Bab 33

Romance Completed 33336

Bab 33

KELAKAR pula rasanya bila kau dah tahu seseorang itu tipu kau. Tapi
dia masih teruskan penipuan bodoh dia. How silly you are, kan? Heh.
Tapi rasa sakit hati lebih meruncing berbanding rasa kelakar tadi.
Buktinya? Aku tak ketawa. Talian masih bersambung tapi aku yang
mendiamkan diri. Malas bercakap dengan manusia yang talam dua muka.
Berbakul-bakul carutan dan sumpahan dalam hati ini aku tujukan khas
buat manusia itu. Serius, aku sakit hati. Betullah kata orang, dunia
penuh dengan penipuan. Buktinya? Aku telah ditipu dengan manusia yang
sangat aku percaya. Tak sangka sampai macam ini sekali dia buat kat
aku. Just.. wow. Unbelievable.

"Camelia? Are you there?"

Suara yang aku benci kini, bertanya di hujung talian. Aku mendengus
kecil. Sengih sinis terukir di bibir. Berat sungguh mulut aku nak
jawab. Tak, terang lagi bersuluh aku nampak dengan biji mata aku apa
yang dia buat. Sekarang? Boleh pula dia acah acah rileks macam tak
buat salah. What a perfect acting.

"Awak dah breakfast? Kalau belum jomlah kita breakfast sama-sama kat
luar. Nak tak?"

"Sorry I have to go. Bye." Mendatar saja nada suaraku.

Tet.

Talian putus.

Telefon dilempar ke atas katil. Wajahku ditekup dengan tapak tangan.
Kalaulah aku tak kenal dia. Kalaulah aku tak percaya dia. Kalaulah aku
tak sayang dia. Haih. Ah apa hal aku kena tangisi orang macam dia?
Lupakan dia Lia. Buang dia dari hidup kau!

"Tapi aku tak boleh... tsk tsk. Kenapa aku kenal dia? Ah sial!"

Mengalir lagi air mata yang aku tahan dari semalam. Sejak belakangan
ni aku senang betul menitiskan air mata. Aku selalu rasa sedih.
Mula-mula Haikal. Lepas tu daddy. Sekarang? Orang yang paling aku
harapkan pun dah tikam belakang aku? Hm.

"Morning!"

Tiba-tiba kamar aku diredah. Tertoleh wajahku ke arah pintu yang sudah
terbuka itu. Kepala Rayyan terjengul di sana. Cepat-cepat aku seka
pipi aku yang dicemari air mata. Haih mesti dia kata aku cengeng kan?
Menangis saja kerja aku. Ah habis tu takkan aku kena ketawa?

"Camelia awak okey ke?"

Soalan klise, lagi. Aku malas jawab, so better kalau aku diam.

"Did you just cry?"

Dia menghenyakkan duduk di sebelahku tapi aku pula bangun berniat mahu
beredar. Tiba-tiba dia rentap tangan aku. Tapi secara lembut. Hm drama
sangat. Ala bila lagi nak berangan babak dalam drama? Sekaranglah
masanya. Rayyan tarik aku duduk semula.

"Saya tak suka awak sedih. Saya tak suka awak menangis."

Aku renung mata dia sedalam-dalam lautan india, lebih dalam lagi
cintaku padanya. Eh tu lirik lagu. Silap silap. Heh Rayyan. Kau ingat
aku suka ke diri aku macam ni? Menangis sedih tak tentu hala? Fikir
seronok ke kena hempap dengan masalah yang bertubi-tubi? Lepas tu
expect aku nak gelak bersuka ria?

Tak.

Yang aku acah emosional sangat ni kenapa?

"Lepas kau tengking aku kelmarin, kau acah baik sekarang, kau fikir
aku termakan dengan umpan kau?"

Rayyan terkedu. Dia tahu aku masih tersinggung tentang isu petang kelmarin.

Aku tak berniat pun nak marahkan dia, nak terasa bagai. Tapi aku
terlalu ikutkan emosi sampai sekarang pun aku termarah dia lagi.

Ah tapi tetap saja dia buat aku tersinggung kan?

Yang kau acah drama nak bunuh diri tu apa kes? Memang kena tengkinglah
cerita dia.

Eh sial nama pun emosi terganggu. Aku tak boleh nak kawal dah. Otak
aku serabut sangat. Then kau expect aku nak gelak ke?

Ah diamlah dua-dua!

Entah mana satu aku nak sokong tak tahu. Suara hati dan suara fikiran
dua-dua bercanggah. Jadi aku memilih untuk lapangkan otak dan tak
fikir apa-apa.

"Camelia I'm really sorry." Suara parau itu mengucap maaf lagi. Kali
ini keikhlasannya bukan sekadar menyinar dalam mata, tapi juga berjaya
mencengkam sang kalbu. Tertunduk jua aku dengan suara lembut itu.
Suara yang mampu mencairkan mana-mana kaum hawa yang mendengarnya.
Keluhan nipis dihembus. Aku cuba ukir senyum. Berjaya, namun tetap
pahit. Bukan senang untuk aku bangkit setelah jatuh ditimpa walang.
Aku harap, hadirnya Rayyan sebagai peneman duka mampu menghalau rasa
hiba dan kecewa yang bertandang. Sekurang-kurangnya, aku ada lelaki
ini selain mummy sebagai tempat mengadu.

Tangan kami masih bertaut. Setelah kata maaf diucap, dia terus tunduk.
Aku tak tahu kenapa, sampailah tiba-tiba tangan dia yang lagi sebelah
tu ditekup ke muka.

"Ayan? Awak nangis ke?"

Aku terus melutut di hadapan dia. Tangannya aku alihkan dari muka.
Hidung dia merah sikit. Mata dia berair. Sah! Dia menangis. Tak, apa
hal dia melebih sangat ni? Tapi dia nampak comellah kalau menangis.
Charming gila.

"Awak dah kenapa?"

Aku lap air mata dia. Bukan nak kata, tapi aku rasa dia charming gila
sekarang. Honestly aku tergoda. Aku rasa nak cium dia untuk kali
kedua. K gurau. Chill.

Tiba-tiba dia peluk aku.

Mulut dia cakap something tapi aku tak dengar. Entah kenapa hati aku
jadi sedih bila tengok Rayyan sekarang. Lelaki? Menangis? Separuh hati
aku rasa nak ejek. Separuh lagi rasa sayu. Entahlah. Aku macam tak
suka kalau dia bersedih macam ni. Seolah-olah aku boleh rasa yang dia
tanggung rasa sedih tu lama sangat. Semakin lama, pelukan semakin
kejap. Nafas aku tiba-tiba tak sekata. Dada jadi sempit.

"Lemas woi lemas," aku tolak dada bidang dia. Sekejap, kenapa aku biar
dia peluk aku? Kenapa aku tak tolak? Aku kena pukau ke? Damn it.
Fikiran aku ke lain tadi kut. Aku sedapkan hati sendiri. Rayyan
tersengih malu. Belakang tengkuknya digosok.

"Jom makan!" Tak semena-mena tubuhku diangkat.

"Eh eh! Turunkan saya!" Dia terkekek ketawa sambil berjalan keluar
dari bilik. Dia kata nak bawa aku keluar breakfast kat luar. Elok
sangatlah niat dia tu sebab aku memang tengah lapar. Tapi cara dia
yang tak berapa nak kena ni.

Kepala aku rasa ngilu tiba-tiba.

Laju tanganku memegang kepala. Mataku terpejam rapat. Pandangan gelap
gelita. Sakit. Sumpah kepala aku sakit! Rasa macam ada orang cucuk!
Visual kabur mula kelihatan. Aku ke tu? Siapa yang dukung aku tu? Aku
cuba ingat dan teliti bayang yang terpapar dalam ruang otak. Tapi tak
berjaya. Lagi aku cuba nak ingat, lagi sakit kepala aku dibuatnya.

"Tak nak turun ke?"

Dalam sekelip mata saja bayangan tadi hilang. Perlahan-lahan aku turun
dalam keadaan yang masih blur. Ni kesan kalau tak makan ubat ke? Tapi
mummy kata aku dah boleh stop makan ubat? Atau mainan perasaan saja
semua ni?

"Jom sayang."

Apa? Dia panggil aku apa tadi?

"Ni sayang!" Sebiji buku lima aku rapatkan ke muka dia. Rayyan sengih kambing.

"Mummy mana?" Soalku apabila teringatkan kewujudan wanita tersayang
itu. Takkan sarapan berdua saja ya tak? Kang mummy kebulur kat rumah.

"Dalam keretalah, tunggu awak. Susah betul ajak breakfast. Kena nangis
dulu acah sedih baru jalan. Haih this girl," pipi aku dicubit dan
ditarik. Nokharom betul. Aku siku kang berterabur gigi.

"Jadi semua itu dusta belaka? Bijak sungguh tuan hamba berdusta
terhadap hamba ya?"

Sekali... dia tolak kepala aku.

"Ni hang hidup zaman mana wey? Sedaq dirilah sikit sayang."

Kurang asam.

"Kau ingat tak sakit ke kau tolak weh eee Ayan!"

Aku kejar dia sampai depan pintu rumah. Laju nokharom dia lari.

*

"SUSAH rupanya nak heret keluar anak aunty ni kan?"

Rayyan membuka topik yang ditangguhkan tadi. Secebis roti canai di
tangan, aku celupkan ke dalam kuah kari yang dicampur dengan sambal
ikan bilis. Fuh sedap! Mummy pula tergelak kecil. Hm entah ikhlas ke
tak tu hahaha.

"Payah sikit nak jinakkan bunga yang satu ni." Mummy sengaja mengusik.

"Bukan payah sikit, payah banyak!"

"Sedap mulut kau umpat aku eh? Celup dalam kuah ni kang." Aku tarik
muka, acah acah merajuk. Dan dia orang gelak lagi hahaha.

"Camelia!!"

Bergema warung itu dengan pekikan yang menyerang dengan tiba-tiba.
Kepala aku automatik terkalih ke belakang.

Faris.

Nama itu meniti di bibirku namun perlahan saja. Cuma aku yang dengar.
Dia buat apa kat sini? Eh bodoh. Dia datang makanlah. Takkan buat
medical check up? Ah diamlah kau orang! Mata aku dan Faris bertaut
lama seolah-olah dia mahu menyampaikan sesuatu. Aku faham renungan
itu. Jelas sekali dia marah kat aku. Ah tapi perlu ke dia tengking aku
depan umum macam ni? Tak fikir ke muka aku yang menebal tahan malu?

Aku sengaja buat tak reti dan sambung makan.

Namun dia bertindak agresif. Tangan aku ditarik agar aku berdiri tepat
di hadapan dia. Pegangan tangan dia sangat kejap. Aku tahu dia sengaja
genggam kuat-kuat sebab nak bagi aku sakit. Ya memang sakit. Sumpah
sakit gila! Dengan kudrat yang ada, aku tarik semula tangan aku supaya
terlepas dari genggaman dia.

"What's wrong with you Faris? Malulah orang tengok!" Marahku dalam
nada berbisik.

"Ni jantan mana kau usung ni? Aku call kau buat tak layan, tapi dengan
jantan ni kau boleh pula gelak ketawa bagai? Apa benda ni Lia?"
Suaranya dikawal sedikit namun tetap kedengaran parau dan menakutkan.

"Eh bro apa hal ni main kasar dengan perempuan ni?" Rayyan mencelah,
cuba membela aku. Namun mudah saja Faris tolak dada Rayyan sampai
lelaki itu terdorong sedikit ke belakang.

"Eh Ayan! Faris cuba bersabar dulu." Mummy mula masuk campur.

"Oh so aunty pun bersubahat sekali? Faris ingat baik sangat aunty ni
rupanya heh, jauh panggang dari api."

Terketap gigi aku tatkala lelaki itu memperlekehkan mummy. Buku lima
digenggam rapat. Dadaku berombak dek kata-kata Faris yang jelas sekali
kurang ajar. Aku tahu mummy tersinggung, dari perubahan air muka dia
pun aku dah boleh baca.

"Eh sial mulut kau elok sikit. Kau cakap macam tu lagi dengan mak aku,
siap kau."

Faris tergelak sinis, mengejek. Semakin membara hati aku dibuatnya.

"Sejak sejak kenal dengan jantan lagak hero ni, makin kurang ajar kan kau ni?"

Rayyan pula disalahkan.

"Mum, Ayan jom." Aku terus blah dari situ. Rayyan menyusul setelah
meletakkan sehelai not bernilai lima puluh. Kedengaran meja ditampar
kuat, namun aku buat tak peduli. Hayunan langkahku ditemani dengan
titisan air mata.

Sungguh, hati aku retak. Aku sayang dia. Tapi dia sendiri yang buat
aku benci dia. Sayang dan benci terhadap dia sama banyak. Aku tak tahu
apa perasaan aku kat dia sekarang.

Sayang?

Atau benci?

Aku keliru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience