Bab 52

Romance Completed 33336

Bab 52

NICE.

Ingatkan hidup aku akan lebih baik selepas sedar dari koma. Tapi masih
sama, malah lagi teruk dari sebelumnya. Baik aku mati, senang tak
perlu fikir apa. Mula-mula ayah datang rumah marah tak tentu hala.
Then Haikal dengan Faris cari aku balik. Lepas itu Raisya pula sengaja
cari nahas. Dan tadi? Tunang Haikal serang tak semena. Well done! Ada
lagi yang nak tambah beban kat otak aku? Silalah datang. Memang aku
hidup untuk tanggung masalah sensorang pun. Memang aku ini layaknya
menangis setiap hari. Siapalah aku ni kan? Lepas ayah benci aku,
sekarang Raisya pun sama. Paling menyedihkan suami aku sendiri yang
baru saja nak bina semula rumah tangga kami yang retak dulu, pun dah
bencikan aku. Oh nice, everything just nice. Bagus!

"Bawa aku pergi rumah mummy." Fazira di tempat duduk memandu cuma
angguk tak berani melawan. Sedari tadi, cuma hening menemani suasana.
Aku tak ada mood dan kudrat nak bersuara. Well, lepas kena serang
tiba-tiba kau expect aku nak gelak happy macam tak jadi apa ke? Hati
aku sakit sangat. Terluka dan berdarah. Oh lupa, takda siapa kisah
pun. Tak perlu expose feeling kau Camelia. Kau ingat ada orang nak
ambil tahu? Memang taklah.

Tiba di sebuah kawasan perumahan yang berstatus sederhana, kereta mula
dipandu perlahan. Tidak berapa lama, brek dipijak, kereta berhenti.
Sebuah rumah teres satu tingkat berwarna kuning cair menjadi tatapan
mata. Dan sebuah lagi kereta yang diparkir di hadapan kereta Fazira,
menarik perhatian aku.

Kereta putih, Mercedes Benz.

Aku kenal kereta itu. Kereta yang pernah ekori aku dulu. Kereta putih
yang aku tak tahu siapa pemandunya. Kereta yang dilitupi cermin separa
gelap. Kereta yang sangat sinonim dengan iris ini. Dan tak asing lagi
kenderaan bertayar empat itu bagi aku sekarang sebab aku ingat
semuanya.

Oh, crap.

Adakah ini maksudnya dia memang dah lama perhatikan gerak geri aku?
Dia memang dah lama cari aku? Dia memang ekori aku sejak aku tak sedar
lagi? Pelbagai andaian menggesa otakku untuk berfikir. Ah tak mungkin,
dia orang unexpectedly ambil aku sebagai anak angkat selepas
kemalangan itu. So, semuanya kebetulan. Akalku mengandaikan demi
menyedapkan hati.

"Kenapa daddy boleh ada kat sini?"

"Aku tak tahu beb. Sumpah aku tak tahu." Jawabnya tiada riak bersalah.
Fazira pernah cakap, keberadaan mummy tak siapa yang tahu. Dah
bercerai buatlah cara tak ada ikatan, terhegeh nak cari mummy balik
dah kenapa? Spesies Faris dengan Haikal juga ke macam mana ni? Uh.
Lekas aku buka pintu kereta dan menonong masuk tanpa salam atau ucap
dengan langkah yang terhincut.

"Kau tahu kan Lia kat mana! Bagitahu aku Yati! Aku nak anak aku!"

"Sudahlah Adam! Aku cakap aku tak tahu!"

Perkelahian terjeda tatkala mereka menyedari kehadiran aku di ruang
itu. Bersilih ganti aku pandang kedua-dua insan yang aku sayang itu
dan air mata jatuh menitik tanpa sebarang jemputan.

"Lia.. you have to come with me. Anak daddy sayang daddy kan?" Tak
menyempat lelaki itu mendekati dan mengusap lembut belakang aku seakan
memujuk dan merayu. Mummy terus mendapatkan aku dan menolak jasad
bekas suaminya.

"Lia jangan dengar cakap daddy. Lia balik sekarang, balik!"

What the hell is going on? Daddy ajak aku ikut dia. Mummy suruh aku
balik. Memang semua orang tak nak aku ke sekarang ni? Cuma daddy yang
bersungguh nak aku. Tapi kenapa terlalu desperate macam itu sekali?

"Stop it mum! Dad! Cut the crap off!" Emosi aku dah kembali berapi,
terasa nak debik segala benda di sekeliling. Aku rasa nak marahkan
semua orang. Aku rasa nak lepaskan perasaan aku. Biar dia orang semua
tahu betapa aku cemuh nak hidup. Betapa aku tak larat nak tanggung
realiti yang menyakitkan ini.

"Lia you have to listen to mummy. Lia balik duduk dengan Rayyan okey?
Jangan ikut daddy."

"Hei suka hati akulah! Dia anak aku! Kau ni memang nak sebelahkan
jantan tu kan!" Daddy naik hantu. Dihambur amarahnya kepada mummy yang
juga sedang menahan rasa. Wanita bertudung itu memandang penuh benci
mata daddy. Aku tak dapat baca maksud tersiratnya.

"Lia nak duduk dengan mummy. Daddy please, Lia perlukan privasi. I
need space for myself." Ujarku mengawal nada agar tidak menyinggung
dia. Tapi daddy seakan tak puas hati.

"No! Lia kena ikut daddy. Lia sayang daddy kan?" Tangan tuanya melekap
di pipi ini, digoncang lembut tubuhku sambil merayu bersama tangisan.
Aku jadi hiba tak semena, simpati mula menghurung sang hati apabila
melihat kesungguhan daddy yang mahukan aku untuk tinggal bersama dia.

Aku tak nak.

Aku nak tenangkan fikiran kat sini, dengan mummy. Aku tahu daddy masih
stick dengan rancangan dia untuk kahwinkan aku dengan Faris. Dan kalau
aku ikut daddy balik, tak mustahil Faris akan datang jumpa aku. Itulah
yang aku cuba elakkan sebenarnya. Macam mana kalau Rayyan nampak Faris
jumpa aku? Memanglah aku tengah berdingin dengan suami aku, tapi aku
tak bodoh nak jumpa lelaki lain semasa Rayyan tak ada dengan aku. Lagi
pun, takkanlah daddy tak sedar lagi yang sebelum ini Faris dah curang
belakang aku?

"Lia... daddy sayang Lia.. Lia sayang daddy kan? Anak daddy sayang
daddy kan? Anak daddy ikut daddy balik ya?"

Tersembam muka daddy di bahu aku. Naik turun bahunya disebabkan esakan
yang melampau. Hati aku jadi layu serta merta. Ketika ini, bagai ada
sesuatu yang mengalir dalam tubuh aku. Suatu perasaan yang menyulam
jiwa ini. Aku rasa seperti disayangi dengan ikhlas. Aku rasakan cinta
seorang bapa kepada anaknya, yang aku tak dapat raih daripada ayah.
Tanpa sedar, aku sedang membandingkan ayah kandung dengan daddy angkat
aku. Bukan apa, terlalu lama aku hidup dengan kebencian seorang ayah.
Dan bila daddy cakap dia sayang aku, aku rasa dihargai. Aku rasa
diperlukan. Aku rasa ada orang yang nakkan aku.

Ya, semua perasaan itu yang aku mahu selama ini.

Aku dahagakan kasih sayang seorang bapa dan seorang ibu. Aku inginkan
belaian manja seorang bapa dan seorang ibu.

Kenapa aku tak dapat dari ayah? Kenapa mesti dari daddy yang bukan
bapa kandung aku? Ketiadaan ibu pula lebih memeritkan. Aku tak kenal
siapa yang lahirkan aku. Aku tak tahu siapa yang kandungkan aku. Aku
tak tahu rahim siapa yang mengusung jasad kecil aku.

"Daddy... accept the fact that i'm just your adopted daughter. Lia pun
sayang daddy, tapi daddy kena faham situasi Lia sekarang. I want my
own space dad, Lia perlu masa untuk adapt dengan apa yang jadi."
Ujarku cuba berlembut.

"Lia dengar cakap mummy, balik sayang. Balik. This is not the right
time untuk bincang apa-apa. Mummy pun nakkan masa untuk diri sendiri.
You can't stay here honey, not now. Sorry sayang."

Luluh tak terkata hati aku ketika mendengar luahan dia. Dia tak nak
aku kat sini? Tapi kenapa? Mummy tak sayang aku lagi ke?

"Ayah Lia perlukan Lia."

"Aku pun perlukan dia! Kau stoplah hasut dia! Dia anak aku!" Tiba-tiba
daddy marahkan mummy.

"Jangan balik jumpa Farid. I warn you Lia, don't you ever dare to meet
him." Larang lelaki itu memusykilkan aku.

"Tapi dia ayah Lia."

"Habis daddy ni apa?" Tanya dia seolah cemburu dan tak suka pabila aku
bangkitkan pernyataan ; dia ayah Lia.

"Daddy.. daddy pun daddy Lia tapi hakikatnya sekarang ayah tu ayah
kandung Lia. Tolonglah faham dad. Kenapa daddy beria sangat tak nak
Lia jumpa dengan ayah ni?"

Baru saja lelaki itu mahu membuka mulut, bekas isterinya pantas
mematahkan omongan dia.

"Ini bukan masanya Adam. Lia, balik sekarang." Mendatar suara wanita
itu. Ini bukan masanya untuk apa? Sial aku bencikan soalan.

"She deserves to know the truth! Sampai bila kau nak teruskan pembohongan ni?"

"Sekarang kau nak salahkan aku?? Hei Adam! Ini semua kau yang mulakan
dulu! Dan sebab kau, aku korbankan kebahagiaan yang aku miliki dulu.
Cuma sebab kau, semuanya musnah! Aku hilang orang yang aku sayang
hanya sebab kau Adam."

Masing-masing mula menuding jari dan berkelahi semula. Pembohongan?
Korbankan kebahagiaan? Musnah? Mulakan apa ni? Apa yang dia orang
cakapkan ni? Aku tak faham dan tertanya-tanya. Runsing! Dan dari
pertengkaran itu, aku tahu ada sesuatu yang mereka sembunyikan dari
aku. Aku kembali tenggelam dan dihempas ombak persoalan.

"Bohong apa ni? Apa benda yang Lia tak tahu ni mummy, daddy?"

Mereka tercengang sesaat tatkala aku mengajukan soalan itu. Namun tak
seorang pun memberikan jawapan. Wajah mummy risau dan penuh dengan
tangisan. Daddy pula tampak marah dalam kesayuan. Tadi sibuk sangat
nak bagitahu aku kan? Sekarang aku tanya, satu ayat pun tak keluar!
Memang suka kan buat aku tertanya-tanya? Keluhan berat dari mulut
mummy dihembus panjang dan berat. Daddy membentak tanda bengang,
rambutnya dikuak kasar. Tak lama, tangisan mummy kedengaran lagi.

"Farid bukan ayah kandung Lia."

Aku terpempan. Bagai guruh ayat itu menggempar jiwaku. Ibarat dihempas
ke bumi, hatiku berkecai menjadi cebisan. Jantung ini berdetak maha
hebat. Dadaku berombak laju. Ya Allah, katakan ini semua mimpi.
Katakan semua ini auta! Ini cuma bayangan. Ini sekadar khayalan. Ini
hanya halusinasi semata-mata kan? Mustahil. Tak mungkin!

"Mel.. ayah masuk wad."

Pemberitahuan Fazira yang baru saja tiba itu, meranapkan lagi seluruh
atma. Esakan mummy dan dengusan amarah daddy meragut perasaan aku.
Saat ini, air mata aku deras menitik di pipi. Bibirku terkunci rapat
tanpa sepatah bicara. Lidahku kelu berpintal. Akalku bagai sudah tidak
berfungsi. Hati dan perasaan aku hancur tak bersisa. Kebenaran yang
baru dibongkar itu terlalu pahit dan perit untuk aku hadam. Aku rasa
bagai lumpuh semua anggota badan ini. Kenapa aku kena hadapi realiti
yang menyakitkan ni seorang diri?

Ya Allah.. apa semua ni?

Aku ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience