Bab 27

Romance Completed 33336

Bab 27

SUASANA jadi janggal. Rasa sendu tiba-tiba bertamu di hati. Sungguh aku rindukan wajah ini. Ke mana kau menghilang? Kenapa selama ini kau tak pernah muncul? Kau tinggalkan aku, Haikal. Kau tinggalkan aku. Hati aku semakin layu diracun hiba. Bermacam perasaan menghurung batin aku kini. Gembira, teruja, sedih, kecewa, bersalah, marah semuanya ada. Kenapa kau mesti muncul selepas adanya Faris di sisi aku? Tatkala ini, aku masih setia di atas lantai dan bersandar pada dinding. Entah bila jasad aku mengesot sampai ke dinding, aku tidak sedar. Yang aku tahu, belakang badanku sudah mencium tembok itu. Wajah lelaki itu aku tatap penuh emosi. Matanya juga tidak berganjak dari memandang aku. Pandangan kami bersatu begitu lama bagai sedang berkongsi rasa sesama sendiri hanya melalui pandangan mata.

Perlahan-lahan cecair hangat mula mengalir di pipi. Aku tak mampu bendung lagi arus air mata yang sejak tadi menolak-nolak. Sungguh aku hiba ketika ini. Lelaki yang aku sayangi suatu ketika dulu sudah muncul kembali. Tapi kenapa sekarang? Kenapa mesti setelah ada Faris? Soalan-soalan itu mengusutkan lagi fikiran aku. Kepala aku ditundukkan. Wajahku bertemu lutut. Terasa basah kain yang sedang aku pakai sekarang ini. Aku mahu berhenti menangis tapi gagal. Aku tak tahu kenapa murah sekali air mata aku sekarang. Berhenti menangis Lia. Berhenti! Jiwa aku mengherdik. Tapi tangisan aku malah semakin galak kedengaran. Emosi aku tak terkawal.

Ofis itu jelas hening.

Suara lelaki itu langsung tidak aku dengar. Kenapa dia tidak berbicara? Tak rindukah dia pada aku? Atau dia sudah buang aku? Kata hati aku menebak. Namun akal aku pula menafikan semua. Aku keliru.

Haikal ke mana selama ini? Dia tak tahu ke aku sakit? Di mana dia semasa aku di hospital dulu? Atau dia memang sudah tinggalkan aku? Saraf aku kembali ngilu. Otakku terasa bengang bagai dihempas dengan begitu kuat. Sakitnya begitu memeritkan. Makin aku paksa agar ia mengingati, sakitnya makin terasa meruncing. Sudahnya, aku tak punya sebarang jawapan. Aku tak ingat apa-apa. Aku cuma mampu ingat beberapa perihal mengenai dia. Hanya beberapa perihal.

Kepalaku disentuh tiba-tiba. Sentuhan lembut itu begitu menenangkan. Namun aku dapat rasakan getaran pada sentuhan dan elusan dia. Kepalaku dipanggung. Mata Haikal kulihat sudah berkaca. Tapi mutiaranya masih ditahan agar tidak gugur. Reaksi apa yang aku perlu tunjukkan sekarang? Aku bingung. Ingin aku peluk jasad di hadapan aku ini tapi apabila fikiranku bertaut pada Faris, niatku terus terbatal. Aku rasa bersalah.

Apa yang aku rasa dalam hati, tidak seiring akal. Kedua-duanya bercanggah. Kenapa sekarang, Haikal? Kenapa sekarang.

"Camelia.."

Terdongak kepala aku tatkala suara dia memanggil nama aku. Sedih. Aku jadi sebak. Sudah lama aku tak dengar suara itu. Tersangat lama. Terenjut-enjut bahuku menahan esakan yang kian galak.

"I miss you. I miss you dear. I miss you.. so much!"

Bisik lelaki itu sungguh lembut. Suaranya jelas sekali menahan sebak. Ketika aku tatap wajahnya, setitis air mata sudah mengalir pada muka itu. Hatiku dipagut rasa sayu. Air mata lelakinya sangat memilukan. Aku rindu kau juga, Haikal. Aku rindu kau juga. Tapi aku keliru. Andai aku pilih kau, bagaimana dengan janji aku soal perkahwinan aku dan Faris? Andai aku pilih Faris, mampukah aku buang rasa sayang terhadap kau yang bersarang dalam hati ini? Semua jadi rumit.

"Kenapa sekarang, awak? Kenapa sekarang?"

Tersedu sedan nafasku ketika bertanya soalan itu. Haikal menggeleng lemah. Sepertinya dia juga tidak punya jawapan. Lama kami berkeadaan begitu. Pipiku diseka. Tiada guna menangis lagi. Keadaan tak akan berubah. Enggan menunggu lama, aku bingkas bangun meninggalkan Haikal. Segala persoalan tergantung begitu saja. Aku sendiri masih bingung dengan apa yang baru berlaku.

*

"YANG, are you okay?"

Soalan Faris aku biar tanpa jawapan. Bayangan Haikal asyik bermain dalam kepala. Aku jadi leka dan terbuai dengan bayangan lelaki itu. Apa perlu aku buat sekarang? Otak aku kosong. Tak mampu memikirkan apa-apa. Andai aku boleh putar detik waktu ke belakang, pasti aku tidak akan bertemu Faris yang kini aku sudah terlanjur sayang. Permainan kehidupan memang selalu macam ini kan? Aku tak tahulah apa motifnya. Buat ke sekian kalinya, bayangan Haikal menerjah ruang fikiran. Senyuman dia. Rambut dia. Mata dia. Bibir dia. Semuanya berjaya menarik perhatian aku. Tanpa sedar, kasih aku semakin jatuh pada Haikal dan Faris bagaikan makin lupus.

"Yang!"

Suara yang ditekankan sedikit itu buat aku terpiuh. Mata aku dialihkan memandang Faris. Lelaki itu seakan mahu memarahi aku tapi tidak sampai hati. Mungkin aku terleka tadi. Ya. Kerana Haikal. Ah lupakan dia Lia! Mampukah aku? Entahlah.

"Awak okey tak? Kenapa tak jawab soalan saya? Kenapa tak layan saya? Selalu tak macam ni."

Ada nada merajuk terselit dalam tuturnya. Sebab Haikal. Aku rindu Haikal, Faris. Aku rindu kekasih aku. Malang, jawapan itu bergema dalam hati saja. Mahu diluah? Tidak sesekali di hadapan Faris. Aku enggan mematahkan hati dia.

"Camelia are you literally fine? You look weird and pale. Awak sakit ke? Awak jangan pitam sini, yang. Kalau awak tak sihat, saya hantar balik okey? Nak makan dulu tak? Ke awak nak take away?"

Semua soalan Faris aku jawab dengan satu gelengan lemah saja. Kedengaran dia mengeluh nipis. Pasti dia meluat melayan kerenah aku. Kenapa setiap detik wajah Haikal perlu muncul dalam kepala aku? Jasadku bersama Faris tetapi akal dan hatiku bersama Haikal. Ugh. Tindakan apa yang paling wajar sekarang?

Automatik kepala aku diangkat pandang Faris.

"Awak. Do you love me?"

Entah kenapa soalan itu boleh terlintas dalam kepala. Wajah Faris terkejut sedikit. Siapa tak terkejut kalau tiba-tiba ditanya sebegitu? Em.

"Kenapa tanya?"

"Entah. Saja," mudahnya jawapan aku. Apa bezanya kalau soalan aku dijawab dengan 'ya' atau 'tidak'? Mummy dan daddy memang sudah berkenan akan Faris dan aku juga sayangkan dia. Tapi Haikal.. ugh entahlah.

"Faris. Bila kita boleh kahwin?"

Lelaki itu kelihatan terkedu dengan soalan cepumas aku. Memang obviously nampak macam aku yang terhegehkan Faris ketika ini. Terangkat juga bahu dia tatkala aku ajukan soalan yang sudah aku tanya kelmarin. Ya, mungkin itu saja keputusan yang paling wajar untuk aku buat. Ikatan perkahwinan mungkin dapat usir perasaan aku terhadap Haikal.

"Awak dah tanya soalan ni kelmarin. Why awak nak kita kahwin cepat sangat?"

Aku tunduk semula. Nama Haikal melintas di ruang fikiran. Kerana dialah aku seakan terlalu mendesak Faris agar mengahwini aku secepat mungkin. Heh desperate. Tapi apa boleh aku lakukan? Itu saja satu-satunya cara untuk aku halau semua perihal tentang Haikal dari fikiran dan hati aku walaupun aku tak yakin seratus peratus yang aku akan berjaya. Kenapa kau muncul lagi Haikal? Kenapa sekarang? Mana kau pergi dulu? Apa yang buat kau tinggalkan aku? Ugh.

Soalan yang aku tak punya jawapan itu cuma mengusutkan lagi seluruh sudut otak. Selepas ini, aku akan menghadap wajah dia setiap hari. Kenangan lama yang masih kabur, akan kembali memenuhi benak. Semuanya jadi canggung. Kenapa aku mesti setuju dengan cadangan daddy agar aku bekerja di syarikat dia? Kalau aku tak setuju, kami pasti takkan bertemu dan keadaan takkan jadi rumit sebegini.

"Jom balik," aku terus bangun dan meninggalkan meja tersebut tanpa menoleh ke belakang.

"Yang! Awak tak makan lagi."

Aku dengar tapi buat bodoh saja. Tak berkudrat untuk menjawab. Mood aku terus down. Semuanya tak kena. Aku tak faham kenapa mesti aku yang perlu menghadapi situasi ini.

*

"DAD. Lia tak nak kerja." Terus diangkat wajah lelaki tua itu memandang aku dengan riak yang tertanya-tanya. Aku balas pandangan daddy dengan wajah kosong. Pertemuan yang tidak disengajakan di ofis pagi tadi masih terbayang-bayang di layar ingatan.

"Kenapa? Lia baru kerja sehari saja kan? Kerjalah dulu. Selesakan diri." Ujarnya seakan memujuk.

"Lia tak nak, daddy." Aku terus angkat kaki dan berlalu ke kamar. Mood aku bercelaru sekarang. Please stop fikir pasal Haikal, Lia. Kau akan kahwin dengan Faris nanti. Jangan patahkan hati Faris. Suara hati sendiri membuat diriku diburu rasa bersalah. Hati ini keliru dan buntu.

"Yati!!"

Tersentak lamunanku apabila suara parau itu melaung dari tingkat bawah. Terkejut. Apa yang terjadi? Itu suara daddy kan? Daddy marah? Kenapa?
Aku bergegas keluar semula dari kamar. Baru saja aku mahu turun ke ruang tamu, kedengaran suara yang sama menengking kuat. Automatik kakiku terpaku di situ.

"Dah kebulur sangat ke apa kat dia? Saya dah kata jangan ungkit kan!"

Memetir suara daddy yang naik dua oktaf itu. Mummy kulihat sudah berkaca matanya. Wajahnya lekas saja ditekup. Kenapa daddy marah mummy? Apa salah mummy? Siapa 'dia'? Ungkit pasal apa? Ah aku tak suka soalan!

"Terima kenyataan, abang. Dia pun ada hak!"

Tukas wanita itu seolah-olah mempertahankan sebuah fakta.

"Oh sekarang dah berani lawan kata aku? Aku ceraikan kau talak satu!"

Terjelopok jasad mummy di kaki sofa tatkala suaminya melafazkan talak. Aku terkedu. Sungguh aku terkesima dengan tindakan lelaki itu.

"Daddy..." perlahan saja panggilan itu meniti di bibir ini. Luluh hati aku ketika mummy menangis. Air matanya mengalir murah. Buat kali kedua aku lihat mutiara jernih gugur dari tubir matanya.

Kenapa, daddy? Kenapa?

Soalan itu mengetuk benakku berkali-kali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience