Bab 39

Romance Completed 33336

Bab 39

KEPALA aku rasa pening. Blur sikit. Macam bangun tidur. Apa yang aku
nampak semua kabur, macam aku ni rabun. Lampu putih yang berada di
atas siling menyilaukan pandanganku. Spontan mataku terpejam kembali.
Setelah dikerdipkan beberapa kali, barulah jelas. Rambut diselitkan ke
celah telinga lalu aku bangkit dari pembaringan.

"Eh Mel kau dah sedar?"

"Tak, tengah pengsan ni." Spontan. Aku sendiri terkejut dengan jawapan
tu. Gadis itu pula tergelak kecil seraya menggeleng. Dan aku turut
tergelak kecil. Kami tanpa sengaja berbalas pandang. Erk awkward.

"Kau tak berubah kan Mel? Still macam dulu."

"Aku Lia, bukan Mel." Tegasku entah kali ke berapa, tapi kepada orang
yang berbeza. Wajahnya yang berubah kelat cuba dikawal namun sempat
aku imbas sekilas.

"Bagi aku, kau tetap Mel. Mulut kau kan selalu laju daripada otak?
Hahaha." Dia ketawa lagi dan kali ini lebih ikhlas. Serta merta
sarafku kembali sakit. Terngiang-ngiang ayat terakhirnya dalam kepala
aku. Ayat itu macam terlalu sinonim dengan telinga ini. Aku rasa macam
pernah dengar. Macam selalu sangat aku dengar. Dan bayangan asing
kembali terpapar. Suara itu. Suara yang sama. Ayat yang sama. Ketawa
yang sama. Aku kenal ke dia ni? Argh sakit!

"Mel kau kenapa ni weh?" Ujarnya prihatin apabila aku menggenggam
kepala sendiri dek rasa sakit. Kenapa sakit sangat ni! Argh. Aku
cengkam kepala aku sekuat hati. Nadi yang berdenyut terasa kian laju
bagaikan hendak meletup. Titisan peluh mula mula merenek di dahi.
Saraf di belakang tengkuk bagaikan terpintal. Ngilunya meruncing tidak
terkata.

"Mel! Sorry weh aku tak sengaja!" Suara itu meminta maaf. Lama otakku
memproses suara itu sampai satu ketika aku mengerang sakit.

Pang!

Aku ditampar. Terasa berpusing dunia ini seketika. Pipiku berbahang
panas. Visual tadi lesap sekelip mata, tapi ngilu pada saraf masih
terasa. Ditambah pula dengan rasa pedih kerana ditampar sekuat hati.

"Erk kau dah okey ke?" Takut-takut dia bertanya. Aku pegang pipi kiri.
Sakit sial dia tampar.

"Kurang asam! Kau apa hal tampar aku sia? Siku kang!"

"Tak, err aku.. just.. err nak sedarkan kau. Tadi.. kau jerit sakit.
Aku tamparlah biar kau berhenti."

Aku jeling dia. Muka lawa tapi otak miring. Jam di tangan menunjukkan
angka dua belas. Aku kena balik, mummy mesti lapar. Argh kerja tak
dapat, terjumpa Haikal, terserempak pula dengan si miring nama Fazira.
Apa lagi yang lebih malang dari semua ni?

Haih.

Tanpa sedar, aku mengeluh.

"Kau ada masalah ke?" Fazira bertanya sebaik saja kami keluar dari
klinik tersebut. Lebih tepat lagi, klinik Rayyan. Tapi... Rayyan tak
ada. Mesti dia masih kat hospital kan? Dia kena tunggu Raisya. Aku
sempat tilik bilik rawatan tadi. Sama seperti kali pertama aku datang
sini sebab pengsan selepas berjoging. Dan aku tak sedar pun macam mana
aku boleh tercium dia hari itu. Semua terjadi terlalu pantas. Haha.

Ugh.

Tak.

Aku tak sepatutnya fikir pasal dia. Dia tak hairan pasal aku. Jadi aku
tak perlulah sibuk-sibuk hal dia.

Haih.

Tapi, aku terfikir. Kenapa Fazira bawa aku ke klinik ini? Maksud aku,
macamlah takda klinik lain kan? Ke dia sengaja bawa aku ke sini?
Motif? Pertemukan aku dengan lelaki itu ke?

Jap.

Dia panggil aku Mel. Rayyan panggil aku Mel. Maknanya, ada kemungkinan
dia orang ni saling kenal? Boleh jadi begitu kan? Okey, andaikan dia
orang kenal. Apa ikatan dia orang? Kawan? Saudara? Kekasih? Atau apa?
Patut tak kalau aku tanya si Fazira ni?

"Weh Mel aku tanya kau ni," aku tersentak lalu kembali ke realiti.
Rambut dilurut ke belakang. Apa dia tanya aku tadi?

"Kau ada masalah ke?" Telan air liur. Wajar ke kalau aku luahkan
masalah aku kepada gadis otak miring ini?

"Aku nak kerja," itu saja yang terluah. Apa faedahnya kalau dia tahu
masalah aku? Baik aku diamkan saja. Lagipun, dia kan orang asing. Aku
tak kenal dia walaupun dia mengaku dia kenal aku sebagai Mel.

"Pasal kerja saja? Small matter ah. Nah nombor aku, nanti text aku."

Aku ambil kad yang dihulurkan. Aku dah ada nombor kau dah pun. Fazira
alias Fuzzy.

*

"DIA takkan tahu kalau kau tak bagitahu!" Suara parau itu memarahi.

"Cukuplah, bang. Apa yang kita buat ni tak betul!" Itu suara mummy?
Apa yang berlaku? Tombol pintu dipulas, pintu terbuka.

What?

Daddy?

"She's going with me." Kasar pergelangan tanganku digenggam. Apa hal ni?

"Apa ni dad! Lepaslah! Sakit!" Aku tarik semula tanganku dari
pegangannya. Sempat dielus kerana sakit yang berdenyut.

"Let her decide by herself! Abang tak boleh paksa dia." Wanita itu
berkaca matanya. Drama akasia apa benda tengah hari terik macam ni?
Aku rimaslah!

"Stop it mom! Dad!" Herdikku menamatkan pertikaman lidah antara mereka
berdua. Pintu ditutup semula. Bersilih ganti kedua-dua wajah yang aku
sayang itu dipandang.

"Apa daddy buat kat sini?" Terselit amarah. Aku sebal dengan keputusan
lelaki itu yang nekad mahukan penceraian. Dan sesenang itu dia mahu
aku ikut bersama dia? Habis mummy macam mana? Terabai tanpa jaminan?
Aku takkan biar itu berlaku.

"I'm taking you home with me."

"Lia tak nak. Lia nak mummy." Wanita itu aku rapati. Bahunya aku usap
lembut. Kasihan dia. Sebesar ini dugaan yang menimpa. Kalaulah aku
boleh tolong. Ah mataku terlihat cecair jernih memecah tubir mata
mummy. Kelemahan aku. Aku tak suka lihat mummy menangis kerana aku
tahu wanita ini sangat jarang dan sangat sukar menangis. Andai mutiara
itu tumpah, bererti di dadanya tersimpan keperitan yang dipendam lama.

"Lia. Dengar cakap daddy please? Biar daddy yang jaga Lia. Daddy akan
pastikan daddy dapat hak penjagaan ke atas Lia okey?"

Hatiku calar lagi. Hak penjagaan. Bermakna dia benar serius dengan
penceraian itu. Sakit hati dengan tindakan nekad dia, aku geleng lagi.
Enggan menurut.

"Tak! Lia takkan ikut! Stop this nonsense daddy. You don't have to
fight for the right of taking care of me. Lia nak dua-dua jaga Lia.
Lia tak nak mummy daddy divorce. Susah sangat ke permintaan Lia ni?
Kenapa daddy perlu lafaz talak? Kenapa daddy berkeras nak settlekan
penceraian?"

Terlepas emosi.

Tanpa sedar, nadaku terlontar lantang meninggi. Kembali terngiang
suara parau lelaki itu melafaz talak sebelum aku dan bekas isterinya
angkat kaki dari sana. Memeritkan. Aku tak sangka dia akan buat
keputusan tanpa berbincang langsung. Sampai sekarang, aku masih tak
tahu apa punca pergaduhan mummy dan daddy. Argh sampai bila aku akan
hidup dengan tanda tanya!

Fed up.

"You shouldn't speak that way. I'm your father Camelia!"

Bagai guruh herdikannya menyabung di sebalik saraf telinga. Terasa
menguncup hati ini dek pekisan lelaki itu.

Mummy terduduk.

Daddy keluar.

*

"AKU bagi kau jadi clerk saja buat masa ni. Lagipun, resume kau tak
lengkap kan?" Ada nada tak selesa dalam tuturnya. Barangkali dia rasa
berat hati memberi jawatan yang boleh dikatakan lekeh ini kat aku.
Maksud aku, dia kan pernah kata aku ini kawan baik dia, kawan rapat
dia. Well, walaupun aku tak tahu sejak bila aku ada kawan tapi aku
layankan saja. Peluang untuk dapat kerja kan? Dia macam keberatan
sikit sebab dia jawatan tinggi tapi kawan rapat dia kerja lekeh. Macam
itulah kut?

Tapi,

jujur.

Aku tak kisah pun. Aku bukan kenal dia, jadi lantaklah. Yang jadi
prioriti aku sekarang ialah duit untuk tampung kehidupan aku dan mummy
yang secara jelasnya miskin. Daddy? Masih berkeras dengan keputusan
dia nak uruskan penceraian. Dan tidak lupa, dia akan dapatkan hak
penjagaan ke atas aku. Yalah, aku mana ada sumber pendapatan tetap
untuk support diri sendiri. Kalau aku ada suami, lainlah. Aku pasti di
bawah tanggungjawab suami. Malangnya, calon suami aku, alias Faris
telah putuskan pertunangan.

Alasan? Entah.

Sebab aku keluar dengan Rayyan dulu kut? Eh pergi mampuslah. Tak
hadaplah aku kat lelaki yang berlagak malaikat macam dia.

Tapi, ada kemungkinan daddy yang akan dapat hak tersebut. Secara
telitinya, daddy ada segalanya. Tempat tinggal, sumber pendapatan
tetap, dan sudah semestinya kebajikan aku akan terjamin.

Tapi, mummy?

Keluar rumah pun sehelai sepinggang. Celah mana datangnya duit? Tempat
tinggal tetap? Maka sekarang, tujuh puluh peratus hak itu sudah pun
jatuh ke tangan daddy secara teorinya.

Argh.

Kenapa aku rasa ada yang tak kena?

*

TENGAH hari itu lunch sangat janggal. Makan dengan someone yang asing
bagi kau dan dia kata dia best friend kau. Kau rasa? Tak awkward? Heh
layankanlah.

"Order ah kau nak apa weh? Aku belanja," dia tarik tangan aku masuk ke
dalam restoran segera McDonald.

"Jap! Aku tahu! Kau nak double cheese kan? Nah, kau orderkan kat aku
sekali beb." Dompetnya dilambung tepat ke arahku dan tanpa dijangka
tanganku pantas menyambut objek itu.

Woot.

Macam dejavu sial. Kenapa macam pernah berlaku eh? Mainan perasaan kut.

Maka dengan selambanya aku mengeluarkan helaian not bernilai lima
puluh untuk membayar dua set double cheese burger dan milo ais.

"So, err kau macam mana? Okey?"

Hah? Apa maksud dia?

"Maksud?"

"Yalah, how's life?" Bad. Hatiku mencelah.

Mood aku sekarang, nak makan saja. Takda feel nak jawab soalan
sesiapa. Tapi dari gerak cara Fazira, dia seakan mahu berbual.

"Entahlah." Jawapan itu terpacul dari bibir.

Telefon berdering. Fazira angkat.

"Yes. Aku rasa aku percaya kau. Okey set. Nanti aku rojer Saif. Bye Rayyan."

Nama yang menjedakan suapanku. Tidak sedar bila, kenapa dan bagaimana,
terkeluar soalan yang berbunyi..

"Kau kenal Rayyan?"

Lalu mata kami bertaut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience