Bab 4

Romance Completed 33336

BAB 4

AZAN subuh yang berkumandang mengejutkan aku dari lena yang terasa panjang. Mataku dipisat-pisat. Rasa kantuk yang masih bersisa, aku cuba usir jauh-jauh. Nanti kalau tertidur semula kan susah. Aku bangun.

Tapi kepala aku terasa pedih tiba-tiba.

"Sstt. Aduh."

Aku pegang sedikit bahagian kepala yang terasa sakit itu. Baru aku sentuh sedikit, tapi tindakan refleks membuatkan kepala aku tergerak ke belakang dek rasa pedih dan ngilu. Aku cuba mengimbas kembali apa yang berlaku petang kelmarin. Namun, aku tidak mengingati apa-apa. Perkara terakhir yang aku ingat ialah ayah. Aku dimarahi ayah.

Hm. Ayah.

Jam loceng di sebelah katil dipandang. Enam sepuluh minit pagi. Awal sangatlah pula? Aku ambil telefon bimbit yang telah penuh dicas. Aplikasi twitter dibuka. Laju ibu jari aku scroll timeline twitter.

"Mel memang mangkuk. Tak reti angkat call ke apa? -_-"

Seraya itu aku tersengih. Hahaha. Kasihan kau ya Fazira? Aku sentuh pada punat home. Kemudian, aku sentuh pada log panggilan. Dua panggilan yang tidak dijawab daripada Fazira. Tak lain tak bukan, nak korek cerita pasal temuduga akulah tu. Ceh.

Aku buka kembali aplikasi twitter lalu aku retweet tweet Fazira yang tadi. Aku reply tweet dia.

"Kau mangkuk-kan aku? Cis. Aku tidur awal ah semalam :P"

Tweet sent!

Tubuh aku diregangkan.
Huargh!
Awal sangatlah aku bangun. Duduk rumah bukan buat apa pun. Bebelku seorang diri.

Bingo!

Aku tahu nak buat apa.

Seusai membersihkan diri di bilik air, aku menunaikan solat fardhu Subuh. Sehelai baju T adidas berwarna kelabu dipakaikan ke tubuh. Seluar pula, aku sarungkan sweat pants yang juga berwarna kelabu. Sweater aku pakaikan ke belakang badan.

Lantas, aku keluar dari kamar. Suasana rumah sunyi. Kedengaran derap kaki aku saja yang menapak keluar dari rumah. Pintu, aku tutup perlahan. Enggan membuat bising. Nanti terbangun pula Saif dan ayah yang masih tidur itu. Selepas memakai topi keledar, aku memulas hendal motosikal dan menuju ke sebuah taman berdekatan.

Aplikasi muzik dibuka.

Aku sentuh pada perkataan 'favourite'. Lagu-lagu kegemaran aku mula dimainkan. Earphone yang sejak tadi terjuntai ke bawah, aku sumbatkan ke telinga. Lagu yang dinyanyikan oleh Meghan Trainor bertajuk 'Dear Future Husband' mula teralun rentaknya melalui telinga. Aku memanaskan badan dengan pergerakan ringan. Anggota badan aku diregangkan.

Lama juga aku tak joging.

"Dear future husband, here's a few things you'll need to know if you wanna be my one and only all my life."

Aku ikut bernyanyi seiring lagu yang terpasang dalam telefon. Tapi perlahan saja. Sekadar aku saja yang dengar.

"Orang tak nak dengar pun suara awak." Suara sinis itu membantutkan pergerakan aku. Cis manusia ini rupanya. Tak suruh dia dengar pun. Sibuk saja!

"So?"

"Tong."

Hai bos aku ni bersotong-sotong pula dengan aku. Menyemak alam betul. Aku buat tak tahu saja. Kehadiran Haikal alias bos aku itu, aku anggap seperti tidak wujud. Kepala aku diregangkan ke kiri dan ke kanan sehingga letupan kecil kedengaran. Lenguh.

"Saya join." Tiba-tiba Haikal ikut berjoging di sebelah aku. Aku menoleh pandang dia. Tapi muka dia menghadap ke hadapan. Sengajalah tu tengok tempat lain. Huh.

"Apa masalah kau nak follow aku? Kau ada niat tak baik kan!"

Aku tuduh dia sebab aku curiga. Masih segar lagi peristiwa tempoh hari dalam fikiran aku. Setiap langkah dia merapati aku sampai ke dinding. Cara dia kepung aku. Ergh memang taklah aku nak biar kami berdua-duaan lagi. Serik.

Pap!

Kepala aku kena ketuk.

"Woi sakitlah beruk!"

Kan dah keluar nate beghuk. Bangang sangat pergi ketuk kepala aku tu dah kenapa. Sakit bangang. Kau tahu tak sakit tu apa.

Ergh.

Kaki aku berhenti melangkah. Hoodie yang tersarung di kepala sejak tadi, aku buka. Aku rasa macam baru pagi tadi kesakitannya hilang. Sekarang? Pedih semula! Kepala aku pun bila reti nak sembuh? Aku malas sapu ubatlah. Setiap hari, bukan aku yang sapu ubat. Saif yang buat. Sebab aku malas.

"Mulut tu jaga sikit. Saya ni bos awak."

Dalam keadaan aku sakit pun dia masih pertikaikan isu bos dan pekerja? Tahniah Haikal. Kau berjaya menyandang anugerah lelaki paling menjengkelkan yang pernah hadir dalam hidup aku.

"Kau diamlah. Tepi! Tak payah ikut aku."

Entah roh apa yang merasuk aku ketika itu sampaikan aku termarah Haikal. Mungkin terikut-ikut emosi dan rasa sakit juga?
Aku terus blah dari situ. Lantaklah Haikal itu bos aku ke tidak. Yang aku tahu, aku meluat nak tengok muka dia sekarang. Tercipta dalam sejarah hidup aku, joging paling bosan dan menyakitkan hati.

"Adik pergi mana?"

Saif tanya aku sebaik saja aku sampai di rumah. Helmet, aku letak atas meja. Kemudian aku melabuhkan duduk di atas sofa. Saif menyusul.

"Joging."

"Abang rasa luka adik dah kering kan? Ni kenapa berdarah balik?"

Nah! Kan Saif dah tanya. Boleh tak aku nak suruh Haikal jawab? Dia punya pasallah ni. Sekarang aku nak jawab apa? Period keluar kat kepala?

"Period keluar situ."

Spontan mulut aku menjawab.

"Adik." Saif memberi pandangam tajam. Lebih tajam dari mata pisau. Kalau aku lempar epal kat mata Saif, boleh terbelah epal itu gamaknya.

"Nantilah adik cerita. By the way, hari ni adik start kerja tau. Lupa nak rojer kat abang semalam. Adik mandi dulu."

Aku terus beredar. Mesti Saif rasa nak lempang aku sekarang sebab jawapan yang macam haram tu. Yang ini pun satu hal. Saif tu terlebih melindungi. Sifat protective dia buat aku dua gali ganda lebih rimas.

Serius. Aku rasa nak mengamuk.

*

KALAULAH aku ada kuasa sakti macam cerita dongeng TV3 tu, memang dah lama aku sumpah manusia di hadapan aku ni jadi beruk. Dasar beruk makyeh. Dahlah pervert. Tak ada rasa simpati langsung. Hormat orang? Lagilah tak reti. Suka main paksa-paksa pula. Hui aku rasa nak bunuh beruk ni. Memang aku sumpah seranah manusia itu sepuas hati. Kutuk habis-habis. Rasa macam nak blah saja dari sini. Tapi malangnya aku terikat dengan ugutan! Ugutan yang telah memaksa aku untuk menuruti permintaan dia walaupun hati aku tak rela.

Haikal jauh berjalan ke hadapan. Ditinggalnya aku seorang diri di belakang macam aku ini hamba dia. Aku berjalan sambil hentak kaki. Tanda protes. Tapi bos aku? Jangan harap dia nak layan. Buat bodoh lagi adalah. Jadi bodoh betul kang.

"Tak penat ke transfer pahala kat saya?"

Tenang tapi sinis Haikal berkata. Dia tahu ke aku kutuk dia? Ergh manusia jenis apa dia ni hah?! Aku rasa nak cekik-cekik si Haikal tu sekarang ni! Biar sesak nafas mati terus. Ya Allah sakitnya hati aku!

"Duduk."

Ujarnya sebaik saja kami tiba di sebuah kafe. Beruk! Dah ketuk kepala aku pagi tadi, sekarang paksa aku breakfast dengan dia pula! Beruk! Beruk! Beruk! Aku cakap aku tak nak, maksudnya aku TAK NAK OKEY! Bahasa apa dia guna entah. Aku cakap aku tak nak, dia paksa juga sampai ugut-ugut nak pecatlah, potong gajilah.

DASAR BERUK MAKYEH!

"Dah habis kutuk saya? Okey. Order sekarang."

What the...?!

Serius.

Aku benci Haikal yang depan aku sekarang ni!

Tangan disilangkan ke dada. Masih dalam keadaan protes. Ajak aku breakfast konon. Ingat aku tak tahu ke? Akal dia nak suruh aku bayar makanan ni semua. Sengaja nak kenakan aku. Bos tak guna. Aku mula kerja pun belum, dah kena buli. Beruk punya bos!

"Camelia."

Aku masih membisu. Takda guna rasanya kalau aku bercakap. Sebab itulah aku diam saja sejak tadi. Lantak dia. Nak cakap? Cakaplah dengan meja! Ingat aku hadap sangat nak bercakap dengan dia? Euw get lost! Beruk!

"Saya minta maaf pasal pagi tadi. Saya belanja breakfast sebagai tanda maaf."

Haikal menghela nafas sebelum menyatakan perihal itu kepada aku. Tapi suaranya mendatar tidak bernada. Aku masih buat bodoh. Harap-harap aku tak bodoh betul-betullah. Aku keliru sama ada mahu percaya atau tidak. Terpujuk ke aku? Memang taklah. Meluat lagi ada. Ringan betul kasut aku nak melayang masuk ke dalam mulut dia. Dahlah ayat dia sinis saja memanjang. Sembelih kang, mati katak dia kat sini.

"Camelia." Tangan Haikal tiba-tiba menjalar di bahu aku. Kurang ajar punya beruk. Lancang betul pegang aku.

"Woi beruk kau ni teringin mati muda ke hah!"

Aku jerkah dia dengan suara yang separa lantang. Terjegil mata Haikal dibuatnya. Aku ketap gigi. Tahan geram. Seketika kemudian, aku baru sedar akan berpasang-pasang kornea yang sedang melirik ke meja kami. Ceh reti malu pula eh si beruk ni? Huh.
Aku menyuap roti bakar ke dalam mulut. Seraya itu, aku nampak beberapa orang staf yang juga berada di sini menjeling ke arah aku dan Haikal. Ingat lawa ah tu jeling aku bagai. Rimas!

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan lafaz suci itu yang diucap dalam hati, aku melangkah masuk kaki kanan ke dalam pejabat itu. Hari pertama aku kerja. Kau permudahkanlah segala urusan, ya Allah. Amiin. Doaku dalam hati.
Sempat juga aku berkenalan dengan beberapa orang staf. Ada yang peramah. Yang pendiam pun ada. Fiil masing-masing.
Dan inilah meja aku. Tempat yang akan buat aku stres. Ha-ha. Aku tersenyum puas.

"Camelia. In my room. Now."

Terbantut punggung aku yang sudah berapa inci saja mahu cecah kerusi. Cis! Suara itu lagi rupanya yang mengarah aku melalui interkom.
Tiba-tiba bulu romaku meremang. Darahku mengalir laju. Peristiwa kelmarin bermain-main di fikiran. Aku? Masuk ke dalam bilik dia? Maknanya kami akan berduaan? Oh tidak! Kalau dia buat macam kelmarin macam mana? Huaa huaa aku tak nak masuk! Aku sudah tidak keruan memikirkan perihal itu. Semakin aku fikir, semakin geli aku rasa.

Agak-agak, apa dia nak eh?

Aduh. Matilah aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience