Bab 44

Romance Completed 33336

Bab 44

MEL!

Aku rasa terpanggil dengan nama itu, lantas menoleh. Tapi tiada
sesiapa. Jadi, aku mula berjalan mencari suara yang tidak putus-putus
memanggil nama Mel tadi. Aku tak tahu aku di mana. Semuanya aku nampak
putih dan silau bagai disuluh jutaan lampu. Dan aku tak tahu kenapa
aku ingin sekali berempat mata dengan empunya suara. Aku terus
melangkah tiada tujuan, tercari-cari arah datangnya suara asing itu.

"Mel!"

"Mel!"

Lagi, panggilan berbaur panik dan risau itu bergema. Semakin maju
tapakku ke hadapan, sekelilingku semakin nyata. Ruang diliputi putih
dan silau bercahaya ini aku teliti penuh musykil. Namun, masih tidak
aku temu si pemanggil misteri. Tempat apa ni? Aku kat mana? Tempat ni
macam lain sangat.

"Mel!"

Suara itu melaung lagi. Kau kat mana? Kau siapa? Soalan ini menggesa
aku untuk teruskan langkah dan kini berlari anak mengikut satu lorong
sunyi. Semakin lama semakin kuat suara dia memanggil, meski hakikatnya
bukan aku yang dipanggil. Peluh menitik deras di tepi mata, aku dapat
rasakannya. Hujung lengan baju putihku digesel pada seluruh muka. Kaki
tetap berlari ke arah suara itu. Dan, debup! Akhirnya aku jatuh. Aku
gagal mengejar arah gema suara itu. Argh! Sial! Aku menyumpah seranah
sepuas hati. Aku tak jumpa empunya suara itu dan aku rasa kecewa. Tak
tahu kenapa, aku rasa terlalu gagal bila mana pemanggil misteri itu
tak aku temui. Aku rasa nak marah. Aku rasa sebal. Aku rasa sia-sia
saja aku buang tenaga. Hujungnya, aku tak jumpa pun dia. Aku terduduk
longlai di satu sudut, tersandar lemah sambil menangis. Air mataku
mencurah keluar bagai air terjun lajunya. Berkali-kali akalku
menjerit, aku gagal! Dan setiap kali itu, esakku kedengaran semakin
berlagu. Aku gagal. Aku gagal. Aku gagal. Hanya itu yang bermain di
layar fikiran.

"Mel?" Aku terdongak. Figura itu merapati dan memegang bahuku lembut,
sepertinya dia mahu aku bangun.

"Sshhh, dah dah jangan menangis ya? Saya kat sini."

Ayan? Itu.. itu A.. Ayan kan?

"Ayan!" Aku bingkas menyambar tubuhnya dan aku dakap kejap. Aku
menangis semahu-mahunya. Aku rindu dia. Aku mahu dia. Aku sayang dia.
Tapi kenapa dia tinggalkan aku terlalu lama? Mana kau menghilang Ayan?
Mana!

Terenjut-enjut bahuku kerana menangis tiada henti.

"Mel, saya tak nak awak layu. Jangan biarkan diri awak layu, Camelia.
Jangan layu."

Zufff.

Tiba-tiba jasad Ayan hilang begitu saja. Terhapus bagai debu yang
berterbangan di udara. Aku toleh ke kiri dan ke kanan, dia tetap
tiada.

"Ayan! Ayan!! Jangan tinggalkan saya... ja..ngan.. tsk tsk saya.. ,"
aku mati kata-kata. Baru sekejap dia datang, dia sudah pergi semula.
Ayan tak ada lagi di sisi aku. Dia hilang. Ayan tinggalkan aku. Dia
tinggalkan aku lagi. Aku keseorangan.. lagi. Kepalaku tunduk menyembah
bumi, aku meraung sampai hujung suara namun segalanya tetap sama,
takkan berubah. Buat ke sekian kalinya, aku nak menangis tapi gagal!
Aku tak boleh menangis. Mata aku kering tiada titis air jernih.

Pabila aku angkat wajah melihat sekeliling, semuanya kembali seperti
sediakala. Aku berada di ruang yang sama, tepat di sisi 'aku'. Ruang
yang mengurung aku dan 'aku' bersama, untuk jarak waktu yang sangat
lama. Tatkala pandangku dialih melihat 'aku', tepi matanya aku nampak
air.

'Aku' ... menangis?

*

KLAK!

Pintu wad terbuka dan,

"Mel..," mendayu tuturnya diucap lalu bahu 'aku' dipeluk erat. Ayan
mengucup dahi isterinya untuk beberapa ketika, dan lelaki itu mula
menangis. Aku memerhati di luar sedar, antara cemburu dan pilu aku tak
tahu aku rasa apa. Wajar ke aku cemburu? Hanya sebab Ayan tak boleh
nampak dan sentuh kau, kau tak layak cemburu. Hatiku berkata. Come
onlah, aku dan 'aku' adalah satu! Emosiku terganggu sedikit dek
terlalu memikirkan Ayan.

"Mel okey? Sorry saya tak datang lama sangat. Sorry saya tinggalkan
awak. Saya rindukan awak Mel. I miss you so much," luah Ayan
bersungguh-sungguh waima dia tahu jasad itu akan statik dan tidak
memberi respons.

"Awak tahu? Semalam saya mimpi awak. Dan.. awak menangis, teruk sangat
sayang. I just want to check on you, sama ada awak okey atau tak.
Tapi... em you're still the same. Haha," dia gelak plastik. Mungkin
dah bosan sangat tunggu 'aku' sedar dari koma. Jadi, rupa-rupanya Ayan
yang aku sentuh semalam hanya bayangan. Aku cuma dapat sentuh dan
bercakap dengan dia dalam dunia mimpi. Cuma khayalan semata-mata,
bukan realiti. Realitinya sekarang ini, aku bukan wujud dalam sempadan
pancaindera manusia. Dan realiti ini, sangat menyakitkan.

"Stop acting like you're dead Camelia. I want you and i need you. I
beg you sayang, tolonglah bangun! Bangun Mel!" Naik meninggi suaranya
meronta pilu. Pertama kali aku lihat dia begitu, meraung hiba kerana
satu jasad yang separuh mati. Dia dah putus asa ke menunggu 'aku'? Dia
dah menyerah? Atau dia dah jumpa pengganti 'aku'?

"Bangun Mel.. bangun.. Susah sangat ke awak nak bangun? Bangunlah Mel!
Bangun... tsk tsk..," aku tak tahu macam mana caranya, Ayan. Aku tak
tahu dan tak faham! Tak guna kau meratap Mel bagai nak gila, dia
takkan sedar selagi aku wujud. Itu hakikat yang kau dan aku perlu
terima. Tapi kau pula? Tak pernah tahu kewujudan aku di sini. Kenapa
rumit sangat keadaan ni? Situasi ni terlalu susah aku jelaskan.
Datanglah berjuta masalah dan konflik yang berkait dengan Mel
sekalipun, aku yang dengar, aku yang lihat. Tapi aku boleh buat apa?
Langsung tak boleh bertindak! Aku nak sangat buat sesuatu, cuba untuk
betulkan keadaan, walaupun aku masih keliru dengan semua yang terjadi
depan mata aku. Tapi masalahnya aku tak mampu dan tak boleh.

Bangun Mel. Kau kena bangun. Banyak perkara kau perlu selesaikan.

*

DERAP tapak seseorang kedengaran menuju ke arah sini. Kreek! Engsel
pintu berbunyi. Dia datang lagi? Aku perhatikan langkahnya yang terus
menerpa katil. Bibirnya jatuh di atas dahi 'aku', seperti melepaskan
rindu yang terpendam lama. Ada kasih yang tumpah dari anak matanya,
dan aku dapat rasakan itu. Tidak lama, air jernih mula meluncur di
sepanjang tulang pipinya.

Kreek!

Serentak aku dan daddy menoleh.

"Encik Adam?" Tegur doktor Rina seolah agak terkejut dengan keberadaan
daddy di sini.

"Doktor, macam mana dengan anak saya? Dia okay ke? Bila dia akan
sihat? Lia boleh sihat kan doktor? Dia akan sedar. Kan doktor?" Wanita
bertudung itu digesa soalan yang bertalu-talu. Daddy pula kulihat
menaruh harap terlalu tinggi. Sayang benar lelaki ini pada 'aku'.

"Macam nilah encik Adam. Pihak kami dah usaha yang terbaik untuk anak
encik. Kita cuma boleh berdoa kepada Allah, minta-minta supaya anak
encik cepat sedar dan sihat." Doktor Rina mengukir senyum manis, cuba
berlembut kata dengan daddy.

"Saya nak bawa dia balik," serta merta doktor Rina berubah riak. Aku
juga begitu, tak diduga daddy nak bawa 'aku' balik ke rumahnya. Tapi,
takkan tanpa pengetahuan mummy dan yang lain?

"Eh tak boleh encik Adam. Camelia kena dirawat kat sini. Kita tunggu
saja sampai dia sedar ya? Banyakkan berdoa encik Adam."

Terduduk layu daddy di sisi katil, menangis lagi kerana 'aku'. Kerap
kali aku dengar dia merintih, dia nak sangat 'aku' bangkit dari katil
itu. Dia kata, dia rindukan suara 'aku', senyum 'aku'. Pipi daddy
akhirnya rebah di tepi tangan 'aku', melayan tangisnya yang semakin
lebat.

"Saya keluar dulu encik Adam," doktor Rina tunduk lemah sebelum berlalu pergi.

Kali ini tangis daddy semakin berlagu. Nampak benar, dia terkesan
dengan keadaan 'aku' sekarang.

"Daddy sayang Lia.." rintihnya lagi berselang seli dengan sedu.

*

"HAI beb. Aku ni."

Oh, Fazira. Kawan baik.. kan? Aku tersenyum nipis lihat dia. Hari ini
dia pakai selendang pink. Cantik.

"Mel.. Aku rasa mesti kau bosan dengan soalan ni, tapi.. bila kau nak
bangun? Hahaha. Em."

Ketawa palsu Fazira menjentik kalbu aku, terasa sayu bila dia cuba
berbual tapi.. tiada respons. Ya Fazira, aku bosan dengan semua ni,
perkara yang tak jelas hujung pangkalnya, soalan yang tak ada
jawapannya, kerenah orang sekeliling aku, aku dah bosan dengan semua
tu.

"Ayah kau sakit Mel. Dia teruk sangat sekarang. Makan tak nak. Keluar
tak nak. Aku tahu dia rindu kau sangat sangat. Tsk.. tsk.. sebab tulah
Saif lama tak datang. Dia jaga ayah.. tsk tsk.. Mel, aku rindu kau.
Bangunlah weh. Tak kelakarlah!" Hari ini, suara Fazira pula yang
dilontar naik. Haha. Semua dah fed up tunggu kau Mel. Kau ini
menyusahkan! Bisik suara asing bagai menghasut emosi.

"Kau kena bangun Mel. Kau kena settle semua benda yang tak settle
lagi. Mummy kau.. dia.. dah d..di..divorce."

Pemberitahuan itu menyentak perasaan. Mummy dah bercerai? Tapi kenapa?
Ah patutlah daddy nak bawa 'aku' balik, dia nak ambil 'aku' sebelum
mummy datang. Ugh.

Tiba-tiba pintu dikuak.

Pelawat lain menjengah masuk, terus mendapatkan 'aku' di katil.
Dikucup lama dahi sang isteri yang sedang lena. Fazira sekadar
memerhati.

"Lama dah kau kat sini?" Ayan memecah sepi. Segak dia hari ini,
berkameja ungu lembut dan berseluar slek. Rambutnya tampak kemas
berbanding sebelum ini. Kacak.

"Baru sampai. Kau sihat?"

"Macam nilah Faz, kau boleh nampak. Aku.. tension sikit ah, nak
bahagikan masa dengan kerja aku, jumpa Mel, jumpa Raisya." Nama itu
meragut hatiku. Raisya, nama yang sama dia sebut dulu. Siapa Raisya
ni? Fazira pun tahu pasal Raisya ke?

"Raisya macam mana? Dah stabil?" Gadis itu seakan berminat mengetahui
tentang Raisya.

"Dia koma, macam Mel. Umi suruh aku cari masa untuk jaga Raisya.
Seminggu aku tak datang Faz, aku korbankan masa dengan Mel demi
Raisya."

Oh, jadi dia jumpa perempuan tu selama dia tak ada? Sebab itulah dia
pergi? Sebab Raisya? Ugh cukuplah, kenapa aku nak beremosi sangat ni?

"Sabar weh. Aku faham situasi kau. Kau dah ajak umi kau datang?" Umi?
Datang? Nak ke dia jumpa menantu dia yang terlantar koma ni? Lagi,
suara itu membisik licik.

"Dah, tapi dia lebih risaukan Raisya. Kau fahamlah, dia sayang sangat
kat Raisya. Nanti aku cuba bawa umi datang. Kau pun, bawalah papa mama
datang sekali. Dah lama dia orang tak jenguk bini aku ni, haha."
Lelaki itu cuba menepis ketegangan emosi. Oh, maknanya papa dan mama
Fazira pun pernah datang ke sini. Tapi.. mungkin waktu itu aku tak
wujud. Heh, macam nak ketawa pun ada, tapi segalanya terasa hambar.
Hakikatnya, aku tetap kena terima kenyataan yang tak masuk akal ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience