Bab 21

Romance Completed 33336

bab 21

RAYYAN? Dia tahu nama aku. Nama penuh pula tu. Tapi how come aku tak
kenal dia? Dan bayangan kabur dalam kepala aku, suara kasar mummy. And
kenapa dia panggil aku Mel? Pelik. Patut tak aku tanya mummy dan
daddy? Kalau dia orang marah macam mana? Nanti mummy cakap jangan
dekat dengan orang yang tak kenal. Daddy mesti tak bagi aku drive dah.
Hesy lantaklah. Takda kena mengena pun mamat tu dengan aku. Salah
oranglah tu.
Sejak petang tadi nama itu asyik melantun dalam ruang benak aku.
Wajahnya yang pucat lesi terbayang-bayang sampai sekarang. Namun bibir
merahnya tetap menonjol. Matanya aku lihat lebam macam.. kurang tidur?
Rayyan. Kenapa aku rasa macam ada perasaan lain semasa dia bagitahu
nama dia?

"Lia!"

Suara itu melaung dari dapur. Suara garau daddy yang aku tahu akan
membebel sekejap lagi. Ready to get scolded Lia. Mummy ah ni buat
kerja kantoi.

"Yes daddy! Lia kat ruang tamu ni!"

Aku membalas laungan daddy. Telefon masih di tangan. Permainan piano
tiles sedang rancak sekarang. Ligat jari aku menyentuh pada setiap
kotak berwarna hitam. Semakin lama semakin laju. Lenguh juga ibu jari
aku nak sentuh.

Zas!

Telefon aku hilang dari tangan.

"Ala daddy! Lia tengah main tu alaaaaaaaa," aku peluk lutut di atas
sofa. Muncung ditarik panjang sedepa. Kedua-dua belah pipi ditongkat
dengan telapak tangan. Riakku jelas monyok. Merajuk! Daddy mengambil
tempat di sebelah aku. Telefon aku masih setia dalam genggamannya.
Wajahnya aku tak pandang namun aku tahu daddy tengah tengok aku. Aku
saja yang buat tak tahu. Suka betul kacau aku tengah main game.

"Lia ni. Berapa kali daddy nak pesan? Daddy cakap drive elok-elok kan?
Bahaya tau tak drive macam tu. Daddy siap mesej lagi. Call lagi.
Beria-ia sangat nak drive ingatkan bolehlah dengar advice daddy. Sebab
tu daddy izinkan. Rupanya tak. Bawa kereta ikut rules sendiri juga.
Hampeh."

Nah. Berdas-das aku kena tembak dengan leteran daddy. Aku masih dalam
posisi tadi. Diam tidak berkutik. Buat derk saja. Merajuk. Isu drive
tu punya pasal ah. Yang daddy rampas telefon aku masa tengah main game
tu kenapa? Susah tau nak master game tu. Hesy. Ini aku nak nangis ni.
Huaaa. Tiba-tiba aku rasa sofa tenggelam. Dari ekor mata aku nampak
susuk tubuh mummy duduk di sebelah. Wangiannya menusuk ke dalam rongga
hidung. Still ; aku buat bodoh.

"Kesian mummy tau. Mujur tak luruh jantung ni," tokok mummy pula
menambah perasa supaya lebih sedap. Agaknya akulah bahan yang pahitkan
isu ni ya tak? Haih. Bosanlah macam ni. Malas membidas, aku berdiam
diri. Merajuk tahap dewa ah kiranya ni. Belakang badanku terasa
digosok lembut. Ini yang lemah ni. Main pujuk pakai secret weapon pula
hesy. Buat tak tahu k Lia. Jangan layan.

"Lia suka sangat tak endah nasihat daddy. Lia nak accident lagi ke?"

Bagai direnjat dek arus elektrik aku terus menoleh memandang daddy.

Wajahnya tampak gelisah. Accident? Aku pernah accident? Bila? Jantung
aku sudah tidak seirama. Riak wajahku seolah-olah mendesak daddy untuk
menerangkan perihal yang baru saja dia timbulkan tadi. Lama daddy
membisu seperti terkelu lidahnya. Aku pandang mummy pula. Alisnya
bertaut dan ketika itu kepalanya didongakkan sedikit kepada daddy.
Seolah-olah bertanya "macam mana?" pada suaminya. Dia orang
sembunyikan sesuatu ke daripada pengetahuan aku? Jiwa aku semakin
galak meronta mahukan penjelasan. Fiil mummy dan daddy pula semakin
pelik. Macam... tak mahu aku tahu 'sesuatu' yang disorokkan itu.

"Accident? Lia pernah accident ke?"

Aku membuka mulut juga akhirnya. Tak betah membisu.

"Bukanlah. Lia nak tengok mummy accident lagi ke? Itu yang daddy nak
tanya. Lia mana pernah accident. Ish memandai saja."

Daddy menjawab penuh yakin. Aku memang tak pernah accident pun. Yang
mummy tu zaman mana dia accident? Hais peliklah.

"Tahun bila pula mummy accident ni?"

Daddy sudah terkial-kial nak jawab. Kenapa aku rasa macam ada sesuatu
yang aku tak tahu? Sesuatu yang 'besar' mungkin? Bukan dari segi
saiznya. Tapi tahap kepentingannya terhadap aku. Atau semua ni mainan
perasaan saja?

"Lia kan sakit dulu? Lia tak ingatlah tu. Tak payah fikirlah sayang.
Dah lepas dah."

Mummy menyampuk di sebelah. Oh ya kan? Aku lupa pula pasal tu.
Akhirnya aku angguk memahami. Perasaan ingin tahu yang bersarang tadi
sudah lesap dek penjelasan dia orang berdua. Mummy pernah kemalangan
rupanya. Patutlah mengucap panjang kalau aku yang jadi tukang drebar.
Seriau sebab memori lama menghantui. Kasihan pula wanita itu. Kalau
aku tahu memang taklah aku drive macam penghuni Tanjung Rambutan.
Lepas ni aku kena pandu kereta macam orang yang baru lulus test JPJ
lah kan?

*

BILA boleh keluar ni? Bosanlah asyik duduk rumah saja. Dahlah takda
kawan nak ajak lepak. Haih. Bosan!
Anak tangga pertama dipijak lantas aku menuruni tangga itu sepantas
yang boleh. Laju kaki aku melangkah sampai ke hujung anak tangga dan
punat pada jam ditekan.

Tit!

Nafasku laju semula. Dadaku naik turun. Tiga minit lima saat?! Damn.
Apa hal boleh makin lambat ni? Ugh tak boleh jadi. Kena kurangkan
lemak! Keep fit! Jam di tangan aku kerling. Lapan pagi. Pelan sudah
dirancang dalam kepala. Di tubuhku sudah tersarung sehelai baju T
adidas dan dipadankan dengan sweat pants kelabu. Good! Lekas-lekas aku
berlari anak menuju ke meja makan. Susuk tubuh daddy dan mummy sedang
berbual di sana semakin jelas kelihatan.

"Morning mum, dad." Sapa aku kepada sepasang suami isteri itu.

"Awalnya bangun. Selalu tunggu matahari naik dulu."

Nice. Kena sindir doe haha. Sampai hati dia orang. Mentang-mentanglah
aku susah bangun awal. Bila bangun awal kena perli pula. Hais. Aku
duduk di sebelah daddy. Roti bakar aku capai lalu dimamah rakus.
Sedap.

"Daddy, Lia nak keluar joging boleh tak? Daddy tolong hantar eh?"

Mummy yang sedang meneguk air terus tersedak! Terbatuk-batuk wanita
itu gamaknya. Cepat-cepat aku bangun mendapatkan mummy lalu aku gosok
belakang badannya supaya batuknya reda. Berair mata mummy. Daddy
geleng kepala saja. Lepas tu sambung makan. Teruk sangat ke permintaan
aku nak keluar joging?

"Tiba-tiba saja nak joging, buang tabiat ke apa?"

"Ya Allah Lia ingat mummy kena heart attack ke apa. Lia keluar joging
saja. Tersedak sampai macam tu sekali."

"Taklah, mummy pelik. Selalu okey saja terperap kat rumah. Ingatkan
tak reti bosan dah. Hahah," wanita itu menghamburkan ketawanya di
hujung ayat. Daddy turut tergelak kecil. Tahulah aku susah nak keluar
rumah. Keluar kalau daddy atau mummy ajak saja.
Aku kembali duduk dan menghabiskan roti bakar yang sudah dimakan separuh tadi.

"Daddy. Hantar tau! Nanti balik pandai pandai ah Lia fikir. Call
driver ke apa. Okey?"

Akhirnya. Lelaki separuh abad itu angguk juga. Aku mengukir senyum
puas. Kening diangkat berkali-kali seiring ibu jari sebagai tanda
"bagus!".

*

Udara yang nyaman itu aku hirup sedalam mungkin. Kemudian, gas karbon
dioksida dibuang melalui mulut. Tanpa dipinta, sebaris senyum terpalit
ikhlas di bibirku. Terasa lama aku tidak mendekati dunia luar. Pagi
ini, suasananya begitu tenang dan mendamaikan seolah-olah menyambut
kedatanganku. Tanganku kedua-duanya didepakan ke sisi. Udara luar
ibarat meresap masuk ke dalam jasad. Kepalaku diregangkan ke kiri dan
ke kanan sehingga letupan kecil kedengaran. Telefon yang disimpan di
dalam poket seluar, aku keluarkan. Punatnya di bahagian atas ditekan.
Skrinnya disentuh lalu diseret ke kanan.

Senarai lagu kegemaran aku dibuka. Earphone disumbat ke telinga.
Beberapa saat selepas itu, kedengaran lagu Dear Future Husband yang
dinyanyikan oleh Meghan Trainor bergema di salur telinga. Bibirku
kumat kamit menyusul nyanyian itu.

Take me on a date, I deserve it babe. And don't forget the flowers
every anniversary. And if you treat me right, I'll be your perfect
wife. Buy groceries buying buying what you need.

Kepala aku ditolak menghadap langit. Kemudian ke bawah dan seteru...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience