Bab 35

Romance Completed 33336

Bab 35

"HELO?"

Suara di talian sana menyapa. Suara ni macam... hesy tak mungkinlah.
Takkan kut? Aku salah dengar agaknya. Bisikku sendirian sekadar
penyedap hati saja.

"Helo? Ni siapa ni? Nak cakap dengan siapa?"

Sah!

Tak dinafikan lagi!

Suara ini memang aku cam sangat-sangat. Aku yakin itu suara dia. Aku
terkelu. Takkan beg itu milik dia? Semua barang itu? Tapi kenapa boleh
ada kat bilik mummy? Atau aku memang bukan anak tunggal? Kalau aku
bukan anak tunggal, kenapa mummy dan daddy rahsiakan daripada aku? Ish
peliklah! Takkan kut? Bertubi-tubi soalan menyerbu kotak fikiranku
ketika ini hanya kerana suara yang aku dengar tadi.

"Ish salah nombor ke dia ni?"

Aku dengar dia membebel di hujung corong telefon.

"Doktor Rayyan?" Terkeluar juga akhirnya suara yang bersembunyi di
sebalik alveolus tadi.

"Camelia? Awak ke tu?"

"Hm saya rasa ya." Aku menghenyakkan punggung di atas katil. Kertas
yang dipegang, aku letak di atas laci mini di sebelah katil.

"Awak dapat mana nombor ni?"

"Actually, saya terjum...," ayatku terbantut di situ apabila ada suara
garau lain yang menyampuk.

"Ada orang nak cakap dengan ayah ke?"

Aku rasa suara itu milik 'ayah' seperti yang tertulis di atas kertas
lusuh tadi. Suara dia familiarlah. Macam ngam semacam dengan telinga
aku. Aku pernah dengar ke? Kat mana eh? Hesy perasaan saja kut? Ah
biarlah.

"Err tak ni alaa orang salah nombor ni haa," balas Rayyan buat aku
pelik. Salah nombor? Dia cakap aku salah nombor?

Dan tiba-tiba talian putus.

Eh sial betul doktor yang satu ini. Ada juga yang balik tak ada kaki
karang. Sumpahku berbakul-bakul kepada lelaki itu. Kenapa dia tanya
aku, mana aku dapat nombor ni? Ah itu aku tak hairan sangat. Yang aku
pelik sekarang, dalam kertas tu tertulis nombor yang aku call tadi tu
nombor ayah. Dah kenapa tiba-tiba Rayyan yang angkat call tu? Kalau
nak kata Rayyan itu ayah, siapa pula lelaki yang seorang lagi tu? Eh
tadi lelaki yang seorang lagi bahasakan diri dia sebagai ayah kan?
Maknanya dialah ayah tu. Ayah Rayyan ke? Hm boleh jadi juga. Logik
logik.

*

"KAMI pergi dulu ya aunty?"

Ujar Rayyan meminta diri. Wanita bertudung sarung itu senyum manis
seraya menyambut huluran salam aku. Pipi kiri dan kanannya aku cium
mesra. Aku susul langkah Rayyan yang sudah berada di dalam perut
kereta, memanaskan enjin.

"Kenapa tak ajak mummy saya sekali?" Aku tanya dia. Rayyan fokus
memandu. Sempat dia menoleh ke sisi dan mata kami bertemu beberapa
saat. Pandangan dia mak ai menggetarkan jiwa siot. The way he stares
into my eyes, walaupun berapa seconds saja, pandangan itu berulang
kali terbayang dalam benakku. Charming. Haha.

"Saya date awak. Bukan mummy awak."

"Eee siapa nak date dengan awak hah? Dahlah tak handsome. Lepas tu
annoying. Memang saya pangkah besar awal-awal tau," ececeh seronok
pula aku kutuk dia depan-depan. Tanganku disilangkan ke dada. Badan
disandarkan pada tempat duduk, mencari posisi selesa.

"Ewah ewah, sakan mengutuk nampak? Awak tu yang tak sedar. Saya ni
macho, charming, kelakar, tinggi, smart, haa apa lagi? Senang cakap
saya ni perfectlah. Cukup satu pakej. Untung kalau awak dapat saya,
hahaha."

Tudia bakhang, ada orang masuk bakul junjung sendiri bakhang. Blergh
geli aku dengar dia puji diri sendiri. Tapi ketawa ikhlas di hujung
ayatnya sangat comel. Aku suka dengar dia ketawa macam tu.

"Eh awak, jom sambung main ten questions? Saya bosanlah," tubuhku
dikalih menghadap Rayyan. Bibir bawah dijebik spontan lalu mataku
dikerdipkan beberapa kali.

"Awak goda saya ke ni?"

"Weh mana ada! Jadah apanya goda awak? Heh memang taklah doktor Rayyan."

Aku buat mimik muka meluat.

"Eleh ya ke? Mana tahu kut kut hati tu dah terpaut kat saya, itu yang
nak goda tu. Kan kan?"

Keningnya diangkat berkali-kali. Menyampah pula aku tengok personaliti
Rayyan yang macam ini. Mual anak tekak siot.

"Terpaut konon. Heh ni terpaut!" Buku lima aku dekatkan di pipinya.

"Cepatlah, kata nak sambung main ten questions. Hari tu berhenti kat
soalan ketiga kan?"

Setelah aku ingat kembali, aku angguk tanda mengiakan soalan Rayyan.
Namun, ketika itu juga aku teringat akan perihal yang buat ternangis
di dada Rayyan. Masih mampu aku ingat dengan jelas semuanya. Semasa
kami baru saja memulakan permainan sepuluh soalan itu, mata aku
ternampak susuk tubuh seorang lelaki. Dan ketika itu, hanya Tuhan yang
tahu hati aku sakit macam mana. Lama dia menghilang, tapi setelah
kembali? Dia sakitkan hati aku dengan penipuan dia.

Haikal.

Gelak tawa dia. Senyum dia. Kemesraan dia. Semuanya dikongsi bersama
gadis lain. Dia kata dia rindu aku? Dia kata dia sayang aku? Tapi saat
itu aku dapat jawapannya. Aku dikasihi dengan kepalsuan.

Nafas panjang dihela.

Lia, kau kena lupakan Haikal.

"Saya nak start dulu. K soalan empat, tadi tu yang saya call nombor
awak ke? Lelaki seorang lagi tu siapa?"

"Weh dua soalan dah tu! Tu kira soalan lima sekali k. Nombor ayah
in-law saya. Lelaki tu, dialah tu."

Aku terdiam beberapa saat ketika perkataan in-law disebut. Jadi betul
kan tekaan aku yang dia dah beristeri? Tiba-tiba lidah aku jadi kelu.
Tak terucap apa yang aku nak cakap. Aku cemburu ke? Ah pergi mampus
sana dengan kau punya jealous! Sedar dirilah Lia dia dah kahwin.

Aku mengawal riak wajah yang tadinya kelihatan kelat sedikit. Chill
self. Kau tak patut rasa cemburu. Aku sempat memotivasikan diri
sendiri dalam hati.

"My turn. Awak dapat mana nombor tu?"

Soalan yang diajukan oleh doktor itu menarik aku keluar dari khayalan.
Aku dah agak dah mesti dia tanya soalan tu.

"Saya terjump....,"

Somebody call 911! Shawty fire burning on the

"Waalaikumsalam. Hah?! Bila? Okey Ayan datang sekarang."

Telefon bimbitnya dihempas halus ke sisi. Aku pun tak nampak gajet itu
jatuh ke mana. Enjin keretanya semakin kuat menderum. Kotak meter aku
lirik sedikit. 120 km/j. Wajah lelaki itu yang semakin menegang
menimbulkan kemusykilan dalam benak ini.

Apa yang dah jadi ni?

*

LANGKAHNYA aku ekori pantas. Laju. Perihal yang menyebabkan Rayyan
gelabah sebegini masih menjadi tanda tanya. Dia nampak macam gelisah
dan cemas. Pintu kaca ditolak, kami masuk ke dalam bangunan hospital
tersebut. Siapa yang sakit? Soalan pertama yang timbul dalam kepala.
Dan jawapannya, aku tak tahu. Aku nampak beberapa misi lalu lalang di
sekitar kaunter dan lorong bilik, membawa fail kesihatan keluar dari
wad pesakit.

"Ayan!" Panggil seseorang lalu menyambar tubuh sasa lelaki itu. Wanita
bertudung tersebut menangis. Esaknya kedengaran begitu sayu sekali.
Aku berdiri lebih kurang tiga meter jauh di belakang Rayyan sebagai
pemerhati.

"Ayan...," rintihnya lagi di bahu Rayyan. Situasi itu sedikit sebanyak
telah meragut simpati aku.

"Sabar umi, sabar. Ayan ada dengan umi ya?" Pujuknya sambil mengusap
lembut badan belakang wanita itu. Suara Rayyan berubah serak. Aku tahu
dia tahan nangis. Pasti orang yang sakit itu, orang yang dia sayang
sangat kan?

"Mel?"

Sebaris nama yang disebut oleh satu suara parau membuat Rayyan menoleh
dan wanita bertudung itu terdongak.

Aku terpiuh.

Seorang lelaki berkaca mata mendekati aku. Penampilannya kemas.
Kulitnya cerah dan iras-iras Rayyan. Ini ayah Rayyan ke? Soalan itu
muncul. Aku pandang mereka bertiga silih berganti. Apa yang berlaku
ni? Kenapa dia orang renung aku macam itu? Dan lagi sekali, nama
keramat itu disebut.

"Mel. Mel? Mel kan?" Soal lelaki yang sedikit berusia itu lagi. Dahiku
automatik berlapis. Apa kena dengan semua orang ni? Mel Mel Mel. Takda
nama lain ke?

"Abah, itu Lia. Bukan Mel."

Rayyan menjawab soalan abahnya bagi pihak aku. Aku ukir senyum nipis.
Sempat aku berbalas pandang dengan umi Rayyan.

"Lia?" Aku angguk semasa nama aku meniti di bibir umi Rayyan. Suasana
jadi janggal seketika. Lelaki itu membawa uminya ke arah aku. Tindakan
spontan membawa tangan aku bertemu tangan wanita bertudung itu. Belum
sempat aku leraikan huluran salam, tubuhku ditarik ke dalam
pelukannya.

"Camelia.. Camelia..," nama aku diseru berselang seli dengan tangisan
sayunya. Walaupun terasa kekok, aku balas juga pelukan dia lalu
menggosok lembut bahunya. Semasa pandangan aku bertemu maya Rayyan,
bibirku senyum nipis.

"Umi Ayan nak cakap sikit." Pelukan dileraikan. Mereka berdua duduk di
kerusi di luar wad kecemasan itu. Awkward moment ever. Abah Rayyan
menilik aku dari atas sampai bawah. Aku tak tahu apa yang dia tilik
tapi bagi aku yang tak kenal dia, aku rasa perkara itu menyeramkan.

"Lia sihat?" Soalnya cuba bermesra mungkin?

"Sihat alhamdulillah. Uncle macam mana?" Tanyaku pula sekadar
berbasa-basi. Nanti kata aku sombong pula. Soalan aku dibalas dengan
anggukan kecil. Senyum sumbing terlakar di bibirnya.

"Excuse me? Boleh saya tahu siapa keluarga Raisya?"

Kami semua menoleh serentak. Seorang doktor wanita bertudung datang merapati.

"Kami keluarga Raisya. Kenapa doktor?" Umi Rayyan berdiri mendapatkan
doktor itu. Mereka sempat berbalas salam.

"Patient sedang kritikal sekarang. Cedera luaran tak begitu parah.
Tapi kami tak boleh bagi jaminan terhadap hayat patient. Dan
kemungkinan besar patient boleh koma."

Dan ketika itu, buat pertama kalinya, aku lihat wajah nakal Rayyan
berubah seratus peratus. Pucat lesi. Sebutir manik jernih menitik
keluar dari tubir matanya. Lelaki itu terduduk lemah di atas kerusi.
Kepalanya diramas kasar. Jelas sekali dia terkesan dengan berita itu.
Abah Rayyan tertunduk layu. Wajahnya diraup beberapa kali sebelum dia
mendapatkan isterinya yang sedang menangis.

"Tolong cuba yang terbaik untuk Raisya. Terima kasih doktor." Doktor
itu berlalu.

Dan aku?

Aku tenggelam sendirian dalam khayalan yang dibanjiri dengan tanda tanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience