Bab 7

Romance Completed 33336

Bab 7

BOLEH gila aku hidup kat ofis. Haikal. Nama yang mampu buat aku sebal sedunia. Kau tunggu Haikal, aku akan balas dendam kat kau. Kau buli aku sangat kan. Huh. Pintu bilik Haikal aku kuak. Haikal sedang sibuk menyelesaikan kertas kerjanya. Sekejap-sekejap dia pandang komputer. Sekejap-sekejap dia pandang kertas kerja. Dongak, tunduk, dongak, tunduk. Dah macam tentera jepun terima arahan saja aku tengok. Teringin juga aku kepak kepala dia. Biar berfungsi dengan betul. Selama ni, asyik tahu nak buli aku saja.

"Buatkan nescafe."

Itu dia. Bos dah bagi arahan. Muka serius saja memanjang. Memang kau tak reti sedekah senyum kat aku kan? Huh. Aku terus keluar ke pantri. Tangan aku ligat membancuh nescafe untuk Haikal. Kau nak nescafe eh? Meh sini aku buat nescafe paling sedap di dunia. Dalam hati aku dah gelak jahat. Aku menyeluk poket seluar. Mengeluarkan bahan utama yang menjadi penyedap rasa. Tidak lama, aku balik semula ke bilik Haikal. Tak sabar nak tengok muka Haikal lepas dia minum air tangan aku yang lazat tu.

"Buat nescafe ke jual nescafe? Lambat!"

Baru masuk dah kena sound satu kali. Ergh! Wey kalau nak ekspres buat ah sendiri! Bongok punya orang. Dah ah suruh aku buat. Komen macam-macam lagi? Aku sumbat cawan dalam mulut kang, langsung bisu. Sabar Mel. Sabar. Cawan, aku letak di atas mejanya. Seperti yang aku jangka, jemarinya laju menggenggam tangkai cawan lalu air nescafe diteguk laju. Bibir aku automatik senyum jahat.

"Pffftttt!!"

Bersembur air nescafe keluar dari mulut dia! Hahahaha padan muka kau Haikal! Aku gelak mengekek dalam hati. Puas tengok muka dia yang berkerut bagai nak rak.

"Awak buat nescafe ke bancuh air laut bagi kat saya hah?!"

Soal dia marah-marah. Nampak bengang muka dia. Lebih bengang dari selalu. Matanya aku tenung. Tajam membunuh anak mata aku. Aku kemam bibir. Tahan gelak! Berguna juga otak aku ni. Hm kalau setiap hari macam ni, dapat penyakit darah tinggi gamaknya bos aku ni. Masuk hospital. So, tak ada orang buli aku dah lepas ni. Aman!

"Woi aku tanya kau ni! Kau bancuh air apa bagi aku hah?! Kau nak aku mati ke apa?!!"

Lantang suara Haikal menengking aku. Kepala aku terus terdongak. Merah muka Haikal. Dia marah betul ke? Jantung aku tiba-tiba saja berdebar laju. Takut. Aku betul-betul takut tengok muka Haikal sekarang. Wajah dia bengis. Sebengis wajah ayah ketika mengamuk. Bilik itu hening buat seketika. Janggal. Tidak pernah lagi aku lihat Haikal sebegini rupa. Dia mendengus kasar. Tiba-tiba dia menghempas cawan kaca yang dipegang itu, ke atas lantai.

Priangg!!

Berderai cawan itu, aku nampak dengan mata aku. Bunyinya bergema di segenap ruang bilik itu. Suasana sunyi kembali semula. Masing-masing senyap. Tak tahu kenapa, aku takut gila untuk bersuara. Aku rasa macam aku buat silap besar. Salah ke aku kenakan dia semula? Tak seteruk dia kenakan aku. Aku tuang garam saja dalam nescafe dia. Bukannya darah tinggi naik mendadak pun. Apa yang dia nak bengang sangat dengan aku? Aku ada buat dia terasa hati ke sebelum ni? Rasa bersalah mula mengejar aku. Aku cuba lari tapi tak boleh. Aku tetap rasa bersalah, walaupun kalau difikirkan secara logik, prank aku tadi tak seteruk Haikal. Hati aku rasa terguris ketika Haikal membahasakan dirinya 'aku'. Sebelum ni dia tak pernah lagi guna aku-kau. Ah! Dia bos kau kan Mel? Suka hati dialah nak cakap apa pun! Sakit pula hati aku melayankan andaian sendiri.

"Kau keluar sekarang! Aku tak nak tengok muka kau!"

Jerkah Haikal lagi. Aku terkedu. Aku nak minta maaf. Tapi lidah aku kelu tiba-tiba. Melihatkan wajah Haikal yang semakin menyinga, aku terus beredar. Hati aku meronta-ronta menyuruh aku minta maaf. Tapi niat aku terhalang dek rasa tak puas hati. Ego ke aku? Ah! Buat apa aku fikir pasal dia? Pernah ke dia fikir pasal perasaan aku setiap kali dia buli aku? Aku menepis semua perasaan yang datang menyerbu. Kertas kerja mula diselak satu per satu walaupun hakikatnya minda aku masih memikirkan perihal Haikal. Argh keluarlah dari kepala aku Haikal!

*

MOTOSIKAL aku diparkir di tempat biasa. Aku nampak Fazira sedang sibuk bermain dengan telefon bimbitnya. Ralit. Aku dah boleh agak dia tengah buat apa. Kalau bukan mesej dengan Saif, mesti tengah main twitter. Tak pun scroll instagram. Ikatan rambut, aku ketatkan. jari-jemari yang terasa lenguh diletupkan.

"Hai Fuzzy. Lama ke tunggu?"

Fazira tersengih-sengih menghadap telefon dia. Ergh dasar gila. Aku tak terus duduk. Dompet yang berada dalam genggaman tangan Fazira, aku ambil. Dia macam tak kisah. Dah selalu dah aku rembat wallet dia ikut suka hati, so lantaklah kalau aku ambil tanpa izin sekalipun. Aku terus ke kaunter untuk memesan. Yeap McD lagi. Usai membayar, aku menatang dulang ke meja Fazira. Selepas aku duduk, aku terus menyedut milo ais. Sedap.

"Tengok pornografi ke apa kau ni tersengih-sengih macam minta penyepak aku." Di bawah meja, aku tendang sikit kaki Fazira yang leka dengan telefon dia tu. Terenjut juga bahu dia sikit.

"Hesy kau ni. Kalau aku tengok benda tu, sah-sah aku ajak kau sekali. Baru best hahaha."

Fazira kembali menumpukan perhatiannya pada telefon. Aku sambung makan. Tapi otak aku melayang jauh ke ofis. Entah kenapa aku terfikirkan Haikal. Mata dia. Muka dia. Cara dia bercakap dengan aku tadi. Terasa macam semuanya lain. Aku rasa macam Haikal bukan Haikal. Alien mana sampuk dia? Tiga ratus enam puluh darjah sikap dia berubah tadi. Kalau aku tak keluar dari bilik dia, aku rasa dah arwah dah sebab kena lauk. Cara dia suruh aku keluar tadi, macam dia nak mengamuk saja gayanya. Selama dua minggu lebih aku bekerja kat situ, belum lagilah tengok Haikal mengamuk. Setakat kena buli buat itu ini, dah biasa. Listkan saja, bersihkan tandas? Bersihkan rak? Susun fail? Buatkan air untuk semua staf? Kemas bilik mesyuarat? Lap cermin kaca? Mop lantai? Semua aku dah buat. Macam bibik kan aku ni? Memang dia anggap aku ni bibik dia kut. Haikal... Haikal. Kau ada masalah ke?

"Mel kau termenung apa?"

Fazira menegur aku yang semakin hanyut dibawa arus fantasi. Aku menggeleng. Sambung makan. Takda mood nak bercakap hari ni. Semua pasal Haikal.

"Kenapa kau ni? Story ah, kata kawan."

"Gaduh lagi ah dengan bos gila tu."

Luah aku, kali ini tanpa berlapik. Sebelum ni, aku pernah cerita kat Fazira pasal aku kena buli. Dia gelak saja? Memang minta penampar. Dia tak apalah. Bos besar. Haikal pun hormat dia. Aku ni? Jangan kata sebelah mata, entah-entah dia tak teringin pun nak tengok muka aku. Lainlah Fazira. Pangkat tinggi, penampilan kemas, muka dia cun. Aku apa ada? Selekeh. Haha. Aku masih pakai baju cara aku. Jeans longgar dan baju T. Kameja berlengan panjang, tersarung pada belakang badan tanpa dikancing. Fazira bos besar kan? Dia buat rilek saja aku pakai macam ni. Dato' Rizlan lagilah rilek. Itu yang Haikal tak tegur dah. Tapi dalam hati dia, aku tahu mesti dia nak aku patuh pada etika di pejabat. Bukan apa, aku rimas. Tak selesa.

"Kau ni, alik-alik gaduh. Alik-alik gaduh. Kahwin baru tahu."

Pernyataan selamba Fazira buat aku tersedak serta merta!

"Uhuk uhuk! Argh. Pedih tekak aku bongok!" Aku marah Fazira. Terkekek dia ketawakan aku.

"Orang cakap, kalau gaduh lama-lama nanti jadi sayang. Aku dah bau nasi minyak dah ni."

"Nasi minyak konon. Ni nasi minyak!"

Aku tunjuk buku lima di depan muka dia. Teori tu dah lapuk ah! Mana boleh percaya. Tipu semua tu tipu. Beria-ia aku menafikan kata-kata Fazira walhal dalam hati tertanya-tanya juga. Betul ke? Aduh mulut lain, hati lain, otak lain. Apa kena dengan aku ni? Cinta? TAK! Terlalu cepatlah untuk aku fikir pasal segala benda pelik ni. Geli aku nak fikir! Kalau ya pun, nak sampai seru, biar Saif kahwin dulu. Dia kan abang.

"Aku dah lama bau nasi minyak. Balik rumah aku bau. Jumpa kau pun aku bau. Haa bila aku nak merasa ni? Jangan menggatal lebih!"

Nah aku bagi padu punya kat kau Fazira. Sindir sangat eh? Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Huh balik nanti aku brainwash Saif sampai puas. Jangan reti mainkan anak dara orang saja. Baik kahwin terus. Halal nak pegang bagai. Geli pula aku tengok Saif bercinta dengan kawan baik aku sendiri. Euw tak masuk dek akal betul. Fazira? Jadi kakak ipar aku? Aku kena panggil kakak ke? Euw! Tak nak! Fuh mujur sebaya dengan aku. Kalaulah Saif sangkut dengan cikaro yang lagi muda daripada aku, lagi senak ah perut aku kena panggil kakak walaupun aku lagi tua. Eryuck!

"Ish sibuk nak perli aku pula. By the way, kau gaduh apa pula dengan Haikal?" Fazira sengajalah tu tukar topik. Tapi memang aku tergerak hati nak buka cerita pasal Haikal pun sejak tadi.

"Dia kan selalu buli aku. Tadi, aku balas ah balik. Aku letak garam dalam nescafe dia. Bersembur gamaknya mangkuk hayun tu. Tiba-tiba dia tengking aku cakap aku nak bunuh dia. Menyinga juga muka dia aku tengok."

Pap! Fazira tampar dahi dia.

"Kau ni bangang ah Mel. Kau tak tahu ke dia pernah ada darah tinggi? Kang dia mati keras kat ofis tu macam mana? Aduh Mel kau ni memang gila!"

Gulp!

Haikal ada darah tinggi? Aduh manalah aku tahu! Nasib baik dia tak mati! Aduh lepas ni kalau nak kenakan dia, aku kena check dulu laporan kesihatan dia, latar belakang keluarga dia, semua aku kena check! Kang tak pasal-pasal masuk berita, setiausaha bunuh bos. Err tak nak aku. Dah ah tak kahwin lagi. Nanti aku masuk penjara meroyan gamaknya dek tak merasa ada suami dan anak. Ergh memang tak ah. Aku pandang Fazira. Dia pandang aku balik.

"Aku tak tahu ah, habis tu sekarang macam mana?"

"Macam mana apanya? Matilah kau kena pecat! Padan muka."

Memang aku tolaklah kepala dia.

"Aduh! Sial ah kau ni."

"Kau lagi sial. Cepat ah tolong aku. Aku kena buat apa ni? Terang-terang aku salah."

Fazira tenung aku. Bibirnya mengukir senyum. Senyum yang ada maknanya. Aku gerakkan kepala ke atas. Tanda bertanya 'apa?' pada Fazira. Laju mulutnya mengemukakan idea yang tadi menyelinap masuk dalam otak dia. Aku terangguk-angguk dengar cakap dia. Wajah aku yang tadinya beriak biasa, kini sudah berkedut sejuta. Bercantum alis aku dengar idea bengong Fazira. Serta-merta aku tarik muka! Ergh aku tak nak! Walau apa pun yang terjadi, aku tak nak! Takkan ah sampai macam tu sekali nak ambil hati Haikal semula? Merapu. Serius aku rasa Fazira merapu!

"Ikut kau ah nak follow ke tak. Aku bagi idea saja. Balik kang, beli newspaper. Standby cari kerja baru."

Kentang goreng, aku kunyah kasar. Aku fikir pasal idea Fazira. Sanggup ke aku buat semata-mata untuk berbaik dengan Haikal semula? Ceh macamlah aku pernah berbaik dengan dia. Hesy! Takkan sampai macam tu sekali? Perlu ke aku buat? Aduh macam mana ni Camelia?

Nak buat ke tak?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience