Bab 54

Romance Completed 33336

Bab 54

PETANG.

Aku sedang lepak di ruang tamu sambil menonton televisyen. Tapi
fikiran jauh melayang entah ke mana. Rayyan yang baru balik tadi,
terus naik ke bilik. Mungkin mandi? Macam duduk sensorang aku rasa
even though dia wujud dalam rumah ni, uh. Tiba-tiba perhatianku
digamit dek suara seorang ustaz di kaca televisyen.

"Allah berfirman dalam Al-Quran, potongan surah Al baqarah ayat 286.

??? ????????? ??????? ??????? ?????? ???????? :

La yukallifullahu nafsan illa wusa'ha ; Allah tidak memberati
seseorang itu melainkan apa yang terdaya olehnya.

Allah dah sebut dalam Al-Quran, Allah takkan bagi kat kita ujian yang
kita tak mampu nak tanggung. Tapi kenapa kita nak mengeluh? Kenapa
kita cepat sangat putus asa? Kerana sabar itu tak ada dalam diri kita.
Dan bila kita rasa kita down, kita rasa give up, barulah kita sibuk
cari sejadah nak menadah tangan kepada Allah.

Di mana kita semasa Allah bagi kepada kita kesenangan? Semasa Allah
berikan kemewahan? Semasa Allah hadiahkan senyuman? Semasa Allah
kurniakan kebahagiaan? Disebabkan dunia, kita lupa kepada Allah. Kita
lupa untuk bersyukur dengan nikmat dunia yang Allah bagi kat kita.
Solat ke mana, sejadah pun ke mana. Layak ke kita ni nak merungut
tuan-tuan dan puan-puan? Layak ke kita ni nak complain? Bila kita
senang, kita lupa Allah! Dan bila kita diberi ujian sikit, barulah
terkejarkan masjid nak berdoa? Nau'zubillahiminzalik.

Ingat hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian, jangan sesekali
kita lupa kepada Sang Pencipta kita iaitu Allah SWT. Setiap perkara
yang kita buat, setiap tempat yang kita pergi, setiap sesuatu yang
kita makan, setiap kain yang kita pakai, setiap apa saja perihal yang
kita lakukan di atas dunia yang fana ini, Allah sentiasa bersama kita.
Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat dan Maha Mendengar setiap
perlakuan dan kata-kata kita.

Maka abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, dan semua yang mendengar dan
penonton di rumah insyaAllah, berdoalah kepada Allah. Kita kembali
kepada Allah. Kita dapat makan, dapat minum, boleh berjalan, kita
sihat fizikal maka syukur alhamdulillah. Kalau kita bersedih, teriak
setiap malam ni, sakit hati dan buntu. Apa nak buat ni? Maka kita
berdoalah banyak-banyak kepada Allah. Kita pohon keampunan kepada
Allah. Kita minta Allah lapangkan jiwa kita insyaAllah, Allah akan
permudahkan urusan kita."

Serentak itu, kedengaran suara sang suami yang baru selesai menunaikan
solat asar. Tak semena hati aku diburu rasa menyesal dan sedih. You
know, that feeling bila kita rasa kita ni jahil sangat. Aku rasa macam
useless nya aku selama ni sebab aku tak solat. Bahkan, cara bersolat
pun aku dah tak ingat. Berwuduk? Lagilah aku lupa. Dulu, Saif selalu
pesan kat aku supaya jaga solat. Tapi sekarang? Keluar saja aku dari
hospital sekali pun aku belum pernah tunaikan amanah Allah itu.
Jahatnya aku. Allah rindukan sujud aku, tapi aku merungut dan lupakan
Dia. Allah rindukan doa aku, tapi aku mengeluh dan abaikan Dia.
Jauhnya aku dari Allah. Kenapa aku lupa Allah sedangkan Allah selalu
ada dengan aku kalau aku nak mengadu?

Air mataku menitik jatuh ke bumi.

Fikiranku terus bertaut kepada Rayyan. Berdosa ke aku kurang ajar
dengan dia? Salah aku ke selama ni? Derhaka ke aku kepada suami aku?
Aku menekup muka, menyesali perbuatan aku yang lalu. Aku ini seolah
tidak redha dengan takdir yang Allah dah tetapkan untuk aku. Sungguh,
perasaan aku disentak dek kata-kata ustaz itu yang semacam memang
tepat dituju kepada aku.

Derap kaki kudengar mendekati, lantas didongak leherku memandang
figura dia. Sang suami yang aku rindu, yang aku mula sayang. Tapi
disebabkan ego, ikatan suci ini bagai terhakis sedikit demi sedikit.
Mata kami bertaut lama, seperti menyampaikan sesuatu yang hati kami
saja memahaminya. Beberapa ketika, air mata Rayyan akhirnya tumpah
menerusi tulang pipi.

"Awak.." serentak, aku dan dia memanggil.

"Awak dulu," serentak lagi. Kami tergelak kecil namun rasa sayu masih
menyelit. Okey, aku akan cakap dulu.

"Saya minta maaf."

Serentak, dua ulas bibir mengucap kata. Dan lagi, ketawa halus
kedengaran. Tak tunggu lama, dia terus melabuhkan duduk di tepi aku
dan kami berdakapan bagai melepaskan rindu masing-masing.

Ya, kata maaf yang cuma sekali cakap, tak rugi andai kita yang pinta
dulu. Jangan dijunjung ego yang melangit, nanti akan makan diri. Bukan
salah pun minta maaf dan bincang baik-baik kan? Dalam hati, aku ucap
syukur. Perang dunia keempat akhirnya dah tamat, dan secara tak
langsung rancangan Raisya untuk putuskan hubungan aku dengan Rayyan
telah gagal. Still, aku tertanya-tanya kenapa Raisya bersubahat dengan
Faris.

"Weh a..aku l..lemas weh," fuh rasa nak putus nafas siot.

"Eh eh sorry!" Laju dia minta maaf. Nasib baik, kalau tak entah
pengsan entah pitam aku kat sini sebab sesak nafas.

"Awak..," ececeh tiba-tiba suara jadi manja. Minta penampar sangat
suara kau tu Mel.

"Yes honey? Nak apa? Nak saya? Awak dah dapat. Hati saya? Pun awak dah
dapat. Awak nak apa lagi? Oh! Awak nak...," start dah sengih nakal
dia. Kalau aku cepuk kang apa pun tak dapat. Orang serius, dia
main-main.

"Ajar saya.. solat?"

*

MALAM itu tak seperti malam-malam sebelumnya sebab aku rasa hati ini
macam berbunga riang sangat. Cey, selalu kan aku menangis sensorang
dalam bilik? Tapi tidak pada malam ini.

Tak, yang aku pelik sekarang ni kenapa budak Raisya tu belum balik
sejak aku nampak dia tengah hari tadi dengan Faris? Masalahnya, Faris
kan dah blah tinggalkan perempuan tu? So, Raisya dengan siapa dan kat
mana sekarang?

"Sayang, mana Raisya ni tak balik lagi?"

Whoaa, yang part sayang tu aku suka dengar. Tapi part Raisya tu macam
em ... kk chill dulu.

"Macam mana awak expect saya tahu? Saya kan tak ngam dengan adik awak
tu." Sengaja aku tekan perkataan 'adik' sebab nak sindir. Hesy dahlah
baru lepas solat isyak, main perli suami pula. Hehe sorry bro, aku
cemburu actually.

"Sayang.. don't start it again." Okey, aku salah huhu. Tersengih
kambing aku gamaknya. Tak apalah, lantak kau Raisya. Aku malas amik
port.

Usai mengemas diri, kami turun ke ruang tamu mendapatkan umi dan abah
yang sedang berbual rancak. Confirm dia orang tegur punya.

"Eh? Melekat balik love birds ni?" Hahaha abah ni, kurang asam betul.
Kami cuma ketawa menghadirkan harmoni yang terasa lama tak bertamu.
Bestnya tak ada Raisya, macam aku ini permaisuri kat sini. Bhahaha
jahatnya aku, kk apa-apa pun ketiadaan Raisya sikit sebanyak buat aku
tenang. Rancak kami bersembang ketika itu bertemankan jenaka abah dan
umi yang tidak asing lagi, pasal nak merasa cucu bagai. Aku kemam
bibir sajalah tak tahu jawab apa. Entah, aku rasa macam sekarang bukan
masa yang sesuai untuk bincang pasal anak. Well, baru berbaik takkan
dah sebut pasal nak anak? Erk. Rayyan makin gediklah menyakat, nak
anak kembarlah, nak anak ramailah, buat team futsallah and aku pun
macam ... layankan saja haha.

Dum!

Keriuhan kami dihentak dek dentuman pintu utama. Terhuyung-hayang
jasad Raisya yang jelas selekeh itu di muka pintu. Tangisan dan
racauan meniti bibirnya tanpa putus. Kumat kamit mulutnya menyebut
sesuatu yang tak jelas. Pantas, suami aku menerpa ke arah adik
angkatnya lalu mencempung dia ke sofa.

"Sya! Sya mabuk?! Argh damn it." Bagai sudah tahu, umi dan abah
mengeluh kesal. Aku pula sekadar memerhati. Kasihan, puas, dan kecewa
bercampur baur. Tapi.. tangisan dia semacam merintih pilu. Hatiku
dipagut simpati.

"Kau! Kau ni memang celaka! Faris aku punyalah bodoh!"

Eh? Aku pula yang kena? Terbeliak gamaknya mata aku sebab terkejut,
Rayyan apatah lagi. Berlapis dahi dia seperti memikirkan sesuatu.
Wait, perempuan ni sebenarnya nak Rayyan ke nak Faris? Hari tu sibuk
menggeletis dengan suami aku, ini marah aku sebab Faris pula?

"Sya kita naik bilik k? Jom jom." Pujuk Rayyan lembut.

"Kau.. kau hancurkan hidup aku.." amarah tadi bertukar kepada
rintihan. Meleret suaranya seolah menanggung kecewa yang menggunung
tinggi.

"Enough Sya.. enough. Jom naik rehat."

Tubuh langsing itu dipapah naik ke bilik dengan langkahnya yang
terhuyung-hayang tak stabil. Ada kala kakinya tersalah langkah, Raisya
jatuh terpelecok namun sempat disambut Rayyan.

*

EMPAT pagi,

aku dengar semacam tangisan seseorang. Dalam balang fikirku, akronim
'hantu' automatik terpapar. Rayyan nyenyak tidur, aku yakin dia tak
dengar. Ah, aku kena pergi tengok! Tak puas hati siot.

Maka, aku memberanikan diri untuk menapak keluar dari bilik dan
mengikut arah suara mendayu tersebut. Bilik Raisya terkuak sikit daun
pintunya, terpancar bilah cahaya dari ruang kecil itu. Confirm! Memang
dari bilik dia. Dalam otak ni dah bermacam andaian yang terbayang.
Namun aku tepis semua dengan zikir yang tiada putus di bibir dan dalam
hati. Sangkaanku meleset setelah mendapati visual Raisya sedang
memeluk lutut seperti orang ketakutan.

"Sya? Kau.. okey ke ni?" Aku menghenyak punggung di hujung katil.
Matanya merah dan sembap. Berjejeran air mata mengalir tanpa henti.
Posisinya duduk memeluk lutut, tiada respons dari gadis itu. Buat
pertama kali aku nampak sisi lain pada diri Raisya. Sebelum ini dia
seakan benci dengan kewujudan aku dan mimik mukanya ditarik sinis.
Tapi Raisya yang dia hadapan aku sekarang, wajahnya pucat dan tiada
riak bagaikan tak hirau kedatangan aku.

"Sya? Weh Raisya?" Makin lebat dia mengalirkan air mata pabila namanya
aku seru berkali-kali. Tak semena aku rasa simpati dan tertanya-tanya.
Secalit sayu menjentik tangkai hati.

"Untung kan jadi kau?"

"Maksud kau?"

"Mengaku sajalah Mel. Kau ada segalanya. Cinta Faris, perhatian
Rayyan, kasih umi abah. Semua kau dapat!" Aku terkesima tatkala luahan
hatinya membanjiri balang fikiran. Terasa melimpah ruang otak ini
dengan hamburan sayu dan tangisan penuh pilu itu. Seakan sudah
berkarat perasaan itu dalam jiwa dia. Yalah, dia kan perempuan. Aku
pun perempuan. Jadi aku dapat rasa kesedihan yang Raisya tanggung.

"Kenapa kau muncul dalam hidup Faris? Kau rampas cinta aku Camelia!
Kau rentap apa yang aku ada! Ayan pula lebihkan kau dari aku! Aku rasa
aku alone sangat... apa salah aku... apa yang aku dah buat..."
rintihnya bersambung lebih mendayu dan diselit esak.

Dan aku?

Jelas kecewa dengan diri sendiri. Aku perampas. Aku orang ketiga dalam
hubungan orang lain. Aku pengganggu dan perosak. Betapa jijiknya diri
ini andai difikir semula.

Astaghfirullah.

Aku beristighfar dalam hati. Sabar Mel, Allah sentiasa dengan kau.
Jasad lesu itu lantas aku bawa ke dalam dakapan lalu dielus penuh
kelembutan belakang badannya.

Maaf, Raisya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience