Bab 29

Romance Completed 33336

Bab 29

"RISE and shine darling!"

Darling kepala bana dia. Ugh seriously dia kat sini? Langkah aku mati sebelum sampai di meja makan. Mata aku jatuh ke susuk tubuh bidang itu yang sedang duduk berbual dengan mummy di meja tersebut. Mummy pula aku nampak mekar dengan senyuman yang terasa lama tidak aku lihat. Semalam aku nampak tangisan tapi hari ini wanita itu sudah mampu tersenyum. Cekal benar hati dia. Mata aku beralih semula ke arah Rayyan yang sejak tadi senyum menampakkan sebaris giginya yang cantik bersusun. Manis sungguh senyuman dia. Tapi apa dia buat kat sini? Seawal ini? Rise and shine bagai? Darling? Euw apa masalah dia?

"Morning mummy. Awalnya bangun. Kenapa tak kejut Lia?"

Sapaan lelaki itu aku abaikan lalu aku mengambil tempat di sebelah mummy dan malang sekali kerana kedudukan aku bertentangan dengan Rayyan. Malang ke? Tapi aku boleh curi pandang dia kan? Eh apa kau merepek Lia oi?

"Mummy tengok Lia nyenyak sangat. Lagipun mesti Lia penat kan? Mummy biarlah Lia tidur cukup-cukup."

"Yang awak bertandang sini takda kerja ke? Menyibuk." Aku jeling Rayyan. Tapi dia boleh gelak pula. Mummy pun sama. Dah rancang siap-siap nak gelak sama-sama ke macam mana?

"Comel juga awak ni kalau baru bangun tidur kan? Nak nak pula dengan jelingan tadi tu ish cun gila! Hahahaha," bidas lelaki itu sebelum dia sambung ketawa lagi. Sakan gelak bro? Hesy teringin kena pelangkung dengan aku kut.

Sekeping roti bakar yang tersedia di atas meja itu aku capai lalu disuap ke dalam mulut. Sedap. Ala kalau lapar semua benda sedap kan?

"Sedap roti bakar. Pandai mummy buat. Ini yang Lia sayang ni." Ujarku menghalau rasa janggal yang tiba-tiba mengetuk suasana tadi. Pantas pipi wanita itu aku cium. Sentuhan yang buat hati aku jadi sebak sendiri tanpa aku tahu kenapa.

"Eh bukan mummy buat, Ayan yang buatkan tadi."

Damn it! Apa dia? Mamat ini yang buat? Maksudnya aku terpuji dia kan tadi? Sah dia kembang semekar bunga raya di taman hiburan. Kunyahan terjeda beberapa saat sebelum rahang kembali bergerak bagi mencerna roti bakar di dalam mulutku. Tapi rasanya jadi tawar tiba-tiba. Nak telan pun rasa macam tak tersalur sebab tersekat di skala enam. Laluan esofagus terasa sempit ketika aku nampak lelaki itu senyum kemenangan. Menangkan apa tak tahulah.

"Sedap? Meaning that awak sayang sayalah kan? Nak kiss juga!"

Tak semena-mena dia dekatkan pipi ke wajah aku sebab minta dicium. Gedik betul. Oh kau nak cium? Boleh sayang, boleh. Boleh blah.

Dub!

Satu das aku tumbuk pipi dia. Tersorong gamaknya lelaki itu ke belakang. Aku dengar dia mengaduh sakit. Padu tak aku tumbuk? Nak lagi? Hahaha. Terpejam-pejam mata dia dek didebik tadi. Pipinya digosok-gosok. Mummy pula sudah tak senang duduk.

"Lia apa buat macam tu? Kesian dia. Ayan berguraulah," dengar macam berpihak pada Rayyan? Hm memang! Aku jeling lelaki itu. Padan muka. Dalam hati aku gelak jahat. Muehehe.

"Entah awak ni. Gurau sikit pun kena tumbuk. Sampai hati." Rajuknya lalu muncung ditarik sedepa. Depan mummy bolehlah mengada-ngada. Kalau mummy tak ada, memang mampus dah mamat ini kena lauk dengan aku. Gedik melebih-lebih.

"Menyibuklah. Tak kerja ke awak ni?" Aku nak dia keluar sebenarnya. Menyemak apa entah kat sini? Ada rumah tak reti duduk rumah ke apa?

"Kerja saya menambat hati awak. Ni tengah kerjalah ni sayang," weh sumpah aku geli. Mummy pula boleh ketawa? Kelakar kat mana weh? Tapi aku jadi terkedu semasa panggilan sayang terpacul keluar dari bibirnya. Automatik fikiran aku bertaut pada seseorang yang sedang aku rindu setengah mati. Apa cerita dia sekarang? Agak-agak dia rindu aku tak? Dia tahu tak pasal masalah aku? Mesti dia tengah sibuk kerja kan sekarang? Jadi ke perkahwinan kami nanti?

Bagai terpukul dengan soalan yang terlintas dalam kepala aku tadi, lamunan aku menerawang lebih jauh.

Kalau dia tahu pasal mummy dan daddy, Faris masih nak ke dengan aku? Dia setuju ke kahwin dengan aku? Tapi sebelum ini aku tanya dia banyak kali, dia kata belum bersedia? Atau dia memang tak pernah pelan untuk mengahwini aku? Ah banyak sangat soalan! Ugh.

"Lia? Dengar tak apa Ayan cakap tu?"

Aku tersedar ke alam realiti.

"Hah? Cakap apa?"

"Dia nak ajak Lia keluar. Nak ke tak?"

Aku terdiam. Bukan sebab soalan Rayyan yang diulang oleh mummy, tapi sebab aku terfikir lagi perihal Faris. Aku rindukan lelaki itu. Sejak petang kelmarin kami langsung tak berhubung. Nak call? Mesej? Bateri telefon aku mati. Aku tak bawa pengecas. Nama pun sehelai sepinggang, kan? Jadi, ceruk mana aku nak dapatkan pengecas?

"Weh pinjam charger?"

Pandai kan aku? Soalan dia dibalas soalan semula. Sengihnya ditarik panjang. Seram juga aku tengok. Ini mesti nak kena guna sistem barter. Aku minta charger, dia mesti minta benda lain.

"Hehehe satu syarat!" Jari telunjuknya ditegakkan. Hm aku agak dah.

*

"TUNDUK sekejap," arahan paling pelik aku pernah dengar abad ini. Dah kenapa aku kena tunduk? Aku bukan orang jepun yang kena tunduk kalau berjumpa.

"Kenapa?"

"Tunduk sajalah. Banyak tanya pula."

At last, dia sendiri yang pegang kepala aku dan ditundukkan ke bawah. Apa yang dia belek kat kepala aku tak tahulah.

"Tengok apa?"

"Takda apa. Jom masuk?"

Siot punya orang. Dia belek kepala aku lepas itu cakap takda apa. Apa sajalah Rayyan ini. Troli besi yang terletak tak jauh dari kami, dia tarik lalu ditolak ke hadapan. Inilah syarat dia tadi. Temankan dia beli barang dapur. Ceh apa sangatlah syarat begitu kan? Petik jari pun boleh buat. Aku melajukan langkah mendahului Rayyan dan duduk di atas troli besi itu. Siapa tak suka duduk kat troli weh? Tipulah siapa tak pernah buat. Benda paling best tahu?

"Awak dah kahwin ke?" Aku memecah sepi antara kami berdua. Janggal pula rasanya keluar berdua. Visual kabur bersinggah di ingatan. Terpapar wajah Haikal sedang menyangkut tangannya pada tengkuk aku. Kami pernah keluar bersama kat sini ke dulu?

"Macam mana awak tahu?"

Visual tadi serta-merta hilang.

"Cincin awak tu. Nampak macam cincin kahwin."

Maksudnya betullah dia sudah berkahwin. Aku keluar dengan suami oranglah sekarang ni? Kalau isteri dia nampak memang mampuslah aku kena parang. Eee seram!

"Awak pun pakai cincin. Tu cincin apa?"

Tindakan spontan membawa tangan aku ke hadapan wajah. Cincin emas putih yang tersarung molek di jari manisku itu ditenung beberapa ketika. Ada bekas calar sedikit. Cacat sikit jadinya. Dahlah cantik cincin ni.

"Mummy cakap dia bagi. Entah tak ingatlah."

"Tak ingat? Macam mana boleh tak ingat pula?"

Damn it aku terlepas cakap. Mummy dah pesan jangan bagitahu orang pasal aku sakit dulu. Apa aku nak jawab sekarang? Jujur? Eh helo siapa dia nak tahu pasal itu? No way. Dia tak boleh tahu sebab mummy tak bagi dan dia tak payah tahu sebab takda kaitan dengan dia pun. Soalan dia aku biarkan sepi tanpa jawapan. Lantak dia kalau tertanya-tanya sekalipun.

"Awak. Jom main game?"

Ajakan Rayyan menarik perhatian aku. Pandai juga dia hilangkan rasa bosan aku. Main game? Game apa?

"Kita main ten questions. Each of us boleh tanya anything tapi sepuluh soalan saja. Ikut turn tau! Tak kisahlah soalan apa pun yang penting jawab kena jujur. Nak?"

Sekali lagi, bagaikan seorang mind reader dia menjawab persoalan dalam kepala aku tadi. Hm macam menarik. Sepuluh soalan? Aku kenal dia pun tak, aku nak tanya apa? Eh aku tanyalah pasal latar belakang dia kan? Bengapnya kau Lia. Okey game yang agak menarik. Aku pusing ke belakang lalu mengangguk setuju apabila mata kami bertemu.

"Awak start dulu. Cepat." Aku turun dari troli dan berjalan di sisi lelaki itu. Dagu diketuk dengan jari telunjuk. Gaya sedang berfikir. Aku pun tak tahu nak tanya apa sebenarnya hahaha.

"Haa kenapa ajak saya keluar?"

"Sebab saya nak tengok muka awak. Rindu." Kedengaran ikhlas jawapan yang diucap oleh Rayyan. Bergetar jiwa aku sedikit dek jawapan yang agak menyeramkan itu. Rindu? Erk.

"Okey my turn. Dah lama ke cincin tu awak pakai?"

Apa punya soalan dia bagi? Pasal cincin aku pun nak tanya ke?

"Lama juga kut? Sejak keluar hospital."

"Hospital?"

Spontan bibir bawah digigit. Sekali lagi terlepas cakap!

"My turn, awak tak kerja ke? Selamba keluar dengan saya," sengaja aku lari dari soalan dia pasal hospital tadi. Fuh harap-harap dia tak tanya lagi. Tapi aku pelik kenapa mummy tak mahu orang tahu pasal itu?

"Saya tinggalkan kerja sebab nak jumpa awaklah."

"Euw sweet talker!"

"Cairlah tu. Kk turn saya, rambut awak memang pendek ke?"

Aku angguk laju-laju. Teringin juga aku nak rambut panjang. Sedang aku gembira bermain game sepuluh soalan ini, mata aku menangkap satu susuk tubuh yang begitu sinonim dengan mata ini. Kaki aku terberhenti. Senyuman di wajahnya meragut jiwa aku. Ada insan lain yang juga ketawa di sisi dia. Mereka berdua nampak bahagia sangat. Hati aku rasa sakit tiba-tiba. Jadi, selama aku tak ada memang aku diduakan? Macam itu ke? Sayang aku terhadap dia tak bermakna ke? Tapi kenapa air mata dia jatuh tatkala kami bersua muka tempoh hari?

Akhirnya Haikal hilang dari pandangan aku.

"Awak jom balik. Please?"

Tangan Rayyan aku raih dan genggam seerat mungkin. Mataku yang sudah bertakung dek air mata bersatu dengan matanya seolah-olah meminta simpati. Entah kenapa aku rasa mahu menangis di bahu Rayyan. Dan tanpa sedar bila, kepala aku sudah terbenam pada dada bidangnya. Bayangan Haikal bersama seorang gadis kembali menerjah ruang ingatan. Adegan yang telah mencalarkan hati ini.

Siapa aku pada kau, Haikal?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience