapan itu. Tubuhku mengeras bagai batu.

"I miss you sayang. I really do."

Bisik Rayyan sayu. Seolah-olah kami sudah lama kenal. Macam aku ini istimewa bagi dia. Aku tak tahu kenapa badan aku kaku. Aku enggan berada dalam situasi sebegini, tapi tidak pula aku meronta dan meleraikan pelukan dia. Seperti dipukau. Pelukan dieratkan lagi. Rayyan seperti mahu sampaikan sesuatu melalui pelukannya. Tapi aku tak faham. Ah mainan perasaan saja. Seraya itu aku usir jauh-jauh pemikiran itu. Semakin lama, pelukan semakin kejap. Aku jadi lemas.

"Awak.. saya lemas."

Terkeluar juga butir kata itu dari mulut aku. Aneh.. kenapa aku tak marah dia? Hesy kenapa dengan aku ni? Kena mandrem ke apa? Ugh. Lambat-lambat lelaki itu meleraikan dakapan.

"Sorry," jawabnya tersengih sambil menggosok belakang tengkuk. Malu agaknya. Tapi dia nampak kacak dan sangatlah charming awh. Eh eh apa aku melalut ni? Ugh wake up Lia! Aku sepatutnya marah dia. Come on Lia. Bentak dia! Terus aku dongak memandang wajahnya. Wajahku dibengiskan. Namun, ketika mata kami bertaut, niatku terus batal. Air mukanya yang sangat tenang berjaya membunuh hasrat aku yang mahu memarahi dia tadi. Lekas-lekas aku larikan anak mata ke tempat lain. Enggan mata kami bertemu. Ah janggal gila.

Kriuk! Kriuk!

Itu dia siren dah bunyi menandakan tahap kelaparan yang maksimum.

"Awak.. lapar..," persis budak kecil aku merengek. Tak tahu kenapa, nada suaraku berubah manja. Rengekan itu automatik keluar dari mulut aku. Sekali dengar, aku rasa biasa. Dua tiga kali dengar, aku rasa jijik dengan rengekan sendiri. Rayyan tergelak kecil. Gosh he looks charming! Ah sudah. Apa kena dengan aku? Aku rasa nak marah tapi tak terluah. Separuh hati aku bencikan perbuatan dia, tapi separuh lagi merelakan saja. Perasaan bersalah pula langsung tiada. Apa hal dengan aku ni?! Ugh. Parah.

*

RESTORAN masakan thai menjadi pilihan. Aku ikut saja bagai lembu dicucuk hidung.
Tapi semasa di dalam kereta tadi masing-masing mendiamkan diri. Tak tahu nak sembang apa. Kekok. Canggung.

Telefon dikeluarkan dari kocek seluar. Banyak gila panggilan tak dijawab. Enam mesej dikirim masuk. Daddy dan mummy. Mesti dia orang risau. Haih.

Mum, dad. Lia makan kat luar. Nanti balik Lia call driver okey? Tadi Lia ronda-ronda kejap.

Sent.

Tak ada cara lain. Terpaksa aku tipu mereka berdua. Takkan aku nak cerita pula kat dia orang. Memang tak ah. Kelihatan seorang pelayan menghampiri meja kami sambil membawa sebuah buku kecil dan menu.

"Saya nak laici ais satu. Nasi putih. Sotong masak merah. Ayam goreng kunyit. Tomyam campur. Udang goreng tepung."

"Banyaknya awak makan!"

Confirm dia tak pernah tahu aku makan banyak mana kat rumah. Eleh tadi membebel sangat. Gastriklah, pitamlah, jangan makan sikitlah, itulah, inilah. Sekarang aku order banyak dia tanya pula? Ewah.
Aku membalas kata-kata dia dengan jelingan saja. Kemudian dia pula memesan teh o ais limau dan nasi goreng ayam.

"Awak bayar k sebab awak dah ehem tadi."

Dia start dah. Dia ungkit pasal benda alah tu. Ugh. Automatik muka aku panas. Terasa macam graviti bertukar tempat. Darah aku terus naik ke muka. Membahang siot. Aku rasa nak karate si Rayyan ni. Aku bukannya sengaja pun. Bukan aku gedik sangat nak ehem dia tadi. Ah nak sebut perkataan tu pun tak sanggup dah. Kenapalah aku boleh TER'ehem' dia tadi? Sumpah rasa macam nak hentak kepala kat lantai.

"You're blushing."

Dia mengusik lagi. Sial ah aku tapak dengan kasut ni kang bersepai tepi jalan.

"Diam ah."

"Why did you do that?"

Banyak pula manusia ini bercakap. Tadi bisu seribu kata. Tak reti duduk diam ke? Aku takda jawapan ah untuk soalan tu ish. Nak cakap benda betul? Ah aku pangkah siap-siap! Gila ke apa. Fuh kenapa hari ni boleh jadi macam ni? Haih.

"Err tadi tu.. sebab.. err.. ish haa yang awak peluk saya tadi tu kenapa hah? Suka hati saja."

Soalan dia dibalas dengan soalan aku pula. Sengaja aku mengelakkan diri daripada menjawab soalan maut dia tu. Otak tak boleh fikir dah nak bagi jawapan apa. Kang keluar jawapan pelik, lagi mampus.

"I've told you. I miss you," geli pula aku rasa bila dengar dia cakap macam tu. Eh tadi kau ehem dia, tak geli pula? Suara hati aku menyampuk. Damn. Aku nak undur masa please?

"Kita baru jumpa sekali k. Ergh."

"Hek eleh, yang dia tu siap ehem lagi."

"Bibir awak yang goda!"

Ugh. Damn! Terlepas!

Pantas aku pekup mulut dengan telapak tangan. Damn it. Terlajak cakap pula! Eee lepas makan, sumpah cakap aku nak blah terus! Dah ah TERbuat benda yang tak senonoh. TERjujur pula. Eiiii. Aku harap aku tak jumpa dia lagi selepas hari ini. Sempat aku buat hajat dalam hati. Malu yang berbakul aku buang ke tepi. Aku cuba berlagak selamba waima muka sudah setebal badan Aaron Aziz.

Tapi kenapa bersama Rayyan.. aku selesa? Aku macam terlalu dekat dengan dia? Ada juga ketikanya muka dia sangat sinonim di mata aku. Ada ketikanya, dia sangat menyakitkan hati dan menjengkelkan.

Siapa sebenarnya kau ni Rayyan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience