Bab 19

Romance Completed 33336

Bab 19

BEG besar itu aku tutup zipnya. Berat hati aku nak tinggalkan rumah walaupun.. aku tak gembira duduk sini. Haih. Keluhan berat aku lepaskan. Aku tak tahu perasaan apa yang bersarang dalam hati aku sekarang. Sedih? Marah? Kecewa? Ah entahlah. Sewajarnya aku gembira sebab tiada lagi suara garau ayah bakal memekik lagi. Tapi... ah tak tahulah aku. Aku tak mampu fikir dengan tenang.

Ruang itu aku amati penuh emosi. Almarinya. Meja soleknya. Warna birunya. Katil. Kipas, lampu. Pokoknya, semua. Dua puluh empat tahun aku menghuni kamar ini. Dan hari ini, aku akan keluar. Aku pasti akan rindukan bilik ini.

Kenangan bersama Saif mula terputar kembali di ruang fikiran. Dulu semasa ayah keluar bekerja, aku selalu main dengan Saif. Main kejar-mengejar. Main sorok-menyorok. Ada satu ketika aku menyorok di bawah katil. Kedengaran suara Saif memanggil aku supaya menonjolkan diri.

"Adik! Adik kat mana?"

Aku tahan ketawa sampai tersengguk kepala aku gamaknya. Apabila Saif jumpa aku, aku cuba keluar. Tapi kepala aku tersekat. Entah macam mana aku masuk pun tak tahulah. Sekarang tak boleh keluar pula.

"Itu ah adik. Sembunyi bawah katil sangat kan? Kan dah tak boleh keluar tu."

Saiz kepala aku membesar ke macam mana? Lama juga aku terperangkap di bawah situ. Sampailah Saif nekad untuk mengangkat rangka katil dan aku pun cepat-cepat keluar. Selepas keluar, terkekek kami ketawa bersama sebab dahi aku benjol. Terhantuk kat mana pun tak tahu. Aku tak perasan.

Tanpa sedar, aku mengalirkan air mata. Sedih dan rindu bercampur baur. Kenapalah ketika aku mahu tinggalkan bilik ini, sekarang juga kepala aku ingat pada memori semasa aku berumur empat tahun dulu?

Adudu datang menakluki bumi, demi koko yang dicari-cari.

Nada dering telefon menyedarkan aku dari lamunan panjang. Nama pemanggilnya terpapar pada skrin. Automatik aku tersenyum kecil.

"Hai dear!" Sapa Haikal di hujung talian.

"Hah nak apa? Kaki saya dah baik. Ubat pun dah makan."

"Amboi dia rojer kita dulu sebelum kena sembur. Hahaha saya nak ajak awak keluar jom? Awak free kan?"

"Text me the venue dear."

Talian dimatikan. Aku tersenyum sendirian tatkala ketawa Haikal kembali terngiang di telinga. Bunyi yang sangat comel. Mataku melirik ke arah jam tangan. Sudah sejam aku di sini. Lama juga. Malas berlengah lagi, aku periksa semula setiap tempat. Almari, meja dan laci agar tiada barang tertinggal. Sengaja aku tinggalkan tiga empat helai baju. Yang lain aku bawa. Tatkala laci dibuka, ada sesuatu menarik perhatian aku. Pantas tangan aku mencapai objek itu. Sekeping foto lama yang aku jumpa di bawah almari dulu. Ketika ini, otakku ligat berfikir. Siapa orang itu? Wanita dan bayi itu?

Engsel pintu berkeriut.

"We shall go now."

Susuk tubuh lelaki itu terus menghilang dari pandangan aku. Rayyan. Sudah tiga hari dia berhenti bercakap dengan aku. Kalau ada, hanya perihal yang penting saja. Bagus. Hati aku jadi makin lapang sekarang. Lega. Foto itu aku terus masukkan ke dalam beg dan suis lampu bilik diketik. Aku nampak ayah dan Rayyan sedang berbual. Apabila ternampak aku, Rayyan terus bangun dan meminta diri. Tangan ayah, dia salam. Aku juga begitu. Namun perasaan aku kosong. Tatkala aku salam tangan ayah, tiada sebarang perasaan yang wujud di hati ini. Aku keliru. Aku benci.. atau sayang pada lelaki tua ini? Fikiranku diterjah soalan lagi. Rasa macam aku ini yatim piatu pun ada. Atau aku.. dah tawar hati?

Hendal dipulas, lalu tayar motosikalku pun berputar laju membelah jalan. Memang aku sendiri yang nak tunggang motosikal ; menyusul kereta lelaki itu. Rayyan tidak membantah. Selama aku berada di rumah abah aku pergi kerja naik kereta. Lesen kereta aku ada. Kereta saja yang aku tak ada. Pernah juga Man tegur. Hodoh betul aku naik moto pakai dress. Tapi aku buat tak endah saja teguran dia.
Tatkala ini, fikiran aku menerawang jauh. Fikir tentang masa depan. Aku tak tahu sampai mana perkahwinan ini boleh bertahan. Masih kabur. Boleh ke aku terima lelaki tu sebagai suami aku? Haikal pula macam mana? Serabut.

*

UMI dan abah keluar. Tinggal aku seorang diri di rumah. Rayyan takda. Mungkin kat klinik? Senanglah aku keluar. Usai mengenakan sehelai baju T polos berlengan panjang dan jeans longgar, rambut panjangku diikat satu. Satu mesej dihantar kepada umi dan abah.

Umi. Mel keluar kejap k? Ada hal. Rumah kosong. Nanti rojer kat abah.

Sent!

Destinasi seterusnya. Haikal. Senyum senget terukir di bibirku tanpa sedar. Satu demi satu kenderaan aku potong. Akhirnya aku sampai di tempat yang dituju. Motosikal aku diparkir lalu dikunci rapi. Langkah dihayun masuk ke dalam bangunan sebesar king kong itu. Beg sandangku terserong kemas di bahu. Meliar mataku mencari kelibat Haikal. Katanya dia di tingkat satu. Takda pun?

"Bargh!"

"Beruk terbalik sampan karam!"

"Bhahaha!"

Terbahak-bahak suara itu ketawakan aku. Cis dia gelakkan aku. Kurang asam kau kan? Tak tunggu lama, aku terus geletek pinggang Haikal sekuat hati! Haha ketawa dia makin kedengaran jelas di telinga aku. Bersungguh-sungguh dia gelak sebab geli. Aku pula tak berhenti mencuit pinggang dia sampai terliuk lentok badannya mengelak. Aku pun turut tergelak sama. Tiba-dia dia geletek aku balik! Aku ketap gigi rapat-rapat. Try hard aku tahan ketawa sebab rasa geli yang teramat sangat. Malangnya aku memang tak tahan dah. Maka tersembur semburlah aku gelak di situ sebab pinggang aku geli sangat hahaha.

"Awak stop please! Haikal hahaha stop ah weh hahaha," aku tolak dada bidangnya sampai dia terdorong sedikit ke belakang. Fuh. Lega haha.

"Geletek orang konon. Saya lagi power tau!"

Haikal menyangkut lengannya pada tengkuk aku. Aku buat muka menyampah ; perasan gila mamat beruk ni haha. Pipinya aku picit kedua-dua belah. Bibirnya mula memuncung. Tatkala itu aku sudah ketawa mengekek kerana muka Haikal yang kelakar gila hahaha. Tidak semena-mena hidung aku ditarik! Mengaduh sakitlah aku gamaknya.

"Dear. Kalau saya masuk meminang awak nak tak?"

Langkahku terus mati. Ketawa aku sama juga. Fikiran aku terus bertaut pada Rayyan tanpa dipinta. Soalan Haikal berulang kali terputar di ruang fikiran. Detik waktu bagai berhenti ketika ini. Jantung aku berdegup laju. Antara marah, sedih dan terharu, aku berada di tengah-tengah. Sungguh aku terpukul dek soalan Haikal tadi. Jawapan apa yang wajar aku bagi? Kenapa dia tanya soalan tu tiba-tiba? Kenapa baru sekarang Haikal? Rasa sayu datang menjengah. Baru saja aku tenggelam dek ombak perasaan, pipiku terasa ditepuk lembut. Spontan wajahku dibawa bertemu wajah Haikal. Lelaki itu tampak aneh. Dia perasan akan perubahan air muka aku yang drastik mungkin? Aku jadi bingung. Entah apa yang aku perlu jawab sekarang. Macam mana aku nak lari daripada soalan dia?

"Yang awak cuak semacam ni kenapa dear?"

Haikal tersengih sedikit ketika wajah kosongku dilihatnya. Sekali lagi aku melakar senyum hambar dan pahit. Palsu.

"Sorry kalau awak tak ready. Saya tanya saja. Jom makan? Then kita tengok wayang okey?"

Entah waktu bila aku mengangguk, aku tak sedar. Tahu tahu, dia dah tarik tangan aku agar berjalan bersamanya. Petang itu, aku sangat gembira dan terhibur. Tak sia-sia aku terima ajakan Haikal untuk keluar. Usai makan, kami terus beli tiket wayang. Guess what? Dia ajak tengok Frozen. Ceh childish gila. Aku dah tolak mentah-mentah tapi dia merajuk pula. Satu hal nak kena pujuk beruk tua tu. Malas panjangkan cerita, aku pun mengalah. Tak menyempat dia pergi beli tiket Frozen tu. Sempat juga penjaga kaunter tiket tu tonton Samarinda percuma depan mata. Agaknya dia pun menyampah tengok aksi pujuk memujuk antara kami. Haha. Setengah jam sebelum cerita bermula, kami berjalan-jalan dulu. Singgah di beberapa tempat ; kedai emas - butik - kedai jam. Yang aku tak boleh blah dia tarik aku masuk kedai emas. Dia ingat aku ni jenis yang pakai barang emas ke? Laju saja aku tarik dia keluar dari situ. Euw tak minat. Tak kena dengan jiwa langsung.

"Saya bukan pakai pun benda alah tu," aku membebel tak putus putus tepi telinga Haikal. Dia pula dah pekup telinga rapat rapat. Tak nak dengar aku berleter.

"Then, cincin ni bukan emas?"

Haikal membawa tangan aku ke hadapan wajah. Serta merta anak mataku terarah pada sebentuk cincin emas yang tersarung molek di jari manis.

"Aku terima nikahnya Camelia binti Farid dengan mas kahwinnya dua ratus ringgit tunai."

Terngiang kembali lafaz akad Rayyan di corong telinga. Suara tenangnya yang aku dengar begitu sumbang. Wajahnya yang aku tatap penuh benci. Semuanya terulang lagi dalam benakku. Cincin nikah aku. Aku.. tak pernah tanggal? Macam mana aku boleh lupa?

"Awak ni suka betul berangan."

Lamunanku direntap dek suara garau Haikal. Untuk ke sekian kalinya aku senyum palsu.

"Ni cincin abang saya beli," bohongku dengan wajah yang dimaniskan. Terangguk-angguk kepala dia mempercayai kata-kata auta aku. Jam tangan dilirik. Tinggal lima minit saja sebelum cerita Frozen ditayangkan. Cepat cepat aku tarik lengan Haikal dan berlalu dari situ.

"Nanti terlepas pula cerita Frozen awak tu kang menangis hujung kaki saya."

Aku berseloroh demi melempar jauh isu cincin itu tadi. Aku tak mahu mood aku rosak disebabkan perihal yang mengingatkan aku pada Rayyan.

*

WAKTU senja semakin labuh membenamkan siang. Enam empat puluh tujuh petang. Lama juga aku keluar. Aku takut abah dan umi marah. Aku harap Rayyan belum balik. Punat starter ditekan. Setelah motor diundur ke belakang, aku memulas hendalnya. Sempat dikerling meternya. Alamak. Tak kelakar beb. Minyak dah rapat ke huruf E. Nak tak nak, aku kena juga isi tangki minyak. Aku membelok masuk ke stesen minyak Petronas. Usai mengisi minyak, aku terus memecut keluar membelah jalan raya. Lampu trafik hijau. Dijeling sedikit cermin sisi ; sempat kalau aku pecut. Terus aku pulas hendal motosikalku sehabis daya. Deruan angin yang kuat bertubi-tubi menampar jasad. Tiba-tiba lampu hijau bertukar kuning dan terus berubah merah. Aku jadi gelabah. Tangan dan kaki terasa mengeras. Brek kaki tak sempat dipijak.

Bam!

Jasad aku terlempar ke atas tar. Seluruhnya sakit. Bagai dihempap jutaan objek berat. Mata aku jadi kabur. Bayang biru bermain di hadapan wajah. Aku ditindih motor?

Bam!

Dentuman kuat kedengaran lagi. Ada objek mengenai kepala. Sakitnya begitu meruncing. Kepala aku terasa basah. Jasad aku terkulai lemah. Sudah cuba bangun, namun tiada upaya.

"Argh!"

Cecair suam pekat mula memercik. Dunia terus gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience