Bab 50

Romance Completed 33336

Bab 50

"AYAN, Sya nak tu.." bibir pinknya dimuncung ke arah udang blackpepper
yang berdekatan aku. Laju saja tangan Rayyan hulurkan mangkuk itu dan
mencedok beberapa sudu kuah ke dalam pinggan Raisya. Umi tersenyum
lalu menggeleng, barangkali tercuit dengan sifat manja gadis berambut
panjang itu. Abah juga tak kurang sengihnya. Tapi tidak sama sekali
bagi aku. Hati ini menggelegak maha hebat melihat layanan Rayyan
kepada gadis cantik itu. Aku tak suka, dia sengaja buat macam tu! Cuma
aku yang nampak renungan kemenangan dia dan senyum sinis dia. Dan
setiap kali dia berbuat begitu, aku rasa terluka. Rayyan pula masih
dingin dengan aku. Hanya kerana aku keluar dengan Fazira, dia bersikap
macam tu. Masalahnya aku dah call, dah mesej!

"Mel? Kenapa kuis nasi tu? Makanlah. Tak sedap ke umi masak?"

Umi menarik aku keluar dari khayalan. Aku mengawal riak, lalu menarik
senyum pahit. Tak perasan pula yang aku belum makan walau satu suap
pun. Tak ada mood. Baru sangat aku nak mula bercakap, tapi keadaan
yang buat aku fed up nak bersuara. Mungkin betul, buat masa ini aku
tak perlu bercakap.

"Sya nak air lagi. Tolong tuang jap," rengek Raisya manja dengan suara
yang menjengkelkan. Dan pabila suami aku turutkan permintaan dia, aku
makan hati. Aku kat sebelah ni weh, isteri kau ni. Buta ke buat tak
nampak? Haha. Empangan air mata aku tahan sekuat mungkin, please
jangan menangis kat sini Mel. Bukan tempatnya.

Usai makan, Raisya dipapah naik ke biliknya. Aku? Sendiri dan tanpa
sebarang sokongan menapak penuh payah tangga yang curam itu. Eh ankle
siapa yang retak ni? Hahaha. Ubat di tepi katil aku pandang sepi. Rasa
macam baru semalam, Rayyan suapkan ubat kat aku. Rasa macam baru
semalam aku peluk dia. Rasa macam baru semalam dia usik aku nakal. Tak
sangka, sekelip mata semua itu dah hilang hanya sebab kewujudan
Raisya.

"You have to hear my explanation Ayan." Aku robohkan ego yang menebal
lalu menegur lembut sebaik saja lelaki itu menjejak kamar ini.

"Awak still marah saya ke?" Namun sepi menyahut soalanku.

"Awak, saya tanya ni." Lagi, aku cuba menegur. Tapi dia buat tak tahu
dan menukar baju seraya menghenyakkan badannya membelakangi aku.
Sungguh, hati aku rasa macam dipijak. Okey Rayyan, kalau ini yang kau
nak, aku boleh bagi. Hati ni dah lama hancur lunyai dari dulu lagi.
Sejak kau belum hadir pun, memang aku selalu macam ni. Takpa, aku dah
biasa. Setakat makan hati macam ni apa ada hal kan?

Tak sedar bila, aku hanyut dalam lena bersama mutiara jernih yang mengalir laju.

*

SEHARIAN, dia cuma layankan kerenah Raisya. Aku dalam rumah ni macam
tak wujud. You know that feeling, bila rasa macam diri ni unwanted.
Bermula saat itu, aku jadi mudah sangat menangis. Mandi, aku nangis.
Tidur, nangis. Tak buat apa, nangis. Jelas bengkak mata aku tapi
lantaklah. Siapa nak kisah? Umi abah jaga Raisya. Rayyan lancarkan
perang dingin dengan aku. Saif jaga ayah. Fazira sibuk. Daddy entah
kat mana. Mummy aku tak dapat contact. Nice! Semua macam dah tak
perlukan aku. Mungkin ni masa terbaik untuk aku mati. Entah entah aku
mati pun tak ada yang perasan.

Keesokan hari, awal pagi aku dah keluar dari rumah masa semua orang
masih tidur. Biarlah, aku ada pun macam tak ada. Baik aku keluar.
Terhincut-hincut langkahku diatur meredah kawasan itu yang dipayungi
langit mendung.

"Mel?" Suara itu menyentak perhatianku.

Kenderaan yang menyacak laju membelah jalan, aku tenung sepi. Rayyan
cari aku tak agak-agak? Heh, tak payah kau fikir dia Mel. Dia kan
sibuk dengan Sya kesayangan dia tu.

"I want the old us." Pernyataan itu buat aku tergelak kecil. Sarkastik.

"Dear, talk to me please honey." Panggilan itu cuma Rayyan yang selalu
sebut. Dalam diam, dinding hati ini rasa bagai ditoreh. Macam ini ke
rasanya bila orang yang kita sayang buat tak tahu kat kita?

"Mel.." rayunya lagi.

"Awak nak saya cakap apa? Yes i want the old us too? Macam tu? Sudah
sudahlah berangan Haikal. Saya ni bukan barang yang awak boleh buang
bila awak tak nak. Sekarang awak dah ada perempuan tu kan? Tak payah
sibuk hal saya."

Tak semena air mata aku jatuh lagi. Spontan wajahku ditekup. Mudah
sangat aku menangis. Argh damn! Aku tak suka keadaan ni. Jujur, aku
nak sangat someone stay dengan aku. Aku nak sangat pujukan dan kata
manis sebagai semangat untuk support aku yang tengah down sekarang.
Dan ya, aku memang terpujuk dengan rayuan Haikal. Tapi fikiran aku
masih bertaut pada Rayyan.

"Saya selalu ada untuk awak Mel."

Alangkah gembiranya aku kalau Rayyan yang cakap macam itu. Tapi
malangnya, Haikal kat depan kau Mel. Bukan Rayyan.

"Haikal, antara awak dan saya, nothing. We're done. You have her, and
i have my husband. Please let me go. I beg you Haikal, jangan kacau
lagi hidup saya." Menyedari tangannya yang menggenggam erat jemari
runcing ini, aku pantas tepis lalu beredar bersama luka di hati yang
galak berdarah.

*

DUA HARI bermasam muka dengan Rayyan rasa macam dua tahun. Semakin
hari, semakin dia layan si Raisya gedik itu. Aku tak faham kenapa dia
tarik muka dengan aku. Takkan masih nak marah pasal isu aku keluar
hari itu? Ini bukan Rayyan yang aku kenal. Dia berubah seratus lapan
puluh darjah. Raisya pula semakin galaklah sakitkan hati aku. Umi dan
abah seakan tak perasan perang dingin antara kami. Mungkin excited dan
gembira dengan adanya Raisya kat rumah ni.

"Kau ni kenapa?" Soalan Fazira mengembalikan aku ke alam realiti.

"Siapa Raisya?" Finally keluar juga soalan itu dari mulut aku.
Instinct aku mengatakan si Rausya itu sepupu Rayyan.

"Oh yang koma juga tu? Dia dah sedar eh? Alhamdulillah." Sekarang apa?
Kawan aku pun sebelahkan perempuan tu daripada aku sendiri ke?

"Yang kau beria sangat ni apa hal? Aku tanya dia tu siapa." Kan dah
naik suara tak memasal. Liur diteguk, mesti Fazira terkejut dengan
respons aku yang negatif bila sebut bab Raisya.

"Dia adik ipar kaulah. Kenapa?"

Hah? Adik ipar? Tak mungkin! Tak mungkin instinct aku salah.

"Tipu."

"Ya Allah seriuslah. Adik Ayan. Kenapa kau ni?" Macam tu ke gaya adik?
Takkan adik dia? Tak. No way. Adakah ini maksudnya adik dia tak suka
aku jadi kakak ipar dia? Tapi.. kenapa?

Aku masih tertanya aneh, kalau betul dia adik ipar aku, dah kenapa dia
macam tak suka aku rapat dengan abang dia? Takkan sebab dia tak kenal
aku? Masa akad nikah dia tak ada. Jadi mungkin dia tak tahu pasal aku.
Itu ke sebabnya? Atau pun dia ada calon lain untuk Rayyan? Keluhan
berat dihembus panjang. Pelbagai andaian yang tercetus dalam minda.
Tapi mana satu yang betul, aku tak tahu. Ke aku ada buat salah kat
dia? Hesy mustahil. Aku kenal dia pun tak!

Serius, aku bengang memikir.

Fazira dah lama blah. Well, office hour kan? Confirm dia pelik kenapa
aku tanya macam itu kat dia pasal Raisya. Tak, peliknya lagi, Rayyan
tak bagitahu langsung yang dia ada adik. Nonsense kan? Oh crap.

"Lia? Is that you, sayang?"

For sure, aku cam sangat suara parau ini. Perfume dia, tone suara dia,
everything pasal dia aku cam. Mukaku dipanggung lantas seraut wajah
milik seorang lelaki menghidang penglihatanku. Segak penampilannya
tika ini, tapi apa dia buat kat sini waktu ofis macam ini? Bukan ke
dia patut ada kat ofis?

"God, it's you baby! I miss you so much Lia!"

Tak semena aku yang baru saja nak angkat kaki, dipeluk erat oleh
manusia itu. Hei sial betullah dia ni.

"Wo wo wo. What the hell yang awak buat ni?" Laju aku tolak dada dia,
boleh tahan kuat dakapan dia. Dengan keadaan aku yang tak berapa nak
sempurna fizikal ni, agak payah nak loloskan diri. But finally i did
it.

"I'm sorry. I was just.. em tak apalah. Saya rindu awak."

Ni apa hal nak patah balik cari aku? Mudahnya jadi dia orang. Aku tak
ada, pergi kat perempuan lain. Bila aku ada, datang cari balik.

"Seriously awak?" Aku buat muka acah terharu lalu kutarik sengih
sarkastik sebelum menyambung kata "..but i don't even care." Serta
merta riaknya layu.

"Hahaha awak ni pandai bergurau kan? Tak lama lagi kan kita nak kahwin."

"Encik Faris, saya tak bergurau. And we are NOT getting married.
Pergilah kahwin dengan perempuan yang awak date belakang saya tu. Awak
ingat saya ni barang ke? Yang awak boleh buang bila awak tak nak?"
Sekali lagi, aku guna ayat yang sama. Ni pun spesies Haikal juga, ada
spare part lain tapi gagah nak cari aku balik. Aku tak bodoh macam kau
oranglah ugh.

"And please, don't you ever enter my life again. Stay away from daddy."

Aku terus blah, mata ini juga berair lagi. Jangan menangis Mel, lelaki
itu tak layak ditangisi. Hatiku memujuk. Tidak lama, akalku bertaut
kembali pada Rayyan.

Sungguh, aku rindukan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience