Bab 42

Romance Completed 33336

Bab 42

"MORNING honey. Awak macam mana hari ni? Getting better?"

Segaris senyum pahit mekar berkembang di bibir merah itu. Bibir yang
menarik perhatianku sejak pertemuan pertama. Bibir yang mengucap
rindu, bertanya khabar dan memanggil aku dengan panggilan indah
seperti selalu. Macam dah jadi kebiasaan. Aku tatap wajah dia penuh
asyik. Wajah yang menyembunyikan rasa sedih di sebalik senyum
palsunya.

"I miss you honey. I miss you so much." Menitik air jernih dari tubir
mata Ayan. Aku turut merasakan sayu yang bertamu. Namun gelagatnya
berjaya buat aku tersenyum nipis.

"Sorry that i scolded you last time sayang. I was under control. Saya
terlalu risaukan awak. Saya takut... takut sangat awak hilang lagi
dari saya." Layu nadanya memohon maaf. Salah apa dia pada 'aku'? Ayan
menangis lagi buat ke sekian kalinya. Merah mata lelaki ini. Lebam di
bawah mata semakin jelas. Pipinya cekung sedikit, macam orang sakit.
Mel yang sakitlah, bukan kau, haha. Tergeleng-geleng kepala aku
sendirian.

"Saya keliru Mel. Awak perlu support. Raisya pun sama. Saya sayang
awak. Saya sayang dia. Tapi keadaan beri saya pilihan. Umi minta saya
jaga Raisya because she needs me so hard. But i know that you need me
either."

Siapa pula Raisya?

"Bila awak nak bangun Mel? Awak tak penat tidur? Hm." Keluhan berat
dihela. Aku tergelak sinis tanpa sedar.

Aku dah bangun, Ayan. Aku dah bangun. Tapi aku sendiri tak tahu kenapa
dengan keadaan yang macam ini. Aku tak tahu kenapa 'aku' masih
terbujur kaku di sana sedangkan aku sudah bangkit dan berada di sini,
di sebelah kau. Aku tak tahu aku sedang hidup dalam bentuk apa. Semua
ini macam tak masuk akal dan melanggar hukum fizik. Tak logik! Aku
seolah-olah sudah mati, tapi sedang hidup.

Paling malang sekali, aku tak tahu apa-apa langsung. Siapa aku, kau,
semua orang dan semua perkara. Aku tak tahu dan tak faham apa-apa
langsung. Dan kenapa aku perlu wujud sebagai jasad tak bervisual
seperti ini?

Tak ada jawapannya.

"I don't want to lose you. Saya fobia untuk kehilangan awak lagi
Camelia. Tolong bangun sayang. Jangan seksa mental dan jiwa saya macam
ni." Mata Ayan kembali berkaca. Serta merta hatiku layu. Entah kenapa
aku rasa terkesan apabila lelaki ini menitiskan air mata. Rambutnya
yang serabai diramas beberapa kali. Tumpah beberapa titis air jernih
di pipi cekungnya.

"Hanya Allah yang tahu how hard i want you in my life. Cukuplah dengan
kehilangan awak dulu. I beg you please stay...." Tangis Ayan tak
dibendung lagi. Dia terus sembamkan wajahnya pada katil. Tangannya
kulihat setia menggenggam tangan kanan 'aku'. Spontan aku lihat
tanganku sendiri. Hati ini pilu tapi aku tak boleh menangis
seolah-olah kolam mata sudah kontang. Tidak lama, lafaz istighfar
meniti di bibirnya.

"Lebih empat bulan awak hilang, dan saya jumpa awak balik. It was like
a miracle honey."

Aku? Hilang lebih empat bulan? Ke mana? Macam mana aku boleh hilang?

"Tapi bila awak tak kenal saya, saya rasa kecewa sangat. But as a
doctor, saya fikir positif, mungkin awak hilang ingatan although
awalnya saya nafi teori bodoh tu. But that theory was proven bila awak
terlepas cakap yang awak pernah masuk hospital. I got the point,
haha." Ketawa plastik kedengaran. Nadanya yang tadi agak ceria kembali
layu.

Nada dering telefon memecah sunyi.

"Ayan ada dengan Mel. Hm."

Air muka Ayan berubah. Entah apa dan dengan siapa dia cakap tadi.
Lelaki berbaju kelabu itu menghembuskan nafas berat.

"Take care sayang. I have to go. Assalamualaikum."

Ubun-ubun 'aku' sempat dia kucup penuh kasih sebelum bayangnya
merentasi aku lalu hilang dari pandangan.

Heh, jaga diri? Aku atau 'aku'? Aku sendiri terkapai tak jelas dengan
situasi dan keadaan sekarang, dia jangka aku boleh handle ke? 'Aku'
pula seperti mayat hidup yang putus asa untuk terus hidup. Tiada satu
pun dari kami yang mampu jaga diri, seperti pesan yang Ayan titip
tadi.

Hening.

Tatkala lelaki itu menapak pergi, aku rasa sifar. Aku rasa
keseorangan. Sunyinya aku tanpa Ayan. Aku akhirnya terduduk di hujung
katil menatap sepi 'aku' yang persis mati. Bagai menanti denyutan nadi
berhenti.

*

AKU bangun ketika tiada sesiapa di sisi katil. Cuma ada aku berdiri di
sini dan 'aku' yang sedang mati dalam jasad bernyawa. Hidupkah 'aku'
andai terus-terusan kaku begini? Tiada petanda yang menunjukkan 'aku'
mahu hidup tapi mengapa aku sedar ketika 'aku' masih begitu? Kenapa
aku hidup di luar kesedaran pancaindera mereka?

Heh, aku hidup ke sekarang ni? Sinis.

Aku masih tak dapat terima wujudnya aku sebagai sesuatu yang gagal
dikesan oleh pancaindera. Tiada visual. Logiknya, 'aku' memang seperti
orang mati. Nadi masih berdenyut tapi jasad dan jiwa mati semua. Aku
pula? Seperti klon yang bersifat halimunan. Wujud dalam situasi yang
tiada aku pada penglihatan manusia. Tiba-tiba pandanganku tertarik
kepada sebuah foto berbingkai yang tergantung pada dinding. Kaca yang
melekap pada foto, aku tenung.

Aku tiada.

Hanya sekeping kaca yang memantulkan sebahagian sudut ruang ini. Aku
tiada dalam refleksi itu. Aku tidak wujud meski aku sedang wujud di
sini. Wajarlah andai aku tidak disedari oleh sesiapa. Bukan pepejal
yang bisa disentuh dan dilihat, namun aku seolah-olah gas yang tidak
dilihat tapi ada.

Rumit.

"Abang!" Separa berbisik tapi ada getar marah. Lelaki berkameja
menerpa ke arah 'aku' sambil dikejar mummy.

"Anak daddy. Puteri daddy. Kesayangan daddy..."

Aku kebingungan, lagi.

"Aku akan bawa Lia balik. Dia akan tinggal dengan aku. Bukan dekat sini!"

Ah? Apa maksud lelaki ini? Mummy nampak terkesan lalu merapati lelaki
tersebut yang membahasakan dirinya daddy.

"Dia bukan hak awak. Dia hak saya! Hak Farid!" Luah wanita itu dengan
air mata setia mencurah keluar.

"Kau berani sebut nama jantan tu? Heh Camelia anak aku. Bukan anak
dia!" Naik seoktaf suara masing-masing bagai bertarung untuk memiliki
'aku'. Mummy ketawa plastik dan sinis.

"Awak takda hak ke atas dia. Apa yang kita buat ni salah!"

Terteleng kepala aku memandang mummy. Kata-katanya asyik terulang di
benakku. Ada sesuatu yang tak kena. Perihal hak yang tiba-tiba
dibangkitkan menggamit minat aku untuk mengetahui lebih lanjut.
Telinga dipasang lagi, menanti kata dari dua ulas bibir milik dua
manusia itu.

"Salah ke aku nak jaga anak aku sendiri Yati? Dia satu-satunya anak
aku. She is mine!"

Pecah empangan air mata mummy. Kepalanya digeleng berkali-kali. Daddy
tidak berganjak dari sisi katil, setia membelai 'aku'.

"Saya tahu saya gagal bagi zuriat lagi. Tapi itu kehendak Tuhan! Salah
saya ke bang? Salah saya ke?!" Bahu daddy digoncang-goncang.
Masing-masing terdiam sejenak.

Sunyi.

"Kau nak cakap soal kehendak? Habis kehendak aku? Hak mutlak aku?
Perasaan aku sebagai seorang bapa kepada anaknya, pernah kau fikir?
Pernah ke!" Ada kejujuran dalam mata daddy saat berkata begitu.

"Sekalipun awak ada sebab, tapi itu bukan tiket yang membolehkan awak
buat macam ni. Semua ni salah!"

"Salah? Habis kau ingat kau tak salah ke dulu? Sedarlah Yati. Semua ni
takdir. Kau tak boleh nafi itu."

Mummy gelak kecil. Sinis dan sarkastik.

"Tu takdir yang awak cipta sendiri. Awak bertuankan nafsu!"

Terus lelaki itu naik berang. Wajahnya merah menyala. Antara marah dan
tersinggung aku tak tahu yang mana. Tapi jelas dan nyata dia terkesan
dengan ayat si wanita yang berbaur sindiran tadi.

"Diam! Aku kat sini bukan untuk bahas masa silam. Aku nak anak aku."

Tegasnya melempar jauh topik yang menjadi pokok kepada perbalahan itu.

"Awak masih nak teruskan penceraian? Rampas hak penjagaan saya?" Tiada
jawapan. Mummy menyambung lagi, "...fikir perasaan Lia. Dia innocent.
Dia tak tahu apa-apa. Farid boleh dakwa awak dan saya. Sudah sudahlah
bang. Terima hakikat. Ini balasan awak dan saya. Kifarah Allah tu
wujud dan inilah yang Dia nak tunjuk kat kita."

Pujuk wanita bertudung itu cuba menjernihkan keadaan. Daddy seakan
enggan memberi kerjasama. Apa yang berlegar dalam ruang fikirannya aku
tak tahu. Mukanya nampak serabut dek fikirkan sesuatu. Atau dia keliru
untuk membuat keputusan tentang isu penceraian tu? Entahlah.

Telefon berdering. Panggilan diangkat lalu telefon ditekap ke telinga.
Riaknya berubah sedikit. Sempat dia berdeham dan mengawal gerakan
tubuh.

"Okey." Sepatah kata saja yang dijawab. Lelaki dipanggil daddy itu
terus keluar tanpa sebutir bicara.

Mummy menangis.

Aku memerhati.

Sampai bila aku kena bermain dengan teka teki? Aku rasa macam didesak
dengan situasi yang aku tak mengerti. Dan bila soalan demi soalan
menghentak fikiran, aku jadi serabut memikirkannya.

Ah bukan aku yang perlu fikir! Kau yang perlu uruskan sendiri, Camelia.

Kau.

Penglihatanku dibawa ke katil. Kau perlu bangun, bukan aku.

Argh.

*

DERAP kaki buat aku terpiuh. Terjengul wajah asing yang terus duduk di
sisi 'aku' dengan wajah mendung.

"Mel sayang.. wake up dear." Selang seli aku dengar dia menangis.

"This is not a joke dear. Wake up! Please stay Mel.. i want you back."

Tangisan berlagunya kembali bergema di seluruh ruang. I want you back.
Maksudnya? Mel pernah jadi milik dia ke? Bukan ke Mel isteri Ayan?

Engsel pintu menjerit pabila dikuak. Fazira nampak terkejut dengan
keberadaan lelaki asing ini.

"Nice place to meet you, ex employee." Ah sudah, reunion dengan bekas
pekerja ke apa ni? Keadaan tegang sedikit sebab lelaki itu kelihatan
terasa dengan kata-kata Fazira.

"Buat apa sini? Tak dating dengan kekasih ke?" Kelat muka si lelaki.
Liur ditelan bagi mengawal emosi. Cuba mengatasi situasi yang janggal
di situ.

"Salah ke saya jenguk orang yang saya sayang?" Fazira gelak palsu. Tas
tangan diletak di atas kabinet di sebelah katil. Matanya sempat
melirik ke arah 'aku'.

"Hebat kau. Berapa kuota kau punya sayang? Kat Mel kau sayang. Awek
kau pun kau sayang. Lagi? Ada spare part lagi?" Tajam ayat gadis itu
menusuk jiwa si lelaki. Dia jelas tersinggung apabila dikata begitu
oleh Fazira. Aku lemas lagi dalam tasik tanda tanya. Langsung tak
faham apa-apa yang dibualkan.

"Apa masalah cik Fazira nak sibuk privacy saya?"

"Mel kawan dunia akhirat aku dan aku tak nak dia kecewa sebab orang macam kau."

"She left me hanging. You know nothing cik Fazira." Lelaki itu membela diri.

"Ni kes kau nak salahkan Mel ke macam mana? Haikal, dia hilang. Dan
kau sepatutnya cari dia. Bukan berpaling tadah!"

Haikal. Nice name. Good look.

"Saya dah jumpa dia. Dia dah tahu semuanya," Fazira angkat muka
pandang Haikal sebelum lelaki itu menyambung kata "...dan bila dia
sedar, saya akan dapatkan dia semula."

"Aku takkan biar itu terjadi."

Fazira nampak keberatan dengan kesungguhan lelaki itu. Haikal keluar,
Fazira mendengus. Aku kekal memerhati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience