Bab 28

Romance Completed 33336

Bab 28

AKU terus meluru ke arah wanita itu. Kasihan dia. Hati aku jadi pilu. Sampai hati daddy buat begitu. Apa yang mereka gaduhkan? Siapa 'dia' yang mummy maksudkan? Sejak bila mereka bergaduh? Kenapa daddy teganya melafazkan ayat keramat itu? Begitu banyak tanda tanya bertempiaran dalam fikiran aku sampai jadi kusut. Entah macam mana hatiku jadi benci akan sikap daddy yang tiba-tiba naik angin dengan mummy. Kalau ya dia marahkan mummy, perlukah lafaz talak itu meluncur dari bibir dia?

"Abang... apa abang cakap ni?" Suara mummy merintih diselang-seli dengan esak tangisnya. Aku masih setia sebagai pemerhati, tak sanggup turun ke bawah. Hati aku sungguh retak dihentak kata-kata lelaki itu. Perasaan hiba yang membalut kalbu si isteri seolah-olah dikongsi bersama aku kerana sedihnya turut aku rasa.

"Berambus sekarang. Keluar!" Wajah lelaki itu terus menyinga tatkala mummy menangis. Bengis. Wajah daddy terlalu bengis untuk aku pandang. Bagai ada setompok kebencian yang merebak menjadi segumpal lalu liar lagi menjadi banyak. Setitis air hangat muncul dari tubir mataku. Tidak menunggu lama, aku terus mendapatkan jasad mummy yang lemah di kaki sofa.

"Mummy!"

Teresak-esak aku menangis sambil berlari ke arah wanita itu. Sebak. Hati isteri mana yang tidak terguris andai ayat keramat itu dilafaz? Aku anaknya yang mendengar lafaz itu dengan telinga sendiri pun sakit.

"Lia masuk." Mendatar suara dia dek menahan api amarah. Aku buat bodoh. Tubuh mummy aku cempung dan disandarkan pada sofa. Mummy masih tenggelam dalam tangisan yang lebat. Daddy memusingkan jasadnya seolah-olah jijik sangat wajah isterinya untuk dilihat.

"Apa daddy buat hah? Apa kena dengan daddy!"

Nada suaraku naik satu oktaf. Geram. Takkan daddy tak kasihankan mummy? Terus berpusing badan daddy apabila mendengar suara aku yang tiba-tiba meninggi. Matanya mencerlung bertemu mata aku.

"Daddy cakap masuk!"

"Tak nak!"

"Dia bukan mummy Lia lagi. Yati kau keluar!"

Sakit telinga aku dengar daddy menggunakan aku-kau dengan isterinya. Sudah hilang panggilan mesra mereka sebelum ini. Ah panas hati.

"Kalau mummy keluar, Lia ikut." Bergetar suara aku balas kata-kata daddy. Mummy terus pandang aku. Kepalanya digeleng lemah cukup memahamkan aku bahawa dia enggan aku ikut bersama. Ah aku tak kira. Sekeras mana daddy menghalang, lebih keras lagi pendirian aku ingin mengikut mummy.

"Arrgghh!!" Lantang suara paraunya bergema di seluruh genap banglo dua tingkat ini setelah aku menarik mummy keluar dari situ.

"Lia."

Aku tersedar dari lamunan panjang. Wajah pucat wanita itu yang menjadi tatapan aku. Walaupun semakin berkedut dek dimamah usia, kecantikan naturalnya masih menonjol. Kepala ditoleh ke sisi lain. Aku enggan bertemu mata dengan mummy. Matanya seolah-olah menakung seribu satu rasa yang dipendam lama. Serta merta wajah daddy bermain-main di ruang ingatan. Riak wajahnya, tutur kasarnya, jeling matanya, lafaz keramat itu semuanya terulang lagi dan lagi dalam kotak ingatan seperti aku sudah terperangkap di dalamnya. Dek kerana tidak betah berlama di dalam rumah itu, aku terus menarik mummy keluar. Tak suka melihat muka bengis lelaki itu. Tambahan pula dengan amarah daddy yang tiba-tiba menggunung. Kalau lelaki itu enggan sebumbung dengan mummy maka dia juga harus lepaskan aku pergi bersama isterinya. Ops, bekas isteri.

Kelopak mata dipejam serapat-rapatnya. Butiran manik jernih yang sejak lama bergenang di gigi mata menitik jatuh ke atas paha. Cecair itu meresap ke seluar dan menyentuh kulit paha.

Tika ini, aku buntu. Perihal orang tua aku yang berkelahi, punca mereka berperang mulut, ke mana akan kami pergi, di mana akan kami berdua tinggal dan macam-macam lagi perkara mendebik fikiran aku. Serabut! Belum selesai pasal Haikal yang tiba-tiba muncul, datang pula masalah baru. Ah semak! Otak aku bagai nak pecah. Banyak benda perlu difikirkan.

"Lia? Dengar tak mummy cakap?"

Aku terpiuh lantas mencari mata wanita itu. Merah dan sembap. Hm.

"Err tak, sorry Lia tak fokus. Ada apa mum?"

Kedengaran mummy mengeluh berat sebelum kembali menghalakan wajahnya menghadap aku. Senyum sumbingnya dilakar seikhlas mungkin namun tetap saja kelihatan hambar di mata aku.

"Lia kena balik. Mummy tak nak Lia merempat macam sekarang. Biar mummy seorang saja yang tanggung. Mummy yang salah dalam hal ni," dia meneruskan kata-kata yang tadi aku tak dengar. Nadanya sayu saja. Lebih kepada menyalahkan diri sendiri.

"Lia ikut hati. Hati Lia nak mummy. Bukan daddy."

Luahku jujur.

"Camelia?"

Serentak kepala aku dan mummy dipanggung memandang empunya suara.

Wow.

*

SIAPALAH mamat ini sebenarnya? Lama juga tak nampak dia. Pergi mana? Eh yang aku sibuk sangat apa hal? Diamlah kau Lia. Gumamku dalam hati. Seluruh inci jasadnya aku tilik dengan begitu teliti. Rambutnya serabut sedikit. Badannya yang separa sasa dibaluti sehelai baju T polos dan dipadankan dengan sehelai slek. Ringkas dan smart tetapi messy sikit. Kali ini dia tampak lebih kemas berbanding pertemuan pertama kami dulu. Tapi comel. Part paling aku tak boleh move on ialah bibir dia.

Eh stop it Lia!

Damn habis ter-throwback adegan ehem itu. Ish!

"Saya handsome kan?"

Tersentak.

"Excuse me? Perasan!"

Tiba-tiba masuk bakul angkat sendiri. Aku tapak dengan kasut kang bisu. Padahal aku nak cover malu. Terkantoi pula usyar dia lama-lama. Mata aku memang tak reti duduk diam kut agaknya? Alahai segannya terkantoi weh. Yang mummy pula hilang ke mana? Lambat bukan main terperap kat tandas.

"Then yang awak tenung saya dalam-dalam kenapa? Tergoda eh?"

Bibirnya menyimpul senyum manis. Pergh cair. Yang tak boleh blahnya, tekaan dia tepat mengenai sasaran. Accurate and precise!

"Euw just shut up and eat, dude."

"Malulah tu sebab kantoi," lelaki itu menyambung suapan diiringi sengih kambing yang masih bersisa di bibir. Ada juga yang mati tercekik garfu karang, masuk paper muka depan. Aku membuang pandangan ke tempat lain. Suasana jadi hening semula. Janggal dan canggung. Fikiran aku diserbu lagi dek persoalan yang tidak berjawab. Tanpa sedar, keluhan berat dilepaskan melalui bibir.

"Awak okey ke?"

Rayyan bertanya lembut. Aku tidak menjawab sebaliknya memandang ke dalam anak mata dia. Speechless. Aku malas jawab soalan itu. Aku okey ke? Entahlah. Aku buntu.

"Come on dear, talk to me. Are you literally fine?"

Suara lembut itu sayup-sayup saja kedengaran menyapa cuping telinga bagai bayu yang menghembus di udara. Aku angkat muka pandang lelaki itu. Wajah kacaknya sekali lagi berjaya mencuit sang hati. Aku tersenyum hambar. Jelas sekali kepahitan yang tersulam di sebalik senyum palsu tadi. Apa aku perlu buat sekarang? Merempat? Mengemis? Heh. Minta tolong Rayyan? Tidak! Aku tak kenal dia. Dia tak kenal aku. Aku tak mahu hal peribadi diketahui oleh lelaki itu. Apa pula kata dia nanti? Tapi kalau bukan dia, aku nak minta tolong siapa? Telefon aku mati. Duit makin habis. Dihalau keluar dari rumah sehelai sepinggang, ingat senang ke nak hidup kat luar macam ini? Ah serabut!

Tanpa sedar, mata aku bertakung lagi. Paras air semakin meningkat dan aku tidak sedar bila air mata aku tumpah ke bumi. Perhatianku kembali ke alam nyata tatkala ada sentuhan mengucup pipi. Tangan Rayyan. Dia menyeka air mata yang meluncur keluar dari tubir mataku.

"Awak ada masalah kan? Ceritalah kat saya. Mana tahu saya boleh tolong?"

Lembut saja suara Rayyan seakan memujuk aku agar berkongsi cerita dengan dia. Mataku ditenyeh dengan belakang tangan, persis budak kecil yang menangis sebab tak dapat aiskrim. Aku merenung mata dia, mencari cahaya keikhlasan dalam tutur katanya tadi.

"Saya homeless sekarang. Malas cerita panjang, saya cuma nak rumah saja sekarang tapi saya dan mummy sehelai sepinggang." Entah dari mana kudrat itu datang sampaikan terluah juga perihal itu kepada Rayyan.

"Lia, jom."

Perbualan terhenti dek teguran mummy. Aku tanpa berlengah mengeluarkan dompet dari seluar dan menarik keluar helaian not bernilai tiga puluh ringgit. Namun tangan lelaki itu pantas menahan, enggan aku bayar.

"Takpa, saya belanja. Jom ikut saya?"

Senyumnya dikuntum mekar lalu dibalas oleh mummy yang setia berada di sisi. Bagai lembu dicucuk hidung, mummy menyusul langkah lelaki itu ke keretanya dan mengikut dia masuk ke dalam perut kereta. Nampaknya mummy bersetuju dengan ajakan Rayyan. Aku lebih selesa berdiam diri menjadi pemerhati. Tidak pula aku menolak walhal tadi akal aku beria-ia tidak mahu menerima bantuan lelaki tersebut. Kedinginan pendingin hawa terasa rakus menjilat kulit dan terus meresap ke tulang belulang. Sejuk. Pandangan aku dibuang ke jalan raya yang dipayungi langit hitam. Sesekali, cahaya lampu kereta menyilaukan mata. Fikiran aku ketika ini sifar.

Dan tiba-tiba kereta berhenti. Gedegak! Dahi aku cium cermin tingkap.

"Aduh!"

"Eh awak okey ke? Sakit teruk tak? Sorry tak sengaja!" Kelam kabut Rayyan menoleh badannya untuk melihat keadaan aku. Tapak tangan masih setia menggosok dahi. Lama-lama sakitnya pun hilang.

"Chill okey. Saya terhantuk saja."

Rayyan tarik sengih. Aku dan mummy segera keluar.

"Rumah siapa ni Rayyan?" Tanya mummy.

"Rumah bujang Ayan dulu. Staylah sini dulu selama mana aunty dan Camelia nak."

Aku sudah terkedu. Kenapa dia baik sangat bagi kita orang tinggal sini? Atau dia dah ada pelan nak culik dan bunuh kami dua beranak? Jangan-jangan dia pembunuh bersiri tak? Atau lebih ngeri lagi perogol bersiri!

"Saya takda niat nak culik ke bunuh awak tau? Saya ikhlas."

Terpusing sembilan puluh darjah kepala aku menghadap dia. Dia mind reader ke? Macam mana dia boleh tahu apa yang aku fikir? Ke dia mandrem aku dan mummy? Hesy merepeklah kau Lia!

Kepala digeleng berkali-kali. Mummy menapak masuk ke dalam rumah teres satu tingkat itu. Mungkin dia nak rehat. Penat.

"Kenapa awak tolong kami?"

Serentak aku dan Rayyan menoleh pandang wajah masing-masing. Mata kami bertaut. Lenguh pula leher aku mendongak.

"Apa dia?" Soal aku lagi apabila dia menuturkan sesuatu yang tak jelas tadi. Dia menggeleng lalu tersenyum. Aku rasa aku dengar dia cakap yang aku ini tanggungjawab dia dan aku dengar perkataan sayang tadi? Ke aku silap dengar? Ah tak tahulah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience