Bab 36

Romance Completed 33336

Bab 36

HUJAN lebat turun mencurah-curah. Antara rahmat Tuhan yang begitu
diagungkan. Setiap titisan kecil itu jatuh mencium tanah dan tar.
Langit hitam, aku pandang sepi. Tiada bintang, bulan pun menghilang.
Lepas aku pergi ke tandas tadi, ingatkan nak terus balik. Bukan apa,
aku rasa canggung duduk dengan dia orang. Tak selesa. Baik aku balik
kan? Tapi itulah, hujan pula kat luar ni haih. Jadi, aku decide nak
pergi balik kat dia orang bertiga.

Eh, aku belum bagitahu kat mummy lagi.

Cepat-cepat aku hubungi mummy dan bagitahu dia yang aku mungkin balik
lewat. Bukan tak nak terus terang pasal budak Raisya yang aku tak
kenal tu masuk wad, cuma aku rasa macam tak payah kut bagitahu? Jadi,
aku turutkan kata hatiku itu. Tiba di tempat tadi, mata aku terarah
pada susuk tubuh Rayyan. Lelaki itu tunduk menyembah bumi sambil
memegang kepalanya. Jelas sugul wajah nakal itu sekarang ini. Abah dia
pula sedang memujuk isterinya yang menangis. Wanita itu nampak terlalu
sedih. Disebabkan gadis itu juga, Rayyan jadi diam seribu kata. Kalau
sebelum ini dia suka sangat usik aku dan ajak aku berbual, tapi
sekarang? Dia cuma duduk diam di kerusi itu seperti enggan keluar dari
ruang yang dia bina sendiri. Aku jadi terkesima. Dan aku boleh nampak
betapa mereka kasih akan Raisya.

Siapa Raisya ni sebenarnya?

Klak! Pintu wad itu terbuka. Terpacul wajah wanita yang sama. Doktor
bertudung itu menarik ke bawah mask putihnya. Dahinya berpeluh.

"Puan, Raisya perlu jalani pembedahan dengan segera."

Dan semua terbangun dengan riak terkejut. Wajah Rayyan paling ketara pahitnya.

"Tapi tadi doktor cakap cedera luaran tak teruk kan?" Rayyan
mempersoalkam khabar yang diberitahu sejam yang lalu.

"Saya dapati ada objek yang terbenam dalam tubuh Raisya dan mungkin
akan affect organ penting dia. Dia kena jalani operation. No choice."

Pembedahan.

Akronim itu berlegar-legar dalam ruang fikiran. Perkataan yang maksud
tersiratnya, kalau ia tidak berjaya, hayat Raisya tak dijamin akan
berterusan. Peluangnya untuk selamat sangat tipis. Entah kenapa,
walaupun aku tak kenal Raisya, hati aku jatuh simpati kepada dia.

"Tolong selamatkan Raisya, doktor. Tolong?" Sayu sekali nada suara
abah Rayyan saat dia membuat permintaan itu.

"Saya akan cuba semampu saya. Banyakkan bersabar dan berdoa. Saya
minta diri dulu."

Iris hitamku menyusul langkah doktor tersebut sehingga bayangnya
hilang dari pandangan. Rayyan duduk semula di kerusi tadi. Matanya
berkaca. Urat di kepalanya menegang seolah-olah dia sangat runsing
sekarang. Kasihan aku tengok dia. Tapi apa aku boleh buat? Sembuhkan
Raisya? Mustahil. Itu semua kerja Tuhan.

"Abang.. Raisya bang.. Raisya..," rintih umi Rayyan di pangkuan
suaminya. Jiwa aku kuncup melayu seolah-olah dapat berkongsi keperitan
yang wanita itu alami.Tubuhnya nampak longlai semacam. Dan tiba-tiba
jasad wanita itu menggelongsor jatuh ke lantai!

"Aunty!" Jeritku spontan lalu menerpa ke arah dia. Aku bantu abah
Rayyan mencempung tubuh isterinya.

"Ayan, abah balik hantar umi dulu ya? Call abah kalau ada apa-apa."

Tiada respons.

Lelaki itu diam tidak berkutik. Sempat aku berbalas pandang dengan
abah Rayyan sebelum sengih sumbing. Faham. Rayyan masih tak dapat
terima kenyataan. Mungkin?

"Err uncle tak apa, Lia tunggu sini dengan Ayan. Take care uncle, hati-hati."

Jasad yang sama saiz dengan aku itu dikendong lalu langkah kaki sang
suami diatur pergi. Tinggallah kami berdua di ruang menunggu itu
bersama hening yang menemani setiap detik. Aku duduk selang dua kerusi
dari koordinat Rayyan. Aku tak berani dekati dia buat masa sekarang.
Kedudukan dia kekal seperti tadi, menopang kepalanya yang tunduk
menghadap lantai. Tidak berapa lama, aku dengar bunyi yang
mendayu-dayu. Esakan halus mulai menyapa gegendang telingaku.

Rayyan menangis?

"Awak? Awak nangis ke?"

Argh soalan paling bangang pernah aku tanya. Sahlah dia menangis yang
aku tanya apa hal? Tapi soalan aku tidak dijawab. Aku bertindak
merapati dia sampailah aku duduk betul-betul di sebelah dia.
Perlahan-lahan aku gerakkan tanganku untuk menyentuh bahu Rayyan tapi
belum sempat aku cuit, lelaki itu menyembamkan wajahnya di pangkuan
aku. Terenjut-enjut bahunya dek esakan yang menolak-nolak dada. Sumpah
aku terkejut. Aku tak tahu nak respons macam mana. Badan aku automatik
kaku.

"Tsk tsk.. Mel.."

Nama keramat itu lagi. Argh apa hal nama Mel yang dia sebut? Aku
terpiuh lagi dek enjutan bahu Rayyan. Esakan halusnya semakin
kedengaran. Spontan tanganku menepuk lembut bahu dia, cuba
menenangkannya. Haih kenapa hati aku sakit ni? Aku cemburu ke bila
Ayan menangis sebab Raisya? Atau aku tak dapat terima kenyataan yang
dia anggap aku ini Mel? Ah. Lantak.

Rayyan bangun. Aku statik. Enggan menjanggalkan keadaan yang
sememangnya canggung, aku langsung tidak bercakap. Pipi dia diseka
kasar. Wajah diraup beberapa kali. Aku perasan rambut dia serabut
sangat. Lelaki itu berdiri. Dia melangkah ke wad kecemasan di mana
Raisya ditempatkan. Pintu wad itu dipegangnya. Setitis air mata jatuh
lagi. Cepat-cepat digesel kelopak matanya. Dua tiga kali dia
mundar-mandir di hadapan pintu itu dengan wajah yang jelas kusut.
Jujur, aku sedih tengok dia macam ni.

Klak!

Pintu wad terbuka. Tiga orang jururawat menyorong sebuah katil.

"Sya!"

Panggil Rayyan penuh syahdu. Sepertinya dia mahu Raisya dengar
panggilan itu. Aku bingkas mengejar langkah mereka yang semakin laju
diatur.

"Sya! Promise me Sya akan sihat please? Sya bangun Sya. Ayan tahu Sya
kuat kan? Sya! Sya!"

Selang seli dengan esakan halus nama gadis itu dipanggil. Namun tiada
sahutan. Aku memandang tepat ke dalam anak mata Rayyan. Berkaca mata
itu menakung rasa hiba yang meruncing. Mata aku beralih pula kepada
sekujur tubuh yang berlumuran cecair merah pekat. Dahinya, lengannya,
perutnya. Sumpah, aku takut. Wajahku ditekup spontan. Wajah Raisya
penuh darah. Aku gagal mengimbas dengan jelas wajah dia. Sampai di
bilik bedah, pintu wad ditutup.

"Raisya...," nama itu sayup-sayup kedengaran meniti di bibir merah Rayyan.

Jarum jam yang berdetik kini sudah berganjak ke angka dua belas.

Setiap saat, setiap minit, lelaki itu langsung tak duduk. Memang
nampak sangat dia tengah risau dan tak keruan. Menunggu pintu bilik
bedah itu terbuka seperti penantian yang memeritkan. Bermula dari
duduk, aku bangun mengubah tempat. Bila punggung rasa kebas, aku ubah
lagi tempat duduk. Kemudian aku bangun pula. Kaki aku berjalan ke
depan dan belakang berulang kali. Rayyan jangan ditanya, dia persis
orang tak siuman. Sepatah kata langsung tak keluar dari anak tekak
kami. Sekilas pandang, kami macam orang asing. Tapi tak apa, aku faham
situasi dia.

Adudu datang menakluki bumi, demi koko yang dicari-cari!

Ah masa macam ni juga kau nak takluk bumi. Panggilan telefon itu aku
angkat cepat-cepat. Mummy.

"Helo? Lia? Dah almost satu pagi ni sayang. Mana Ayan bawa Lia ni?"

Argh aku dah kata mesti tak boleh selindung lama-lama. Cerita dia
sekarang, aku kena bagitahu juga pasal budak Raisya yang sakit tu.
Kalau aku nak balik sekarang pun memang tak ah mummy nak izin. Bahaya.
Lagipun, aku kasihankan Rayyan.

"Mum actually Lia kat hospital ni."

"Hospital? Buat apa?"

Maka aku pun ceritalah dari A sampai Z apa yang berlaku. Dan pasal
Raisya aku takda idea nak cakap Raisya tu siapa. Kalau nak tanya
Rayyan? Aku kerling sikit pun dah gerun memang pangkah besar ah nak
tegur. Jadi aku main bedal saja aku cakap sepupu Rayyan masuk
hospital.

Perbualan tamat.

Baru saja aku nak duduk, aku rasa tak sedap perut. Sial. Apa jadah ni
perut buat hal time sekarang? Aku hela nafas dalam dan melabuhkan
duduk bertentangan dengan Rayyan yang entah bila duduk di situ.

"Aduh..," ucapku perlahan. Ulu hati aku terasa bagai dicucuk dengan
pisau belati. Rasa panas dan sakit. Rileks Lia. Jangan layan. Aku
menekup muka dengan tangan kiri. Tangan kanan aku pula menekan
bahagian perut yang sakit. Dahiku berlapis. Mata dipejam rapat.
Sumpah, sakit gila. Aku tak tipu. Sakit sangat!

"Ayan."

Aku terpaksa beranikan diri tegur dia. Malang, tiada sebarang respons.
Lelaki itu malah bangun dan bermundar-mandir seperti tadi.

"Awak.. boleh kita turun makan dulu?"

Menebal muka aku ketika mengajukan soalan itu. Aku tahu, dia takkan
tinggalkan Raisya semata-mata untuk makan saja. Aku tahu, dia nak
tunggu sampai pembedahan selesai. Susuk tubuh lelaki itu aku lirik
dengan ekor mata. Masih tiada respons. Please Ayan, aku sakit sangat.
Hatiku merintih.

"Awak.. saya nak makan..," cubaan ketiga masih tiada jawapan. Rasa
panas dalam ulu hati semakin membara. Sakit. Aku tunjal bahagian ulu
hati pula. Tahan Lia, tahan. Argh apa hal aku tak bawa wallet aku? Kan
susah!

"Rayyan.. please bawa saya pergi makan?"

Senyap.

"Rayyan pl..,"

"Kau boleh diam tak! Aku serabutlah! Kau pergilah makan sendiri!"

Kata-kata aku dicantas dengan omongan yang menyinggung itu. Aku
terdiam seribu bahasa. Wajah lelaki itu menyinga. Dia tengking aku..
lagi? Dia.. marah aku?

"Ayan..," ucapku seakan tidak percaya dengan apa yang baru terjadi tadi.

"Apa lagi kau nak! Aku cakap pergi makan sendiri kan! Argh kusutlah!"
Buku limanya dihayun mencium dinding.

Jasadku mematung. Hati aku calar. Siapa yang tak tersinggung kalau
dibentak sebegitu? Siapa tak terasa kalau dihalau sebegitu? Berjam-jam
aku terpacak kat sini teman dia semata-mata tunggu Raisya yang entah
sesiapa tu, aku cuma ajak makan sekejap tapi kena tengking macam tu?
Entah kenapa hati aku terasa sakit sangat-sangat. Lunyai dipijak
herdikan Rayyan. Irisku menangkap tubuh dia yang duduk merenung
lantai. Sedikit pun dia tak hiraukan aku di sini. Tubir mataku rasa
hangat. Aku tahu air mata bertakung lama dalam kolam mata. Hening yang
setia bertamu lagi dan kali ini diiringi rasa sayu yang mengintip di
jendela hati.

Saat itu, sebutir mutiara telah tumpah ke bumi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience