Bab 31

Romance Completed 33336

Bab 31

"MUMMY pergi mana semalam? Kenapa tinggal kami berdua kat rumah? Mum tahu kan bahaya? Dia tu lelaki dan dia boleh buat apa saja." Luahku kepada wanita itu yang sedang memasak. Dengar macam nak marah tapi tak marah. Sejujurnya aku masih tak puas hati dengan Rayyan pasal semalam. Ayat dia buat aku terasa. Selamba gila dia kata dia tak kisah? Ah lelaki memang macam tu kan? Semua benda anggap mudah.

"Biarlah. Benda dah lepas, malas fikir." Terkedu juga aku dengar jawapan mummy. Dia tak kisah ke aku duduk berdua dengan mamat tu? Maksudnya dia tak kisah kalau kami kena cekup? Apa hal dengan mummy? Rayyan dah hasut dia ke apa? Ah banyak pula soalan dalam kepala. Rayyan tak datang pagi ini. Mesti dia pergi klinik. Lupa pula, dia kan doktor. Masa dia tak ada, sibuk kau nak cari ya Lia? Heh.

Adudu datang menakluki bumi, demi koko yang dicari-cari!

"Morning yang!"

Sapaan yang aku rindu saban hari. Panggilan yang rindu saban hari. Suara yang aku rindu saban hari. Rindunya aku pada kau Faris. Bisik sang hati menahan sebu yang bertamu tiba-tiba. Aku menghayun langkah ke ruang tamu lalu mengambil tempat di sofa.

"Yang? Are you there?" Soal Faris di hujung talian apabila aku berdiam diri selama beberapa ketika.

"Yes I'm here. I miss you Faris."

"Missing you too. Where have you been? I was waiting for your calls and texts but I didn't receive even one."

Oh, dia tunggu aku yang call selama ni? Patutlah.

"Kenapa saya call semalam tak angkat?"

"Sorry yang, saya meeting. Tak boleh angkat. Ingat nak call balik tapi lupa. Sorry again!"

"Oh." Itu saja yang terluah dari mulut aku. Terasa lama tak berhubung dengan Faris padahal baru dua hari. Tapi rasa janggal yang wujud menghalang aku untuk bercakap lebih banyak. Entahlah. Tak ada mood nak bercakap.

"Lia sorry I need to go now. Ada meeting. Bye Lia!"

Talian terus mati. Oh macam tu saja? Takda i love you macam selalu? Erk awkward. Tiba-tiba ada mesej masuk. Terus aku buka dan baca. Usai membaca mesej itu, aku mendengus halus. Sakit hati.

*

KAMAR yang sudah lama aku tak jejak itu, diselongkar. Baju-baju di dalam almari aku lempar ke atas katil. Segala barang keperluan aku kemaskan semuanya.

"Lia please. Duduk dengan daddy okey? Siapa nak ganti daddy dalam syarikat nanti? Daddy ada Lia saja!" Tegasnya cuba menghalang aku.

"So daddy anggap Lia sebagai pengganti daddy dalam syarikat? Tu saja? Bukan anak daddy kan?"

Sinis. Terdiam lelaki tua itu apabila aku jawab begitu. Beg roda yang terletak di atas almari, aku turunkan. Dibuka zipnya lalu semua barang-barang yang aku nak bawa disumbat ke dalamnya. Langkah aku dihayun pula ke bilik mummy. Aku nak kemas baju dan barang penting mummy. Alang-alang aku dah ada kat sini, biar aku tolong kemaskan. Aku takkan biar mummy datang ke sini untuk kemas barang dia. Aku takut daddy naik angin dan aku tak nak perkara tak diingini berlaku.

"Lia you have to stay. Daddy tak salah. Dia yang salah!"

Macam hina sangat mummy aku, daddy hanya gunakan panggilan 'dia'. Daddy tak salah? Mummy pun cakap macam tu. Wanita itu menyalahkan diri sendiri. Adakah benar semua yang berlaku ini puncanya daripada mummy sendiri?

Bunyi telefon berdering.

"Helo? Okey." Tanpa sepatah kata, daddy terus beredar meninggalkan aku yang semakin sebal dengan sikapnya. Enggan layankan perasaan sedih yang menyerbu, aku terus buka almari mummy. Baju ada sikit saja? Sah. Memang semalam mummy datang ke sini. Aku keluarkan beberapa helai lagi bajunya lalu dimasukkan ke dalam beg dia atas katil. Sedang aku sibuk berkemas, mata aku tertarik dengan sebuah beg sandang mini. Rasa ingin tahu yang mendesak buat tanganku mencapai objek itu. Beg siapa? Mummy tak pernah pakai pun? Zipnya aku buka. Dompet. Jam tangan. Eh cermin jam tu pecah? Telefon yang retak skrinnya menarik perhatianku. Barang-barang ini milik siapa?

Adudu datang menakluki bumi, demi koko yang..

"Yes mum? Ya okey Lia nak balik dah."

Beg sandang mini itu aku sumbat dalam beg besar di atas katil. Tangkai pemegang aku tarik. Kedengaran rodanya menyeret pada lantai. Sorry dad. Mummy lebih perlukan Lia. Bisik hatiku sambil memandang sekilas banglo dua tingkat tersebut sebelum menghilangkan diri ke dalam perut teksi. Fikiran dan perasaan aku hanyut dalam arus khayalan yang kian deras. Kata-kata daddy yang menyatakan bahawa pergaduhan mereka adalah disebabkan mummy, bermain-main di benakku. Aku tak tahu nak percaya atau tak. Sungguh, aku keliru. Kalau aku di pihak mummy, pasti mummy pujuk aku agar tinggal dengan daddy. Sebab? Dia kata daddy tak salah. Tapi kalau aku di pihak daddy, macam mana dengan mummy? Sampai bila dia akan menumpang kat rumah Rayyan? Heh menumpang pun sebab kami terserempak dan dia kenal aku. Kalau tak? Adakah mummy akan merempat? Kemungkinan besar ya. Lagi aku nak lupa, lagi kuat ia hentam aku. Lagi ia paksa aku fikir, lagi serabut jadinya.

Tiba-tiba tubuhku rasa terenjut-enjut.

Khayalanku runtuh serta merta. Kereta berhenti. Prak! Kedengaran brek tangan ditarik. Enjin kereta dimatikan. Aku tanya pemandu tu.

"Kenapa bang?"

"Abang rasa enjin buat hal ah dik."

Ha sudah. Ketepak! Aku tampar dahi. Masa sekaranglah kereta nak rosak bagai. Karang aku sampai rumah, kau rosaklah. Waktu ini jugalah lagu tema kartun animasi Boboiboy pun nak berbunyi. Mummy -- nama pemanggil pada skrin.

"Helo mummy Lia stuck kat jalan besar ni. Teksi peroblem, Lia rasa Lia lambat sikit kut?"

"Jalan besar? Awak seorang ke dengan drebar teksi tu? Tunggu situ! Saya pergi ambil."

Baru aku nak jawab, mamat tu letak gagang. Nokharom macam mana telefon mummy boleh ada kat tangan dia? Aku ingat mummy yang call tadi. Rupanya Rayyan. Hei minta penampar ni mamat ni. Kau tunggu penampar sulung Camelia hinggap kat pipi tu. Ececeh ini Lia versi acah-acah marah ke macam mana?

Lebih kurang sepuluh minit aku berdiri macam tugu negara kat sebelah teksi itu, Rayyan pun datang. Tergesa-gesa betul lagaknya macam aku ini kena culik heh. Usai aku bayar, eh tak! Usai Rayyan bayar duit tambang teksi, beg yang ada di tempat duduk penumpang dia tarik lalu letak di dalam keretanya. Sempat lelaki itu telefon kawan dia yang bekerja sebagai mekanik untuk tolong drebar teksi yang tengah mati kutu tersebut.

"Awak ni tak kena marah ke asyik takda kat klinik? Klinik tu awak punya ke?"

"Ah lantaklah klinik tu. Kawan saya ada. Tak mati pun kalau klinik tu bankrupt ke tak laku ke apa." Angkuh betul dia berkata-kata.

"Riaknya. Kang Tuhan tarik padan muka."

"Awak lagi penting dari segalanya."

Terkedu aku dengar dia cakap macam tu. Mende dia merepek entah? Aku smackdown sekali baru waras kut? Alahai Rayyan. Kenapa aku suka kalau dekat dengan kau eh? Ish mainan perasaan saja kut? Normal kan kalau rasa macam tu? Ah normalkan juga kalau tak normal sekalipun. Eheh. Pandangan dilemparkan ke luar tingkap. Fikiran aku tatkala ini kosong. Lapang sedikit rasanya setelah bertekak sekejap dengan daddy di rumah tadi. Daddy. Kenapa buat mummy macam tu?

Kereta berhenti.

"Saya nak order ABC sekejap. Tunggu tau?" Dan dia terus keluar tanpa menunggu jawapan aku. Enjin kereta yang dibiarkan hidup, aku matikan. Aku takut sebenarnya duduk sensorang. Peristiwa di mana aku hampir jadi mangsa rogol kembali menerjah kotak ingatan. Erk seram!
Kunci dalam tangan dilambung-lambung ke udara sambil kakiku berjalan ke arah Rayyan.

"Aik? Tinggal sekejap pun rindu ke?"

Nakal.

"Euw perasan. Saya takut." Balasku sambil buat muka meluat.

"Takut terlajak rindu kat sayalah tu," mengekek dia ketawa sebab berjaya bidas aku balik. Belum sempat aku nak balas kata-kata dia, pelayan yang bekerja di restoran ini datang membawa sebungkus ABC. Alamak sedapnya. Menyesal tak suruh dia belanja.

"Jom." Langkah diatur ke kereta. Rayyan berjalan di hadapan, aku menyusul dari belakang. Sedang aku leka mengamati kawasan yang dibanjiri manusia itu, aku perasan akan sesuatu. Anak mataku dikecilkan, cuba fokus pada apa yang aku nampak. Kaki aku berhenti berjalan. Masih kaget dengan apa yang dilihat, kunci dalam tanganku jatuh mencium bumi. Dada aku sempit tiba-tiba. Sakit hati aku bagai ditoreh-toreh. Luka lama belum sembuh, luka baru pula menambah perih. Tuhan, kenapa aku perlu tanggung kesedihan ini?

Pipi yang terasa basah, aku seka. Laju langkah aku dihayun menyaingi Rayyan lalu aku duduk di tempat duduk pemandu. Lelaki itu yang terpinga-pinga terus masuk ke dalam kereta, di sebelah aku.

"Awak nak drive ke?"

Enjin dihidupkan, gear ditolak ke huruf D. Pedal minyak aku pijak rapat ke lantai kereta. Aku nak bunuh diri. Hati ini menjawab seiring rasa kecewa yang menggunung tinggi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience