Bab 47

Romance Completed 33336

Bab 47

SEKEJAPNYA rasa aku berehat. Rayyan di sebelah, aku tatap tak
berkedip. Nyenyak betul dia tidur. Tangan dia setia genggam tangan
aku, macamlah aku nak lari gayanya. Hahaha, em kesian kau. Tanpa sedar
aku tersenyum. Tapi pada waktu yang sama, pipi aku rasa hangat. Air
mata jatuh menitik di pipi. Aduh, apalah kau ni Camelia. Itu pun nak
menangis. Hatiku mengejek. Segera aku seka air jernih itu. Ah biarlah,
bukan ada orang nampak. Sukalah aku tengok dia tidur, muka innocent.

Sesekali, lelaki itu berkalih tidur. Wajahnya tampak begitu letih dan
tak bermaya. Disebabkan aku, dia tak cukup tidur. Disebabkan aku, dia
tak rehat. Cuma sebab aku, dia begini. Buat ke sekian kalinya, bibir
merah dia menggamit perhatian. Tak tipu, comel gila. Geram tengok!
Macam baby tengah tidur pun ada. Lagi, aku senyum. Tangannya aku bawa
ke bibir. Dikucup tangan berurat itu penuh kasih. Eh kasih ke? Haha.
Entahlah, tak tahu. Tapi aku rasa nak buat macam tu. So why not? Kan?

Tiba-tiba dia terbangun.

Erk masa inilah kau nak terjaga pun kan? Salah timing bro.

"Huargh..." serius comel dia menguap macam tu. Aku tak tahan nak
tengoklah. Hesy, cepat-cepat aku larikan anak mata ke arah lain.

"Eh awak dah lama bangun ke?" Matanya dipisat-pisat. Alamak tergoda
sial. Aish tak boleh jadi ni. Dia ni sejak bila jadi comel? Huwaaa
terseksa aku macam ni.

"Ala dah pukul empatlah sayang. Awak nak discharge kan? Aduh kenapa
tak kejut saya? Alamak! Saya tak zohor pun tadi.
Astaghfirullahalazim."

Ni aku tak tahu dia sengaja ke dia acah acah. Tak tipu doe, comel nak
mati. Dengan rambut serabai dia, muka mamai dia, kelam kabut dia, aish
Rayyan ni. Sengaja goda aku ke? Haha. Gedik pula aku ni sejak sedar
dari koma. Mungkin dua bulan tu waktu yang terlalu lama, sampai aku
jadi tingtong macam ini. Haha, hm ya by the way aku baru tahu. Aku
koma selama dua bulan. Doktor Rina kata aku accident teruk sebelum
koma. Cedera kat kepala, dan buku lali aku retak sikit. Nama pun
retak, nak jalan memang sakit nauzubillah cerita dia. Kalau nak pergi
toilet, terpaksalah Rayyan papah aku. Haih, aku ini memang menyusahkan
orang kan? Dari dulu sampai sekarang. Aku memang tak berguna.
Kenapalah aku tak mati saja? Hasutan negatif mulai membisik.

*

"BUAT masa terdekat ni, jangan bagi dia tertekan. Dia kena rest cukup
cukup. Ankle dia tengah membaik, so harap-harap takda jatuh ke apa
lepas ni. Dan, saya tak nak dia dekat dengan orang yang boleh buat dia
stres atau terganggu. Encik Rayyan faham kan maksud saya?

Ubat yang saya bagi tu, jangan lupa makan. Untuk sementara waktu ni
cik Camelia perlukan sokongan kalau nak berjalan, kena ada orang
tolong papah dia. Kalau boleh tak payah berjalan banyak sangatlah.
Lepas dua atau tiga minggu bolehlah start berjalan balik guna tongkat.
Kalau ankle dia takda improvement atau pun ada rasa sakit or
something, cepat-cepat jumpa saya untuk buat check up. Em, tu saja
rasanya. Oh ya, kalau ada apa-apa boleh call saya terus. Cik Camelia
jaga diri dan jangan fikir terlalu banyak okey? Saya minta diri dulu."

Maka, doktor Rina pun menapak pergi meninggalkan aku dan Rayyan. Aku
pandang dia, dia pandang aku.

"Banyak gila dia membebel. Fuh tahan telinga nak tadah," laa itu ke
dia fikirkan tadi? Bongok juga mamat ni. Haih banyaknya benda yang aku
nak kena patuh. Serius rimas gila. Hai laa buku lali awat hang retak?
Tak lawak wei. Tak lawak. Aku susah nak berjalan! Kalau aku nak berak
macam mana? Nak terkencing ke? Nak mandi? Nak makan? Kena orang papah
jugalah kan cerita dia? Heh kau memang menyusahkan orang, Camelia.
Memang.

Usai membuat bayaran di kaunter, Rayyan kembali mendapatkan aku di
dalam wad yang sedang duduk di atas katil. Wajahnya aku nampak gembira
sekali. Aku ni pula yang rasa berat hati nak keluar, haha. Dua bulan
aku terlantar macam orang mati kat atas sini, dan hari ini dah tiba.
Hari di mana aku bangkit dari lena panjang. Selamat tinggal, hatiku
berkata antara sedih dan gembira.

"Jom?" Ajak lelaki berbaju T jenama adidas itu. Bijak, memang aku
boleh jalan pun kan? Tiba-tiba tangannya menyusup di bawah pelipat
kaki dan belakang tengkuk, mengangkat jasad yang entah berapa Newton
ini. Tangan aku automatik disangkut pada leher dia. Terima kasih,
Rayyan. Terima kasih. Aku menyembunyikan senyum ketika mendengar degup
jantungnya yang mengalunkan rentak laju.

*

ALA dia bawa pergi rumah dia. Hesy kenapa tak pergi rumah umi dia?
Meaning kami berdualah kan? Oh crap. Ini tak lawak!

"Jap saya nak amik barang and baju sikit. Kita pergi rumah umi tau?
Tak duduk sini." Bagai mind reader Rayyan menjawab persoalan dalam
kepala aku. Oh, okey. Dia ni memang boleh baca fikiran aku ke macam
mana? Hm creepylah pula. Selepas dia ambil barang dia yang aku tak
tahu apa benda tu, dia terus memandu ke rumah umi dia. Tak adalah lama
mana pun, dalam lima belas minit kut dari rumah Rayyan. Sepanjang
perjalanan, kami ditemani DJ radio yang berceloteh macam murai
tercabut ekor. Sepi gila, haha. Dia ada cuba nak bercakap dengan aku,
tapi aku yang tak fokus dan tak layan. Hm macam aku kata, buat masa
ini aku lebih senang berdiam. Aku ni badan saja kat sini, fikiran aku
melayang entah ke mana. Macam macam bendalah aku fikir. See? Aku dah
langgar pantang larang doktor yang berbunyi ; jangan fikir terlalu
banyak. Macam manalah dia expect aku tak overthinking? Banyak sangat
soalan yang aku tak ada jawapannya. Dan, dari mana aku nak dapat
jawapan? Heh pun tak ada jawapannya. Ah, berfikir buat aku sakit
kepala.

"Awak!" Suara yang ditekan sedikit itu menyentak lamunanku. Terkejut.

"Awak menungkan apa? Kan doktor cakap jangan banyak fikir. Jom? Dah sampai ni."

Em dah sampai rupanya. Seperti biasa, bagai puteri raja aku didukung
naik ke tingkat atas, terus ke sebuah bilik yang terkuak sedikit
pintunya. Senja semakin melebarkan sayapnya menandakan malam bakal
berlabuh. Aku baru saja lepas mandi. Ehem, mandi sendiri k? Rayyan
just tolong papah aku ke bilik air. Azan maghrib yang berkumandang,
mengundang rasa hiba di sini, dalam jiwa aku. Bait bait indah yang
mengagungkan kebesaran Allah itu begitu mendamaikan telinga. Tidak
berapa lama, aku dengar suara seseorang mengangkat takbir.

"Allahuakbar."

Serentak itu, aku ternangis. Alunan kalimah Al-Quran yang menyapa
telinga ini sungguh menenteramkan jiwa. Aku rasa tenang sangat, tetapi
disulam pilu yang meruncing. Entahlah, aku tak tahu nak describe macam
mana perasaan ni. Jadi bercampur baur. Sedih, gembira, tenteram,
kecewa, lega, semuanya aku rasa pada masa yang sama. Gila agaknya aku
ni.

Air mata diseka laju, tak nak dia orang tahu aku tiba-tiba menangis
tanpa sebab. Sejurus selepas menunaikan solat, Rayyan masuk ke bilik
jenguk aku. Segak berkain pelikat dan berbaju melayu. Wangi lagi. Aih
boleh bergetar jantung aku.

"Jom turun makan? Umi dah masak sedap sedap tau! Excited sangat dia
bila awak balik ke sini." Senyum manisnya memekar. Lagi, dia angkat
aku turun ke bawah sampai ke meja makan. Umi dan abah dah sedia
menunggu. Masing-masing tampak gembira.

"Mel okey? Ada rasa pening tak? Ni umi masak sedap ni. Mel makan
banyak banyak k? Jangan dera perut tu." Umi mencedok nasi dan tolong
letakkan lauk.

"Lepas ni Mel makan ubat ya? Nanti cepat sembuh." Abah pula mencelah.
Aku tak angguk, tak geleng, tak senyum, tak gelak. Kosong tanpa riak.
Janggal juga rasanya, tak tahu nak respons macam mana. Nak makan, tak
lalu. Aku rasa muak nak termuntah bila tengok makanan.

"Sayang makanlah. Nak saya suap ke?"

Erk tak payah! Aku melemparkan pandangan 'aku boleh makan sendiri' kat
Rayyan yang sudah menyengih. Bukan nak perasan, tapi aku rasa macam
pipi aku merah membahang pun ada. Ugh crap. Malam itu, aku makan puas.
Mula-mula rasa muak. Lepas dah rasa sikit, macam sedaplah pula. Last
last habis sepinggan. Ada juga umi cuba berbual, tanya itu ini tapi
aku diam tak menjawab. Rayyan bagi pandangan 'umi tak payah tanya ya?'
kat wanita itu pun aku nampak. Tapi aku buat tak tahu.

"Okey nah minum." Aku telan semua ubat yang doktor Rina bagi. Serius
tak sedap, nak termuntah! Tapi ingatkan diri yang tak sihat ni haih
aku hadam sajalah.

"Alright, have enough rest honey. Kita jumpa esok pagi." Ubat-ubat
dikemas dan diletak kat satu tempat. Jap jap, jumpa esok pagi?
Maksudnya? Dia balik rumah dia ke? Aku tinggal sini dengan umi abah?
Kalau aku terbangun nak mandi ke nak terkucil ke apa macam mana? Jasad
Rayyan mula menjauh. Namun zap! Cepat saja aku genggam tangan dia dan
memberikan pandangan 'jangan pergi' kat dia. Hebatlah aku,
berkomunikasi guna mata saja.

"Yes? Kenapa?" Eh boleh pula dia tanya. Ala tidurlah sini dengan aku,
tak payah balik. Bazir minyak kereta tau!

"Saya tidur bilik sebelahlah. Nanti jeritlah panggil saya kalau nak
minum ke lapar ke nak pergi toilet ke apa."

Bijak, ni taktik kau nak suruh aku bercakap sebenarnya. Ingat aku
bongok ke? Ala tak nak! Tak nak! Terus aku tarik lembut tangan dia
sampai duduk di tepi aku.

"Err t..tidur sini? O..ok..okey," tahu gagap eh kau? Eleh acahlah kau
nak tidur bilik lain. Maka malam itu, aku tidur bertemankan Rayyan
buat pertama kali. Kelakar pun ada, haha. Tatkala lenganku melingkar
ke dadanya, tak tahu kenapa aku rasa selamat dan lapang dada. Mungkin
ke aku dah jatuh kasih kepada lelaki ini?

*

SILAU matahari yang menyuluh dari celah tingkap mengejutkan aku dari
tidur yang sangat lena. Rasa macam tak nak bangun pun ada. Sedar
sedar, kepala aku rupanya beralaskan biceps Rayyan. Erk awkward. Aih,
macam biasa. Muka dia comel nak mati kalau tengah tidur. Hesy pukul
berapa dah ni? Aku pantas bangun dan bersandar pada rangka katil. Tak
semena Rayyan pun terjaga sama.

"Huargh! Awak, dah subuh ke?" Haha subuh mendenya! Aku tersenyum
nipis. Sekali....

"Ala! Terlepas subuh!" Rengek dia macam selalu kalau terlepas solat.
Again, dia nampak cute. Ditonyoh mata dia sampai betul betul celik.

"Awaklah ni haa."

Eh aku pula yang salah?

"Siapa suruh tidur sekali? Kan dah terlebih nyenyak," usiknya diakhiri
ketawa. Laju dia cium pipi aku lepas tu dia blah angkat kaki. Ceh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience