Bab 12

Romance Completed 33336

Bab 12

GELI. Tak ada tempat lain ke dia orang ni nak buat sweet? Naik putus telinga aku dengar. Ya Tuhan aku bersabar betullah keluar dengan dua ekor beruk ni. Kan sia-sia aku dapat dosa kering? Sebab mengutuk dia orang ah. Ergh rimas. Huaa menyesalnya aku ikut. Selepas kami bersinggah di kedai emas, kami meneruskan perjalanan ke butik. Butik apa aku tak tahu. Yang pasti, untuk tempah baju tunang. Yeap. Dua ekor mangkuk hayun tu pelan nak bertunang. Saif kata nak ikat siap-siap takut buaya lain datang ngap makwe dia. Bluek! Buaya mana yang pergi ngap Fazira aku rasa malang gila hahaha. Baik ngap aku. Eh? Erk tak payahlah. Aku tak nak di-ngap oleh sesiapa. Uhuk uhuk.

"Wey kau orang tak jemu ke asyik bersembang? Aku rimas tahu tak tengok kau orang sikit-sikit berkepit. Belum sah tau!"

Akhirnya terkeluar juga dari mulut aku kahkahkah. Biar aku bagi sedas kasi sedar sikit yang dia orang takda sebarang ikatan lagi. Ini pun baru nak bertunang. Bukan bernikah. Aku dah pernah tanya Saif kenapa tak bernikah saja terus? Dia cakap Fazira tak sedia lagi. Lagipun, sekarang kan dia tengah sibuk belajar mengendalikan syarikat papa dia. Jadi, Saif bagi ruang untuk Fazira selesaikan urusan dia. Dato' Rizlan pun setuju dengan keputusan Saif. Melebar senyum dia sebab Fazira bakal menamatkan zaman single dia. Aku? Masih sebal dengan perangai Haikal yang layan aku macam tunggul. Sumpah aku terasa. Aku sendiri tak tahu kenapa aku perlu tersinggung. Err aku suka dia ke? Argh aku benci bila kena main teka-teki dengan perasaan sendiri.

"Kau sibuklah. Kau teringin sebenarnya kan! Welkk!"

Fazira julur lidah. Saif di sebelah dia cuma ketawa sambil geleng kepala. K Saif kau sokong makwe sekarang. Tak sokong aku dah kan?

"Chill ah dik. Nanti lepas Fuzzy settle pasal syarikat, abang akan cepat-cepat kahwin."

Ada keyakinan di sebalik kata-kata lelaki itu. Jelas terpancar kesungguhan Saif untuk memiliki Fazira. Fuyo.

"Awak pun panggil saya Fuzzy??"

"Mel suruh. Sesuai apa sebab rambut awak kan curly? Pandai Mel bagi nickname hahahaha thanks dik!"

Hais whatever ah Saif. Maka kami pun melangkah masuk ke dalam butik yang menjadi pilihan buah hati Saif. Sumpah cakap. Rambang mata oh! Cantik sangat rekaan dan hiasan pada gaun-gaun yang terpamer di butik itu. Manik-manik yang terjahit pada setiap gaun, sungguh mempesonakan setiap mata yang memandang. Sedangkan aku yang buta fesyen pun boleh berkenan akan gaun-gaun tu. Inikan pula manusia yang memang gilakan fesyen. Lawa gila.

Sedang aku belek gaun dan blaus, mata aku asyik memerhati gelagat abang dan bakal kakak ipar aku. Haha janggal gila rasanya sebab kawan baik aku sendiri akan jadi kakak ipar aku. Ceria gila aku tengok dia orang. Best ke kalau kahwin? Aku tak pernah fikir pun pasal kahwin. Semak kepala ah fikir benda alah tu. Sekarang fokus aku cuma kerja. Cari duit. Balas budi Saif. Budi ayah. Err ayah. Setiap kali aku teringatkan ayah, aku selalu sedih. Tak tahulah kenapa. Kadang-kadang aku terfikir. Ayah pernah ke fikir pasal aku? Hanya Allah yang tahu.

"Mel?"

Satu suara yang teragak-agak menyebut nama aku. Mungkin dia terkejut nampak aku? Siapa? Terus aku dongak. Bagai terkena renjatan elektrik, tubuh aku serta merta kaku.

"Erk bos."

"Buat apa sini?" Soal Haikal acuh tak acuh. Kelat wajahnya tidak memandang aku. Usyar awek mana tu hah?

"Beli baju tunang," aku cuba tenang di depan dia walaupun bibir aku meronta ingin bertanya banyak soalan pada dia. Kenapa kau tak layan aku? Kenapa kau marah aku? Kau bengang ke dengan aku? Tapi aku ada buat salah apa? Kau dah ada kekasih kan? Sebab tu kau buat bodoh kat aku? Aku dengar kau cakap i love you kat seseorang kan? Siapa dia? Argh aku benci soalan.

Tiba-tiba, Haikal terus blah selepas tersengih sinis meninggalkan aku yang masih blur. Dia blah? Macam tu saja? Dia tegur aku sebab nak tanya soalan tu saja kat aku? Wow. Tahniah Haikal. Sekali lagi kau menang anugerah lelaki paling menjengkelkan yang pernah aku jumpa seumur hidup aku. Ergh sial.

"Hoi yang kau muka kelat ni kenapa?" Fazira tiba-tiba menegur. Aik? Cepatnya pilih baju?

"Hah? Mana ada. Yang kau tercangak kat sini baju dah pilih ke? Cepatnya?"

"Tak ah. Takda yang berkenan. So let's move to the other boutiques."

What? Seriously? Dalam berpuluh helai gaun kat sini takda langsung yang dia suka? Mak hai. Dia nak baju emas ke apa. Saif pun layan sangat fiil Fazira buat apa. Aduh beli sajalah yang ada. Aku dah ah penat berjalan. Tambah lagi mood tak cun. Haikal ah ni. Datang dan blah sesuka hati dia. Ingatkan nak cakap dia rindu aku ke? Pujuk aku ke? Belanja makan ke? Confess perasaan dia ke? Eh. Dia suka aku ke? Erk. Perasanlah kau ni Mel! Aku rasa macam nak tumbuk muka sendiri sekarang.

*

SERONOKNYA kalau boleh humban Haikal dalam gaung. Sumpah cakap. Aku benci perubahan sikap dia sekarang. Macam tak teringin langsung hadap muka aku. Tahu ah aku tak lawa macam Ayda Jebat. Tapi takkan tak tahu yang aku tersinggung dengan fiil dia? Terasa dengan sikap dia? Argh pergi mati please Haikal! Aku menekup kasar seluruh wajah aku. Kan best kalau muka aku macam kekasih Haikal? Ergh apa kau merepek ni Mel! Stop thinking of him!

"Mel jom lunch?"

"La dah lunch ke? Hm jom ah. Man? Belanja aku eh?"

Aku mengedipkan kelopak mata berkali-kali. Man buat buka menyampah. Mesti dia rasa nak sagat muka aku kat jalan tar kan? Bajet sangat. Haha.

"Yalah intan payungku sayang. Jom aku belanja."

"Ni aku sayang ni. Hahaha bagus ah kau ni DoraeMAN." Aku menyakat.

Tengah hari itu kami makan di sebuah restoran biasa saja. Banyak cantik nak makan tempat mewah! Hulur duit sini. Berlagak nak makan tempat mewah konon. Sedang aku menyuap nasi masuk ke dalam mulut, aku ternampak susuk tubuh yang sangat aku kenal. Mood aku mati serta merta. Hati aku terus remuk. Wajah yang tadi ceria dengan gurauan kini bertukar muram. Kelat. Aku rasa macam hati aku lunyai. Aku pandang nasi kembali. Nasi disudu dan disuap ke mulut. Walaupun terasa pahit suapan itu, aku tetap telan. Kenapa hati aku sakit? Betul ke aku ada perasaan pada dia? Argh rimas!

"Mel kau okey ke tak?"

Man bertanya prihatin. Mungkin dia sedar perubahan muka aku? Aku tak okey Man. Tak okey. Ingin saja aku jawab macam tu kat Man tapi aku tak nak nampak lemah. Aku tak suka Man anggap aku lemah sebab aku tunduk dengan perasaan marah.. dan.. cemburu(?) Argh entah ah! Akhirnya aku ukir juga segaris senyum tawar. Tak mahu Man tahu.

"Okeylah kenapa?"

"Saja tanya. Aku ingat kau marah tadi sebab tiba-tiba diam."

Sudah aku agak. Man perasan akan perubahan aku tadi. Cover sikit Mel. Please. Aku memalsukan lagi segaris senyum di bibir demi meyakinkan Man bahawa aku tak apa-apa. Padahal dalam hati ini sudah remuk. Abaikan Haikal, Mel. Abaikan dia. Satu suara yang membisik dalam kepala aku memberi arahan. Bagai boneka aku menurut akan suara fikiran aku. Enggan melihat kemesraan lelaki itu yang tiba-tiba muncul di restoran ini bersama.. seorang gadis. Stop it Camelia!

Usai makan tengah hari, kami berdua terus blah dari tempat yang buat aku rasa panas hati itu. Aku sempat melirik ke arah mereka berdua. Makin sakit pula hati aku. Menyesal keluar makan tengah hari. Menyesal curi pandang. Menyesal kerja dengan dia. Tiba-tiba perasaan sebegitu menjengah ke ruang hati membuatkan aku rasa menyesal dengan segala perihal. Stop it Mel. Aku terus berlalu melewati meja yang diduduki oleh Haikal dan gadis di hadapannya. Tak pasti sama ada dia sedar atau tak kehadiran aku. Lantak. Kalau kau nak perang, aku boleh pun boleh perang ah wey!

Petang itu aku bersikap dingin dengan Haikal. Beberapa kali dia panggil aku masuk ke dalam bilik dia untuk meminta fail tertentu atau pun bertanyakan aktiviti harian dia. Sepatah dia tanya, sepatah juga aku jawab. Senyum langsung tak ada. Pandang mata dia pun tidak. Macam mana Haikal layan aku, dua kali ganda teruk aku balas kat dia. So what? Ini Camelia okey. Huh. Maka, petang itu pun berlalu pantas. Staf-staf beransur pulang. Cuma tinggal beberapa orang saja. Mungkin menghabiskan kerja? Sama macam aku. Tiba-tiba interkom berbunyi.

"In my room. Now."

Haikal.

Ergh.

Malas-malas aku berhenti menaip dan menuju ke bilik Haikal. Ketuk? Lantak ah. Bukan bilik raja pun nak ketuk bagai. Rasa meluat mula menguasai diri. Buku nota yang setia dalam tangan dipegang kemas. Sepuluh batang jari runcingku bertaut di belakang badan. Posisi macam senang diri. Aku pandang meja Haikal. Bukan pandang dia. Euw memang tak ah.

"Pandang saya." Arahan itu buat telinga aku rasa berdarah. Huh punya pasal ah aku nak pandang ke tak.

"Pandang saya kalau tak nak hilang kerja dan hilang gaji."

Shit. Dia ungkit pasal tu. Argh terpaksa aku dongak kepala pandang dia. Tatkala itu mata aku bertemu tepat dengan anak mata Haikal. Pandangan kami bertaut. Oh kau ingat dari mata turun ke hati? Pergi mampus. Wajah aku dibengiskan. Gigi diketap rapat manakala rahang aku digerakkan beberapa kali. Mata aku sengaja tidak dialihkan. Aku renung mata dia dalam-dalam. And finally. Dia berdehem. Kenapa? Kau kalah? Huh. Aku mendengus sinis. Haikal menarik sedikit kolar kamejanya. Panas ke? Ada air-cond pun masih panas? Ha ha.

"Explain please,"pinta Haikal dengan wajah yang masih serius. Explain? Explain apa? Dia yang mula perang, aku yang kena explain? Dia ingat kertas PT3 subjek Sains ke nak suruh explain bagai? Huh.

"Apa." Sepatah aku jawab. Jom kita tengok kalau kau boleh tahan dengan perang yang kau sendiri mulakan. Haikal nampak bengang. Dia menguak kasar rambutnya ke belakang.

"Enough. Saya tak faham apa kena dengan awak ni hah? Awak tunjuk perangai kat saya? Nak protes?"

Aku tersengih sinis. Good. Kau kalah dalam perang kau sendiri Haikal. Kau kalah. What a shame on you? Huh.

"So?" Tokok aku lagi. Sengaja mendidihkan suhu dia. Dan tak sangka aku berjaya. Ha ha.

"Apa yang awak tak puas hati hah? Saya rimas dengan sikap awak yang.. ergh entah ah! Saya rimas dengan awak yang sekarang!"

Nada suaranya naik satu oktaf. Wow Haikal. Wow.

"Dah? Habis dah? Huh encik rimas dengan sikap saya? Sikap dingin saya? Pernah encik fikir kenapa saya dingin dengan encik? Saya bersikap biasa sampai satu hari encik diam. Encik langsung buat bodoh. Encik layan saya ke? Encik fikir ke apa saya rasa? Sekarang bila saya balas balik kat encik, encik smash saya macam ni? Wow. What a great job, boss."

Setenang mungkin aku membalas kata-kata Haikal. Tiada lagi panggilan saya-bos. Sinis? Mungkin. Wajahnya serta-merta berubah. Tersandar si Haikal gamaknya. Wajahnya kulihat diraup beberapa kali.

"I want to ask something." Haikal pandang aku. Aku benci soalan. Tapi mampu ke aku lari dari soalan dia?

"Shoot."

"Who am I to you?"

Zap!

Bagai busur yang tajam soalan itu menusuk kalbu aku. Detak jantung aku terasa berhenti sesaat. Pandangan Haikal dilemparkan ke wajah aku. Soalan tadi bertebaran melantun dalam benak. Butiran aksaranya cuba aku hadamkan. Seperti orang dungu, lambat-lambat otak aku mentafsir lima patah perkataan tersebut. Kini aku sendiri yang mati akal. Tak tahu jawapan apa yang aku patut balas. Confess? No. Aku sendiri tak pasti dengan perasaan aku. Mungkin itu semua mainan perasaan. Aku tak boleh menyimpul sesuatu perkara terlalu cepat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience