Bab 25

Romance Completed 33336

Bab 25

"KARANG saya ada meetinglah, yang. Esok okey?"

Dia memujuk lagi. Nada suaranya begitu lembut dan err hot? Sebab itulah aku cair. Tapi jangan tunjuk sangat, Lia. Ego kasi tinggi sikit muehehe.

"No. Awak janji hari ni kan! Awak ni workaholic sangatlah."

Muncung panjang ditarik. Heh macamlah dia boleh nampak. Tak kisahlah. Penat aku bersiap dan datang sini, dia boleh sesenang itu saja cancel? Wah minta kena parang ke? Aku rasa, masa aku curi tengok schedule dia hari itu, takda appointment penting pun? Ala dia boleh tangguh kut! Dia bos. Gunalah kuasa veto dia kan?

"Stop doing that sayang," merepek apa pula dia ini? Aku buat apa? Aku tengah berdiri bawah terik matahari kat depan restoran ini sambil tunggu dia. Ada yang pelik ke? Oh ya, ada. Dia cancel lunch date hari ini last minute. Dan aku rasa nak cekik dia sampai mati. Serius.

"What? What did I do?"

"Muncung awaklah. Comel sangat and I can't handle that." Dia ketawa kecil di hujung talian. Comel konon. Padahal dia nak pujuk aku. Taktik lapuk, bro.

"Muncung apa muncung? Pujukan tak berjaya k. Macamlah awak.... wait. How do you know yang saya tarik muncung?"

Okey. Ini pelik. Aku baru perasan. Macam mana dia tahu aku tarik muncung? Dia pasang cctv ke? Dan tatkala inilah bahu aku tiba-tiba disentuh dan jasadku dipusing menghadap ke sisi. Ada jasad tegap di hadapan aku.

Cup.

Batang hidung aku 'ditembak' dengan 'peluru'. Fuh hampir. Teringat pula babak aku terehem Rayyan. Eh kenapa tiba-tiba nama dia terlintas dalam kepala aku? Cahaya matahari yang silau menyukarkan aku untuk mengecam empunya diri. Terkenyit-kenyit mata aku menahan silaunya.

"Hai sayang. I lambat ke? Sorry, traffic jam."

Itu dia, suara yang aku rindui. Matanya, hidungnya, bibirnya, semua yang ada pada dia begitu memukau. Untuk ke sekian kalinya, bagai ada unsur slow motion, lelaki itu ketawa kecil. Bunyi yang sangat charming. Aku suka mendengarnya. Bibirnya menguntum senyum lebar. Sebaris gigi putih milik dia tersusun molek. Sangat segak. Aku tersengih lagi. Dia ini suka betul buat kejutan.

"Yang, boleh masuk tak? Saya panaslah."

Yeap, dia selesa panggil aku 'yang' instead of 'sayang'. Faris senyum senget. Comel. Aku sekadar angguk dan senyum. Aku perasan lengan dia tersangkut kemas di bahu aku sebelum kami masuk ke dalam restoran itu. Wangiannya menerobos ke dalam rongga hidung.

"Cakap ada meeting pentinglah, tak boleh datanglah. Penipu kan awak ni?"

"Eleh sukalah tu saya surprise kan kan?"

Hai Faris ini. Ada juga yang kena tanam bawah jambatan kang.

"Yang."

"Mende?"

"Awak betul-betul okey ke ni? Saya risaulah kang awak pengsan sini."

Aku tergelak kecil. Panik. Ya, memang aku boleh nampak dengan jelas perihal itu. Teringat pula dua hari lepas aku pengsan kat rumah. Gara-gara itu, movie date aku dan Faris terbatal. Aku pun tak tahu kenapa aku pengsan. Sebenarnya, lebih kepada pitam. Sedar saja aku dari pitam, terpacul wajah Faris di sebelah katil wad. Muka dia masya-Allah hodoh abadi.

Macam-macam dia tanya. Okey tak ni? Kenapa boleh pitam? Awak sakit ke? Selesa tak? Makan jom? Date nanti kita tukar hari lain ya?

Lebih kurang macam itulah bunyi soalan yang aku kena jawab hari itu. Waktu itu mummy dan daddy sakat aku habis-habisan ah cerita dia. Mana taknya? Faris over gila hari itu. Kadang-kadang rasa nak lempar kepala dia ke dinding pun ada. Tapi, hesy mana boleh. Sayang punya pasal haha.

"Overlah awak ni. I'm surely fine."

"Dengan saya, awak terus fine kan? Haha," dia ketawa di hujung kata. Aku jeling manja. Mula dah dia punya perangai perasan itu. Geli anak tekak aku.

Maka hari itu, aku dan Faris menikmati makan tengah hari yang err sweet? Entah. Bagi aku, biasa saja. Tapi personaliti lelaki itu memang menarik minat aku. Tak tahu kenapa, semua benda yang dia buat, mesti berjaya cairkan aku. Comel macam mana entah. Ada kalanya, beberapa orang gadis melintasi meja kami dan melempar pandangan menggoda buat Faris. Cemburu? Siapa tak cemburu kalau ada perempuan lain main mata dengan buah hati weh? Tapi aku buat bodoh saja. Jangan show off sangat aku punya cemburu itu.

Usai makan, kami bergerak mengikut haluan masing-masing. Sempat juga berbalas pandangan mata sebelum balik, haha.

"Sorry tak boleh spend banyak masa dengan awak. Take care and I love you, yang!"

Lagi sekali dia kucup hidung aku. Macam kena renjatan elektrik siot waktu itu. Aku cuma senyum nipis sebelum melambai ke arah dia dan berlalu pergi. Jam tangan dipandang sekilas. Tiga setengah petang. Kalau balik rumah pun, apa aku boleh buat? Mereput.

Jadi, aku bercadang untuk jalan-jalan. Lebih kepada cuci mata, mungkin? Enjin kereta dihidupkan. Deruman enjin menyapa telinga. Aku nak pergi mana eh?

***

"LEPASLAH bodoh!"

Malang. Tangan aku direntap kuat. Pergerakan aku mati dan terkunci. Menyesal aku datang sini. Sial! Aku patut balik!

"Argh setan! Pergi mati ah sial! Apa kau nak bodoh!"

Bertalu-talu aku maki manusia itu dengan kata-kata kesat. Sungguh aku takut dan panas hati dengan dia. Wajahnya yang dihiasi kesan parut, begitu mengerikan. Ganas dia memperlakukan aku seperti binatang.

Dub!

Sebiji buku lima melekat di pipi. Sakit. Meraung aku di lorong itu dek rasa sakit yang meruncing. Rahangku terasa keras untuk digerakkan. Kedua-dua belah tangan aku di'mangga' pada jalan tar. Berbekalkan kudrat yang ada, aku cuba tolak tubuh dia namun gagal. Kakiku ditendang-tendang agar dia jatuh. Tapi dada bidang dia makin rapat ke tubuh aku. Inikah pengakhiran hidup aku? Faris tolong aku.

Rintih hatiku meraih sayu kepada lelaki yang tiada di sini. Mana mungkin dia tiba-tiba ada di sini.

"Aku. Nak. Kau," bibirnya diregang ke sisi. Sengih sinis terlakar di wajahnya. Menggelikan dan buat aku rasa mual tekak. Serentak itu mukanya dibenam ke lenganku. Perlahan kepala sang durjana itu melata sampai ke leher. Sial geli! Jijik!

"Lepaslah bodoh!" Sedaya upaya aku meronta. Gagal. Kudrat lelaki itu jelas sekali melebihi aku. Meremang bulu romaku tatkala bibir dia merayap di bahu. Argh! Sekuat mana aku meronta memang tiada siapa yang akan dengar. Sia-sia saja Lia.

"Woi jahanam!"

Dub!

Sekelip mata saja tubuh manusia tidak bertamadun itu terlempar ke sisi akibat ditendang oleh seseorang. Aku terus bangun. Baju T yang terselak sedikit di bahagian bahu, aku tarik semula. Rambutku sudah berserabai menutupi muka. Automatik lututku rapat ke dada. Meggerigil jasad aku kerana ketakutan. Esakan aku semakin reda tapi air mata tetap mengalir. Takut, sedih, trauma semuanya bercampur baur. Bagai pernah mengalami situasi ini, bayangan kabur melintas lagi. Ketika inilah saraf kepala aku terasa dicucuk. Sakit!

"Kau tak layak hiduplah setan! Celaka."

Tiba-tiba tanganku ditarik lembut. Aku berdiri. Langkah aku spontan dihayun menyusul lelaki yang aku tidak kenali itu.

"Adik okey? Yang adik jalan sensorang kenapa? Abang suruh adik balik hari tu. Kenapa adik lari? Siapa punya kereta ni? Adik tinggal dengan siapa?"

Dia bertanya apabila kami sudah berada di kereta aku. Aku masih dalam keadaan tadi. Duduk di tempat duduk pemandu dan diam tanpa sebutir kata. Trauma.

"Mel. Cakaplah. Abang risau ni."

Nadanya naik satu oktaf. Mungkin bengang sebab aku membisu. Spontan mata aku yang tadinya tidak memandang dia, kini merenung tepat ke dalam anak mata lelaki itu.

"Saya Lia. Bukan Mel."

Sampai bila orang pelik ini nak panggil aku Mel? Aku rimaslah!
Telefon di dalam kocek seluar, aku ambil. Nombor seseorang didail. Beberapa saat kemudian, talian bersambung dengan dia.

"Awak datang sini please? I beg you." Tiba-tiba saja nada suaraku berubah sayu. Sebak. Aku teringat lagi akan kejadian itu. Rasa geli masih terasa di bahu. Setelah memberitahu lokasi aku, talian diputuskan.

"Adik call siapa?"

Diam.

"Adik, baliklah. Sampai bila adik nak larikan diri? Abang mengaku abang salah. Abang bersubahat dengan ayah pasal akad nikah tu. Dia kata dia dah bincang dengan adik! Abang ditipu juga."

Akad nikah? Ayah? Bersubahat? Apa benda yang dia cakapkan? Siapa ayah? Lelaki ini siapa pula? Kenapa dia panggil aku adik? Aku anak tunggal. Aku tak ada adik beradik. Dan kenapa dia panggil aku Mel? Ugh aku tak suka soalan. Deruman enjin sebuah kereta menyapa gegendang telinga. Aku tahu itu Faris. Kepala aku diangkat melihat empunya diri. Auranya tak pernah tak charming.

"Sayang! Awak kenapa? Okey tak ni?"

Rasa sebak tiba-tiba menyinggah. Air mata aku kembali mengalir. Spontan tanganku memeluk pinggang Faris. Wajahku disembamkan pada perutnya. Aku dapat rasa telapak tangan Faris mengelus lembut kepala aku.

"Saya pesan suruh balik terus awak datang sini kenapa? Sshh dah jangan nangis."

"Kau siapa?"

Tubuh Faris menoleh memandang lelaki yang bertanya tadi. Automatik rangkulanku terlerai. Lelaki itu nampak terkejut. Aku menyeka air mata di pipi. Keadaan jadi canggung seketika. Faris menghulurkan tangannya. Lelaki itu memandang sepi sebelum menyambut huluran perkenalan tersebut.

"Aku Faris. Bakal suami Lia."

"Saif."

Perkenalan itu nampaknya buat Saif tak selesa. Aku memerhati saja.

"He saved me, Faris."

"Oh ya ke? Thanks bro sebab tolong. Aku dah suruh dia balik tadi, tak tahu pula dia datang sini."

"Eh tak apa. Aku pun kebetulan lalu kat situ dan nampak dia."

Buat seketika, mata kami bertaut. Lelaki bernama Saif itu memandang aku penuh makna. Aku sendiri tak mampu tafsir maksud pandangan itu.

Pelik.

Dia menghela keluhan kecil sebelum meminta diri untuk beredar.

"Aku caw dulu bro. Jaga bakal bini kau ya. Bahaya jalan sensorang." Sempat dia berpesan. Ada terselit makna tersirat. Faris angguk saja. Mata kami setia menghantar Saif pergi.

"Awak. Can we get marry earlier? Saya takut."

Soalan berani mati itu tiba-tiba saja terpacul keluar dari bibir ini. Aku tidak yakin seratus peratus soal perasaan walaupun memang aku sayangkan Faris. Tapi seperti yang aku katakan sebelum ini, ada suara kecil di sudut hati yang enggan menerima. Pasti itu mainan perasaan saja.

"Hah? Earlier? Awak tak rasa awal sangat ke? Tunggulah sampai kita betul-betul kenal. Okey?"

"I love you."

Kini aku tidak keliru lagi. Memang aku sayangkan Faris. Dia buat aku rasa selamat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience