Bab 30

Romance Completed 33336

Bab 30

TAK tahulah kenapa aku sedih sangat. Terang lagi bersuluh dia gembira dengan orang lain. Lelaki macam itu tak layak ditangisi. Sepatutnya aku dah boleh jangka Haikal dah ada orang lain. Tiga bulan aku tak jumpa dia. Dan tiba-tiba dia muncul sebagai bos aku? Air mata dia hari itu semuanya palsu. Aku patut dah boleh jangka semua ini. Apa kau bodoh sangat Lia? Air mata yang aku tak mahu tunjuk tetap keluar bercurah-curah. Tapi esakannya aku tahan. Biar aku menangis dalam diam. Sakit dalam hati ini biar aku sendiri yang tanggung. Yang lebih menyakitkan ialah apabila aku langsung tak mampu ingat kenapa Haikal tinggalkan aku dulu?

"Mel please jangan nangis. Saya tak suka."

Rayu lelaki yang sedang memandu itu. Aku yakin fokusnya terganggu. Ah peduli apa aku? Aku cuma fikirkan perihal Haikal sekarang ini. Kenapa aku tak boleh ingat semua kenangan kami? Semua yang muncul dalam kepala hanya visual kabur dan aku tak nampak apa-apa. Macam mana aku nak ingat? Hentak kepala kat dinding baru boleh ingat? Baik aku bunuh diri. Tak payah ingat apa-apa. Ugh semua benda tak kena sekarang.

"Mel."

"Kau nak apa! Aku bukan Mel ah!"

Amarah aku dihamburkan di situ akhirnya. Aku rimas dengan panggilan Mel yang menyemak itu sejak di Alamanda dulu. Kemudian wujud pula manusia yang selamatkan aku dari dirogol di lorong sunyi. Saif. Dia pun panggil aku Mel. Apa benda yang dia orang tak faham? Aku cakap aku bukan Mel. Itu pun tak reti nak faham? Bodoh. Buat serabut kepala aku.

"Calm down sayang. Awak cuba cerita kat saya what's wrong with you?"

"Kau tak payah nak sayang sayang dengan aku. Rimaslah!"

Aku menghempas kasar badan belakangku pada tempat duduk. Tangan disilangkan ke dada. Rambut yang mengurai menutup wajah, aku sisir kasar ke belakang. Hati aku panas dengan adegan mesra Haikal bersama seorang perempuan di pasaraya tadi. Semakin aku paksa untuk melupakan, semakin kerap pula ia tertayang dalam layar ingatan. Meluat. Rayyan terus membisu apabila diherdik sebentar tadi. Ah kenapa aku rasa bersalah? Dia yang mulakan dulu kan? So aku tak salah. Dia yang buat aku marah. Buat apa aku rasa bersalah? Damn it. Tak payah fikirlah!

Kereta akhirnya berhenti di hadapan rumah bujang Rayyan yang aku tumpang itu. Pintu kereta aku hempas kasar. Biar tercabut pintu sekalipun, apa ada hal? Lantaklah. Aku geram sangat sekarang. Haikal. Cuma nama dia yang asyik berlegar dalam kepala. Aku tak puas hati. Antara marah dan sayang, aku keliru perasaan apa yang ada dalam diri ini terhadap dia? Kalau dia sayang aku, dia sepatutnya tunggu aku. Bukannya berpaling tadah pada perempuan lain. Tapi semasa kami berjumpa hari itu, kenapa dia menangis bagai nak rak? Ah palsu! Aku tahu semua itu palsu sebab dia tak nak aku tahu yang dia curang. Sial punya perangai. Bantal disambar lalu mukaku ditekup pada bantal tersebut. Aku menangis semahu-mahunya. Faris.. aku rindu kau. Nama itu pula yang terlintas di sudut benak. Aku mahu Faris. Lelaki yang aku sayang. Lelaki yang aku percaya. Lelaki yang aku mahu jadikan suami.

Telefon yang sedang dicas di sisi katil aku capai. Aku ingat, Faris akan telefon aku. Tapi rupanya tidak. Satu mesej pun tak ada inikan pula panggilan telefon? Jariku lincah menaip nombor telefon lelaki itu. Penuh sabar aku nantikan panggilanku diangkat.

Tut. Tut. Tut.

"Maaf. Nombor yang anda dail....."

Talian diputuskan. Telefonku dilempar ke atas katil. Sedih. Aku nak mengadu pada siapa? Haikal tipu aku. Faris tak angkat call aku. Mummy? Dia cukup terbeban dengan masalah pasal daddy takkan aku nak tambah? Ah apa hal Haikal muncul balik dalam hidup aku kalau sekadar untuk lukakan hati aku hah? Aku tak faham dengan permainan dunia. Kalaulah kami terserempak tadi apalah agaknya reaksi dia? Ugh tak payah fikirlah. Langsung tak penting!

*

PENDINGIN hawa yang terpasang dapat aku rasa kesejukannya. Tindakan spontan membawa tangan aku menarik selimut tebal lalu menutup seluruh tubuh. Menggerigil badan ini kerana terlalu sejuk. Bagai dibelai penuh manja, mataku semakin layu dan aku akhirnya terlelap lagi. Elusan lembut yang melekap pada pipi mendodoikan aku agar lebih lena.

"Mel bangun, nak maghrib dah ni. Tak elok tidur time macam ni awak," terbuntang terus mata aku tatkala suara parau itu menerobos ke dalam lubang telinga. Tersenggul wajah Rayyan yang sedang mencangkung di sisi katil dan matanya setia memandang wajah aku. Sembilan puluh darjah badan aku menegak!

"Hoi apa kau buat hah! Awak gosok pipi saya tadi kan!" Serkapku jelas sekali marah. Ayat pun bercampur, sekejap kau, sekejap awak.

"Hah? Saya baru saja datang nak kejut."

"Haa awak mimpi saya eh?" Sambungnya lagi sambil tersengih-sengih menyakat. Aku mimpi dia ke? Aku separuh sedar tau tadi. Aku yakin itu tangan dia yang belai pipi aku. Tapi aku nampak dia rileks tak buat sebarang pergerakan pun? Ke memang aku mimpi pasal lelaki ini? Hesy apa hal aku boleh termimpi pasal dia pula?

Aku geleng kepala laju-laju.

"Eleh yalah tu." Balas Rayyan yang menyangkan gelengan aku tadi adalah jawapan bagi soalan dia. Padahal aku menidakkan apa yang aku fikir. Ah lantaklah.

"Blahlah, apa hal menyibuk bilik perempuan?"

"Sudah sudahlah tidur tu. Nak maghrib dah ni, cepat bangun."

Punat iPhone 5 milikku ditekan. Jam digital yang terpapar pada skrin, aku kerling sekilas. Hm betullah kata dia sekarang waktu senja. Lekas-lekas aku bangun dari katil dan spontan jemariku melurutkan helaian rambut yang mengaburi wajah. Tindakan spontan yang tanpa sedar sudah menjadi tabiat.

"Eh blahlah. Tercegat sini lagi apa hal? Siku kang!"

Menonong lelaki itu berlari anak keluar dari kamar. Sempat aku tangkap sengih kambingnya tadi. Entah kenapa aku rasa tercuit dengan telatah dia. Comel pun ada. Usai membersihkan diri, aku menapak keluar dari bilik dan berniat mahu ke dapur. Ketika aku berjalan melewati sebuah bilik, kedengaran satu suara yang begitu sinonim dengan gegendang telinga. Suara itu mengalunkan kalimah suci al-fatihah yang begitu merdu sekali. Terpaku dengan bacaan tersebut, langkah aku berhenti di hadapan kamar itu. Bagai terpukau dengan alunan surah al-fatihahnya, aku hanyut dalam perasaan sendiri. Aku dapat rasakan sesuatu yang lain. Sesuatu yang mengusik jiwa ini.

"Allahuakbar."

Lamunanku mati tatkala takbirnya diangkat. Nafas dihela panjang. Hayunan kakiku diteruskan sampai ke dapur. Sangkaanku mummy ada di dapur menyiapkan makan malam tapi meleset sama sekali. Mana wanita itu? Mata aku liar mencari kelibat mummy di semua sudut ruang.

"Cari apa?"

"Mak kau terbalik!" Entah macam mana aku boleh tersalah langkah lalu jatuh bedebup atas lantai.

"Aduh!" Aku gosok pinggul aku yang terasa kematu. Tiba-tiba Rayyan ketawa.

"Hahahaha ya rabbi Mel, hahahaha!" Minta kena tapak dengan kasut saiz empat puluh ke mamat ni? Karang mati katak sebab tertelan roshe run aku kat luar tu. Sumpah dia punya ketawa macam tak pernah gelak sebelum ini. Berdekah-dekah dia gelakkan aku yang masih terkial-kial nak bangun ni. Malu siot!

"Gelak gelak apa? Bagi kaki kang!" Malangnya gertakan aku langsung tak berkesan. Ketawa dia semakin menjadi-jadi adalah. Mata aku cepat saja menangkap kaki dia lalu tindakan spontan dan drastik mengarah kaki aku agar menendang tulang kering dia.

Dub!

"Adoi!" Berdebup.

Dia juga akhirnya jatuh menyembah bumi. Malang memakan diri apabila dia jatuh atas aku. Eh jebon tak reti jatuh tempat lain ke? Perlu ke jatuh sama koordinat dengan aku? Gumamku dalam hati. Tatkala wajahnya diangkat, nafasnya dapat aku rasa dihembus mengenai kulit muka aku. Meremang bulu roma! Pergerakan aku mati dan posisiku terus statik. Kalau aku bergerak walaupun sikit, memang akan berlagalah wajah kami. Ah rimas betul aku dengan adegan klise macam ini.

"You turn me on." Ayat yang buat bulu romaku menegak sembilan puluh darjah! Aku turn dia on? Sejak bila dia jadi suis? Aku tak pernah tekan suis dia pun? Sempat lagi aku fikir benda bodoh begitu. Aku tak mampu fikirkan apa-apa tindakan yang wajar dan disebabkan ketatakutan yang melampau, aku terus tundukkan sedikit wajah lalu memejamkan kelopak mataku serapat mungkin. Aku tak mahu buat eye contact dengan dia. No way!

Lama.

Aik? Apa dah jadi? Lambat-lambat aku buka kelopak mata dan jasad Rayyan tidak lagi ada di hadapan mata aku. Dia sudahpun berdiri sambil menggosok-gosok tulang keringnya. Sakit ya? Padan muka. Aku terus bangun dan menggosok pinggul yang memang sakit gila.

"Takut ke?" Soalan bangang itu diajukan buat aku. Eh bodohnya soalan kau.

"Stupid question. Mummy mana?"

"Dia keluar pergi mana entah. Dia pinjam kereta saya tadi." Nadanya tenang. Dan aku? Amarah yang sudah reda membara kembali. Mummy keluar? Maknanya aku dan dia berdua saja kat sini? Berdua? Dia dan aku? Sial!

"Kita dua saja kat sini?" Nada aku naik satu oktaf.

"Yeap."

"Kau ni gila ke apa! Kau keluarlah ikut mummy! Kau nak kita kena tangkap basah then kahwin free? Macam tu?"

Emosiku terganggu kembali. Ya memang aku marah. Mummy keluar langsung aku tak tahu. Duduk berdua dalam rumah ni dengan lelaki? Sejahat-jahat aku, aku tak bodoh buat perkara macam ini. Buatnya jadi betul-betul kena cekup dengan Jabatan Agama Islam macam mana? Dan Rayyan boleh setenang ini? Sial ah.

"Chill babe. Saya tak kisah pun."

Eh bangangnya statement dia? Tak kisah? Ah tipikal lelaki.

Pang!

Tindakan refleks telah berjaya menguasai pergerakan aku dan rasa kebas masih bersisa di tapak tangan kananku. Berkaca sedikit mata aku memandang dia yang sedang memegang pipi.

"Awak tak kisah, Rayyan. Tapi saya kisah." Ada getaran dalam kata-kataku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience