Bab 2

Romance Completed 33336

BAB 2

RASA lifeless gila takda kerja. Goyang kaki. Habiskan duit abang. Duit ayah. Bagus Camelia. Bagus.

Aku menyarungkan sweater berwarna putih ke tubuh aku. Jam di tangan, aku jeling. Dua belas empat puluh lima. Kunci motor yang terletak di atas meja solek, aku ambil. Dilambung-lambung gugusan kunci itu ke udara semasa aku berjalan keluar dari bilik.

Tiba-tiba kunci aku dirampas ketika ia dilambung.

Aku menoleh. Seperti yang aku jangka. Ayah.

"Kau nak pergi mana? Melepak? Nak jadi apa kau ni? Tak cukup lagi kau buat hidup aku sengsara?!" Dingin. Suara ayah tinggi. Aku diam. Memang takda niat untuk membalas kata-kata ayah. Aku tak mahu pun buat macam tu. Aku takut ayah lagi marah. Jadi lebih baik aku diam. Biarlah aku nampak lemah sekalipun macam yang Saif kata. Yang penting aku takkan sesekali tinggi suara pada ayah.

"Kau ni pekak ke apa!"

Pang!

Mata aku berpinar. Berpusing sekejap dunia aku rasa. Pipi kanan, aku pegang. Pedih. Sakit. Aku tunduk saja sejak tadi. Aku memberanikan diri angkat muka. Aku nampak muka ayah tahan marah. Aku tahu ayah marah dengan aku.

"Ad.. adik.. k..kel.. keluar jumpa k..kaw..kawan." Tergagap-gagap aku menjawab. Cuba menangani salah faham yang kecil ketika ini. Tiba-tiba ayah hayun tangan. Dia baling kunci motor yang dipegang ke arah aku!

Bup!

Tepat mengenai perut aku. Aku terbongkok. Gugusan kunci itu banyak. Bukan sikit. Ayah baling sekuat hati. Memang sakit sungguh perut aku sekarang ini. Namun aku tahan. Aku masih mampu tahan, jadi aku tak usahlah aku terlalu layankan sakit itu.

"Ingat aku tak tahu kau keluar dengan jantan?! Sial!" Ayah tengking aku lagi lalu terus meninggalkan aku di ruang tamu.

Kunci motor di atas lantai aku ambil. Digosok-gosok perut aku sampai rasa kurang sakitnya. Aku pandang sepi kelibat ayah yang semakin hilang dari mata. Mata aku sudah bertakung. Tapi aku tahan kuat-kuat.

Aku terus keluar mendapatkan motor. Kenderaan bertayar dua itu, aku naik. Aku menolak ke belakang, keluar dari garaj. Punat starter aku tekan. Malas guna manual. Topi keledar hitam di raga, aku pakaikan ke kepala. Memang sakit ah cerita dia. Tapi tahan saja lah Camelia!

Visornya aku tolak ke bawah, menutup muka aku. Hendal dipulas. Tayar motosikal Yamaha 135 LC berwarna biru hitam milik aku berputar laju menuju ke sebuah destinasi seiring satu tujuan.

Lebih kurang sepuluh minit perjalanan, aku sampai di sebuah restoran segera McDonald.

Motor aku dikunci lehernya. Tayarnya juga dikunci. Tempat duduk, aku buka. Kemudian tali topi keledar disangkut pada tempat yang disediakan lalu tempat duduk ditutup semula. Hoodie, aku pakaikan ke kepala. Aku sengaja tutup. Tak mahu luka di kepala aku kelihatan. Jaket aku dizipkan separuh badan. Kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam poket jaket. Dah macam pembunuh bersiri pun ada aku tengok diri aku.

Dari jauh, aku nampak kelibat seseorang yang aku kenal. Kenal sangat. Langkah dilajukan seraya itu aku melabuhkan duduk di hadapan manusia itu.

"Hoi text pakwe ah tu." Aku tampar meja. Terkejut si Fazira gamaknya. Dia urut dada. Telefon dia disimpan di dalam beg.

"Salam mana salam?" Fazira perli aku. Yalah tadi aku main terjah saja macam tidak ada adab. Eleh bajet! Dia pun serupa. Nak perli konon.

"Salam takda. Penampar ada." Aku hayun tangan ke udara. Sengaja nak tengok muka Fazira yang dah lama tak tunjuk diri depan aku. Entah ke mana menghilang. Itulah kenyataan.

Eh? Bukan lirik lagu ke tu?

"Yang kau tutup kepala dengan hoodie tu kenapa?"

"Suka hati akulah. Kepala aku. Bukan kepala kau. Welkkk!"

"Eh eh minah ni aku siku kang!" Fazira menunjukkan sikunya. Aku jeling Fazira. Lamanya aku tak tengok dia. Sibuk betul kawan aku ni. Sejak habis belajar dah jarang gila contact aku. Hm mana taknya? Sibuk survei syarikat papa dia. Untunglah boleh dapat kedudukan tinggi. Anak bos katakan. Mesti poket penuh. Aku ni? Makin hari makin nipis ada ah. Entah bilalah dompet aku nak kembung? Kena botoks dulu kut baru nak kembung.

"Weh kau ada boyfriend tak rojer aku pun kan! Berlagaknya." Aku buka cerita. Fazira hirup sedikit teh o panasnya. Kemudian, dia tambah lagi beberapa paket gula halus. Tak manis kut teh o dia?

"Mana ada. Memandai saja kau." Fazira menafikan kenyataan aku. Nak tipu aku konon. Hei ini Camelia okey. Nak tipu pun bukan senang tau!

"Habis tu yang 'my heart beats fast' tu kejadah apa? Takkan pondan pula." Fazira gelak. Terbantut pergerakan dia yang sedang menambah gula halus tadi.

"Aku tweet saja. Hesy kau ni."

"Kau ni dahlah tak reti menipu. Lepastu bajet confident boleh kelentong aku." Fazira juih bibir. Dia menghirup lagi teh o panas miliknya. Aku pula menungu jawapan dari dia. Kita dengar sikit cik Fuzzy nak kelentong apa dengan aku.

"Seriuslah. That was just a tweet." Fazira masih menegakkan pernyataan dia. Aku pula sangsi. Nak percaya ke tak?

"Oh. Just a tweet eh? Kat bio twitter kau tu apa benda? Just a bio?" Aku terjah dia. Haa ingat aku tak stalk sampai habis? Aku ni stalker berjaya tau! Aku nampak Fazira tunduk. Sibuk merenung burger dia. Dia tengah cari akal nak kencing akulah tu.

"Aku..."

*

PANDANGAN mata ayah ibarat menikam aku. Aku terasa sakit di hati. Kenapa?
Aku tatap mata ayah. Wajah bengis ayah tak pernah lupus dari minda aku. Kalau di depan aku, ayah selalu naik angin. Ayah selalu marah-marah. Ayah selalu berang. Andailah aku tahu apa salah aku, aku nak tebus kesalahan aku. Aku nak ayah sayang aku.

"Kau bukan anak aku!!" Pekikan ayah buat aku terpempan. Air mata aku simpan. Takda guna kau buang air mata Camelia. Orang lemah saja yang menangis. Kau bukan lemah kan Camelia? Kau bukan lemah. Tiba-tiba tangan ayah mencapai pasu kaca. Dia menghayun pasu itu dan..

"Ayah!!"

Aku terjerit!

Lantas itu mataku terbuka luas. Dadaku turun naik. Nafas pun cungap-cungap. Mungkin sebab mimpi tadi.

Astaghfirullahalazim. Bibirku mengucap istighfar. Jam dinding aku lihat. Lima petang. Bagus Camelia. Fatwa mana ajar kau tidur waktu asar? Kan dah mimpi tak elok!

Aku menghayun kaki ke bilik air. Muka aku dibasuh dengan air. Terasa segar sedikit muka aku yang baru bangun tidur ini. Aku belum solat asar. Jadi aku terus berwudhuk. Sejadah aku hamparkan di atas lantai. Telekung dipakaikan ke tubuh. Tatkala itu aku rasa tenang. Ketenangan yang luar biasa. Selepas menunaikan solat fardhu Asar, aku capai telefon bimbit.

Sepuluh panggilan tidak dijawab?!

Siapa pula call aku ni? Hesy itulah kau Camelia tidur mati! Sumpah seranah aku kepada diri sendiri sebab perangai sendiri yang astaghfirullah. Okey tak apa. Biarkan dulu. Sekarang kita utamakan makan. Aku terus lempar telefon bimbit aku ke atas katil. Best kan lempar telefon sendiri? Aku sejujurnya tak kisah. Jenama biasa saja. Asus Zenfone 5. Tipulah kalau aku kata tak dengki tengok Fazira slide iPhone 6 dia depan aku. Rasa macam nak ambil iPhone dia dan lempar ke dinding pun ada. Biar berderai. Sebab itulah aku nak kerja. Aku nak cari duit sendiri. Nak tampung hidup sendiri. Cukuplah aku susahkan keluarga aku. Cukuplah aku susahkan abang, susahkan ayah.

Hm ayah.

Aku keluar dari bilik. Rumah macam kosong. Kakiku terus berjalan menuju ke dapur. Tudung saji dibuka.

Kosong.

Okey ini tak kelakar. Aku lapar gila sekarang! Makanan langsung tak ada? Alamak. Habislah aku. Kalau tak makan nanti, gastrik. Abang Saif mesti membebel tepi telinga aku. Takkan aku telan tudung saji ni pula? Tudung saji diletakkan kembali. Aku tenung lama segenap ruang dapur. Memang kena keluarlah ceritanya.

Motosikal aku parkir di tempat yang disediakan.

Seperti biasa, helmet dibuka perlahan. Hm masih belum sembuh luka aku. Abang Saif kata kesannya seperti ada sesuatu yang tajam terseret pada kulit kepala aku. Dengar pun sudah ngilu. Apatah lagi aku yang rasakannya. Serius pedih. Tambah-tambah lagi kalau pakai syampu. Memang pedihnya astaghfirullah. Aku tahan gila-gila. Bersyukur aku ada abang macam Saif. Setiap hari dia bantu aku sapu ubat pada kepala.

Hoodie, aku sarungkan ke kepala. Beg sandang aku tak bawa. Dompet dan telefon bimbit tersimpan kemas di dalam poket seluar. Aku bercadang makan di warung biasa saja. Yalah, dompet makin menipis. Pitih semakin habis. Tahan nafsu sajalah kalau lalu depan restoran yang power sikit.

Nasi campur. Itu menu aku petang ini. Aku makan ala kadar saja. Lebih sikit kut sebab nak tanggung untuk makan malam sekali. Takdalah Saif sibuk-sibuk nak belanja aku makan.
Pinggan aku ambil lalu senduk nasi aku guna untuk menyenduk nasi.

"We meet again miss Camelia." Suara itu menjedakan perbuatan aku. Aku menoleh. Seraut wajah yang aku kenal.

Dia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience