Bab 34

Romance Completed 33336

Bab 34

"AWAK okey?"

Rayyan memecah sepi. Sejak tadi cuma lagu yang diputarkan di radio
saja menemani cuping telinga. Entah otak dia letak kat lutut ke kaki
aku tak tahu. Terang lagi bertorchlight dia nampak Faris marah aku
depan umum. Sumpah cakap, aku malu. Dan dia boleh tanya aku okey ke
tak? Oleh sebab soalannya aku tak jawab, hening bertamu lagi. Aku
nampak mummy melirik ke arah aku melalui cermin pandang belakang.
Kemudian, mummy buat eye contact dengan Rayyan di sebelahnya.
Pandangan kosong aku lemparkan ke luar tingkap kereta. Kotak ingatan
aku melayarkan kembali kejadian tadi. Wajah kelat Faris. Amarahnya
yang menggunung. Herdikan lantang dia. Perlakuan kasar dia. Semuanya
aku teringat semula. Stop it Lia. Jangan fikir lagi pasal dia. Serta
merta Faris lupus dari ingatan, namun untuk sekejap cuma. Kenangan
kami kembali menerjah ruang fikiran. Senyuman dia, ketawa dia,
kata-kata manis dia. Segala perihal tentang Faris buat aku semakin
jatuh sayang, setiap saat, setiap masa.

Aku rindu dia hm.

Sampai di rumah, aku terus masuk ke dalam bilik. Aku tahu dia orang
risau dengan keadaan aku. Tapi aku pun perlu ruang. Aku perlu masa
untuk diri sendiri. Biarlah untuk seketika, aku lapangkan fikiran. Tak
sedar bila, aku terlelap bersama manik jernih yang tumpah di pipi.
Manik yang semakin murah mencurah tanpa aku pinta.

Pagi itu, aku tidur tak lama. Lebih kurang sejam saja. Hm tak lama
kan? Around pukul sepuluh lebih, aku terjaga. Itu pun sebab telefon
aku berbunyi. Tak habis habis adudu datang menakluki bumi. Tak penat
ke dia takluk bumi? Cerita dia sekarang ni, dia selalu kalah juga
dengan boboiboy kan? Ah persetankan semua itu. Bukan hal aku pun.
Jadi, untuk kali ke seratus lima puluh juta, mereka tanyakan kau
soalan yang sama. Lirik lagu lagi. Hm abaikan. Entah kali ke berapa,
baru aku angkat panggilan telefon tersebut tanpa melihat nama
pemanggil di skrin.

"Hel.."

"Are you nuts?! Apa Lia buat kat Faris hah?!"

Belum sempat aku sapa si pemanggil dengan kata helo, aku disembur
dengan panggilan kacang. Cantik dia punya salam. Sampai aku tak reti
nak jawab macam mana.

Suara parau ini.

Aku kenal suara ini.

Daddy.

"Apa benda daddy cakap ni? Lia tak faham."

"Faris putuskan pertunangan kau orang and Lia boleh tanya kenapa?"

Ah macam mana aku nak buang lelaki tu dari kepala aku kalau ada saja
orang yang akan buat aku teringat kat dia? Apa pula yang Faris canang
kat daddy ni? Putus tunang? Heh. Lantaklah. Tapi argh kenapa aku makan
hati ni?

Haih.

Aku lagak selamba.

Tapi hanyaTuhan yang tahu betapa hancurnya hati aku sekarang. Mudahnya
Faris buat keputusan. Heh putus? Dengan alasan apa? Dia sebal dengan
aku? Sebab aku keluar dengan lelaki lain? Atau sebab aku tak layan
call dia?

"So daddy call ni sebab dia saja? Tak kisah langsung kan pasal Lia?
Pasal mummy? Dah lupa kami ke? Atau daddy memang dah lama nak kami
blah dari rumah?"

Tak tahu macam mana aku boleh terkurang ajar dengan lelaki itu. Well,
tiba-tiba call aku semata-mata nak bahas soal Faris yang baru saja
tadi berlaku, dan dia langsung tak tanya perihal aku, perihal mummy.
Kalau kau orang, sebal ke tak? Hm.

Sangka aku, daddy nak aku dan mummy pulang. Nak minta maaf dan
berbaik. Atau paling tidak pun, tanya khabar aku? Ambil berat perihal
kebajikan aku dan mummy ke? Rupanya hal Faris lebih penting dari kami
berdua. Agaknya?

"Dahlah daddy. Lia malaslah nak fikir panjang pasal Faris. Dia nak
putus, then go on. Lia tak peduli. I have to go."

Talian putus.

Bilalah masalah aku nak selesai? Ah serabut! Aku bersandar pada badan
katil. Tanganku mendarat di atas dahi. Lagak dah macam orang kalah
judi. Tiba-tiba aku terpandang beg bajuku yang berada di atas lantai.
Ia terbuka. Ada sebuah lagi beg sandang kecil yang aku ambil di bilik
mummy, semasa aku balik ke rumah untuk kemas baju. Beg yang aku tak
tahu siapa punya sebab mummy tak pernah guna pun beg tu. Tak silap aku
dalam beg tu ada telefon bimbit kan?

Hati aku tergerak untuk selongkar beg itu. Jadi, aku bangun dari katil
dan mendapatkan beg tersebut. Beg yang sedikit lusuh dan ada bekas
terkoyak itu aku buka zipnya.

Telefon itu masih ada. Tertera jenama telefon tersebut pada bahagian bawahnya.

Snsv.

"Jadah apa punya jenama ni?" Soalku kehairanan. Lantas, aku cari punat
di setiap sisi telefon pintar itu.

Jumpa!

Ketika itu baru aku perasan sesuatu.

Oh,

jenama dia Asus.

Erm.

Aku tekan lama-lama punat tersebut. Tapi tak menyala. Hm rosaklah kut?
Ke habis bateri? Nanti aku try caslah. Alaa tapi aku mana ada pengecas
dia? Haa! Mummy ada, desis hatiku. Obkek itu diletakkan di sisi aku.
Kemudian, aku selongkar lagi beg itu. Ada jam tangan yang sudah calar
dan retak cerminnya.

Satu lagi, dompet.

Dompet pun lusuh. Barang-barang siapa semua ni? Takkan benda ni mummy
punya? Setahu aku mummy tak ada dompet macam ini. Telefon mummy
Samsung, bukan Asus. Dan beg. Mummy cuma pakai beg tangan. Dia tak
suka sling bag.

Daddy?

No. Beg sandang tu bukan beg lelaki. Ah pokoknya, tak ada seorang pun
dari kami bertiga pernah guna atau miliki barang tu semua. Habis tu
siapa punya? Aku ada adik beradik lain ke? Tapi dia orang tak pernah
bagitahu pun? Hesy tak tak tak. Aku anak tunggal. Ceruk mana mai adik
beradik lain? Merapulah kau Lia! Sempat lagi aku bebel kat diri
sendiri.

Tatkala aku belek dompet berwarna coklat cair itu, mata aku tertancap
pada sesuatu. Err kertas mungkin? Bucu kertas itu terjengul keluar
sedikit dari poketnya. Jari runcingku diseluk ke dalam poket dompet
itu. Ala, dalam dompet kan ada banyak bahagian poket? Haih jadah
apalah kertas ni diselit dalam poket bawah sekali? Tarik punya tarik,
finally berjaya juga keluar. Kertas yang dilipat itu dah nampak
kekuningan sikit. Mesti dah lama terselit dalam situ. Penuh debaran,
aku buka lipatan kertas itu. Mana tahu kut ada peta harta karun yang
tersembunyi di dasar lautan hindi?

013-5437363 (Fuzzy)
012-8286672 (Abang)
019-4357791 (Ayah)

Keningku automatik terangkat sebelah. Nombor telefon siapa pula ni?
Fuzzy? Abang? Ayah?

Siapakah?

Kepala yang tidak gatal, aku garu. Hesy aku tertanya-tanyalah siapa
pemilik semua barang ni. Hm apa kata kalau aku call semua nombor ni?
Tak buang masa, aku terus ambil telefon bimbit di tepi katil. Gerak
hatiku pula seakan menyokong. Demi puaskan hati sendiri, nombor
pertama didail.
Fuzzy. Macam familiarlah pula nama ni.

Tut tut. Tut tut. Tut tut.

"This is the voice mailbox for the number.."

Ah tak angkat pula. Try sekali lagilah. So, aku dail lagi nombor
Fuzzy. Entahlah kenapa aku nak tahu sangat gerangan Fuzzy ni. Penuh
sabar aku menanti talian bersambung. Bunyi yang sama kedengaran
menerobos ke lubang telinga.

Tut tut. Tut tut. Tut tut.

"This is the voice mail.."

"Aku call tak berjawab pula? Hesy mangkuk ayun punya Fuzzy."

Sesedap rasa aku kutuk Fuzzy, walhal aku tak tahu siapa. Ah lantaklah.
Next number, abang. Confirmlah lelaki, so aku nak call juga ke? Nanti
kang entah gengster mana yang angkat, mampus aku. Abang ni merangkap
abang kandung ke? Abang angkat ke? Sepupu ke? Atau panggilan suami?

Cis, aku benci betul kalau banyak soalan ni.

Ah redah sajalah labu! Tanpa berfikir panjang, punat bernombor pada
skrin telefon, aku sentuh. Ikon berbentuk gagang telefon berwarna
hijau disentuh. Gajet itu ditekap pada telinga. Jantungku berdebar
tatkala menunggu sahutan di hujung talian. Entah siapalah yang aku
call ni?

Tut tut. Tut tut.

Bunyi itu berhenti selama dua saat.

Talian bersambung ke ni?

'Abang' tu angkat ke?

Aku nak cakap apa eh?

Tiba-tiba...

..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..

"Sorry, the number that you've dialed is not in service.."

Ceh! Kurang asam! Acah saspens jadah apanya. Mujur aku tak lempar telefon ni.

Okey.

Last.

Nombor lelaki juga, tapi status yang berbeza. Nak call ke tak? Kalau
aku call nanti kang tak berangkat juga macam mana? Buat bazir kredit
saja. Tapi kalau berjawab pula macam mana? Aku mesti boleh cari tahu
pemilik barang tu semua, dan soalan dalam kepala aku tentang siapa dia
orang bertiga, pasti akan terjawab. Ah yakin ke si ayah ni akan
angkat? Tapi aku tak boleh jamin juga yang dia takkan angkat. Hesy
pening! Nak call ke tak payah ni?

Tak cuba, kau tak tahu.

Buang masa kau saja call dia orang. Apa faedahnya? Ada ke?

At least kau dapat puaskan hati kau yang tengah tertanya-tanya tu kan?

Yang kau sibuk sangat nak tahu ni dah kenapa? Ada kena mengena dengan kau ke?

Masalahnya, beg ni bukan kau punya, bukan daddy punya dan bukan mummy
punya. Kau nak tahu beg ni beg siapa kan? Dengan ada telefon dan
dompet segala, mesti kau curious kan?

Tak mati pun kalau tak tahu pemilik beg tu. Lantaklah kat beg tu.
Langsung tak bawa manfaat.

Tak, yang kau orang bergaduh ni apa hal? Aku rasa annoying dengan
suara fikiran dan kata hati sendiri. Seperti selalu, kedua-duanya
pasti bercanggah. Sekarang, aku nak decide pun susah. Duduk pun tak
senang, asyik berubah macam cacing disimbah asid. Sekejap duduk,
sekejap bangun.

"Ah call sajalah!"

Lalu jariku kembali menari di atas skrin sentuh. Nombor tersebut sedia
terpapar pada skrin. Nafas sempat dihela panjang sebelum aku dail.

Tut tut.

Tak sampai tiga saat, talian bersambung.

Panggilan berjawab!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience