Bab 45

Romance Completed 33336

Bab 45

MACAM biasa, hari ini 'aku' dilawat lagi oleh ahli keluarga. Ayan
kulihat sedang memimpin tangan seorang wanita yang berusia lingkungan
empat puluhan. Lagi seorang pula, lelaki yang separuh abad aku anggar
umurnya.

"Mel? Umi ni.." oh inilah umi? Cantik bertudung. Manis mukanya.

"Umi minta maaf.." wanita itu mula menangis lalu menyembamkan wajah
pada lengan Ayan. Basah lengan baju lelaki itu, tetapi dia biarkan.

"Abah rindu. Mel.. cepat bangun ya?" Bapa mentua 'aku' akhirnya
bersuara. Sayu saja kedengaran kata-kata mengharap itu meniti di bibir
tua abah.

"Ayan, umi minta maaf. Umi lebihkan Sya tapi.. tsk tsk.. tapi Mel..."

"Tak apa umi, benda dah lepas. Kita doa yang baik baik untuk dia orang okey?"

Kadang, aku rasa semua ini sia-sia. Semua orang beria datang bercakap
dengan 'aku' tapi? Bukan boleh berbual pun. Macam bodoh sangat kena
tunggu 'aku' sedarkan diri walaupun peluangnya tipis. Semua tak tahu
bila 'aku' akan bangun, dan bila aku akan pergi. Tapi tetap saja dia
orang datang menjenguk. Kau, beruntung sangat Mel. Beruntung sangat
sangat.

Bola mataku disorot ke arah tubuh di atas katil.

Buat pertama kali, aku lihat umi yang bersihkan badan Mel. Kain putih
yang lembap dilap pada lengan, muka, kaki dan seluruh badan. Sebelum
ini, misi yang buat semua itu. Kadang-kadang, Ayan yang buat. Tapi
hari ini, wanita itu yang lakukannya. Di sudut hati, aku tersentuh
dengan perhatian mereka. Aku rasa disayangi, aku rasa diperlukan.

Petang pula, Fazira datang bersama papa dan mamanya. Seperti biasa,
mereka yang jejak ruang ini, pasti menangis sebab melihat kondisi
'aku'. Ada masanya, mereka bercakap dengan jasad itu seolah-olah dia
akan menjawab. Tapi tidak, 'aku' tetap kaku tiada bergerak walau
seinci. Aku di hujung kaki 'aku', mendengar jelas doa dan harapan dia
orang. Aku nampak keinginan mereka untuk 'aku' sedar dari tidur
panjang ini. Tapi.. aku tak tahu bila.

*

SUDAH dua malam, Ayan tidur di sini, dengan 'aku'. Dia layan 'aku'
persis seperti 'aku' hidup walhal tetap tidak berkutik. Kata-kata dia,
cara layanan dia, pandangan mata dia, aku lihat keikhlasan dalam semua
itu. Dan walau sekali pun, dia tak pernah merungut bosan atau penat.
Kadang kala, dia menangis. Dia juga pernah mengadu, dia hampir putus
asa menunggu saatnya 'aku' bangun dari katil itu. Tapi setiap kali dia
terfikirkan perihal tersebut, dia akan minta maaf banyak kali.
Walaupun 'aku' tak dengar, tapi aku dengar. Dan.. aku rasa perbuatan
dia seperti.. sangat menghargai aku dan 'aku'.

Terima kasih, Ayan.

Engsel pintu wad yang berkarat berkeriut halus ketika ditolak dari
luar. Pantas Ayan mendongak, dia nampak umi dan abah tersenyum manis.

"Ayan, nah. Tukar baju dulu. Nanti kita makan sama-sama okey? Umi
masak sikit ni." Sebuah beg kertas dihulurkan kepada lelaki berbaju T
jenama polo.

"Thanks umi."

Tengah hari itu, dia orang makan dan solat berjemaah kat sini. Ayan
yang jadi imam. Aku mengaku, dia nampak comel pakai songkok macam tu,
haha. Sujud terakhir, dia orang sujud lamaa sangat. Mesti dia orang
doakan 'aku' kan? Bibirku meregang senyum tanpa sedar. Ketika ini, aku
rasa tenang.. sangat. Aku rasa lapang. Aku rasa bebas dari segala
beban. Macam ini ke rasanya kalau dapat solat?

"Eh umi?" Tegur Fazira yang baru saja tiba bersama mama dan papa. Umi
senyum lalu menyambut salam yang dihulur oleh Fazira.

"Dah lama ke kat sini?" Fazira membuka bicara. Macam family gathering
pun ya juga, hahaha. Em tapi mummy tak ada. Daddy tak ada. Ayah.. pun
tak ada. Saif.. hm.

"Pagi tadi dah sampai. Ayan tidur sini dah dua malam." Fazira angguk faham.

"Err Raisya macam mana?"

"Macam tulah Faz. Masih belum sedar. Lepas ni abah dengan umi nak
gerak pergi sana pula. Jenguk Sya." Abah jawab bagi pihak isterinya.

"Tak apa, kita banyakkan berdoa. InsyaAllah, Allah sembuhkan Mel dan
Sya," ujar papa menenangkan keadaan yang tiba-tiba sayu tadi. Seronok
pula aku rasa bila dia orang berkumpul macam ini. Sekurang-kurangnya
aku tak sunyi.

"Ayah!"

Tiba-tiba seorang lelaki meluru ke arah Mel. Rambutnya serabai dan
penampilannya selekeh. Lelaki itu berjanggut halus. Kerutan di
wajahnya menunjukkan usia yang semakin dimamah waktu. Dan Saif pun
ada? Itu.. ayah ke?

Masing-masing terkejut dan beristighfar. Barangkali tidak menduga akan
kehadiran lelaki tersebut.

"Mel..." bibirnya memanggil nama 'aku' perlahan. Sayup sayup kedengan
dia merintih pilu, bagai menanggung segunung rindu yang terpendam
lama. Tiada niat aku menghina, tapi gerak laku lelaki itu persis orang
yang tak siuman. Tapi ayah tak gila kan?

"Hei kau bangun! Bangun!"

"Ya Allah ayah!" Saif lekas menarik tangan ayah menjauhi katil.
Dikunci pergerakan lelaki tua itu agar tidak bertindak agresif. Aku
terkedu. Tiada kata yang aku mampu ucap. Semua itu tak diduga sama
sekali. Ayan merapati dan memeluk ayah erat. Perlahan-lahan jasad ayah
terkulai dalam dakapan menantunya. Diusap lembut belakang badannya
supaya dia lebih bertenang. Dan nampaknya, cara itu berkesan.

"Ayah.. sabar.. bawa bertenang. Ayan ada ni okey?"

"Mel.." nama itu disebut-sebut sejak tadi.

Bup!

Ayah terduduk di penjuru ruang itu. Lututnya bengkok ke dada dan
menggeletar hebat. Aku tak tahu dia takut atau sejuk atau apa, tapi
wajahnya pucat lesi tanpa darah. Pipinya cekung tidak berisi. Bibirnya
kering. Matanya lebam dan lebat dengan air mata. Kondisi seperti ini,
Saif biarkan ayah ikut dia datang ke sini?

"Awak.. kenapa tak bagi ayah rehat kat rumah?"

"Saya dah tahan, tapi ayah nak juga tengok Mel. Saya boleh buat apa?
Takkan saya nak hampakan dia?" Satu keluhan dihembus berat. Fazira
merenung simpati wajah tunangnya.

"Mel.." lagi, nama itu tetap dipanggil. Sekilas dengar, menakutkan.
Tapi bila kerap kali ayah menyeru, aku jadi jatuh kasihan kepada
lelaki tua itu. Semua di sini macam terbisu seribu kata, mungkin
kasihankan ayah.

"Abang!!" Pintu wad terbuka. Oh tak! Tak mungkin hari ini. Tolong
jangan sekarang. Ini bukan masa yang sesuai. Please cakap bahawa apa
yang aku nampak ini cuma bayangan. Tolong bagitahu aku ini semua bukan
realiti!

"Kau. Kau jangan dekat dengan anak aku!"

Terasa berdengung seluruh saraf telinga pabila suara parau itu
menghamburkan herdikan lantang kepada ayah. Dan serentak, semua yang
ada di kamar ini memerhati dengan rasa terkejut. Lebih-lebih lagi aku
sendiri yang tak menyangka. Mummy kulihat sudah lencun dengan air
mata. Daddy wajahnya merah menyinga, bagai dihias dendam kesumat yang
begitu menebal. Ketika pandangku dibawa ke wajah ayah, lelaki itu juga
mengetap rahangnya rapat. Menggeletar hebat figuranya sambil
mencerlung merenung anak mata daddy.

"Dia anak aku!" Balas ayah dengan suara yang lebih nyaring.

"Abang sudahlah bang! Ni bukan masa bergaduh!" Mummy menarik lengan
daddy jauh dari ayah. Namun pantas saja ditepis kasar.

"Kau, diam! Kau ni sebenarnya sebelahkan aku ke sebelahkan kekasih
hati kau tu?!" Daddy menyinga lagi.

"Kau balik sekarang Adam. Kau balik! Mel anak aku! Kau bukan bapa dia!
Keluar!!" Berdengung pendengaran masing-masing sampai tertunduk dek
nyaring yang terlalu amat. Bergema suara parau itu di corong
pendengaran aku. Aku rasa sakit di hujung lubang telinga, tak tahu
kenapa.

"Encik bawa bersabar! Kita bincang elok elok! Ini bukan cara terbaik."
Ayan mula masuk campur.

"Kau siapa hah! Diamlah kau! Budak mentah apa tahu, heh." Sinis tutur
daddy memperlekehkan Ayan. Aku yang tengok ni pun panas hati. Argh
gila. Mama papa dan umi abah lebih memilih untuk berdiam. Mungkin rasa
ralat untuk melibatkan diri dalam kemelut itu.

"Aunty.. kenapa ni? Macam mana boleh jadi macam ni??" Fazira
mendapatkan mummy yang terkulai di hujung kaki katil.

"Dia nak Lia. Dia nak ambil Lia.."

"Sebab Lia anak aku!" Tegas daddy lagi berbaur geram.

"Hei Adam, kau dah dapat apa yang kau nak! Aku dah bagi apa yang kau
nak! Apa lagi kau tak puas hati dengan aku hah!" Ayah tolak menantunya
ke tepi dan mencekak kolar baju daddy. Argh nampaknya keadaan makin
keruh. Sial!

"Ish tepilah! Lia anak aku. Kau takkan boleh nafi kenyataan tu Farid.
Itu kebenaran yang kau tak boleh tutup!"

Kata-katanya menyentak perhatian aku. Serentak, mummy menangis lebih
teruk. Tangisannya meragut hati aku tapi aku.. tak boleh buat apa. Apa
yang dia orang merepek ni? 'Aku' anak siapa? Farid atau Adam?
Kebenaran apa yang Adam tu katakan? Argh serabutlah ni semua!

"Ayah.. apa semua ni? Apa yang berlaku ni? Mel adik Saif kan? Mel adik
Saif kan ayah!" Suara sayu seorang abang mula bergema di ruang itu.

"Encik Adam, encik Farid. Kita settle cara baik. Tak elok macam ni
depan anak-anak. Saya..," laju ayat abah dicantas.

"Hei kau diamlah! Kau jangan menyibuk boleh tak! Kau orang semua ni
sama saja! Kau orang ni suka kan nak hancurkan hidup aku? Nak rampas
kebahagiaan aku! Kau orang ni boleh pergi mampuslah!"

Senafas tempikan seorang lelaki bergelar daddy dilempar kepada mereka
yang ada di situ. Muka abah jelas merah menyala. Entah malu, entah
marah. Tapi dia tahan rasa, enggan mengeruhkan keadaan. Umi mengelus
lembut bahu abah, menenangkan suaminya yang pasti rasa tersinggung.
Papa dan mama Fazira tunduk kesal. Semua menjauhi daddy, takut lelaki
itu bertindak di luar jangkaan.

"Saif rileks bro. Jangan macam ni. Ini bukan cara dia, weh." Pujuk
Ayan meredakan amarah Saif.

Buk!

Tak diduga penumbuk ayah dilayang ke pipi daddy. Oh tidak. Bukan
sekarang! Pleaselah! Daddy memegang pipinya lama. Ditenung penuh
dendam wajah ayah yang pucat bagai ayam berak kapur. Lantas, daddy
juga bertindak mendebik tubuh ayah. Tidak semena-mena adegan bertumbuk
menjadi tontonan mereka. Argh sial ah! Hatiku menyumpah.

"Ayah!"

"Abang! Berhentilah bang!"

"Encik Adam! Encik Adam! Bawa bersabar!"

Masing-masing cuba meleraikan perkelahian itu tapi gagal. Ayan juga
cuba jauhkan mereka berdua, malah dia pula yang tertolak ke belakang
sehingga jatuh di sisi katil. Mummy masih menangis tak berhenti.
Fazira turut menangis. Saif menjerit lantang dek marah. Wajah ketat
jelas terpamer pada wajah semua orang. Argh aku benci suasana ni. Aku
benci! Langkahku lama kelamaan menapak ke belakang, sampai ke penjuru
ruang. Pendengaran semakin nyaring dan berdengung. Aku dah tak dengar
sebarang bunyi. Pandangan aku kabur dan semakin hitam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience