Bab 43

Romance Completed 33336

Bab 43

SURAM dan sepi. Aku dengar tapak kaki manusia berjalan di luar ruang
ini. Mungkin misi dan doktor yang masuk dan keluar dari wad pesakit.
Serentak itu, datang seorang misi membawa sepaket air. Paket air yang
tergantung pada tiang besi ditukar dengan yang baru.

"Nurse, macam mana patient ni?" Seorang wanita bermata coklat berjalan
ke arah 'aku' yang sedang diperiksa oleh misi.

"Jantung dia dah mula stabil. Sebelum ni dia selalu cramp satu badan,
tapi sekarang belum berlaku lagi. Setakat ni tu saja doktor." Doktor
mengangguk faham. Tidak beberapa ketika, mereka berdua melangkah
keluar sambil membualkan tahap kesihatan pesakit lain. Sempat aku
lihat tanda nama pada jubah putih doktor itu.

Rina.

Nama secantik orangnya. Wow factor yang ada pada doktor itu ialah mata
coklatnya. Cantik. Molek bertudung sarung. Lemah lembut dan ayu
orangnya. Pasti sudah berpunya, haha.

*

PINTU dikuak dari luar. Tahu, mesti ada pelawat yang mahu menjenguk 'aku'.

Fazira datang bersama Saif.

Gadis berselendang biru itu terus meluru ke arah 'aku' dan memeluk
figura'ku'. Saif sekadar senyum nipis. Aku yakin, mereka masih
mengharapkan Mel untuk sedarkan diri. Kenapa kau tak berjuang untuk
teruskan hidup kau Camelia? Kenapa kau pilih untuk konsisten dengan
kondisi macam ni? Hidup tidak, mati pun tidak. Seolah-olah kau sendiri
tak tahu sama ada nak hidup, atau mati. Dan buat ke sekian kalinya,
aku gagal memahami kenapa aku yang perlu lihat, dengar dan tahu semua
ini. Soalan, soalan dan soalan. Jawapan masih juga tiada.

Aku mengeluh.

"Awak. Are you sure nak tunggu sampai Mel sedar?"

Saif tunduk layu.

"Mel adik saya and i want her to attend our important day. Saya nak
kita satu family complete dalam album. She has to be in our wedding
day, sayang. I'm so sorry that you have to wait for so long."

"Hey it's fine dear. Saya tak kisah. Saya faham niat awak, saya pun
nak dia ada dengan kita. Dan Mel, kau kena ada dengan kita orang nanti
okey?"

Mereka berbalas pandang sebelum melemparkan renungan penuh harap ke
arah sekujur tubuh yang masih lena. Aku turut memandang 'aku' di situ.
Lemah tak berupaya. Di sudut rasa, aku juga simpan secebis harap.
Mungkin gadis ini akan bangun juga nanti. Satu hari nanti. Dan, andai
hari itu tiba, andai itu benar-benar berlaku, aku bagaimana? Lenyapkah
aku dalam jasadnya? Matikah aku? Hanya Tuhan yang tahu.

Hari berganti hari. Siang berlabuh, malam menjelma. Mentari tenggelam,
bulan pula muncul. Ada kala cerah, ada kala hujan. Masa yang berlalu
kadang kurasa lama, kadang kurasa pantas. Tak sedar, sudah banyak masa
terbazir begitu saja. Aku masih di sini, memerhati gerak laku manusia
yang jejak datang serta jejak pergi dari ruang ini. Ruang yang bagai
penjara bagi aku. Ruang yang menjadi kunjungan sahabat, keluarga dan
kenalan 'aku' ; Camelia.

Aku? Masih lagi lemas dalam tanda tanya. Atau mungkin, sudah tenggelam
ditelan persoalan yang tiada jawabnya.

Sejak Ayan pamit pergi, dia tidak lagi muncul di ruang ini. Dia lupa
aku? Dia tak rindu aku? Atau, dia sudah pun berpaling tadah kepada
Raisya yang pernah disebut dulu? Ah, tak! Lelaki itu bukan datang
menemui aku, tapi 'aku'. Dia milik 'aku', bukan aku. Jadi aku tak
perlu fikir tentang lelaki itu atau sesiapa saja yang berkaitan dengan
Camelia. Penglihatanku menyorot ke arah gadis yang tiada kudrat itu.
Wajahnya kutilik seteliti mungkin. Pakai aku seperti dia, jadi adakah
wajah aku seperti dia juga? Adakah aku ini roh dia sebenar-benar dan
ternyata kami ini satu? Tapi kenapa aku tak kenal sesiapa dan tak tahu
apa-apa? Atau, aku sendiri yang tiada daya untuk mengingati langsung
kewujudan mereka?

Ah, aku bencikan soalan.

*

DADDY datang lagi. Kali ini bersama seseorang yang belum aku tahu
siapa. Entah sudah berapa lelaki yang melawat 'aku' sehingga hari ini.
Mula-mula Ayan dan Saif. Kemudian, daddy dan Haikal. Sekarang? Entah
siapa yang berkameja kemas dan segak ini. Auranya tampak begitu kuat
dan menarik perhatian.

"She looks like a dead person."

Luahnya tanpa rasa bersalah. Jujur, aku tersinggung bagi pihak Mel.
Angkuh sungguh gaya dia. Siapa dia ni?

"Dia koma. Bukan mati." Daddy seakan menyebelahi 'aku' dan tampak
seolah sedang tahan rasa. Lelaki asing itu senyum sarkastik. Apa yang
kelakar sangat? Apa dia ingat situasi ni satu jenaka ke bagi dia? Ugh
ya! Aku kecil hati!

"Half-dead." Enggan kalah, tutur daddy dibidas lagi. Ada riak dendam
tersembunyi.

"She's your future wife. Faris tak patut cakap macam tu."

"Future wife? Lepas apa yang dia buat kat saya, uncle masih nak fix kami?"

Ada nada kesal. Wow, atur perkahwinan Mel dan dia? Daddy tak tahu ke
pasal Ayan? Tapi, apa pula yang Mel dah buat kat lelaki ni? Sampaikan
benci betul dia kepada 'aku'.

"Forgive her. Mungkin dia tak boleh kawal emosi masa tu. Atau Faris
ada kecilkan hati dia ke?"

"Uncle nak blame saya pula ke macam mana? Sekarang ni salah sayalah
ni? Macam tu?" Faris seakan mendesak.

"Tak, bukan macam tu. Uncle tanya saja. Manalah tahu ada tersilap cakap ke apa?"

"Everything went well sampailah saya call dia tanya elok-elok. Tapi
dia buat layan tak layan. Paling sakit hati, bila saya keluar, saya
nampak dia makan dengan lelaki lain. Aunty Yati pun ada sekali! Macam
tak kisah langsung perasaan saya," penuh beremosi Faris mengungkit
perihal yang aku baru tahu itu. Yati? Siapa Yati?

"Saya tahulah family uncle tengah ada masalah. Tapi takkan saya pun
kena tempias amarah Lia," sambungnya lagi, kesal teramat dengan calon
isterinya. Masalah? Mummy dan daddy ada masalah? Dia orang.. bergaduh
ke? Ah macam mana aku nak cari tahu? Hish, bengang aku. Faris
tiba-tiba mengorak langkah ke pintu namun sempat ditahan daddy.

"Faris nak ke mana?"

"Takda guna pun saya duduk sini tenung mayat hidup ni uncle,"
langkahnya dilajukan keluar dari bilik wad. Argh kurang ajar! Macam
mana daddy boleh atur perkahwinan anak dia dengan lelaki macam tu? Tak
masuk akal. Dasar ego. Monologku tiba-tiba diganggu oleh satu suara
sendu. Pantas aku buang pandang ke arah bunyi tersebut. Kelihatan mata
tua daddy berair, tapi lelaki itu seolah enggan melepaskan titis air
mata.

Tidak lama, dia juga berlalu.

*

SURIA jatuh di ufuk barat. Bintang pula muncul tiada. Cuma mendung si
awan yang melitupi purnama. Sesekali, unggas malam petah bercakap
dengan cengkerik di sebalik hijau. Bayu malam meniup lembut suasana
hening, menghadirkan rasa itu. Rasa nyaman yang menyelubungi ketika
bersendiri.

Nyaman, dan selesa.

Kadang, aku fikir lagi. Logiknya di mana, eksistensi aku di alam yang
bervisual, namun aku tidak. Camelia, gadis yang masih aku ragu, dia
itu aku atau bukan? Sebab andai kami memang satu, tak mungkin aku tak
ingat sebarang perihal. Dan konflik yang menimpa dia, kenapa mesti aku
yang tahu? Bagai pita, soalan yang sama ditanya. Tapi jawabnya tetap
tak ada.

Ayan.

Aku rindukan lelaki itu. Dia yang selalu jenguk 'aku', yang selalu
berbual dengan 'aku', yang selalu rindu 'aku', yang selalu ada dengan
'aku' kini diam begitu saja. Kau ke mana Ayan? Aku rindukan perhatian
dia, walaupun bukan untuk aku.

Tiba-tiba engsel pintu berbunyi, menandakan ada orang yang masuk. Aku
angkat pandang ke arah itu. Satu jasad yang masih samar menapak
datang. Malam macam ini siapa pula yang datang? Bukan ke waktu melawat
dah lama habis? Semakin bayang itu dekat, wajahnya semakin jelas.
Matanya aku tatap seketika. Ada tarikan aura di situ. Stetoskop di
leher dibawa ke telinga lalu dia tekap hujung juntaian pada dada
pesakitnya. Aku memerhati saja.

"Haih," keluhnya seperti berputus asa. Kedua-kedua tangan tersorok di
sebalik poket pada jubah putihnya.

"Ya Allah... bagilah kekuatan pada Camelia. Lia, doktor Rina ni.
Kuatkan diri awak ya? Saya tahu awak boleh bertahan, tapi tolonglah
tunjukkan improvement. Awak jangan kekal macam ni. Awak berhak hidup
dengan gembira."

Dia berhenti sekejap.

"Saya tahu ada masalah sikit dalam family awak. Pelik, mummy awak tak
tahu pun status Rayyan as your husband. Kenal each other tapi tak tahu
status."

Eh? Mummy tak tahu? Rayyan tu Ayan ah kan? Patutlah aku tak pernah
nampak dia orang datang sekali atau berkumpul ramai-ramai. Daddy pun
tak tahu ke? Hish setahu aku, Fazira dengan Saif tahu pasal Ayan
sebagai suami aku. Tapi Saif tahu ke tak pasal mummy? Ke dia orang tak
kenal pun? Mummy tu mak aku. Saif abang aku. Jadi, takkan dia orang
tak kenal?

Eh! Betullah!

Saif dan mummy langsung tak pernah datang bersama. Selalunya, Saif
datang dengan Fazira atau seorang diri. Fazira pula kadang kala
seorang saja, kadang kala dengan mummy, kadang kala dengan Saif.
Fazira tak bagitahu Saif ke eh?

Ugh complicated.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience